Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, March 4, 2013

Terkini Seorang Lagi komando PDRM terbunuh..Berita malam


Sidang Media Baru sebetar Tadi di TV 3, Ketua Polis  Negara Memaklumkan bahawa..seorang lagi Anggota Komando Terbunuh.. Al Fatihah.. Menjadikan semuanya 7 orang..

Di bawah Kenyataan dari Twitter dan FB  PDRM

RALAT: Jumlah sebenar pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna adalah 6 orang...     4/3/2012
  • RALAT: Jumlah sebenar pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna adalah 6 orang bukan 5 orang seperti yang disiarkan terdahulu. Kesilapan amat dikesali.





Detail esuk baca surat khabar...

Polis masih cuba bawa keluar anggota yang gugur
Pasukan keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna.
Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul.

Katanya, polis menjalankan usaha untuk membawa keluar mayat berkenaan daripada perkampungan yang terdiri daripada rangkaian rumah di atas air itu.

Bercakap dalam sidang media di Lahad Datu hari ini, beliau berkata operasi tersebut berbahaya jika dilakukan pada waktu malam.

Hamzah ketika diminta menjelaskan berkata, sebahagian daripada mayat berkenaan telah dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Ditanya sekiranya penduduk kampung itu juga terkorban, Hamzah berkata beliau tidak dapat memastikan perkara itu.

Tambahnya, polis juga hanya akan dapat memastikan keadaan mayat anggota berkenaan selepas bedah siasat.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini berkata lima anggota polis terbunuh akibat serang hendap selepas memasuki kampung berkenaan susulan dakwaan terdapat individu membawa senjata di kampung tersebut.

Hamzah berkata polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata tersebut baru tiba atau sudah lama menetap di situ.Malaysiakini..

Nukilan ABu Luqman...Klik Fan Page Orang Kampung

14 comments:

Anonymous said...

Sultan Sulu... Malaysia dah nak Pilihanraya umum ni. Berapa bulan mungkin minggu lagi nak pilihanraya umum. Jgnlah buat kacau. Parti2 pro-Islam dah nak menang Pilihanraya dah, kerajaan sekular Mlaysia bakal runtuh, ko nak kacau buat apa?? Jgn sebab kau orang, darurat diisytihar di Sabah, dan pilihanraya ditangguhkan. Kamonlah, sampai bila kita nak biar golongan pengejek hukum Islam memerintah Malaysia. Kalau diorg kekal berkuasa sebab kekacauan di Sabah, apalah gunanya gelaran Kesultanan Sulu Darul Islam????

Anonymous said...

Bukan Sultan Sulu yg memulakan tapi ini konspirasi, mereka yg telah merasa bahang kalah merancang sesuatu agar ada dharurat maka panjanglah masa lagi mereka boleh memerentah dan mengikis lagi wang rakyat....lihatlah bukti nyata hampir kesemua penceroboh memilikki IC Malaysia.....mereka2 ini tk perlu mendarat, mereka telah tersedia berada diSabah....

Abu Luqman said...

Semoga Allah membantu..Kita..hanya inilah satunya harapan kita

Anonymous said...

KONSPIRASI dari PENCEROBOH SULU dan UMNOBN....semua ini berlaku selepas RCI berkenaan pemberian IC di Sabah....dan kenapa pula SYAITAN SULU berkata "jgn hantar kami pulang ke filipina".....takkan lah tak leh agak apa yang berlaku.....sekarang ini SENJATA UMNOBN telah makan tuan......project IC SULU geng telah makan balik bOMOh nya DR MAHATHIR....telor dia dah masuk dalam skang ni.....dan agenda terbaru UMNOBN adalah cubaan kaitkan dengan Parti pembangkang....gunakan pulak agensi2 luar untuk support....Media Filipino digunakan , reuters digunakan....hoi NAJIB/MAHATHIR berapa juta ko bayar untuk buat cerita palsu ni....untuk burukkan pakatan rakyat.....common la RAKYAT sabah nak kerajaan yang adil....bukan kerajaan penindas....minta pulak tolong ngan SAMSENG2 pengganas SYAITAN SULUK.........pada ANGGOTA KESELAMATAN KITA di garisan hadapan....SAYA doakan kalian agar selamat...percayalah jika kalian mati..insyallah mati Syahid...kerana mempertahan kan masuah Agama Bangsa dan Negara....kalau ada yg pernah belasah kitorang masa bersih 1.0 , 2.0 hari tu...kitorang kira maaf lah.... walau pun pukul2 manja... skang ni giliran anda pula untuk buktikan kesetiaan kepada negara kita yg tercinta.... pada keluarga2 anggota keselamatan pula...relakan pemergian mereka untuk memperjuangkan negara kita. AMARAN untuk PENCEROBOH SULU...walaupun korang dapat IC PROJECT....jgn ingat korang boleh lepas....kenapa?....pasal IC PROJECT ni ada dalam list...kerajaan baru nanti akan track kamu sampai lubang cacing!

Anonymous said...

..berasap....!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Pencerobohan tentera bersenjata dari luar sepatutnya bukan urusan polis, tetapi mengapa polis pula 'dikorbankan'. Mana ATM kita?

Anonymous said...

ATM AKAN JAGA POKOK KELAPA SAWIT TUGAS MENJAGA KESELAMATAN NEGARA DI BAWAH PDRM SEBAB ISA MAD MINTA ATM JAGA LADANG SAWIT

Anonymous said...

bila PR menang, kita akan cari komunis2 sulu yang ada IC malaysia melalui pendaftaran negara. Kita akan halau mereka balik filipina.

Anonymous said...

Awat mamak kutty diam? Ini semua dia punya ankara jadi mastermind bagi i/c pada pengganas. Patut hantaq dia pi lahad datu pi pujuk pengganass tu balik kampung depa. La ni dia pandai cari salah orang supaya orang lupa jenayah yang dia dah buat. Putaq belit punya mamak! Asyiq dok "apa nama" saja yang dia tau. Lepas tu senyum kambing. Yang jadi mangsa anggota keselamatan.

Anonymous said...

Kenapa polis shj yang menjadi mangsa?
1. tentera pergi mana?
2. dayak pergi mana?
3. perkasa pergi mana?
4. silat lincah pergi mana? Mereka kan ramai yang kebal.
5. rela pergi mana?
6. 3 line pergi mana?

Sepatutnya mereka yang berkelayakan ni turut sama membantu supaya lanun2 sulu tu dapat dihapuskan dari muka bumi sabah dengan segera.

Anonymous said...

Banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripada peristiwa ini. Antaranya termasuklah dasar pertahanan negara kita sama ada ia pada landasan yang betul atau sebaliknya. Adakah perbelanjaan pertahanan kita pada landasan yang betul. Kita berbelanja bilion ringgit tetapi dalam kes ini, ia tidak begitu membantu. Kita terlalu memikirkan pertahanan canggih tetapi terlupa aspek pertempuran ala militan.

Bagaimana pula dengan pemberian IC kepada pendatang asing? Kita tertipu kerana senjata untuk memenangi pilihanraya itu sebenarnya memakan diri sendiri. Dengan IC yang dimiliki, musuh mudah membuat perancangan bukan dari negara mereka tetapi perancangan menawan negara dapat dilaksanakan dengan lebih teratur di dalam negara kita sendiri. Kita megah dapat menggenggam kuasa dengan undi mereka tetapi kita lupa peribahasa, orang mengantuk disorongkan bantal.

Anonymous said...

Siapa salah? Salahkan ketua2 dan balaci2 yang bertanggungjawab menjayakan projek ic segera kepada warga sulu.

Anonymous said...

kenapa Che Det diam je yer? xda sapa2 ke tanya dia, kan time dia jd PM pun da kes2 gini. tanyalah pendapat dia dan 1 lg, time Tun Razak pun ada kes gini serangan Tentera Merah Jepun di Bgn AIA. Terbau semacam jer ni....

Anonymous said...

kenapa kita guna polis bukan tentera???

jika kita guna tentera bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu ini bermakna kita mengiktiraf sultan sulu secara langsung sbgai kerajaan yang sah yg mengisytihar perang kpd kita.

Jika polis sbgai pemerintah operasi ini bermakna kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang. Polis kita akan menangkap dan menahan,perkataan sesuai untuk polis adalah menahan... Menawan perkataan yang digunakan oleh tentera.,see ada beza maksudkan??
So untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan perang,cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah.,disini tuduhan keatas mereka boleh dibuat di Mahkamah Awam.


** jika inginkan lebih pencerahan boleh ke nescafeais.com disana ada penjelasan terperinci... TQ

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung