Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, March 31, 2014

Punca sebenar Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebook

Punca sebenar Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebook - Susulan penyebaran secara meluas artikel tulisan Ustaz Darul Manzil berhubung dua mimpinya mengenai pesawat MH370 dalam akaun Facebook, beliau bertindak menutup akaun tersebut.

Semakin Pening Tragedi MH 370 : OBJEK DI KUTIP HANYA BUANGAN TERAPUNG TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PESAWAT MH 370m

TRAGEDI MH370 .... OBJEK DI KUTIP HANYA BUANGAN TERAPUNG TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PESAWAT MH370 KATA AMSA.


Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Pak Lah adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).






email
comments
Pak Lah antara pemimpin dunia diawasi Agensi Keselamatan AS
KUALA LUMPUR: Sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, mendedahkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai.

Selain Abdullah, antara pemimpin lain di dalam senarai itu adalah Canselor Jerman, Angela Merkel, mantan Presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.

Nama terakhir di dalam senarai itu adalah bekas Perdana Menteri Ukrain, Yuliya Tymoshenko.

Dokumen itu turut mendedahkan nama Merkel diletakkan di bawah pangkalan data TKB, iaitu sebuah agensi pusat yang mengumpulkan data seseorang individu.

Penjelasan dari sumber dalaman NSA, menyatakan bahawa petugasnya dibenarkan menggunakan pengkalan data terbabit untuk menganalisis "profil lengkap" individu yang menjadi sasaran pencarian.

Der Spiegel sebelum ini pernah melaporkan pemberi maklumat perisikan, Snowden mendedahkan bahawa risikan telah dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Susulan itu, Malaysia telah menghantar nota bantahan ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

Sunday, March 30, 2014

Kemalangan Tragis..CBR 1000 Putus Dua...Langgar Kereta Di Hadapan Petronas Kulim Hitech








Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma patah bahu.. Satu Keajaiban bagi dirinya..semoga..sahabat kita lebih berhati hati di masa hadapan..
Pa yang menjadi persoalan ialah..pemandu pemandu kereta..kadang kadang..bawa ikut cara sendiri je..kalau hendak buat U turn ikut ..suka hati je..maka terjadilah macam ni.. Riders pun kena berhati hati di Trafic light..

Kemalangan bikers..Rider GS 1200.. Kemalangan di Terengganu





Rider Gs1200 dari Kelantan kemalangan dalam perjalanan ke Kuala Trengganu Bike Week..kecederaan belum dapat info..doakan semuga selamat dan dipermudahkan urusannya..

kepada bikers2 yang lain minta lebihkan perhatian dan hati2.





Saturday, March 29, 2014

Perghhh..Zahid Hamidi Kena Tibai Dengan Interpol.Semak Data .Interpol. Hanya 2...3 saat je.



Lagi sekali negara kita dimalukan diperingkat dunia dan antarabangsa apabila kenyataan Menteri di parlimen dibelasah sampai lumat dan dilihat kenyataan itu bertaraf gred F.

Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

Gambar Sempoii Himpunan Reformasi 2.0 Di Kelantan..Masih Relevan Kah Anwar Di Kelantan ?




Himpunan Anak Muda PAS dan AMK..di Kelantan




DSAI memberi ceramah UMUM di Johor..Baru Baru Ini

[admin] Puluhan ribu membanjiri Padang Perdana Kota Bharu malam ini bagi mengikuti majlis ceramah Reformasi 2.0 yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan. 

Heboh satu Malaysia menyatakan Anwar masih tidak relevan dan tidak diterima rakyat..tapi..dimana mana ceramah anwar..ramai yang menghadirinya..


HIMPUNAN REFORMASI 2.0 - DSAI sedang menyampaikan ucapan - saksikan @http://www.kelantantv.

Perghhh..Seorang Lelaki Berbogel Selepas kantooi..

Bogel selepas kantoi
Bogel selepas kantoiSuspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.

Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.
SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.

“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.

