Nuffnang

Tuesday, May 28, 2013

Gempar Nie ,Kerana terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

OTTAWA - Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.


Untuk maklumat terkini  KLIK SINI

8 comments:

Penulis Rindu said...

Kacak sangat Pun susah

umiawadah said...

sebab tu perempuan kena tunduk ke bawah mukanya bila berjalan dikalangan orang ramai...hehehe...

Anonymous said...

Baik ko pakai hijab tutup muka nmpk mata je... hehehe

Penulis Rindu said...

Hehe- aku Lihat Pak Arab tu BIASA je..

Nizam Awang Brahim said...

Jangan jadi boye dah la.Haha....

Anonymous said...

bhai.. dia bukan kena buang negeri la... kes nya tiga orang ni kena kuar dari tempat pesta hapa tah di riyadh, arab saudi... dia asal dari UAE...

Anonymous said...

AKU RASA AKU PUN TERLALU KACAK JUGA TAPI TAK PERNAH DAPAT APA2 HADIAH PUN.

orangpencen said...

kita jantan yg tak berapa nak kacak ni kena lah mengaku bahawa mamat tu menang kacak dan lawa. itu anugerah Allah. Subhanallah, kuasa Allah untuk hamba hamba Nya yg terpilih.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung