Halau harimau guna mercun bawa padah
KOTA BHARU - Seorang penoreh wanita cedera di mata kanan serta tiga jari kiri melecur apabila mercun bola yang dinyala untuk menghalau harimau meletup depan mata di Teluk Bayu, Jeli, kelmarin.
Kejadian berlaku kira- kira jam 12.30 tengahari dalam ladang getah milik mangsa, Fakariah A’alrinah Jusoh,42, yang ketika itu sedang menoreh manakala anak bongsunya Zikri Haziq Mohammad Ruzali, 3, sedang tidur di pondok berdekatan.
Menurut Fakariah A’alrinah, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami akan turun menoreh bermula jam 5 pagi sehingga petang.
“Ketika sedang menoreh, saya terdengar bunyi harimau mengaum. Akibat terlalu terkejut, saya terus berlari ke pondok untuk mengambil mercun.
“Setelah membakar mercun itu, namun saya tidak sempat lontar dengan cepat. Akibatnya, saya mengalami kecederaan dan saya terus ambil air untuk basuh dan balut tangan yang melecur,” katanya kepada media ketika ditemui di wad Dahlia Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.
Mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Dusun itu berkata, ketika kejadian, hanya dia dan anak bongsunya yang berada di ladang getah tersebut kerana suaminya mempunyai urusan di luar.
“Sejurus kejadian, saya menelefon ayah untuk bawa saya ke Hospital Jeli sebelum dihantar ke HRPZ II bagi rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, dia sentiasa menyimpan mercun bola yang digunakan untuk menghalau binatang buas demi keselamatan dia dan sekeluarganya sejak tinggal di situ setahun yang lalu-sinar
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..