Monday, February 28, 2011
Jom Kita Tinjau Projek Jamabatan Baru.P Pinang
Gambar Lakaran Jurutera Jamabatan Kedua Pulau Pinang
Cerucuk Tiang Besai yang di Tanam Di dalam laut..
Kerja kerja menanam besi kedalam laut sedang di jalankan..
salam buat semua, baru baru nie bila cuti hujung minggu aku, dan rakan pemancing meneroka lubuk lubuk baru ikan. Kami sampai di jambatan baru di Batu Kawan, Seb Perai. Tempat ni memang tempat larangan dan berbahaya..tapi kami pergi juga, sebab kerja menanam besi telah selesai. Hebat kerja kerja pembuatan sesebuah jambatan ye..mula mula tak masuk akal macam mana nak buat tiang. selepas aku lihat teknik tenik alam, kejuruteraan memang hebat.. tahniah kepada jurutera jurutera Malaysia dan dari Negara China yang mendapat tender jambatan kedua P Pinang.
Saturday, February 26, 2011
Marahkan Hosni Mubarak, Muzium Firaun Di Rosakkan
Kelihatan rangka rangka manusia purba yang telah dirosakan oleh pemberontak pemberontak.
Pihak tentera sedang mengawal Muzium, manakala pihak bomba pula sedang memadam api..
salam buat semua...oleh kerana terlampau marahkan Presiden Hosni Mubarak, Banyak patung patung , firaun di rosakan oleh ..rakyat Mesir yang memberontak. Ini bukan apa , kerana Presiden Husni Mubarak Tak mahu berundur pada ketika itu..pelepas geram kut
Friday, February 25, 2011
Kesian Sudah 50 Tahun ..Hidup sebegini
Gambar ini mengingatkan kita akan gambar Ibu Mertuaku..Lakonan Allahyarham P Ramlee.
Inilah rumah orang Melayu di Kawasan Georgtown..sedih ye..
Assaalamualaikum..buat semua rakan blogger..
Sehari dua ni. penulis sebuk dengan hal ..tugas dan keluarga..tak sempat nak Bw secara agresif. Baru baru ni penulis membuat lawatan di sebuah kampung di Georgetown , Pulau Pinang.. aku melihat kehidupan mereka memang menyedihkan.. ada penghuninya hanya menyewa bilik, seperli gambar Ibu Mertuaku lakonan P Ramlee. Kami memang memberi bantuan kepada mereka secara berkala , serta tujuan kami hadir adalah untuk melihat dan menyapa mereka dan bertanya khabar.
Amat kesian dan menyedihakan...kita dan Pemimpin tempatan.. rumah hebat..dan tidak memikirkan untuk melakukan sesuatu buat mereka..bukan seorang dua, tetapi ramai..kalau pemimpin kita fikirkan 5o tahun terdahulu mungkin kehidupan mereka boleh berubah..kita yang baru datang ni sekadar memberi bantuan je..buat mereka tanah pun tak ada, yang ada semunya tanah pusaka, yang hanya menantikan penawaran dari pemaju perumahan sahaja.. itulah realiti kehidupan orang Melayu.. Pulau Pinang.
Betul seperti kata tun Dr Mahadir dulu pada tahun 1998 ..orang Melayu Pulau Pinang hidup macam zaman perang dunia kedua..betul..sampai sekarang pun ada tempat dok macam tu juga la.. Di mulut je kata akan memmbantu tapi realitinya tiada...sedih...semoga Allah membuka hati pemimpin baru untuk membela nasib mereka..amin..........
Wednesday, February 23, 2011
Isteri baran tetak suami ...sampai hati nu...
PARAH...Ahmad menunjukkan kesan jahitan akibat ditetak isterinya.
Apa punya malang seorang suami..sehingga isteri sampai hati menetak..suaminya...huhu
IPOH: Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di sini, Jumaat lalu.
Lebih malang, tetakan menggunakan pisau pemotong sayur itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 31, dari Kuala Kangsar, putus urat lengan kiri menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau.
Ahmad yang juga seorang juruteknik berkata, sebelum itu, isterinya menjawab panggilan daripada sepupu wanitanya dan mereka berbual mengenai sesuatu mengenai dirinya.
Katanya, dia tidak pasti apa mereka bualkan, namun yakin perbualan itu menaikkan kemarahan isterinya.
“Berdasarkan perbualan telefon itu, sepupu memaklumkan kepada isteri, saya seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik perempuan ke rumah ketika bujang dulu.
“Seketika kemudian, saya mengambil telefon daripada isteri dan bercakap dengan sepupu. Saya bertanya kepadanya apa dibualkan dengan isteri, namun dia (sepupu) menafikan dakwaan itu,” katanya.
Katanya, sebaik menamatkan perbualan, dia bersandar pada sofa sebelum isteri muncul di hadapannya sambil memegang sebilah pisau dan terus menetak lengannya.
Menurutnya, isterinya cuba menetak pada muka dan kepalanya, namun dia sempat menahan dengan tangan kiri sehingga menyebabkan pendarahan teruk.
“Isteri menjerit ‘abang sudah melampau’ sebelum menetak saya dengan pisau. Saya cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan, namun isteri mengunci pintu rumah dan menghalang saya keluar.
“Saya sempat mengambil kunci pendua rumah dan telefon bimbit sebelum membuat panggilan ke talian 999 untuk meminta bantuan polis dan ambulans,” katanya.
Ahmad berkata, dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dengan sebuah kereta peronda polis untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Saya mengakui isteri seorang yang baran dan cemburu buta. Malah, rumah tangga kami sering berdepan masalah selepas hidup bersama sejak 11 bulan lalu.
“Kami sering bergaduh, namun saya tetap sayangkannya dan berdoa agar dia memperbaiki sikapnya itu. Pernah satu ketika, saya disepak terajang dan dimaki hamun, tetapi saya reda dengan perbuatannya itu,” katanya.
Menurutnya, dia juga terkilan kerana isterinya tidak pernah menjenguknya di hospital sepanjang menerima rawatan walaupun bertugas di hospital sama.
Ditanya sama ada dia akan menceraikan isterinya, Ahmad berkata, insiden itu tidak melunturkan rasa sayangnya kepada isteri, malah mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah.
“Penceraian bukan penyelesaian, sebaliknya saya mahu insiden yang menimpa saya memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana sekali gus menginsafkan isteri saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh, petang semalam.
Katanya, pihaknya sedang menyiasat kes itu kerana isteri mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh sebelum ini...METRO..
Tuesday, February 22, 2011
Mari Makan MU Burger...hehe
Sempoi dak , Van burger bergerak nie...
Salam buat semua..
Penulis ingin menceritakan bertapa kretifnya seorang penjual burger di Jalan P Ramlee, Pulau Pinang, yang menjual burgernya dengan menggunakan van bergerak. Sebagai daya tarikan burgernya beliau telah menamakan Van bergeraknya MU Burger (Manchaster United) aku ingat dia ni ahli fanatik MU kut. Fuhh begitu kreatifnya beliau..kalau kita datang ke Penang , Van burgernya akan kelihatan di Jalan Padang kota lama, dan Jalan Gurney. Aku pi Ke kawasan tu hari ini...dan rasa tertarik degan kretiviti beliau,terus aku buat n3 ni.. menurut bapanya ..setiap malam jualanya melebihi 5o biji sehari, ok la tu ye kan. Syabas wahai pemilik van burger ini .
Monday, February 21, 2011
Ikan buaya paling berat di dunia ditangkap..mai kita lihat
DUA orang ahli biologi Jabatan Perikanan, Hidupan Liar dan Taman Mississippi mengukur ikan buaya yang ditangkap Kenny Williams di Tasik Chotard, Amerika Syarikat pada 14 Februari lalu.
TASIK CHOTARD, Amerika Syarikat - Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.
Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55kg.
Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.
Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.
Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai. - Agensi
Ulasan .. Saya pernah lihat ikan ni dalam akuarium tapi kecil sahaja.lebih kuran panjang 3 kaki...
Sunday, February 20, 2011
Apa Akan Terjadi 10 tahun lagi, Tanah Perkuburan semakin Kritikal
Sedihye..rumah yang begitu hampir dengan kuburan
Bayangkan 10 tahun lagi macam mana ye...
salam buat semua,
Hari ini penulis memaparkan kisah berkaitan tanah wakaf perkuburan orang Islam Negeri Pulau Pinang, semakin kritikal..kalau kita buat tinjauan di dalam bandar Georgtown, kita dapati tanah perkuburan di sini semakin kritikal, mana tidaknya..berlapis lapis tertanamnya mayat orang Islam semenjak dari dahulu lagi.
Perkara ini sering diperkatakanserta dibincangkan dalam forum bicara masjid atau bicara politik namun ianya tetap macam tu juga, oleh kerana tidak ada kata penyudah dan tindakan follow up,ianya berlalu begitu sahaja. Perkara ini seharusnya telah selesai 50 tahun yang lalu , kerana pada ketika itu politik orang Melayu kukuh, bukan sekarang, oleh kerana pemimpin Islam yang terdahulu mengejar kemajuan dan terlupa akan masa depan umat Islam beginilah jadinya. Mungkin mereka sudah ada kubur sendiri kut.
Untuk Makluman di Pulau Pinang ni , tanahnya memanglah mahal..dan sekarang begitu sukar untuk mencari tanah wakaf perkuburan dalam bandaraya Georgtown..cuba lihat gambar di atas , rumah di bina bersebelahan dengan tanah kuburan, malah yang paling menyedihkan ada yang membiarkan batu nisan berselerak....mereka mereka terdahulu telah pun mempunyai kuburan sendiri..ye.mungkin.. fikir fikirkanlah.
Friday, February 18, 2011
Trip Memancing D Jambatan Pulau Pinang
Pemandangan di Bawah Jambatan Pulau Pinang.
Kami Pergi Memancing berSebelahan dengan kapal pelancongan StarCruise
Rakan rakan pemancing yang lain
Inilah hasil yang dipancing...
Salam buat semua , inilah kerja aku dan member2 yang lain apabila cuti untuk melegakan ketegangan....hehe......baru tenang nak berblogger...
Wednesday, February 16, 2011
Apa Kata anda , Kalau Iphone jatuh Ke dalam Laut
Ini lah gambar Iphone di yang terjatuh ke dalam laut
Ini gambar simamat kawan aku ..kesian dia..handsume gak dia..
Salam buat semua..
Pada Minggu Lepas aku pergi memancing dengan rakan pencingan di Jambatan Pulau Pinang.
Lokasi memancing memancing memang menarik, di bawah jambatan ..tak panas pulak tu. Kawan aku sorang pakai hp Iphone harga RM 2400, mula aku lihat dia hebatla dengan cerianya..pakai iphone touch skrin punya..Semasa dalam perjalanan di atasa bot, dia sedang beroperasi iphone dia la..sentuh sana sentuh sini..
Bila sampai dekat pelabuhan Pulau Pinang..iphone berbunyi maka di keluarkan dari poketnya,malangnya ketika itu dia berada tepi bot..dan iphonenya pun terjatuh "blup" dalam laut.apa boleh buat melayang RM 2400..melengung di sampai petang..huhu.
Nasihat akau pada kawan kawan nak pi kelaut lain kali bawa yang murah je..RM 90 cukup. jatuhpun tak pe kan ..huhu..ini dikatakan malang tak berbau..
Monday, February 14, 2011
Kepada Mu Kami..Berselawat ..Ya Rasulullah
Pada hari ini 12 Rabiulawal..Tahun Gajah ..Lahirlah seorang Rasul yang bernama Muhammad Bin Abdullah, Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib,,dan Ibunya bernama Aminah . Pada malam kelahiran Rasulullah di kota Mekah,yang diterangi oleh cahaya nur Muhammad pada ketika itu.. mengikut sirah nabi.. Ibunya Siti Aminah pada malam itu kesunyian sebelum melahirkan Rasullullah ..maka Allah telah menghantar Mariam bt Imran (Ibu Nabi Isa) dan Asiah ( Isteri Firaun ) dan beberapa orang Bidadari bagi menyambut kelahiran manusia Agung. Mereka telah menemani ibu Rasulullah Pada malam itu.
Pada Malam ini dan seterusnya tiap tiap malam , marilah kita perbanyakkan berselawat keatas junjungan Nabi Muhamad S.A.W...sesunggohnya..malaikat pun berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..Jadikanlah diri kita sebagai umat pertengahan , yang senantiasa mengingati Rasulnya..semoga kita mendapat Syufaat di padang mahsyar nanti..amin...
Selamat Menyambut Mulidur Rasul..S.A.W 1432 Hijrah
Sunday, February 13, 2011
3 Hari 2 malam di ...Agro resort, Setiu , Terengganu...
Persediaan dan perjalanan masuk ke dalam hutan..
Rakan rakan Muslimah yang bersiap sedia untuk masuk ke dalam hutan..
Se ekor tupai melekat pada sebatang pokok
Perjalanan masuk ke dalam gua
Semua berasa bersyukur setelah .selamat berada dalam gua..
salam hari ini penulis ingin menceritakan, kisah semasa pergi kursus , luar daerah ke Agro Resort, Setiu , Terengganu. Program ni dapatlah kami berkesempatan untuk memberi sumbangsaran kepada Jabatan untuk penabahbaikan serta menigkatkan imej jabatan program ini berjaya memupuk satu semangat berkerja sebagai satu pasukan sertab mematuhi peraturan yang ada. Apa yang penting ialah peserta memberi kerjasama semasa kusrus berjalan.
Saturday, February 12, 2011
Wow..bestnye ..Budak nie..bermain dengan anak ikan jerung
GAMBAR yang dirakamkan James Morgan menunjukkan Enal bermain dengan seekor ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia.
MANADO - Seorang jurugambar Britain, James Morgan merakamkan gambar seorang budak lelaki dikenali sebagai Enal bermain dengan anak ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.
Enal yang berketurunan Bajau Laut, menjadikan ikan jerung dan pelbagai spesies haiwan laut sebagai haiwan peliharaan.
Sejak berabad-abad lamanya, keturunan Bajau Laut menjadikan laut sebagai tempat tinggal mereka.
"Kanak-kanak dalam salah satu gambar saya ialah Enal dan ya, dia memelihara seekor ikan jerung," katanya.
Morgan, 24, yang merupakan bekas pelajar Universiti Sussex, Britain tinggal selama enam bulan dengan kaum Bajau Laut kerana dia mahu merakamkan kehidupan mereka yang unik. - Agensi
Fulamak ..beraninye budak ni, sampai bermain dengan jerung dia ye....huhu..aku tak berani la..mungkin dia dah biasa main dengan jerung kut...
Thursday, February 10, 2011
U all berani ke naik, Flying Fox..!!!!
Memakai harnest..atau tali pinggang keselamatan dan peralatan yang lain.
Termpat persediaan sebelum bermula...ketak ooi...(gementar)
Tempat permulaan flying fox..
aksi yang aku tak sanggup tengok..takut..terkeluar harnest tu
Aksi berani dari kawan kawan penulis
Akti meluncur ke udara..hehe
aksi dari seorang wanita..berani dia
salam..
Apa benda tu flying fox..
Flying fox tu seperti benda diatas la....terdiri dari sebuah bangunan setinggi 5 tingkat untuk terbang seperti kelawar..dan di pasangkan kabel diatas dan di panjang serta dikuatkan hingga ke bawah..alatan yang digunakan.
1. Harnest..tali ikat pinggang
2. Helmet..topi keledar sukan
3. Clips..pencakuk kabel
4. Tali yang kuat..
5. Mesti berani..
Wednesday, February 9, 2011
Mengenali Bakal Pemimpin Mesir
salam buat semua
Penulis ingin menceritakan perihal siapa bakal pengganti Presiden Hosni Mubarak..
Mohamad Elbarade..
Merupakan Cendiakawan dan diplomat. beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Agensi Atom PBB.1997-2010.Pernah menerima hadiah nobel keamanan pada 2005. Mengepalai ketua pembangkang Mesir dalam pergerakan mendesak pengunduran Hosni Mubarak. Beliau tida disukai oleh Pentadbiran AS kerana mengecam tindakan AS menyerang Iraq.
Omar Suleiman
Merupakan Naib Presiden Mesir yang baru dilantik ke jawatan ini pada 29 Januari 2011. Berusia 74 tahun, sebelum ni merupakan menteri tak berportfolio,tokoh tentera dan merupakan ketua perisik am Mesir, Merupakan penyokong kuar Hosni mubarak dan berbaik baik dengan Israel dan anti kepada Ikhwan Muslimin
Mohammad Badie
Merupakan Pengerusi Ikwan Muslimin, Parti pembangkang Mesir.memiliki Ijazah Kedoktoran perubatan vaterinar, pernah ditahan dan dipenjarakan selama 15 tahun oleh tribunal tentera. Berjuang bersama Ikwan Muslimin semenjak 1974 di zaman Presiden Anwar Al Sadat.
Amir Moussa
Merupakan diplomat mesir yang menjadi Setiausha Agung liga Arab sejak tahun 2001. sebelum ini beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Luar Mesir di bawah Kerajaan Mubarak, sejak tahun 1999 hingga 2001.
Penulis ingin menceritakan perihal siapa bakal pengganti Presiden Hosni Mubarak..
Mohamad Elbarade..
Merupakan Cendiakawan dan diplomat. beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Agensi Atom PBB.1997-2010.Pernah menerima hadiah nobel keamanan pada 2005. Mengepalai ketua pembangkang Mesir dalam pergerakan mendesak pengunduran Hosni Mubarak. Beliau tida disukai oleh Pentadbiran AS kerana mengecam tindakan AS menyerang Iraq.
Omar Suleiman
Merupakan Naib Presiden Mesir yang baru dilantik ke jawatan ini pada 29 Januari 2011. Berusia 74 tahun, sebelum ni merupakan menteri tak berportfolio,tokoh tentera dan merupakan ketua perisik am Mesir, Merupakan penyokong kuar Hosni mubarak dan berbaik baik dengan Israel dan anti kepada Ikhwan Muslimin
Mohammad Badie
Merupakan Pengerusi Ikwan Muslimin, Parti pembangkang Mesir.memiliki Ijazah Kedoktoran perubatan vaterinar, pernah ditahan dan dipenjarakan selama 15 tahun oleh tribunal tentera. Berjuang bersama Ikwan Muslimin semenjak 1974 di zaman Presiden Anwar Al Sadat.
Amir Moussa
Merupakan diplomat mesir yang menjadi Setiausha Agung liga Arab sejak tahun 2001. sebelum ini beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Luar Mesir di bawah Kerajaan Mubarak, sejak tahun 1999 hingga 2001.
Monday, February 7, 2011
Sifat Ke Ibuan.. seekor Harimau Bintang
Salam buat semua..mungkin ada yang pernah tenguk video ni dalam..Fb, atau mana2 rangkaian video yang memaparkan seekor Leoapard yang telah membunuh Ibu monyet. Ibu monyet tadi telah mengendong anaknya semasa dia di bunuh oleh leoapard ,setelah Ibu monyet itu mati..sang harimau bintang tadi tidak sampai hati hendak ..makan anak monyet..malah dia bermain main dengan anak monyet tadi seperti anaknya.
Moral of the story..ialah..seekor binatang yang suka makan daging pun tak sanggup membunuh anak binatang lain , tapi manusia yang sanggup membunuh anaknya sendiri akibat untuk menutup perbuatan terkutuknya . Allah Hu Akhbar...
Sunday, February 6, 2011
Api Dalam Laut..betul ke.. ?
"dan laut yang di dalam tanahnya ada api"
(Quran, At-Thuur: 6)
Zaman dulu mungkin orang tidak akan percaya ini, dan menganggap ini adalah gurauan semata. Tapi lihatlah sekarang, waktu telah menjawab. Apa yang difirmankan Allah dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu terbukti secara nyata pada jaman ini, ada api di dalam lautan. Masya Allah. Saksikanlah wahai manusia.
Ini ada lah satu penemuan.yang mana..apinya senantiasa menyala dan tidak terpadam..walaupun dalam air..subhanallah..inilah ciptaan Allah supaya manusia..dapat berfiir dan bertafakur sejenak..perihal siapa yang memiliki alam ini..ye..bayangkan ini dalam laut kalau di daratan lagi dahsyat la...
Saturday, February 5, 2011
Sedap Ke Kropok Lekor....???
salam buat semua..
Penulis baru je balik dari Terengganu..ada urusan tugas di sana...dan rehat dengan rakan sekerja di Agro Resort, Setiu.Terengganu. ok la..makan ala kampung..duduk pun cara kampung rumah tumpangan dalam tasik..hebat ye...kan..
Gambar nya..nanti saya buat posting lain...apa yang aku nak ceritakan ialah..perjalanan balik dari Terengganu , kami singgah di Tanah Merah..di kedai tepi jalan..yang menjual kropok leko..panas panas..aku lihat ramai kereta berhenti untuk membelinya..
Kami beratur..dan ..3 kali kropok lekur direbus baru dapat ..sekali rebus ..100 batang.. sekali angkat je habis...dalam hati aku berkata ..sedap ke kropok leko dia...aku pun belila ..10 batang harganya RM 10.00 ..siap beli dengan sos..balik goreng..fuh memang sodap...beb..tahiah aku ucapkan...kepada pengusahan kropok leko ni..sebab tu..orang ramai datang beli dekat dia...
Wednesday, February 2, 2011
Segagah Gagah Manusia ...Mati Jua akhirnya
Tasik Qarun yang simpan Kazanah nya berTrillion 2..emas..perak..permata
Kota namrud..di Mesir
Gambar Firaun di Bekukan...
salam buat semua
Sesungguh sungguhnya manusia yang kuat di atas muka bumi ini tidak..kuat rupanya..mati juga akhirnya..ingat kita kuat..akhirnya mati dan dimakan ulat pulak tu.. Wahai pemimpin pemimpin 2 atas dunia nie..kamu kena ingat..kalau kamu zalim atas muka bumi ni..Allah akan balas balik di dunia ni..di akhirat lagi la...
1.Kita buka lembaran sejaran Firaun dulu kuat bukan main....ada sihir la macam macam la..at last mati lemas pula...huhu tak kuat latu..Masa zaman Nabi Musa A.s
2. Namrud..di zaman..Nabi ibrahim a.s...mati nyamuk masuk dalam telinga je..dia telah membakar nabi Ibrahim..hidup2..at last mati kena gigit nyamuk je...
3. Abu Jahal..dulu kuat bukan main...orang kaya Mekah katankan..akhirnya mati ..dalam perang Badar al Kubra..huhu
4. Kaum add dan kaum samud dulu kuat..boleh angkat batu dan buat bangunan dalam batu..hebat..akirnya kufur..mereka mati juga..kena tiup angin..je..
5. Mustafa kamal ataturk...kuat bukan main bunuh ulamak..musnahkan bahasa Alquran ..dan..azan dalam bahasa Turki..akhirnya mati..bumi tak terima..huh kacau ye..
6. Pemimpi mesir era 70an ..Anwar sadat ..mati kena tembak..dengan askarnya sendiri..
7. Peminpin Israel aroal sharon bunuh rakyat Palastin...dok koma.la ni..
8. Siapa lagi selepas ni ???...bertaubat dan bertaqwalah sebelum..ajalmu tiba...