Friday, March 28, 2014

Musa Hitam Mendakwa..Mahathir Memang Berada D Kuala Lumpur Semasa Peristiwa Memali.


Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014. Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.

Gambar Sempoii..!! Inilah Bukti Kukuh Yang Menyebabkan Pengaruh Anwar Di Sekat..Dari Kemaraan API Politik..PR..


GAMBAR  BUKTI PELANCARAN REFORMASI 2.0 JELAJAH JOHOR DI BATU PAHAT, JOHOR YANG DI WAR-WARKAN LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN, HAMBAR DAN SUNYI????  Kredit omakau

Inilah bukti bergambar betapa benar sungguh apa yang dilemparkan oleh macai-macai UMNO cukup benar lagi sahih kononnya rakyat kini sudah muak dan mual dengan himpunan menghasut rakyat tolak UMNO/BN anjuran Pakatan Rakyat.

Pelancaran Reformasi 2.0 Jelajah Johor di Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat Johor yang di lancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi dikatakan mendapat sambutan yang amat membanggakan sekali diluar jangkaan.

Perlu ingat, Johor adalah negeri yang cukup UMNO paling gagah dan kebal .. negeri di mana UMNO di lahirkan .. negeri dimana para pemimpin UMNO mendabik dada cakap besar berdegar-degar mengatakan UMNO tidak mungkin rebah dan rakyat Johor tidak akan berubah dan berhijrah ... Tetapi haikatnya????

Bikers Ride RI..Melambung Di Hadapan Traffic Light..Di Terengganu.




Bikers pkai R1 down kt simpang 3 traffic light wakaf mempelam terangganu — with (4 photos)
Penulis berharap  semua biker BERhati hati hati  ye ..Dalam permanduan anda..

Thursday, March 27, 2014

Pelancong Dari China Turun Mendadak. Satu Tamparan Hebat Kepada Indutri Pelancongan Malaysia..


TRAGEDI MH370 .. PELANCONG DARI NEGARA CHINA MERUNDUM DAN ADA AGENSI TERUS BATAL KERJASAMA DENGAN MAS.



Ekoran insiden MH370, jumlah warganegara China yang ingin melancong ke negara ini telah menurun mendadak.

Harga untuk rombongan melancong ke Malaysia turut menurun kepada kira-kira RM1,595 hingga RM2,126.

Terdapat juga agensi pelancongan Beijing yang memutuskan hubungan dengan Malaysia Airlines (MAS) dan bersedia memulangkan bayaran yang diterima.

Fazhi Wanbao melaporkan Agensi Pelancongan ZhongQing umpamanya telah menghentikan kerjasama dengan MAS dan bersedia memulangkan bayaran kepada pelanggan atau membantu mereka menempah tiket syarikat penerbangan lain.

Menurut akhbar itu lagi, banyak rombongan ke Malaysia terpaksa dibatalkan apabila jumlah peserta berkurangan.

Jingjua Shibao pula melaporkan beberapa agensi pelancongan dari China telah menerima permohonan pelanggan untuk menundakan rancangan melancong ke Malaysia.

Salah sebuah agensi pelancongan di Beijing dilaporkan perlu menguruskan purata 10 kes setiap hari berhubung permintaan pelanggan yang mahu menundakan rancangan bercuti di Malaysia.

Sementara itu, Wall Street Journal melaporkan, kira-kira 10 peratus pelancong ke Malaysia adalah dari China dan mereka menyumbang enam peratus kepada pendapatan sektor pelancongan negara ini. Omakau

Jahanam..Kalau Mahathir Jadi PM Semula..Dia Nak Tapis Semua.. Internet.


MAHATHIR CAKAP JIKA DIA DITAKDIRKAN JADI PM SEMULA BERJANJI AKAN TAPIS SEMULA INTERNET.




Ternyata Mahathir adalah pemimpin lidah bercabang flip flop .. Dulu berjanji internet tidak akan disekat dan di tapis .. sekarang berbelit bersimpul lidah mau tapis dan sekat.

Pemimpin macam ini langsungt tidak boleh dipercayai akan kata-katanya .. janji lagi tidak boleh dipegang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia. 


Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.


"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.



"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.


Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.


Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan Pakatan Rakyat di dalam internet.


Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.

Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.


"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.


"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.


Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.


"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.


"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.


Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.

Perghhh.Kerajaan China Mahukan PM Najib..Serahkan Semua Data Yang Ada,,


Kerajaan Negara CHINA Akan Menghantar Wakil Yang Di Lantik Ke Msia..

Segala Bukti Yang Berkaitan Dengan MH370 Akan Mereka Tuntut Untuk Penyiasatan Bagi Pihak Mereka..



Apa sebenarnya isi kandungan dlm kargo MH370 sehingga manggis menjadi mangsa..dan china begitu berani membuat tuduhan seolah ada khazanah berharga di dlmnya..



Wajib letak JAWATAN jika najib berfikiran matang dan profesional..

Dgn rakyat sendiri boleh lah kau control media spin sampai hancing, dgn dunia pun ko nak perbodohkan memang silap besar lah Najib !!! — withOtai Reformasi Ori 

Wednesday, March 26, 2014

MH 370 : Tok Najib Di Lihat Hanya Bertindak Sebagai Penyampai Berita ? Kiki.



TRAGEDI MH370 ... NAJIB KINI DILIHAT BERTINDAK LEBIH KEPADA

 SEBAGAI PEMBACA BERITA DARI PERDANA MENTERI MALAYSIA????



Dengan hanya penampilan sebanyak dua kali yang beliau klasifikasikan 

sebagai sidang media tetapi tiada sebarang soal jawab dibenarkan, maka 
ianya memberi dan membina suatu persepsi betapa Najib Razak selaku 
Perdana Menteri Malaysia tidak mempunyai keupayaan, kemampuan,
 pengetahuan dan keberanian berdepan dengan media bebas.

Sudah sekian lama berasa amat selesa dan seronok hanya jika berdepan 

dengan media milik dan kawalan UMNO/BN.

Mungkin
 PM perlu mengubah pekerjaannya kepada pembaca berita .. itulah 

keluhan dan pandangan rakyat kini.

Ketiadaan Perdana Menteri Najib Razak dari sidang akhbar MH370, dengan 

hanya  membuatdua penampilan setakat ini, telah menimbulkan persoalan tentang ketidakhadirannya.

Najib perlu mempunyai sedikit keberanian untuk mengambil beberapa soalan Dari

 para wartawan tempatan maupun asing. Sekiranya dia hanya sekjadar mampu 
bercakap darikenyataan yang disediakan, beliau berlagak tidah ubah seperti seorang pembaca berita bukannya pemimpin negara yang sedang bercakap disuatu sidang 
media berdepan dengan puluhan wartawan dalam dan luar negara.

Sidang media atau lebih tepat taklimat tanpa soal jawab diwaktu agak lambat menyebabkan ianya dilihat sebagai suatu percubaan licik mau menggelak dari 

dimalukan dengan soalan-soalan keras serta mau lari dari silau media antarabangsa.

Umum melihat Najib tiada jawapan yang kukuh lagi menyakinkan .. Cara mudah

 ialah tiadanya sesi soal jawab. Kredit Omakkau

3 Gambar sayu tiga insan kerdil yang berani berhadapan dengan dunia!



Tiada berita yang paling menyedihkan apabila mengetahui pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat yang terlibat.

Namun, tanpa kita sedari tiga insan kerdil yang sungguh berani berhadapan dengan media pada setiap hari juga tidak dapat menahan kesedihan terhadap pengumuman itu.

 Datuk Seri Hishamuddin tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370.

Datuk Azharuddin turut merasa hiba ketika keluar dari dewan PWTC

CEO MAS, Ahmad Jauhari ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam.

Tiga insan ini berdiri teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kredibiliti mereka bertiga? mampukah kita memegang tanggungjawab yang amat berat itu?

Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan amanah yang diberikan:
  • Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan)
  • Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)
  • En Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS)
Anda adalah kebanggaan Malaysia!

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung