Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, February 28, 2014

Perghhh !!! Tiba-tiba zakar tak berfungsi, wanita selamat dari dirogol


Tiba-tiba zakar tak berfungsi, wanita selamat dari dirogol

Rogol2-300x150KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa.
Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.
“Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran, lapor Hmetro.

Gambar sempoi Ustaz Azhar Idrus Melawat TG Nik Aziz di Hospital

[admin] YB Tuan Guru sempat menunjukkan kitab yang dibaca oleh beliau sepanjang berehat di wad HUSM, Kubang Kerian sewaktu dikunjungi oleh Ustaz Azhar Idrus sebentar tadi. Tuan Guru mula berehat di dalam wad mulai hari Isnin lepas dan dijangka keluar esok hari. Ustaz Azhar pula berada di Kelantan pada hari ini untuk memenuhi beberapa undangan kuliah. Beliau juga akan menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu pagi esok.

Thursday, February 27, 2014

Jawapan Sempoi Dari Saifuddin Nasution..Kepada Tun Daim..Anwar Memang Lemah..Kiki

Saifuddin Nasution jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai "lemah" kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional.-

Lima Keping gambar lelaki gantung diri selepas bergaduh dengan kekasih di Batu Maung

Lima gambar lelaki gantung diri selepas bergaduh dengan kekasih di Batu Maung

Seorang lelaki ditemui mati di kawasan siar kaki berdekatan dengan Kilang Jabil, 
Batu Maung, Pulau Pinang. Gambar yang diperolehi dari Facebook Daily Traffic Report itu bagaimana pun tidak disertakan dengan laporan penuh mengenai kejadian itu.
Namun, menurut sumber tidak rasmi, lelaki berkenaan didakwa bergaduh dengan kekasihnya. 
Gagal mencapai elemen pendamaian, lalu lelaki berkenaan bertindak membunuh diri dengan mengantungkan dirinya di sebatang pokok di siar kaki. Kekasihnya cuba membantu dan 
menyelamatkan lelaki tersebut. Malangnya sudah terlambat, lelaki berkenaan meninggal di tempat kejadian.
5 Gambar Lelaki Gantung Diri Di Siar Kaki Selepas Bergaduh Dengan Kekasih Di Batu Maung 1

5 Gambar Lelaki Gantung Diri Di Siar Kaki Selepas Bergaduh Dengan Kekasih Di Batu Maung 2

5 Gambar Lelaki Gantung Diri Di Siar Kaki Selepas Bergaduh Dengan Kekasih Di Batu Maung 3

5 Gambar Lelaki Gantung Diri Di Siar Kaki Selepas Bergaduh Dengan Kekasih Di Batu Maung 4

5 Gambar Lelaki Gantung Diri Di Siar Kaki Selepas Bergaduh Dengan Kekasih Di Batu Maung 5

PRK Kajang.. Perghh..BN Yakin Menang Walaupun 100 hadir Dengar Ceramah BN

PRK KAJANG ... CERAMAH UMNO/BN DI SG KANTAN, KAJANG MALAM TADI GRED SUAM-SUAM KUKU.


BIAR GAMBAR BERBICARA  .. cakap banyak pun tak guna.

Malam tadi UMNO/BN telah mengempur Sg Kantan, Kajang berceramah untuk calonnya dari MCA Chew Mei Fun.

Penceramah utamanya ialah Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian yang beritahu satu dunia masternya dia dapat CGPA 3.85.

Kehadiran dari penduduk tempatan amat mengecewakan sekali walaupun disediakan minuman dan makanan... majoriti yang hadir adalah para petugas parti yang di angkut serata negeri Selangor.

Macam mana rakyat nak datang dengar .. isi ceramahnya malam tadi ialah walaupun PR menang 3 negeri tapi negeri-negeri tersebut tidak pula diturunkan harga minyak.

Ini dinamakan pemimpin bebal menyebabkan rakyat dengar naik mual.

RAHSIA MENGAPA DAIM ZAINUDDIN DAN MAHADIR BEGITU LANTANG DAN KENCANG MENYERANG DSAI TERBONGKAR!!!

RAHSIA MENGAPA DAIM ZAINUDDIN BEGITU LANTANG DAN KENCANG MENYERANG DSAI TERBONGKAR!!! ... DSAI MENANG KAJANG UMNO HILANG PUTRAJAYA.!!!!!



Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.

Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.

Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.

Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi “angsa emas”.  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.

Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk “berperang” dengan Anwar.

Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.

Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan “Langkah Kajang” sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.

Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.

Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.KREDIT OMAKAU

Wednesday, February 26, 2014

Pengakuan Iklas dan Panas Oleh Jessica Iskandar , Saya Belum Menikah Dan Status Masih Perawan

Jessica Iskandar: Status Saya Sampai Saat Ini Masih Perawan

Pemain sinetron dan presenter Jessica Iskandar saat ditemui seusai syuting program Ramadhan 
Waktunya Kita Sahur di Studio Trans TV, Jakarta Selatan, Sabtu (21/7/2012) dini hari. Artis cantik ini 
selalu membawa vitamin selama bulan puasa untuk menjaga kondisi badannya agar tetap fit meski 
menjalani berbagai syuting program Ramadhan. (Tribun Jakarta/Jeprima) 
TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Teka-teki kapan dan dimanaJessica Iskandar menikah belum diketahui pasti. Namun, mantan host tamu acara musik Dahsyat itu sudah menyerahkan surat permohonan pernikahan ke kelurahan Ciganjur, Jagakarsa, Jakarta Selatan pada 17 Desember 2013 lalu.
Dari lima lembar berkas yang diserahkan kepada pihak kelurahan, Jessica menyertakan 'Surat Pernyataan Belum Pernah Menikah'.
"Surat Pernyataan Belum Nikah ini penting sebagai pernyataan diri bahwa dia belum pernah menikah," ucap kepala kelurahan Ciganjur, Ahmad Sodikin yang ditemui tabloidnova.com di kantornya, Jalan Moh. Kahfi I, Jagakarsa, Jakarta Selatan, Selasa (25/2).
Surat tersebut ditanda tangani oleh Yesisca Iskandar yang merupakan nama asli Jessica Iskandar pada 17 Desember 2013 di atas materai enam ribu Rupiah. Terdapat pula tanda tangan sang ayah, Hardi Iskandar, Ketua RT dan Ketua RW dimana Jessica berdomisili.
Berikut petikan pernyataan Jessica:Dengan ini menyatakan dengan sebenarnya dan sanggup diangkat sumpah bahwa hingga saat ini saya belum pernah menikah, baik secara resmi maupun tidak resmi dan status saya sampai saat ini masih PERAWAN.
Demikian surat pernyataan ini saya buat dengan sebenarnya dan apabila ternyata dikemudian hari surat pernyataan ini tidak benar saya bersedia dituntut menurut hukum yang berlaku.
Surat pernyataan ini akan saya pergunakan untuk keperluan MENGURUS PERNIKAHAN.
Jakarta, 17 Desember 2013
Yesisca Iskandar

Perghh Amah Kelar anak majikan Hingga Mati Bunoh Diri ..

  • Amah kelar anak majikanBanglo yang didiami mangsa di Taman Sri Putra Sungai Buloh, lokasi kejadian berlaku - Foto Sinar Harian oleh IZWAN ROZLIN
 1 / 1 
SUNGAI BULOH - [Dikemaskini] Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam.

Kanak-kanak malang itu berusia 5 dan 1 tahun 6 bulan serta suspek ditemui meninggal dunia di tempat kejadian.

Warga Indonesia dikenali sebagai Agnes umur lingkungan 30an ditemui bersama Melvin Selvan Joseph, 5, di bilik tingkat bawah.

Manakala adiknya, Kuay Jia Hong ditemui di tingkat atas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang mengesahkan kes sebagai bunuh dan bunuh diri.

"Ketika ditemui, semua mangsa ada kesan kelar di leher.

"Pihak polis  turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, keluarga mangsa hanya menyedari kejadian selepas pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

Kemalangan Ngeri.. Semalam.. Van Berlanggar Dgn Proton Wira. Seorang Kanak Meinggal


Smlm punya cite,Exsiden kt dpn Ipd Gombak(van sklh dgn kete wira)sorg Bdk sklh meninggal

Tuesday, February 25, 2014

Perghhh :: Minuman Dalam Tin Yang Di Cemari dengan..Air Kencing Tikus.Berhati hati ye




MOHON SEBARKAN!! PENTING DAN HARUS DIBACA! Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.' Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira. kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.) Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan. SEBARKAN!!!

Nota : Penulis menegaskan sesiapa yang membeli air minuman daam tin ..basuhlah dahulu..supaya ianya dibersihkan dari semua kekotoran yang kemungkinan ada.. 

Perghh : Insan Ini Sanggup Tinggal Dalam Kandang Besi.. Kerana Tak Sanggup Bayar Sewa

  • Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah
 1 / 1 
WALAUPUN Hong Kong dikatakan antara bandar terkaya di dunia, namun penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.

Hong Kong yang mempunyai populasi tujuh juta orang merupakan bekas jajahan koloni British dan memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi.

Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan.

Seorang pesara buruh, Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun.

“Saya terpaksa tidur meringkuk kerana saiz ruang terlalu kecil,” katanya.

Menurutnya, beberapa 'kandang' akan disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik gelap dan panas, laporan dipetik dari CNA.

Perghh Dekat Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Wangsa Maju.

Kecoh dkt LHDN wangsa maju..apa dah jadi dgn BR1M?  Kata semua yang kayak dapat..mungkin ada yang tercicir ni..mudah mudahan pihak yang berwajib dapat membantu dalam apa sekalipun..kerana mereka layak untuk menerimanya.Keseluruhan wang brim dikatakan RM 4 bilion .maka pakat pakat serbulah pejabat LHDN  Tahun lalu ..otai 2

Pelajar di Tahan Rakam Aksi Liwat..


Pelajar rakam aksi liwat

PADANG BESAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun beberapa kali sejak akhir tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, perintah tahanan itu bermula kelmarin (Jumaat) dikeluarkan Mahkamah Majistret di Kangar.
Dalam kejadian terakhir berlaku pada awal Februari lalu, suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa telah membawanya ke sebuah rumah kosong di Kampung Lembah Biak, di sini sebelum meliwat mangsa dan merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Difahamkan remaja berkenaan juga menjadikan rakaman berkenaan sebagai ugutan bagi mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Monday, February 24, 2014

Kemalangan Tragis...Bikers Z x 6 Down Masuk Gaung Di Cameron's Highlands. { 4 foto}





23-02-2014



Zx6 down masuk gaung di Camerons Highlands..Alhamdulillah ride selamat.. info lengkap belum dapat.. terima kasih kepada yang kongsi maklumat bersama... (4 photos)..hati hati ye bikers..

Khabarnya Pemilik page FB murtad kini koma di hospital?


Pemilik page FB murtad kini koma di hospital?


murtad-juli-koma




Pemilik Page Murtad Juli Sumardiati Koma & Di Azab di Dunia | Gambar yang dipercayai Juli Sumardiati, pemilik page ‘Murtad in Pantai Timur’ kini dilaporkan koma serta menerima pembalasan didunia selepas terus menerus menghina, mencaci dan memperlekah agama Islam. Newmalaysianpost.
Wanita biadap ini dikatakan jatuh koma dan melolong seperti orang yang perit menahan kesakitan. Namun sejauh mana kebenaran berita ini masih tidak dapat dipastikan.
Apakah benar dia (Juli) yang menghina Islam atau ada insan lain yang ambil kesempatan di atas kelemahan beliau atau ada yang menggunakan identiti beliau….wallahualam.  Sejauh mana kebenaran ya Kita pun Tidak Tahu..Ada yang kata Tidak Benar..Kita tunggu dan Lihat kebenaranya.

Ceramah Anwar D Taman Saujana Impian Kajang, BUAT UMNU dan B EN ..Kecut..


SUASANA DI TAMAN SAUJANA IMPIAN, KAJANG YANG BUAT DAIM BANGUN DARI TIDUR DAN TUN M TAKUT KECUT PERUT.



Gerakan "Langkah Kajang" oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Barisan Nasional 

(BN) panik terhadap kedudukan mereka di Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk
 Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, "elemen kejutan" yang dilakukan PR dengan meletakkan beliau 

sebagai  calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa
 pemimpin veteran BN mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya.

"Elemen kejutan Langkah Kajang ini dia (Umno) panik. Kita jangan cuai. Kita kena 

pastikan, sabotaj dari luar itu cukup kuat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramahnya malam tadi Kajang.

"(Tun) Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu lawan (Anwar). (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pun kata tidak boleh Anwar (bertanding di Kajang). Mahathir

sudah 87 tahun, dengar nama Anwar dia takut.

"Dia takut sebab apa, anak dia Melayu paling kaya di Malaysia. Hidup Melayu, siapa? 

Anak dialah,” katanya.

BN sebelum ini mengumumkan calon mereka iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka

 Chew Mei Fun untuk bertanding menentang Anwar merebut kerusi yang dikosongkan
 Lee Chin Cheh bagi memberikan laluan kepada Anwar di kerusi berkenaan.

Anwar turut dilihat menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dengan mengatakan

 MCA hanyalah sekadar "menumpang" kedudukan Umno.

"Siapa BN nak letak itu kerja dia. Cuma kita nak bagi tahu kita bukan lawan MCA, yang kuasa ini pemimpin Umno. MCA tumpang sahaja, dia tidak berani cakap.

"Siapa kisah MCA? Calon dia MCA, tapi sokongan semua BN, Umno dalam kerajaan,” katanya.

Sunday, February 23, 2014

Perghhh..Gadis Ganti Ibunya Untuk MENARI Separuh Bogel..


Seri Kembangan: Usianya baru 15 tahun, tapi sudah mahu menunjukkan bakat menggantikan ibunya sebagai penyanyi dan penari separuh bogel di Medan Selera Serdang di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini.
Bagaimanapun, tindakan remaja berasal dari Bandar Tun Razak yang berhenti sekolah tahun lalu itu memakan diri apabila ditahan polis dalam Ops Noda di situ, malam kelmarin.
Gadis itu mendakwa kali pertama membuat persembahan sebab menggantikan ibunya yang sakit dan tak boleh menyanyi.

Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bermula jam 11 malam.
Foto
REMAJA 15 tahun yang menari separuh bogel yang ditahan polis dalam Ops Noda.

Operasi diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Serdang Deputi Superintendan Ramsay Anak Embol.

Ramsay berkata, ketika serbuan, 15 wanita berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.

“Serbuan dilakukan 23 anggota, termasuk empat pegawai, selepas mendapat aduan dan maklumat awam berhubung persembahan mengghairahkan di medan selera itu.

“Semua 15 wanita itu berusia antara 15 hingga 50-an. Tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.

“Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis turut ditahan,” katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan, antaranya beroperasi tanpa permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa.

Perghh..Heboh Makanan Tidak Halal di Jual Dlm Packet Tidak Halal


HEBOH MAKANAN TIDAK HALAL DIJUAL DALAM PAKET ADA LOGO HALAL TIADA SEBARANG TINDAKAN DI AMBIL????




Satu sejenis makanan mee segera jenama A1 mempunyai logo halal sedangkan ianya tidak halal dan dijual bahagian kaunter tidak halal di sebuah Pasar Raya tersebar ligat di alam maya.



Para pengguna beragama Islam kini tertanya-tanya mengapa tiada sebarang tindakan tegas lagi pantas pihak berwajib terutamanya JAKIM dan KPDNKK.


Dipercayai ini bukan perkara terpencil tetapi tips on the iceberg .

Sekurang-kurangnya peniaga Pasar Raya ini cukup jujur dan amanah mengambil inisiatif sendiri meletakkan produk berkenaan di bahagian kauter barangan tidak halal..omakau

Saturday, February 22, 2014

Wang KWSP Di Pinjam Oleh Kerajaan Sebanyak RM 144 Bilion.


Pada 2012 sebanyak RM144.5 bilion wang KWSP telah diPINJAM oleh kerajaan BN.

Adakah kerajaan BN bayar balik? 
Adakah jimlah makin bertambah?
Mengapa pinjam KWSP?
Bagaimana dengan Socso?
Tabung tabung rakyat yang lain?

Dan negara ada 333 plantar minyak yang menhasilkan lebih RM10juta bagi 1 plantar sehari.

Kemanakah wang tersebut hilang?

Memilih BN mentadbir negara samalah seperti mengizinkan wang rakyat dan aset negara disamun sampai licin!! king Jason

Gambar Demo Kecam Kassim Ahmad Di Beberapa Buah Masjid


ISU ANTI HADIS ..BEBERAPA RAKAMAN GAMBAR MENARIK DI BEBERAPA BUAH MASJID DEMO KECAM KASSIM AHMAD DAN MAHATHIR MOHAMAD



Plakad-plakad menarik dikesan dalam perhimpunan umat Islam di Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Negeri Alwi Kangar, Perlis, Masjid Pengandang Baru, Kuala Terengganu dan Masjid Negeri Ipoh, Perak  bagi mengecam kenyataan kontroversi sarjana Kassim Ahmad yang dianggap biadab dan menghina Islam.

Antara dipamerkan peserta, “Kassim Ahmad syaitan”, “Kassim Ahmad tempat laknat Malaysia...” dan “Kasim Ahmad Hina Ahmad”.

Ahmad merupakan nama lain kepada Nabi Muhammad.

Selain menyatakan keberangan dalam perhimpunan selepas solat Jumaat itu, dikesan juga plakad yang berbentuk humor seperti “Kassim Ahmad dah solat Jumaat ke?”.

Harakahdaily melaporkan, hampir 1,000 umat Islam berkumpul di Masjid Negara bagi mendesak tindakan pihak berkuasa terhadap Kassim.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran kritikan ekoran pendiriannya yang membela Kassim.

Pemuda UMNO tak nampak muka ... Perkasa hilang entah kemana .. JATI jangan cite terus lesap .. Pekida lagilah asap dan bayang pun tiada .. ISMA cari-cari tak jumpa.

Friday, February 21, 2014

Perghhh..Bekalan Air NS ..Meruncing Perkara Yang Tidak Di Sensasikan Di Media Utama.





SALAH SIAPAKAH BERLAKUNYA KRISIS AIR AMAT MERUNCING DI NEGERI SEMBILAN??????

Bila berlaku krisis air di negeri -negeri yang diperintah Pakatan Rakyat terutamanya Selangor maka terus UMNO dengan bantua media lidak biawak rasminya menunding ...jari ianya kesalahan pihak kerajaan PR Selangor.

Kini keadaan air dinegeri jiran Selangor yang ditadbir urus oleh UMNO/BN semenjak merdeka hingga sekarang, Negeri Sembilan sedang berdepan dengan krisis air yang amat meruncing sehingga terpaksa dicatu.

Siapakah yang patut dipersalahkan???? Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atau Kerajaan UMNO/BN Negeri Sembilan bawah pimpinan Mat Hassan?????... Atau paling tepatnya kedua-duanya sekali??????

Penyerahan pengurusan air seluruh Negeri Sembilan diserahkan dari Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan kepada SAINS semasa Mat Hassan jadi MB Negeri Sembilan sedangkan penyerahan pengurusan air kepada SYABAS di Selangor dilakukan oleh Khir Toyo semasa UMNO/BN memerintah.

The Star Online melaporkan Mohamad Hasan mengumumkan bahawa Negeri Sembilan alami krisis air di negeri itu ekoran bekalan air yang terputus di beribu-ribu isi rumah sejak Rabu.

Mohamad Hasan berkata bilik Operasi Bencana Alam negeri itu turut diaktifkan untuk menyelaraskan usaha untuk membekalkan air bersih kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

"Hujan tidak turun di sini sejak dua bulan yang lalu dan ini telah menyebabkan paras air di tujuh empangan mencapai tahap kritikal.

“Malah, kami juga tidak dapat mengambil air dari Batang Benar dan Sg Ulu Muar yang menyediakan air mentah kepada empangan Talang, Kelinchi dan Sg Terip, kerana kedua-duanya sudah kering,” katanya kepada The Star Online.

Beliau berkata lebih 8,000 isi rumah terjejas akibat kekeringan empangan itu.
See More

Perghhh..Ada tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang

Ada tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang


Agensi Berita Nasional (Bernama) telah mengutip pendapat beberapa orang penganalisa politik dan juga seorang pemimpin Umno yang berpendapat BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini sebaliknya molek diserahkan kepada PKR.

Anwar akan menang mudah?
Mereka berpandangan Mohd Najib Razak wajar mengambil tindakan sama dengan pilihan raya kecil Penanti Pulau Pinang tahun 2009 tahun lalu dimana BN tidak meletak calon.

Alasan diberikan ketika itu, pilihan raya kecil tersebut bukan kehendak perlembagaan kerana ianya diadakan kerana sengaja dikosongkan. Adun Penanti ketika itu, Mohamad Fairus Khairuddin yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Dr Mansor Othman bagi dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika Najib mengambil keputusan itu, orang menyifatkan tindakan Najib bijak dan kena pada tepatnya kerana boleh mengelakkan berlaku pembaziran wang dan ketegangan politik. Bagaimana pun Dr Mansor yang bertanding di situ terpaksa juga berdepan dengan beberapa orang calon bebas yang bengong ataupun yang tidak profesional dalam politik.

Atas semangat dan suasana seperti di Penanti itulah, maka pilihan raya kecil Dun Kajang juga tidak relevan dan penting bagi BN meletakkan calon. Bijak bagi Najib kalau beliau mengambil keputusan sama di Penanti dulu dan tidak mempedulikan desakan Mahathir agar BN meletakkan calon. Najib kena membaca matemetik politik Mahathir kenapa beliau beriya mahukan BN meletakkan calon di Kajang.

Mahathir sudah tahu bukan mudah untuk BN merampas balik kerusi berkenaan. Kekalahan calon BN kelak akan digunakan Mahathir sebagai modal untuk dia memperlekehkan Najib sebagai tidak cerdik dan sangat lemah dalam politik. Tidak menjadi rahsia lagi Mahathir kini sedang mengatur stategi untuk memalukan Najib dan diganti dengan Muhyiddin Mohd Yassin

Gambar Kejadian Tembak Di Kulim.. Seorang Pemuda Terkena Tembakan.


KEJADIAN TEMBAK DI LAMPU ISYARAT INOKOM Kulim :
2. Butir-butir mangsa:
Nama: Ganasepillay a/l Subramaniam 
Alamat: No 4 Lorong 1 Tmn Kenangan, Sg karangan kulim.

3. Ringkasan kes: 

Pada 20/2/14 jam lkurang 9.00 pagi mangsa bersama teman wanita bernama Umathariseeni a/p Sathayah 




Kpt: 930401075494, alamat: No 307, lrg 10/12 Tmn Desa Aman, Pdg Serai menunggang msikal jenis honda ex5 warna merah no plat PKC 937 mnghala ke hospital kulim utk menerima rawatan lanjut. Sebaik msikal sampai di hadapan kilang inokom jln kulim baling tiba2 tlh melihat sebuah msikal yg dinaiki oleh 2 L(I ) jenis Yamaha 135LC warna gelap, no plat PKT 7724 mghimpit msikal yg dibonceng oleh mangsa dan tiba2 tlh terdengar bunyi meletup sebanyak 5, 6 kali. Kemudian mangsa tlh terjatuh. Teman wanita mangsa terus berhentikn msikal lalu melihat mangsa dlm keadaan tidak sedarkn diri serta berlumuran darah.
4. Mangsa sdh dihantar ke hospital kulim dan sedang mndapatkan rawatan dan masih kritikal dan terdapat 4 kesan tembakan di bebeapa anggota badan.
6. Siasatan awal di tempat kejadian menemui 2 kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan Thai Arms 9mm. Terdapat kesan darah mangsa di tgh2 jalan serta topi keledar mangsa yg ada kesan darah.
Terima kasih.

Allahhu Akhbar : Alfatihah : Seorang Lelaki Meninggal Dalam Masjid Beijing, Rantau Panjang


UPDATE : 19 FEBRUARI 2014
MASJID BEIJING, RANTAU PANJANG, KELANTAN

Al-Fatihah buat Allahyarham Mahama Jehma yang menghembuskan nafas terakhirnya di rumah Allah. Allah telah memuliakan Beliau.

Allahyarham menghembuskan nafasnya sewaktu di rakaat pertama dan didalam keadaan Qiam. Allahyarham merupakan guru pondok di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand.

Umurnya sekitar 50an, sesungguhnya cara kematian Arwah amat dicemburui kami yang masih hidup.

Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khotimah, permudahkanlah sakaratulmaut kami nanti Ya Allah.. Sesungguhnya Kau adalah Maha Mengasihani Ya Allah.

Al-Fatihah.

Thursday, February 20, 2014

Kemalangan Ngeri Berlaku Petang Semalam ..Lutut Hancur



..ptg semalam gesel ngan myve ....masuk longkang ...kaki kena dinding longkang ....lutut patah dn tulang hancur .....mangsa selamat x mati ..moto ninja 250 cc sekian terima kasih

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung