Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, May 31, 2014

Gelagat Polis Yang Letak Kaki Di Kawasan Kaabah, Disiasat.


  • Gambar anggota polis di Hajar Aswad ini mencetuskan kemarahan orang ramai.Gambar anggota polis di Hajar Aswad ini mencetuskan kemarahan orang ramai.
 1 / 1 
MAKKAH - ARAB SAUDI. Gelagat seorang anggota polis Arab Saudi meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, baru-baru ini mengundang kemarahan Gabenor Makkah, Putera Mishal Bin Abdullah Bin Abdul Aziz.

Gambar tersebar di laman sosial itu turut menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia hingga mencetuskan kemarahan di laman sosial.

Atas dasar itu, Putera Mishal mendesak Ketua Polis Makkah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan.

“Saya sudah mengarahkan ketua polis untuk menyoal siasat anggota terbabit dan tindakan perlu dikenakan,” katanya.

Gulf News melaporkan, dipetik dari Al-Arabiya, aksi anggota itu secara terang-terangan menggambarkan beliau tidak menghormati tempat suci itu.

“Pihak berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan memilih hanya anggota yang benar-benar layak untuk berkawal di situ,” menurut laporan itu.

Dahsyat Ceramah Grand Finale Semalam Dyana Memang Pukulan Kauw Habis BN.


PANAS! KALAU IKUT CERAMAH GRAND FINAL SEMALAM DYANA PUKUL AHMAD MASLAN 10- 0


Dyana Sofya Aibkan BN di Ceramah Grand Final Malam Tadi

Nampaknya mamat yang terhimpit ponggong wanita bakal kecundang teruk di Teluk Intan. Dalam ceramah grand final kedua-dua parti yang bertanding malam tadi menunjukkan petanda buruk buat BN. Khemah besar yang disediakan hanya berisi lebih kurang 300 pengunjung.

Program DAP yang menampilkan Dyana sebagai selebriti politik masa kini di samping Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Khalid Samad pula ternyata mendapat sambutan hangat pelbagai kaum.


DIBAWAH BERITA :  Ribuan banjiri ceramah kemuncak DAP


Menjelang hari mengundi esok, ribuan hadirin membanjiri ceramah kemuncak DAP yang diadakan di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan.

Kira-kira 10,000 orang membanjiri dataran tersebut untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, sehingga melimpah ke jalan utama dan ada juga menonton dari laluan jalan kaki rumah kedai berhampiran.

Jumlah hadirin bertambah ramai dengan lebih ramai pemimpin kanan DAP datang kemudian pada waktu malam, termasuk calon Dyana Sofya Mohd Daud.

MP DAP Seremban, Anthony Loke menggesa orang ramai untuk meminta semua rakan mereka yang merupakan pengundi di Teluk Intan supaya balik mengundi esok.

Mengundi bermula pada pukul 8 pagi esok di 37 daerah mengundi bagi lebih 60,000 pengundi.

Kesesakan lalulintas lebih 1km berlaku di sepanjang Jalan Changkot Jong menandakan bahawa pengundi luar kawasan dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan.

Gambar TERBAIKK .. DR Mohd Asri ZAinal Abiin Hadiri Ceramah Kemuncak DAP .Di TeLuk Intan.



Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (DrMAZA.com) antara tokoh yang hadir ke Ceramah Kemuncak DAP malam tadi di Tapak Bazar Ramadhan, Teluk Intan untuk mendengar sendiri ucapan calon Dyana Sofya.
Like ·  ·  · 4162133

Penganggur Mati Dalam Keadaan Berbogel...

Dungun , seorang penganggur ditemui mati dalam keadaan berbogel dirumahnya di flat bijangga dekat sini, kira kira jam ,12:46 tgh hari tadi.

Mangsa abdul wahab 50, ditemui oleh Yuslizam yusuf  37, dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari yang lalu.
Yuslizan berkata, penduduk tinggal berhampiran rumah arwah Abdul Wahab sebelum itu memaklumkan kepadanya terdengar deruan air paip tanpa henti selain bau busuk dari rumah mangsa sejak beberapa hari lalu. 

"Atas maklumat itu, saya dan beberapa rakan lain segera ke rumah Allahyarham dan memanggil namanya tetapi tidak bersahut. Disebabkan tiada cara lain, saya menendang pintu depan sehingga terbuka dan ketika itu juga bau busuk terus menusuk hidung," katanya ketika ditemui di lokasi berhampiran tempat kejadian, petang tadi.
Foto
YUSLIZAN menunjukkan tempat mangsa ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Friday, May 30, 2014

Allahhu akhbar.Iinilah Balasan Orang Yang Hina Dan Pijak Al quran


Allahhu akhbar..inilah balasan orang yang hina dan  pijak Al quran.. nampak macam perempuan sebab ada tanda kuku merah di kaki.. dan ini berlaku bukan di Malaysia..

Kejam! Kanak-kanak perempuan dikelar sehingga Kepala Terputus

Kejam! Kanak-kanak perempuan dikelar sehingga kepala terputus
ZAINUDDIN: Polis sedang mengesan suspek yang  Melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam.
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suami Abby Abadi lafaz Cerai Dua Kali

Suami Abby Abadi lafaz cerai dua kali

Suami Abby Abadi lafaz cerai dua kali
Abby Abadi (kiri) - foto Bernama
KUALA LUMPUR: Umum mengetahui pelakon
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah
Abdul Manan, 37, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,
 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat,
 kira-kira pukul 9 pagi hari ini (Khamis).

Berita terkini yang memetik laporan MStar Online, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu
suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli
Jamaluddin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada
11 Jun depan  bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.  - Astro Gempak


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan permohonan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang difailkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menangguhkan pengesahan lafaz cerai itu selepas Abby memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya, Mohd Nor Farhan Che Bakar, sebelum ini.

Perghh : Foto PRK TELUK INTAN ... PUTERI UMNO DIMALUKAN APABILA PEMBERIAN TOPI BERLAMBANG DACING RAKYAT TIDAK AMBIL KISAH

( 2 FOTO ) PRK TELUK INTAN ... PUTERI UMNO DIMALUKAN APABILA PEMBERIAN TOPI BERLAMBANG DACING RAKYAT TIDAK AMBIL PUSING??? Kredit Omakau 


Inilah realiti sebenar yang berlaku diakar umbi apabila Puteri UMNO Malaysia sendiri turun padang tanpa ada pemimpin-pemimpin besar UMNO disisi.

Cukup-cukup hambar sambutan diberikan oleh warga Melayu kepada mereka ... teguran disambut dengan sambil lewa, malahan ada yang langsung tidak angkat muka .. cukup dihina begitu sekali ... pemberian topi langsung rakyat tidak ambil peduli.

Memberi mesej yang cukup kuat dan jelas betapa rakyat sudah muak dan bosan dengan cara UMNO/BN berpolitik ikut musim dan bukannya berterusan ... Anggap rakyat amat mudah digula-gula dengan sekadar memberi umpan topi berlambangkan dacing.

Apakah Puteri UMNO Malaysia anggap nilai rakyat sekadar sebuah topi?????  .. Harga getah turun merudum cukup teruk dimana suara Puteri UMNO???? .. Harga barang-barang keperluan harian naik mencanak dimana pendirian Puteri UMNO???? .. Kehidupan rakyat makin terhimpit mana suara jerit Puteri UMNO????

Bila rakyat kampong sudah cerdik .. nyawa UMNO semakin pendik!!!!!

Thursday, May 29, 2014

Perhhh : Roti Ini Lebih Bahaya dari DNA Babi..Dahsyattt

Uih?! Ini lagi bahaya dari DNA Khinzir ni... XD haha...sambal Iblis..perghhh..
kacau kacau dan haru biru kalau macam ni..kalau semua makan akan jadi Iblis..kiki
apa pun tulislah elok elok..biar betul

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR BERBAUR #LUCAH DIEDARKAN KEPADA PELAJAR?



Tersebarnya sekeping gambar yang menunjukkan soalan bernombor 23 yang jelas sekali membuktikan kertas peperiksaan percubaan itu made in Malaysia. 

Jika dibaca seimbas lalu, ia tidak akan dapat dikesan. Tetapi bila menatap pilihan jawapan dengan teliti dan satu persatu, jika tersalah baca, pasti buruk maknanya. Mymedia hub


Soalan-soalan ini boleh merosakkan minda-minda pelajar. Pendapat ini bukan dari penulis saja, begitu juga dengan pengguna-pengguna facebook yang turut memberikan persepsi yang sama terhadap soalan berunsurkan #lucah ini.

Tetapi apa yang pasti ialah, ini adalah kertas peperiksaan percubaan UPSR berdasar pemerhatian keratan gambar di bahagian bawah. 

Wednesday, May 28, 2014

GADIS 14 TAHUN #DIPERKOSA OLEH 34 LELAKI MELAYU DI KELANTAN




PASIR PUTEH - Seorang gadis berusia 14 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Ketereh kerana telah #dirogol secara beramai-ramai oleh 34 orang lelaki berbangsa melayu di sebuah rumah.

Pengadu bagaimanapun telah dihantar ke hospital perubatan Kuala Krai untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Hasil keputusan awal rawatan pihak hospital mendapati terdapat kesan koyakan yang teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang kali pada #kemaluan mangsa.

Mangsa juga turut ditemani oleh dua orang rakannya yang merupakan saksi kepada kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Laporan polis gadis malang itu turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar di laman Facebook beliau di bawah:

Pengadu/Mangsa
Nama: ............bt Muhammad
KPT: 990829-03-....
Umur: 14 thn 8bln
Alamat: No..... Guchil 1, 18000 Kuala Krai, Kn(NOTA:SAYA TERPAKSA DELETE IDENTITY KERANA MANGSA JIKA BENAR HARUS DI LINDUNGI)

Ringkasan Kes

Pada 20/5/14 jam lebih kurang 1930hrs, pengadu nyatakan telah dirogol beramai2 oleh 38LM di sebuah rumah di Ketereh, Kn. Pengadu buat laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh.

Tindakan
  • Rakaman percakapan pengadu diambil oleh Insp.Aisyah IPD Pasir Puteh dan pengadu telah diperiksa oleh Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Krai.
  • Hasil maklumat awal dapati kesan koyakan teruk pada hymen mangsa,kesan kemasukan yang berulang, dan terdapat saksi dua orang kawannya. Fakta kes dan maklumat lanjut akan dihantar selepas rakaman percakapan prngadu dan laporan doktor yang memeriksa diterima daripada IO Pasir Puteh.


Klasifikasi:

Arahan Tn.KBSJD KB utk siasat kes di bawah Sek.376KK.
Terima kasih tuan.

Petrgghhh BN sangat terdesak di Teluk Intan

BN sangat terdesak di Teluk Intan

oleh MSO

Abdul Hadi puji Dyana kerana berani menjadi calon.
Keadaan BN benar-benar terdesak untuk merampas balik kerusi parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini. Keterdesakan ini nampak jelas apabila tukang-tukang kempen BN memainkan apa saja isu asalkan boleh dijadikan daya tarikan untuk meraih undi.

BN akan melakukan apa saja untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dengan cara samseng dan jahat. Kekalahan dalam pilihan raya ini memberi indiksi kepada BN parti itu masih gagal untuk memulihkan prestasinya selepas kalah teruk dalam pilihan raya lalu.

Kekalahan di Teluk Intan nanti akan menjadi kekalahan ketiga selepas di Kajang dan Bukit Gelugur. Kekalahan di Teluk Intan memabsahkan bahawa parti Cina dalam BN tidak mendapat sokongan lagi. Di Kajang baru-baru ini naib presiden MCA Chew Mei Fun telah dihumban ke dalam longkang, sekiranya di Teluk Intan ini Presiden Gerakan Mah Siew Keong pula dicampak ke dalam sungai sesuatu yang malang buat BN. BN akan terus demam tanpa kebah.

Api kehebatan kedua parti itu selama ini mungkin akan terpadam dan DAP akan mengambil alih menjadi parti nombor satu orang Cina di negara ini sepenuhnya.
Implikasi itulah menyebabkan BN akan melakukan apa saja. Calon BN, berlembut mengatakan dia akan berkempen secara baik dan teratur, tetapi apa yang berlaku disebaliknya. Kempen BN di Teluk Intan adalah antara yang terhuduh dan terkeji. Siew Keong tidak mampu melunakkan keadaan dengan kata-kata, sedang perbuatan (kempen) BN kotor.

Gambar yang direkacipta kononnya calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud memakai bikni juga diguna sepenuhnya. Katanya gambar bintang filem Filipina yang dianggap Dyana itu disebar di serta masjid di Teluk Intan. Tindakan ini jelas keterdesakan BN dan sudah hilang kewarasan berpolitik. Sekiranya ia dilakukan oleh rakan Gerakan, iaitu Umno dimanakah nilai dan maruah Umno sebagai parti Melayu yang beragama Islam.

Penyebaran foto bikni itu tidak dibantah atau dikecam oleh pemimpin Umno. Ia seakan direstui. Sebenarnya ini tidak mengharainkan kerana mereka pernah bertindak lebih huduh dan busuk dari itu dengan menyebarkan video lucah membabitkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam televisyen dan juga akhbar. CD lucah membabitkan Anwar turut sama dikirimkan kepada tok kadi dan tok imam. Jadi apa yang dilakukan ke atas Dyana itu tidak menghairakan kerana ia merupakan budaya Umno.

Tukang-tukang kempen juga turut memperkecil-kecilkan Dyana Sofya kononnya menjadi boneka DAP. Ada juga yang mengatakan pilihan raya Teluk Intan bukan pertandingan ratu cantik sebagai meletakkan pilihan raya itu kononnya berdasarkan perjuangan parti dan bukan individu calon. Pihak BN jelous dengan penampilan Dyana yang menarik perhatian umum menerusi pelbagai poster, banner dan juga foto-foto yang di masukkan ke dalam facebook.

Seorang lagi tukang kempen kata kalau pengundi Melayu pilih Dyana Sofya mereka bodoh. Bagi tukang kempen itu dia lebih menerima Mah Siew Keong daripada Dyana. Macam mana otak dan kepala si tukang kempen ini boleh membuat kenyataan demikian. Dyana Melayu dan kalau orang Melayu undi Dyana mereka bodoh? Ilmu "hisab kulub" mana yang diteria pakai si tukang kempen itu.

Selama ini partinya memperjuangkan Melayu tiba-tiba bila mana di Teluk Intan Melayu dicalonkan dikatakan bodoh. Sebenarnya yang bodoh dan sumbang fikiran dalam hal ini si tukang kempen bertaraf menteri keldai itu sendiri.

Tukang kempen lain pula membangkitkan soal ibu Dyana Sofya yang pernah menjadi ahli Perkasa. Kononnya dengan babitkan Yammy Samad dengan Perkasa, pengundi akan membenci Dyana Sofya. Bukankah parti yang mendokong Dyana tidak setuju dengan Perkasa? Tidak bermakna kalau Yammy pernah sertai Perkasa bermakna DAP menerima Perkasa?

Benar Yammy menyertai Perkasa diperigkat awal penubuhan. Yammy adalah merupakan ahli jawatankuasa penaja Perkasa. Sebelum Perkasa sah didaftarkan Yammy telah meninggalkan Perkasa. Yammy tidak pernah menjadi Ketua Wanita Perkasa. Kenapa Yammy meninggalkan Perkasa bukan kerana apa, melainkan setelah dia tahu arah dan tuju Perkasa dan juga siapa yang berada di sebalik Perkasa.

Perkasa tidak berbangkit apa-apa dengan Yammy dan ia juga tidak relevan untuk dikaitkan dengan Dyana Sofya. Kepada BN atau Umno carilah modal lain yang boleh diterima umum terutamanya di kalangan anak-anak muda yang kian menggila Dyana Sofya kini.

Dalam keadaan BN mahu menambahkan kekuatan untuk Mah Siew Keong, Dyana pula terus mendapat sokongan dan dokongan Pakatan Rakyat. Semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang telah turun untuk membantu Dyana. Saya yakin kalau Tokguru Nik Abdul Aziz sihat beliau juga akan berkampung di Teluk Intan memberi sokongan moral kepada Dyana.

(Dalam pada itu dengan kempen yang anih-anih dan kadang-kadang tidak tersaul dek akal yang dilakukan rakan Gerakan itu, apakah ia disengajakan untuk memberi kemenangan kepada Dyana?  Kalau benar begitu ternyata Umno bukan rakan yang ikhlas dan tulus buat Gerakan tetapi rakan yang menjadi gunting dalam lipatan). [wm.kl.8:36 am 27/05/14]

Terbaru MH370: Data mentah Satelit didedah


MH370: Data mentah Satelit didedah









KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Selasa mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat.
Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
“Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis,” kata jabatan itu menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut kenyataan itu lagi, maklumat sebanyak 47 muka surat itu mengandungi data log komunikasi serta penjelasan dan jadual yang berkaitan itu dibebaskan mengikut arahan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 orang, hilang daripada imbasan radar ketika berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pukul 12.41 tengah malam.
Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
Pendedahan data belum diproses itu adalah bagi memenuhi permintaan anggota keluarga penumpang pesawat MH370.
Data itu juga boleh digunakan oleh pakar-pakar global untuk membuat analisis. -Mstar

Tuesday, May 27, 2014

Perghh !!! Tergamak ka Kita Nak Makan Kicap Nih..



Mak ooi..sapa berani makan kicap ni...aku lihat pun nak termuntah..syarikat ni dah kantooi..untuk makluman semua..inilah mungkin pengilang tidak tahu..cuma yang tahu pekerjanya sahaj..wallah hu aklam.. 

Perghh : Anak Melayu Malaysia Yang Menjadi Jurulatih Persorangan Pasukan Badminton Jepun..





Tahniah Izuan Ibrahim!!!
  coach Kento Momota




Steady Anak Melayu...Melayu tetap boleh maju & berjaya atas keyakinan sendiri tanpa bergantung pada mana mana parti.

Hebat sangat hebat... coach Kento Momota adalah anak Melayu yang berkelana ke Japan..
Tahniah Izuan Ibrahim!!!

Kenapa hijrah ke Jepun dan tak latih under BAM?

Jawapan dia, Malaysia tak offer dan dia tak sampai tahap lagi. Tetapi berjaya ...mendidik Momota dan skuad Jepun menang Piala Thomas dan Naib Juara Piala Uber...

Malaysia boleh...

Subhanallah AJAIB !!! Bayi yang Lahir dari Bawah Tanah

AJAIB!!! Bayi yang Lahir dari Bawah Tanah
Bayi muncul dari dalam tanah, ini benar-benar cerita nyata dan bukan cerita isapan Rekaan  untuk menarik pembaca. Mungkin anda menyimpulkan bahawa bayi tersebut adalah bayi jadi-jadian, bayi ajaib atau bayi yang di buang oleh orang tuanya karena berasal dari hubungan gelap mereka.


Ketika di temukan bayi ini memunculkan banyak pertanyaan, bagaimana mungkin seorang bayi muncul dari dalam tanah? Mungkinkah bumi melahirkan seorang anak manusia secara nyata? Berikut ini ceritanya. Seperti yang di tuliskan di bawah.

Kisah ini terjadi di Bangladesh.Suatu ketika dulu seorang lelaki melintas pada sebuah jalan yang rusak dan setelah hakisan arus ganasnya banjir di kota Bangladesh. Secara tidak sadar telinganya menangkap suara tangisan bayi, menurut lelaki ini suara bayi tersebut adalah sebuah keanehan karena disekitar tempat tersebut sudah tidak lagi di temukan rumah, karena bangunan-bangunan di daerah tersebut sudah rata dengan tanah. Yang membuat pria ini semakin penuh tanda tanya adalah suara tersebut seolah-olah berasal dari dalam tanah.

Tidak menunggu lama lelai tersebut langsung mencari sumber suara bayi yang sepertinya berasal dari dalam tanah. Sahabat YANG PALING ANEH...!!! alangkah terkejutnya pemuda ini ketika melihat pemandangan ganjil di depan matanya, seorang bayi tidak berbaju masih merah ada di antara belahan lumpur bekas banjir dan seperti muncul dari dalam tanah.

Masyarakat setempat ketika itu diliputi berbagai macam pertanyaan, bagaimana mungkin bayi muncul dari dalam tanah. Akhirnya salah seorang warga menemukan sebuah ide yang didasari oleh perkiraannya. dia memperkirakan bayi tersebut lahir dari perempuan korban banjir yang belum lama menimpa daerah tersebut. Ide penggalian tempat di temukannya bayi tadipun muncul, ternyata benar di tempat tersebut di temukan mayat yang di kenali oleh masyarakat setempat sebagai perempuan yang hampir melahirkan sebelum terjadinya bencana banjir di tempat tersebut. Saat mayat di temukan, pada mayat wanita malang ini masih terdapat tanda-tanda seperti orang baru melahirkan.

Sungguh menyedihkan, lahir di dunia dengan keadaan yang tidak tepat tanpa kasih sayang orang tua aslinya.

Monday, May 26, 2014

Kemalangan Tragis.. Seorang Koperal Polis Maut dan Seorang Cedera , Kes langgar Lari Di Parit Buntar






Al fatihah kpd Mohd azwan(LKPL 169004) yg meninggal dunia akibat kejadian samun van rokok kt Bagan serai...
Kpd Bikers semua klu ada trnampak toyota wish silver(WRV 5308)&honda sivic warna biru(no xdpt) tlg lapor kn kt balai terdekat krn samun van rokok & d kategori agresif&bahaya

Lkpl169004  Mohd Azwan  Akan bkahwin awal bln 6 ini..
URB KERIAN,IPK KERIAN PERAK...
Meninggal lebih kurang 12 pagi td dan jenazah arwah masih msih tempat kejadian ..
Semasa kejadian dalam tugas dan dilanggar oleh suspek samun..laporan akan menyusur..
Satu kes samun telah baru berlaku di parit buntar
Suspek 3 lelaki 1 malaysia  Menaiki kereta toyota wish warna silver  WRV 5308
Suspek telah melanggar 2org angg polis
1 meninggal 1 cedera parah(balai kuala kurau)
Sus menghala ke alor pongsu  Minta panjang kan hebahan  Berita tamat

Perghh !! Kerana Tidak Mahu Luluskan Pinjaman 40 Juta..Kontrak Datuk Sabbaruddin Chik Sebagai Pengerusi Bank Rakyat..Tidak Disambung .

AKHIRNYA TAN SRI SABARUDDIN CHIK SAHKAN JAWATANNYA SEBAGAI PENGERUSI BANK RAKYAT TIDAK DISAMBUNG GARA-GARA CAMPUR TANGAN HASAN MALEK KERANA ENGGAN TUNDUK ARAHANYA LULUSKAN PINJAMAN RM40 JUTA SELAMA 30 TAHUN TANPA FAEDAH KEPADA DEEPAK JAIKISHAN!!!!
 
 



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Hassan Malek dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.


Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sabaruddin memberitahu individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".

Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.

"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.

Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.

Kemalangan Tragis : Gabungan Bikers Malaysia Ziarah Pusara..Juruteknik dan Isterinya Yang Maut Di Langgar Lori

Kumpulan Bikers Dari selangor Dan Wilayah P. Menziarahi pusara .Arwa dan isteri yang maut dilanggar lori..Mereka juga membuat kutipan derma untuk anak aruah. Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah dan juga ahli keluarga kita yang telah kembali kerahmatulah.....amin

Walau pun sebelum ini tidak mengenali mereka...namun Allah swt itu Maha Kuasa....Dia akan jamin anak2 arwah akan dijamin rezeki dan keselamatan. Al fatihah untuk arwah. "Andai mereka ini anak2 aku, bagaimanalah keadaan mereka, setelah pemergian aku, tapi janji Allah itu pasti."

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung