Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, April 15, 2013

Terkedu Tok Najib : Program umum calon KEADILAN Selangor meriah macam pesta


Program umum calon KEADILAN Selangor meriah macam pesta




Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ribuan rakyat pelbagai lapisan kaum berhimpun di padang awam AU2 Keramat, Gombak untuk bersama-sama mendengar pengisytiharan -calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen KEADILAN Selangor.
Ulu Kelang-20130414-01202Suasana seperti pesta demokrasi dengan kehadiran pelbagai bangsa dan kaum dari segenap lapisan umur dipercayai dari seluruh Lembah Klang.
Ada yang membawa keluarga termasuk anak kecil dan warga emas, masing-masing berminat untuk mengetahui bakal calon KEADILAN di satu-satunya negeri yang ditadbir KEADILAN.
Ulu Kelang-20130414-01207Puluhan warung makanan dan gerai busana mengelilingi kawasan padang menjadikan tapak ceramah seperti ekspo perniagaan.
Penganjur program turut menyediakan tiga khemah besar dengan setiap satu mampu memuatkan 500 hadirin pada satu-satu masa.
Dua layar besar dengan sistem penata bunyi dilengkapkan dengan pentas berbentuk ‘T-shape’ seperti pentas catwalk untuk memperkenal calon KEADIAN Selangor.
Ulu Kelang-20130414-01209Terdahulu, hadirin dihiburkan dengan klip video dari lagu pro-Reformasi, antaranya Panji Keadilan, Janji Dicapati, Reformasi dan lain-lain.
Penganjur, KEADILAN Selangor menjangka lebih 10,000 hadir pada pengumuman yang bakal dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim

JOm KLIK FAN PAGE ORANG KAMPUNG UNTUK MAKLUMAT TERKINI / TERNOW

1 comment:

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung