Monday, June 30, 2014

PANEL HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN SEBULAT SUARA MENGESAHKAN DATUK SERI LAJIM UKIN SEBAGAI ADUN KLIAS YANG SAH.

LIMA PANEL HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DIKETUAI HAKIM BESAR MALAYA SEBULAT SUARA MENGESAHKAN DATUK SERI LAJIM UKIN SEBAGAI ADUN KLIAS YANG SAH.



PUTRAJAYA: Ketua pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mengekalkan kemenangannya bagi kerusi negeri, Klias selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan oleh calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih.

Lima panel yang dipengerusikan oleh Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan pada Isnin bahawa Isnin, yang merupakan perayu, telah gagal untuk menghasilkan fakta yang cukup bahawa Wong Kui En @Norliah adalah ejen untuk Lajim.

"Kami bersetuju bahawa tidak ada bukti yang sama sekali dapat menyokong pandangan ini. Oleh itu, kita menolak rayuan itu dengan kos RM20,000," katanya.

Hakim-hakim lain dalam kes itu adalah Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Hakim Tan Sri Ahmad Maaarof, Hakim Tan Sri Apandi Ali dan Hakim Datuk Ramly Ali.

Pada 6 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Yew Jen Kie memutuskan bahawa tidak ada bukti yang mengaitkan Lajim dengan mana-mana amalan rasuah seperti yang didakwa dalam petisyen yang dibawa oleh calon BN yang tewas, Isnin Aliasnih Umno.

Peguam Isnin, Jaafar Esteban sebelum ini berkata Norliah telah dilantik sebagai ejen di tempat mengundi Lajim dan dia (Lajim) bertanggungjawab terhadap tindakan beliau di pusat pengundian pada hari mengundi.

"Apa-apa yang dikatakan sebagai perbuatan rasuah oleh Norliah sebelum itu dan di luar pusat mengundi adalah permainannya sendiri," kata Hakim Yew.

Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa kempen yang dijalankan adalah di bawah skop dan tanggungjawab Norlia sebagai ejen tempat mengundi Lajim.

Mengenai testimoni beberapa saksi bahawa mereka telah menerima sampul surat yang mengandungi wang, kupon dan nota serta janji pemberian wang RM100 daripada Norliah pada 4 Mei, Hakim Yew berkata tidak ada bukti yang menunjukkan Lajim menyedari atau telah bersetuju dengan pengagihan item-item tersebut.

Lajim memenangi kerusi Klias atas tiket PKR dengan majoriti 342 undi dengan memperoleh 6,324 undi berbanding 6,182 undi yang diperolehi Isnin pada pilihan raya umum 5 Mei.

Kes Tragis.Gambar .Mangsa Yang DiBunuh Di Kolej MSU Tersebar.


download (5)
Gambar kes bunuh di MSU Shah Alam pada 16 Jun 2014. Pelajar di sebuah IPTS terkemuka di Seksyen 13 Shah Alam dikejutkan dengan insiden kes bunuh yang julung pertama kalinya berlaku di Management and Science University (MSU) sejak ianya ditubuhkan. Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.30 petang, seorang pekerja tukang bersih warga Pakistan maut di tingkat 8 bangunan Science Tower. Identiti mangsa dikenali sebagai Muhammad Uzair, 25 yang merupakan pekerja pembersihan (Cleaner) di universiti tersebut. Punca kematian dipercayai akibat berselisih faham dengan rakan serumahnya yang turut bekerja ditempat yang sama.

KES-BUNUH-DI-MSU
Gambar Kes Bunuh Di MSU Shah Alam 16 Jun 2014

Identiti Mangsa Bunuh Di MSU Shah Alam

Nama Penuh: Muhammad Uzair

Umur: 25 Tahun

Warganegara: Pakistan

Pekerjaan: Pekerja Pembersihan (Cleaner) MSU
download (6)kes-bunuh-2kes-bunuh-msu-12


Sadis : Mayat Lelaki Dan Janin Tersangkut Di Tali Air..


Bukit Mertajam: Dua mayat masing-masing seorang lelaki dewasa dan satu janin cukup sifat ditemui di kawasan pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Kulim, Bukit Mertajam di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, polis pada mulanya menerima maklumat berhubung penemuan janin cukup sifat berhampiran sebuah masjid di kawasan itu. 
Ketika sedang menjalankan siasatan, beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian terlihat mayat seorang lelaki yang tersangkut dalam timbunan sampah dalam tali air, kira-kira 50 meter daripada penemuan mayat janin terbabit. 

Hasil siasatan mendapati mayat yang hanya berkain pelekat itu dipercayai lelaki warga asing yang mungkin dibunuh sebelum dicampakkan dalam tali air berkenaan.
Foto
JANIN yang dijumpai dalam tali air Sungai Kulim, Bukit Mertajam sebelum penemuan mayat lelaki warga asing kira-kira 50 meter dari situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Nor mengesahkan penemuan kedua-dua mayat itu dan bedah siasat akan dilakukan pagi esok.

Sunday, June 29, 2014

Awie Akui Beri Keterangan Kepada Pihak Polis Bantu Siasatan





Oleh RotiKaya 

Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan terus di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini.
Dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.
Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak 
Awie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut.
“Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” tambahnya lagi ringkas. (rtky/m)

Pekerja Restaurant Yang Terlampau...Telah Mencabul Kanak 10 Tahun..



  • Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.
 1 / 1 
SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.

“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.

“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu.

Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.

Peronda Lebuh Raya Maut , Sebelum Bergelar Raja Sehari , Menjelang Shawal.


  • Keadaan kenderaan dinaiki mangsa dan lori tangki setelah terlibat kemalangan di KM415.1 LPT
II, petang semalam.Keadaan kenderaan dinaiki mangsa dan lori tangki setelah terlibat kemalangan di KM415.1 LPT II, petang semalam.
 1 / 1 
HULU TERENGGANU - Hasrat seorang peronda Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II bergelar raja sehari pada 3 Syawal ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan setelah Toyata Hilux dipandunya dirempuh lori tangki di Kilometer 415.1 LPT II, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, Razali Ishak, 44, dari Kampung Teluk Kemudi, Ajil, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di badan.

Difahamkan, sebelum kemalangan, Razali, yang mula bertugas sebagai peronda pertengahan tahun lalu bersama rakan setugasnya, Saifudin Mohamad, 35, berhenti di lorong kecemasan.

Waktu itu mereka dari arah menghala ke Kuala Terengganu menjalankan rondaan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dipandu seorang lelaki yang dipercayai hilang kawalan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Kanan II Zuraidi Mohd Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.16 petang sebelum lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa tersepit di tempat pemandu berjaya dikeluarkan kira-kira lima minit kemudian, manakala rakan mangsa dikeluarkan orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Kemalangan bukan sahaja mengakibatkan lori tangki terbalik ke dalam longkang, tetapi pemandunya berusia 34 tahun turut tercampak di tepi jalan, manakala Toyata Hilux dinaiki mangsa pula berada berhampiran longkang iaitu kira-kira 20 meter dari lori,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori dan rakan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan.

Remaja MAUT Menjelang Ramadhan


  • Mayat Muhamad Syafiq tersangkut di celah pengadang besi lebuh raya selepas tercampak dari motosikalnya.Mayat Muhamad Syafiq tersangkut di celah pengadang besi lebuh raya selepas tercampak dari motosikalnya.
 1 / 1 
KEMAMAN - “Dalam keadaan keluarga kami tak sabar untuk berpuasa, adik pula maut,” rintih Nabila Safie, 19, yang menggigil sebaik melihat mayat adiknya tersangkut di celah pengadang besi lebuh raya.
Adiknya terbabit dalam kemalangan ngeri yang turut mengorbankan seorang lagi penunggang motosikal, lewat petang kelmarin.

Nahas jam 6.05 petang di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang masih dalam pembinaan dekat Bandar Seri Bandi itu mengakibatkan adik Nabila, Muhamad Syafiq, 15, pelajar sebuah sekolah pondok dan buruh ladang sawit, Muhsan, 47, maut di lokasi kejadian.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bertembung menyebabkan Mohamad Syafiq tercampak dan tersangkut di celah pengadang lebuh raya, sementara motosikal jenis Yamaha LC ditunggangnya terseret sejauh 29 meter.

Muhsan yang berasal dari Lombok, Indonesia pula tersembam ke atas jalan dan cedera parah di muka serta kepala.

Ketika kejadian, Muhsan baru pulang dari bekerja di Ladang Ketengah Jaya dan menghala ke arah Kuantan.

Dia gagal mengelak dari bertembung dengan Mohamad Syafiq yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bersama beberapa rakan lain.

Kemalangan turut menyebabkan motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa rosak teruk dan beberapa komponen motosikalnya hancur.

Nabila berkata, adiknya, anak ketiga daripada lima beradik, keluar bersama rakan-rakannya jam 2.30 petang selepas solat Jumaat.

“Semasa dia keluar rumah dan bawa motosikal ayah, saya rasa tak sedap hati. Dada berdebar-debar, tapi saya tak sangka musibah menimpa Syafiq.

“Sejak tiga hari kebelakangan ini  dia gemar menyakat saya dan buatkan saya marah. Rupa-rupanya itulah gurauan akhir saya bersamanya,” katanya.

Nabila yang merupakan anak kedua berkata, adiknya belajar bidang Syariah di Madrasah As Sirotol Mustaqim (Pondok Al Mustaqim) Kampung Batu 4 dekat Binjai dan setiap minggu dia akan pulang ke rumah mereka di Kampung Bukit Takal untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Sementara itu, Penyelia Ladang Ketengah Rakyat, Mohd Azam Abdullah berkata, Muhsan bekerja dengan pihak ladangnya sejak sembilan tahun lalu dan seorang pekerja yang rajin.

“Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Saya difahamkan sebelum kejadian, dia dalam perjalanan menuju ke rumah pekerja ladang. Memang setiap hari dia berulang-alik menggunakan laluan ini,” katanya.

Urusan penghantaran pulang jenazah mangsa ke Lombok akan diuruskan sepenuhnya pihak syarikat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kemalangan itu.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Berita Sempoiii !!! Kuliah Ustaz Azhar Idrus Buat Kejutan Di Penang.


KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG YANG DI TUDUH MACAI-MACAI UMNO SEBAGAI ANTI ISLAM PEKAT, MENYEDIAKAN BAS PERCUMA KE KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS.



Dituduh dan ditohmah negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP/PR anti Islam, benci Islam dan tindas Islam tetapi masjid-masjid dibenarkan malahan digalakan diguna untuk membuat kuliah maghrib perdana  termasuk masjid negeri ... tiada larangan dan pengharaman pun ... tidak disuruh buat difutsal maupun dikawasan padang .

Yang lebih menarik lagi kuliah UAI disediakan  BAS Oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang... UAI  Menyebut Dalam kuliahnya sebagai sesuatu yang baru dan Kejutan.. Apa pun admin telah Berada disana pada malam tersebut..

Saturday, June 28, 2014

Kerana Takut di Tanglap Bekalwat Lelaki Seorang Sanggup Terjun Bangunan


Melaka: Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Melaka Raya, Banda Hilir, di sini meninggalkan kekasihnya bagi mengelak dicekup penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu, awal pagi tadi.
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sembilan jam kemudian selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat tinjauan semula di hotel sama pagi tadi. 

Lelaki berasal dari Johor dan kekasihnya berusia 18 tahun berasal dari Selangor itu, datang ke negeri ini semata-mata melempiaskan nafsu sehari sebelum Ramadhan. 

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat empat ke tingkat dua bangunan hotel sebelum menghilangkan diri.
Foto
REMAJA perempuan yang ditinggalkan kekasihnya. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Bilik yang dikunci menggunakan selak itu, hanya dibuka remaja perempuan berkenaan selepas lebih setengah jam pihak penguatkuasa mengarah berbuat demikian dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter


  • Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter
 1 / 1 
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ibrahim pandu bas mewah ]

Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain.

Sementara itu, dalam laporan portal Daily Mail, bas mewah berjenama Volkner Mobil Performance berharga 1.2 juta pound sterling itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi pancuran itu bagaimanapun berbeza dengan bas yang digunakan dalam siri ke-17 KMJ 2014.

Sedangkan model bas yang dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 21 hingga 24 Jun lalu adalah revost Marathon Coach.

Kacau Bilau !! Mahkamah putuskan pernikahan Sham Kamikaze tidak sah


Mahkamah putuskan pernikahan Sham Kamikaze tidak sah

Sham Kamikaze-Kahwin_dua
KUANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, memutuskan pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh (Sham) dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.
Berikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari ini (27 Jun) dan sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.
Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan itu dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Beliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada Sham sebagai bapa kandung. – Berita Harian

Friday, June 27, 2014

Rakan Kongsi Mahu Zizan kemuka bukti Dia Seleweng Wang Syarikat ?

Mahu Zizan kemuka bukti

Zizan New
RAKAN kongsi Zizan Razak meminta pelakon dan pelawak terkenal itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd (WFE) seperti yang didakwa.
Marina Juki yang juga Pengarah Urusan WFE berkata, Zizan menuduhnya menyalahgunakan wang syarikat hingga membuatkan pelawak itu membekukan akaun syarikat sejak awal Jun lalu.
“Jika benar ia berlaku, saya minta Zizan kemukakan bukti dan berjumpa saya serta juruaudit syarikat untuk membincangkan hal ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Hadir sama dalam sidang media berkenaan juruaudit syarikat, Azlan Karim; peguam WFE, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.
Dalam pada itu, Azlan turut menjelaskan setakat ini tiada berlaku sebarang penyalahgunaan wang dalam syarikat itu.
Katanya, setakat ini, usaha mereka untuk bersemuka dengan Zizan gagal.
“Pertemuan dengan Zizan adalah penting bagi berbincang secara baik dan bekerjasama bagi menyediakan laporan audit yang akan dikeluarkan,” katanya.
Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan tidak berhubungan dengan Marina yang juga pengurusnya gara-gara masalah peribadi membuatkan WFE yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.
Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat terbabit dan Zizan yang memegang saham terbesar 70 peratus menyekat akaun bank syarikat membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis naungan syarikat seperti Johan As’ari dan Kaka Azraf.-HM

Gambar Isteri Awie Dipukul Teruk Tersebar?



Gambar ini mula tersebar di Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.
Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu adalah akibat dipukul seseorang.
BACAAwie Minta Bukti Dakwaan Pukul Isteri Di Khalayak Ramai
Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. Wallahu’alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul. Rotikaya.
Hmm.

Perghh!! Makan Nasi Kandar ..MUngkin Sebab Kencing Anda Positif Dadah ?


AWAS PENGEMAR NASI KANDAR ... SELEPAS MAKAN NASI KANDAR PELUANG ANDA UNTUK MASUK LOKAP ADALAH CERAH, SEBAB KENCING ANDA POSITIF DADAH!!!!!



Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah.

“Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula. 

DYTM Raja Muda Perlis Dan Rombongan Mengayuh Basikal Mencari Mereka Yang Layak Menerima Zakat


DrMAZA.com added 4 new photos.




Semalam sekali lagi saya sertai DYTM Raja Muda Perlis mengayuh basikal mencari mereka yang layak menerima zakat. Dalam tahun ini sahaja DYTM Raja Muda Perlis telah mengepalai misi mencari asnaf zakat dengan berbasikal hampir 50 kali. Setiap kali misi tersebut baginda akan menyampai sekurang-kurangnya untuk 5 keluarga yang layak.
Melalui becak, lorong sempit, bau yang tidak menyenangkan, tempat yang usang dan uzur memberikan kesedaran kepada para peserta misi ini.
Saya mencadangkan badan-badan perniagaan, kebajikan dan persatuan bukan kerajaan menyertai DYTM Raja Muda Perlis yang menjalankan misi ini hampir setiap minggu bahkan kadang-kala 2 kali seminggu. Ia satu usaha yang amat baik dan terpuji

Perghhh !!! Pemilihan PKR : Mat Sabu Telah Ambil Semua Kerusi PKR ?


Terima kasih abang mat !!!
Sempena pemilihan PKR , abg mat telah kongker semua kerusi !!!
Kah..kah..kah..kah
Bravoooo !!! Kah kah kah
-AP-

.[ 7 Gambar ] Kemalangan Dhsyat,Pemandu Proton Stria Neo Terselamat








Kemalangan Dhsyat, kemaman book or record proton satria neo merasmikan jambantan bukit kuang terjun kebawah jambatan alahamdulilah pemandu terselamat hanya patah tangan dan cedera dikepala..Itulah yang dikatakan..Ajal Maut di tangan Tuhan..

Wednesday, June 25, 2014

[ 6 Gambar ] Luis Suarez " Vampire " GIGIT Giorgio Chiellini, singkir Itali !

[ 6 Gambar ] Luis Suarez " Vampire " GIGIT Giorgio Chiellini, singkir Itali !

Luis Suarez " Vampire " GIGIT Giorgio Chiellini, Uruguay singkir ItaliUruguay mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 selepas menundukkan Itali 1-0 dalam perlawanan penuh kontroversi di Estadio das Dunas, awal pagi ini.
Italy tersingkir dari kejohanan ini buat kali kedua selepas gagal keluar dari saingan kumpulan pada edisi lalu. 
Kapten Uruguay, Diego Godin muncul wira apabila menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon pada minit ke-81 hasil sepakan sudut Gaston Ramirez. 

Beberapa minit sebelum itu Giorgio Chiellini mendakwa penyerang sensasi Uruguay menggigitnya di bahu namun pengadil tidak mengambil sebarang tindakan meskipun ulang tayang menunjukkan mungkin Suarez ada melakukannya.





Rentak permainan Itali terganggu apabila pemain tengah, Claudio Marchisio dilayangkan kad merah pada minit ke-59 selepas mengasari Egidio Arevalo.
Selepas itu, Uruguay melakukan beberapa percubaan berbahaya menerusi gandingan Suarez dan Cristian Rodriguez namun berjaya diselamatkan Buffon. 

Uruguay mara selaku naib johan Kumpulan D dan Costa Rica johan selepas seri 1-1 menentang England dalam satu lagi perlawanan di Belo Horizonte. 

Apa yang di lakukan Suarez menjadi kecaman peminat-peminat itali yang mengelarkan nya Vampire.

Perghh !! Farish Aziz Habis RM16,000 Tonton Piala Dunia Di Brazil!


Kemeriahan kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kini sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Tidak terlepas, salah seorang selebriti terkenal tnah air iaitu Farish Aziz yang sanggup terbang ke Brazil untuk menyaksikan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 di Stadium Arena Corinthians yang terletak di Sao Paulo, seterusnya menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia.
Menurut Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman, niat untuk menjejakkan kaki ke Brazil sudah lama dipendamkan sejak empat tahun lalu sewaktu kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

“Jadi saya bersama seorang kawan baik, Johan ambil keputusan untuk simpan duit dan terbang ke Brazil demi menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia. Satu pengalaman yang cukup manis dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujar Farish Aziz sewaktu dihubungi Astro Gempak.

Jelas Farish lagi, dia telah menghabiskan wang tunai hampir RM 16,000 untuk kos perjalanan termasuk harga tiket untuk menonton perlawanan secara langsung di Stadium Arena Corinthians


“Bayangkan saya belanja hampir RM 16,000 selama seminggu di sana termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia”


“Perbelanjaan yang agak besar tetapi masih berbaloi. Cuma agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk saksikan perlawanan antara England menentang Itali kerana kesuntukan masa selain harga tiket yang terlalu mahal,” tambah Farish.

Jatuh Dari Jambatan : Pemuda Terselamat Setelah Kereta Terjatuh Dengan Ketinggian 15 Meter.


Chukai: Seorang pemuda melalui detik mencemaskan selepas kereta Proton Satria Neo dipandunya terbabas sebelum terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang, dekat sini, setinggi 15 meter, petang tadi.
Kemalangan di Kilometer 149 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu menyebabkan mangsa Nazlie Ali, 27, yang berasal dari Kampung Padang Marang, Merchang, Marang patah tangan kiri dan cedera di kepala dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang. 

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya selepas melalui satu selekoh di situ sebelum melanggar penghadang jambatan. 

Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta yang dipandunya itu berpusing sebelum terjatuh dari jambatan terbabit.
Foto
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya bergegas memberi bantuan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai turut dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu mangsa. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kemaman.

Tuesday, June 24, 2014

5 Gambar ] Detik cemas seorang Ustazah, kereta dan anak di larikan !


Detik cemas seorang Ustazah, kereta dan anak di larikan - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan adiknya tiga bulan yang dibawa lari bersama kereta Proton Gen 2 di Puchong Perdana, 7 pagi tadi ditemui selamat.
Kanak-kanak itu ditemui seorang pekerja kilang berusia 58 tahun selepas ternampak mangsa sedang berjalan sambil mendukung adiknya di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu lima kilometer dari lokasi dia dilarikan.



Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan.

Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta dan membawa lari kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa, katanya.

Polis masih menjejaki suspek dipercayai seorang remaja lelaki memakai pakaian seragam sekolah yang membawa lari kereta berkenaan dengan nombor pendaftaran WLF4727 Proton Gen 2 berwarna biru. HM

Timbalan Menteri pegang saham syarikat konsesi UiTM Tapah



HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Tajuddin Rahman (gambar)mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah, dedah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Fakta ini, jelas Rafizi mengulangi apa yang berlaku dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM apabila setiap syarikat konsesi didapati mempunyai kaitan dengan para pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno.


"Konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.

"Salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Dato’ Tajuddin Rahman.

"Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Dato’ Tajuddin Rahman," dedah Rafizi.


Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut mendedahkan hubungan seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd, Vignesh Naidu a/l Kuppusamy Naidu dengan Dato’ Tajuddin Rahman melalui usahasama perniagaan.

Menurutnya, selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh mempunyai hubungan dalam sebuah syarikat pembinaan, Everfine Resources Sdn Bhd dengan Tajuddin sebagai pengerusi dan Vignesh sebagai pengarah.

Jelas beliau, kepentingan Tajuddin dalam syarikat konsesi pembinaan kampus UiTM Tapah dipegang melalui Detik Utuh Sdn Bhd yang mempunyai 9.8% kepentingan dalam UniTapah Sdn Bhd; manakala saham selebihnya dipegang syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur, Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).

Dato’ Tajuddin Rahman memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar.

Saham-saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).

Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pengarah-pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu-individu yang rapat dengan Dato’ Tajuddin Rahman iaitu anaknya sendiri (Sri Rahayu) dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood," ujar Rafizi.

Rafizi menambah, walaupun pegangan Tajuddin dalam syarikat konsesi terbabit tidak sebesar pegangan ahli-ahli politik Umno yang lain dalam konsesi yang telah didedahkan sebelum ini, ia mengesahkan bahawa setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat. - HARAKAHDAILY, 24/6/2014

Perghhh !!! Isteri kerap disetubuhi jin selepas menginap di hotel Tawau

PANAS !!! Isteri kerap disetubuhi jin selepas menginap di hotel Tawau




















Isteri kerap disetubuhi jin selepas menginap di hotel Tawau

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut.

“Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya,” ungkap pemanggil tersebut.

Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini.

Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu.

“Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib keluarga mahupun isteri saya, tetapi amat berharap agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada suami-suami yang mungkin menerima nasib yang sama seperti saya tetapi masih tertanya-tanya apakah musibah yang sedang melanda mereka,” ujar Ridzwan membuka bicara.

Menurut Ridzwan, peristiwa ini berlaku lima tahun lalu selepas usia perkahwinan mereka mencecah tiga tahun. Menurutnya, keganjilan yang mula melanda isterinya itu berlaku sekembalinya mereka dari percutian di Tawau, Sabah kerana mengikutinya bekerja di luar kawasan.

Kesempatan bekerja di kawasan itu telah dimanfaatkan oleh mereka untuk terus pergi bercuti. Apatah lagi mereka masih belum dikurniakan anak setelah tiga tahun berkahwin menyebabkan mereka sentiasa mengisi setiap kesempatan yang ada untuk bersama.

“Sejak pulang dari Tawau, isteri saya mula berubah perangai setiap hari selepas pukul 10 malam. Pada mulanya, saya tidak menyangka apa-apa kerana dia sendiri mengakui kadang-kadang mood seseorang itu sentiasa berubah-berubah. Namun, keadaan itu berpanjangan sehinggalah tiga bulan,” ujar Ridzwan lagi.

Apa yang ganjilnya, isterinya di waktu siang berkelakuan normal sahaja seperti biasa. Dia amat suka jika Ridzwan sentiasa merapatkan dirinya dan saling bersentuhan, malah dia jugalah yang sentiasa merangsang Ridzwan supaya melayaninya pada malam hari.

Namun setelah jam menunjukkan oukul 10 malam, isterinya itu terus tidur dan memalingkan diri ke arah bertentangan dengannya.

“Pernah sekali saya cuba juga untuk bermesra dengannya sambil membelai-belai rambut dan memeluknya dari belakang namun dia menepis tangan saya sambil mendengus,” tambah Ridzwan sambil pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh seolah-olah cuba menyembunyikan perasaanya hiba.

Pernah juga mereka bertengkar pada malam tersebut kerana isterinya seolah-olah tidak rela disentuh oleh Ridzwan dan menganggap seolah-olah suaminya itu cuba untuk merogolnya. Setiap malam juga Ridzwan akan kecewa dan membawa dirinya tidur berseorangan di ruang tamu rumah mereka.

Seperti biasa, pada sebelah pagi, isterinya akan bangun dengan begitu segar sekali dan penuh bersemangat. Dia seringkali memberitahu Ridzwan bahawa perasannya setiap kali bangun seolah-olah mereka telah bersama pada malam tersebut.

Hal ini menyebabkan Ridzwan mulai curiga dan risau. Tidak mungkin isterinya itu curang kerana setiap malam isterinya akan pulang ke rumah dan di sebelah siangnya mereka adalah pasangan yang paling bahagia.

Isterinya juga sering mengadu yang seringkali melihat kesan lebam di pangkal paha setiap kali bangun tidur dan pada lebam itu terdapat lima lubang halus.

“Pada mulanya, saya tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh isteri saya itu dan menganggap mungkin itu hanyalah gigitan serangga di malam hari. Tambahan pula perasaan yang kecewa pada malam hari menyebabkan saya tidak menghiraukan aduan-aduan isteri saya itu,” tambah Ridzwan.

Pernah juga dia terfikir untuk menjalankan hubungan sulit dengan perempuan lain, namun itu sekadar angan-angan kosong bagi menyedapkan hati kerana jauh di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan isterinya itu.

Keadaan ini berlarutan sehingga mencecah hampir setahun.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Ridzwan terpaksa mendatangi isterinya pada waktu siang sebelum ke pejabat kerana menganggap isterinya hanya bernafsu pada waktu itu.

Disebabkan keadaan ini menyebabkan isterinya semakin lama semakin susut tubuhnya dan matanya mulai cengkung seolah-olah tidak mendapat rehat yang secukupnya walhal isterinya tidur nyenyak seawal pukul 9 malam dan tidak akan diganggu.

Pernah juga Ridzwan membawa isterinya berjumpa doktor, namun doktor mengesahkan yang isterinya sihat dan hanya menasihat supaya memperbanyakkan rehat.

Semakin hari isterinya mula mengalami kemurungan dan tidak seceria dulu. Dia semakin menjadi pasif, takut untuk berhadapan dengan orang ramai, rendah diri, tiada keyakinan dan prestasi kerjanya mula merosot.

Ridzwan cuba mendapatkan ikhtiar lain dengan cara menggunakan pendekatan rawatan secara Islam.

Perjumpaan dengan seorang ustaz yang terkemuka di ibu kota telah merungkaikan segala persoalan yang selama ini tidak terfikir oleh Ridzwan.

Menurut ustaz tersebut, isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan menyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih.

Ketika proses perubatan dilakukan, Ridzwan melihat sendiri bagaimana interaksi antara ustaz tersebut dengan jin yang menumpang dalam badan isterinya.

“Jin tersebut mula terpikat dengan isteri saya semasa mereka menginap di sebuah hotel di Tawau dan ketika itu isteri saya sedang mandi ber-#b’0′gel di dalam bilik air hotel tersebut. Sejak itu jin berkenaan mula mendampingi isteri saya dan amat benci kepada saya dan inginkan kami berpisah,” tambah Ridzwan.

Namun, kecekalan hati Ridzwan serta rasa cintanya terhadap isteri menyebabkan mereka berjaya mengekalkan hubungan tersebut walaupun seringkali bercakaran.

Setelah pertemuan demi pertemuan diadakan dengan ustaz tersebut selama sebulan, akhirnya jin itu berjaya dikeluarkan dan isterinya itu kembali normal dan ceria seperti biasa. Kini perhubungan Ridzwan dan isterinya kembali normal.

Nasihat Ridzwan, jika terdapat sebarang tingkah laku atau perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh seorang isteri, segera mendapatkan rawatan sama ada secara moden atau Islam.

“Jangan pandang ringan akan hal ini kerana mungkin akan membawa kemudaratan jika dibiarkan berpanjangan. Ramai dalam kalangan isteri seringkali tidak menyedari yang dirinya telah ditiduri dan dirogol oleh jin akibat mengabaikan doa sebelum tidur sebagai pelindung diri. Ini akan menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuh dan mendampingi mereka tanpa disedari.

“Naluri seorang isteri adalah sentiasa berkehendakkan layanan suaminya, dan jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Mungkin yang mengganggu itu datangnya dari alam lain, ataupun yang mengganggu itu datangnya dari alam kita sendiri,” kata-kata terakhir Ridzwan yang mendalam mengakhiri pertemuan tersebut