Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, November 28, 2012

Undian Terkini !!! Khairy Kalah Teruk Ditangan Nasaruddin Tantawi

Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk ditangan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat dikalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya.


Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO  yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.

Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya likesebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.

Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang.

Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu makenisme untuk mengetahui moodanak-anak muda khasnya yang mesra IT.

Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai  Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan menyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengistyarkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta syaksyiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab. 

Dikala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh Ngo Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7:00 petang tadi dan akan ditutup jam 1:00 pagi nanti. 

Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama Ngo, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. [wm.kl. 11:32 am 26/11/12] Blogger  mohd Sayuti Omar

2 comments:

Abu Luqman said...

ustaz nasaroddin tantawi ada aura...

Anonymous said...

undian bodoh yang dilakukan oleh blog bodoh MSO pengampu politik cari makan,, mamat nasarudin ni landung tak dok aura dan KP pas paling bangap dan penakut kalau nak bandingkan dengan mahfuz maupun salehudin,,,boleh piii daaa undian cam gitu.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung