Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang ....Ya Ramadhan...


Selamat datang ya Ramadhan......
Kau datang membawa Rahmat dan keberkatan dari Allah
semoga kami dapat memohon keampunan mu di bulan Ramadhan
Semoga Ramadhan kali ini ..adalah Ramadhan lebih baik dari ramadhan yang lalu...

Ya Ramadhan...kami senantiasa menunggu mu...
Ya Ramadhan kaulah penghulu kepada semua bulan...
Ya Ramadhan bulan mu sahajalah yang memliki Lailatul Qadar
Ya Ramadhan bulan mu sahajalah ada solat sunat Terawih...

Nukilan Abu Luqman.... Ramadhan 1432 Hijrah

Saturday, July 30, 2011

Sanggup Tidur dengan singa dan Megubatinya anda bagaimana ?

Orang Putih punya sayang binatang sampai sanggup tidur dengan singa ..huhu



Tak cukup jaga..cum pulak tu.hehe
huhu sampai dua tiga orang Ini dia perangai orang Melayu...pandai buat anak je...tak nak pula ..jaga ..buang pulak tu..huhu apa la nak jadi

Tuesday, July 26, 2011

Wah Sempoi Hiasan Dalaman Rumah Dengan Tempurung Kelapa

Gambar yang diambil disudut hadapan
Pintu kabinet dapor yang dihiasi dengan tempurung kelape je..hehe
Gambar diambil dari pandangan yang tepat


Waduh...hebat ye.. hiasan dalaman rumah bahagian dapur ..dihiasi dengan kulit tempurung kelapa..kosnye pun hebat juga ye...apartmen je RM 2 juta.. ubahsuai RM 1 juta..

Gambar ini diambil dirumah kenalan sahabat di Penang..hebat ye..

Sunday, July 24, 2011

Gotong Royong Membersih Kawasan Masjid , Bagi Menyambut Bulan Ramadhan


salam.buat semua

Hari ini banyak masjid telah mengadakan aktiviti gotong royong pada hari ini, bagi membersih kawasan persekitaran masjid dan kawasan perkuburan , bagi menyambut bulan ranadhan..
Kampung Aku juga tidak terlepas dengan aktiviti ini, pagi tadi aku baru saja selesai membantu rakan masjid , membersih kawasan persekitaran masjid , bagi menyambut bulan ramadhan Al mubarak..minggu hadapan...
Sebenarnya bukan masjid tak di bersih oleh tok siak, tapi sebagai anak qaryah kita membantu, sambil berkenal mesra antara satu sama lain...maka pada hari ini sahaja..ramai kita jumpa anak anak qaryah masjid bagi menegur sapa..antara satu sama lain...

Friday, July 22, 2011

Kalau rasa was was Jangan di Minum

Minuman malta Barbican bukan arak


AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tuesday, July 19, 2011

Aku Tersentuh Dengan Penulisan DR MAZA..berkaitan Dr Lo' Lo'

Dr Lo'lo' yang saya kenali..DR Asri Zainal Abidin

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.
Sila Klik untuk Bacaan selanjutnya

Saturday, July 16, 2011

BN perlu buang pemikiran feudal : kata Dr Asri


BN perlu buang pemikiran feudal .jika nak kekal kuasa, kata Dr Asri

Oleh Syed Mu’az Syed Putra.Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Susulan perhimpunan 9 Julai, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.

“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah baik untuknya, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.

Program dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan dihadiri intelektual, lebih banyak menyentuh perhimpunan 9 Julai lalu anjuran Bersih 2.0 dan diprotes Pemuda Umno.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpinan Patriot membantah Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Tegas Asri (gambar), BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak harus memilih pemimpin yang boleh membantu pentadbiran kerajaan seterusnya boleh menarik sokongan rakyat.

“Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... pemikiran feudal ini perlu dibuang.

“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.

“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam pandangan yang dikemukakan di hadapan kira-kira 30 orang, Asri juga menyamakan BN seperti “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

Asri juga secara peribadi mengatakan beliau berasa dukacita dengan langkah Putrajaya menangani perhimpunan itu yang menyaksikan seorang lelaki terbunuh didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan pihak keselamatan.

“Itu hak mereka untuk tidak berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.

“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya. Malaysian Insider

Friday, July 15, 2011

Sekolah Dalam Hospital bermula berbermula hari ini


NOORAINEE (duduk, kiri) beramah mesra bersama pesakit leukimia, Nadia Nurshazlina Baharom, 14, (duduk, tengah) dan pesakit saraf, Noor Esawani Nidayu Muhammad, 15, (duduk, kanan) pada majlis perasmian penutup latihan guru SDH di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang akan memulakan sesi pembelajaran untuk pelajar yang dirawat di hospital berkenaan mulai hari ini.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung SDH berkata, seramai 16 guru telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria untuk bertugas di bilik darjah hospital berkenaan.

Menurutnya, lapan daripada guru itu akan mengajar di HKL manakala di Hospital Serdang dan Hospital Ampang akan menyediakan khidmat empat guru.

"Guru-guru itu menjalani latihan sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok pelajar yang mempunyai masalah kesihatan," katanya selepas merasmikan majlis penutupan kursus guru SDH di Institut Pediatrik HKL di sini semalam.

Tuesday, July 12, 2011

Anda Boleh Buat Semakan Program Latihan Khidmat Negara PLKN


Bagi adik-adik yang dah tak sabar-sabar nak menghadiri sesi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda semua boleh mula membuat semakan nama untuk sesi PLKN 2012 hari ini. Anda boleh buat carian di PLKN online dengan memasukkan no kp anda sahaja..selamat mencuba[+]
anda boleh klik sini PLKN untuk mencuba..kalau line sibuk tak dapat buat semakan ye

Saturday, July 9, 2011

Iklas Kah Kita..selamat Hujung Minggu


salam ..buat semua

Hujung Minggu ni aku tak kemana,,cuma membersihkan kawasan rumah je...
tengok apa yang kotor dan rumput panjang..
Sambil sambil tu aku duduk sejenak memikirkan akan perkara yang telah berlalu dan akan datang...aku memohon kepada Allah dan menginsafi apa yang tak baik aku lakukan sebelum ini ..kita kan manusia..ada banyak perkara yang kita lakukan....kalau baikpun takut tak Iklas...yang mustahaknya kita kena iklas dan jujur ke atas apa jua perkara yang kita lakukan.

Wednesday, July 6, 2011

Penemuan luar biasa di New Guinea


Litoria sauroni. Spesies katak baru.

MANILA: Seekor katak bertaring, ular buta dan dolfin berkepala bulat adalah antara lebih daripada 1,000 spesies baru yang ditemui baru-baru ini di kepulauan Melanesia di New Guinea.

Turut ditemui ialah yu sungai dan berdozen-dozen rama-rama.

Laporan terbaru kumpulan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) mengenai habitat semula jadi pulau itu menyatakan saintis membuat penemuan menakjubkan itu pada kadar dua spesies seminggu dari 1998 hingga 2008.

“Laporan ini menunjukkan New Guinea mempunyai hutan dan sungai yang antara lain berbiodiversiti paling kaya di dunia,” kata wakil program Barat Melanesia WWF, Neil Stronach.

New Guinea yang terpisah antara Indonesia di barat dan Papua New Guinea di timur mempunyai salah satu ekosistem yang paling menarik dan tidak tercemar.

Hutan hujan tropikanya merupakan ketiga terbesar di dunia selepas Amazon dan Congo.

Walaupun pulau tersebut meliputi hanya 0.5 peratus daripada daratan bumi, WWF melaporkan ia menghimpunkan sehingga lapan peratus daripada spesies-spesies dunia.

Sebelum ini pun, umum mengetahui New Guinea sudah mempunyai biodiversiti yang amat menarik seperti rama-rama terbesar dunia yang memiliki sayap berukuran 30 sentimeter (12 inci) dan tikus gergasi yang boleh membesar sehingga satu meter panjang.

Para saintis, menurut WWF, percaya satu kilometer persegi (247 ekar) tanah rendah di hutan hujan tropika itu mempunyai sebanyak 150 spesies burung.

Sebanyak 1,060 spesies yang disahkan penemuan baru oleh saintis antara 1998 dan 2008 dipercayai hanya merupakan sebahagian kecil bilangan spesies di New Guinea.

“Begitulah hebatnya biodiversiti New Guinea kerana penemuan baru dikira perkara biasa hingga ke hari ini,” menurut laporan WWF yang bertajuk, “Final Frontier: Newly Discovered Species of New Guinea (Sempadan Akhir: Spesies Terbaru Ditemui di New Guinea)”.

Salah satu penemuan paling menarik yang direkodkan dalam laporan WWF itu ialah dolfin berkepala bulat, bersirip, pendek dan terjungkit.

Ikan istimewa tersebut berenang di perairan pantai yang terlindung dan cetek serta berdekatan sungai dan muara anak sungai kecil.

Ditemui pada 2005 di Papua New Guinea, ia adalah spesies pertama dolfin baru yang direkodkan di dunia dalam tempoh tiga dekad.

Spesies luar biasa ini menjadi gambar muka depan laporan terbaru kumpulan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) mengenai penemuan haiwan luar biasa di New Guinea...MSTAR.

Monday, July 4, 2011

Bugatti dilelong RM2.08 juta, harga asal cuma RM290


JACK PERKINS memandu kereta lumba Bugatti di sebuah lokasi pada tahun 1950-an.

SUSSEX, Britain - Sebuah kereta lumba Bugatti yang dibeli pada harga £60 (RM290) pada 1950 telah dijual dalam satu lelongan pada harga £430,000 (RM2.08 juta) pada Festival Kelajuan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu milik Jack Perkins dari Ruby, Warwickshire yang dibelinya di Nottinghamshire dan diubah suai untuk digunakan dalam perlumbaan.

Perkins yang merupakan seorang jurutera menggunakan kereta itu dalam perlumbaan Indianapolis 500 pada 1936 dan Kejuaraan Kebangsaan Amerika pada 1938.

Dia meninggal dunia pada 1992 dan berlumba sehingga Jun 1988 semasa berumur 78 tahun.

Balunya, Jean kemudian memutuskan untuk mempamerkan kereta itu di Muzium Kenderaan Haynes di Somerset sehingga Disember 2010.

Keluarga Perkins kemudian memutuskan untuk melelong kereta itu dalam satu acara lelongan pada hujung minggu lalu.

Identiti pemilik baharu kereta itu tidak diketahui. - Agensi