Nuffnang

Sunday, November 30, 2014

Batu neraka : Batu Dari Burung Ababil Berusia 1,442 tahun



 Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 juta usd atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.



Bagaimana batu itu ditemui..?



Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.

Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.








Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta)  untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.



Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

Harga Minyak RON97, RON95 Dan Diesel Mulai 1 Disember.




Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.





Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.



Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.



Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut. -Siakapkeli.com.my



  • RON97 - RM 2.46 seliter
  • RON95 - RM 2.26 Seliter
  • Diesel   - RM 2.23 seliter

Perompak Dibogel, Diikat Guna Pembalut Lut Sinar



Inilah padah gara-gara cuba merompak seorang warga emas menggunakan pisau.



Nasib baik serangan yang cuba dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayak ramai.
Insiden yang berlaku di Santiago ini, menggemparkan orang ramai yang lalu lalang apabila melihat seorang lelaki berbogel yang diikat seluruh badannya menggunakan pembalut lut sinar di tiang.
upload_2014-11-28_at_10-36-05_am
Lebih memalukan, seluar dalam lelaki bernama Valentino Abeyta Barrera, 32 tahun ini kelihatan digunakan sebagai pengikat di bahagian buku lalinya.
Sementara itu, keadaan lelaki berbogel itu tersebut sempat dirakam oleh orang ramai di kejadian itu supaya menjadi pengajaran kepada penjenayah yang lain.
Insiden ini sekaligus menjadi viral di media-media sosial dan menjadi perbualan masyarakat dunia.
upload_2014-11-28_at_10-35-37_am
Situasi yang berlaku selama 20 minit ini berakhir apabila pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek.
Namun, menurut pihak polis, suspek tidak memberitahu mengapa dia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya.
Pihak Polis juga tidak dapat mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana mangsa. 

Perkongsian Cerita Pengalaman Seorang Wanita Yang Terselamat Dari Nafsu Lelaki..Perghhh..


Gambar Hiasan

Semalam mendengar perkongsian dari seorang wanita yang terselamat dari sebuah penipuan dunia, nafsu, dan lelaki. Tangisan penyesalan kerana melakukan dosa. Semoga Allah berinya istiqamah..

Semasa belajar di universiti sibuk bercinta. Ikut lelaki itu ke mana sahaja. Sehingga segala kemahuan lelaki itu dituruti. Bercinta sakan sepanjang belajar. Lama-lama makan makian, pukulan, sepak terajang. Duit ptptn, duit simpanan, duit belanja dari ibubapa semuanya dihabiskan untuk bersama lelaki tadi. Setahun di pukul dan dihina.



Tidak dihormati oleh lelaki tadi sehingga hilang keyakinan diri. Begitulah anak muda baran dan melepaskan pada orang yang lemah.

Satu malam semasa di hotel bersama dipukul dan terhentak kepala di lantai sehingga pengsan. Lelaki itu tidak hubungi ambulans malah terus meninggalkannya. Masuk hospital lama kerana hentakan dan tekanan.

Selepas itu mula membetulkan diri. Solat taubat. Belajar ilmu agama. Menangis..mula kembali pada Allah..

Kini beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang sanggup menerimanya. Tanpa dating dan tidak pernah berjumpa pun. Terus dalam masa beberapa bulan bernikah. Katanya dia syukur pada Allah. Dia samakin rapat dengan ibubapanya. Segalanya dimudahkan oleh Allah. Kini sedang mengandung dan dia bersama suami sibuk belajar menjadikan keluarga membawa sunnah Nabi saw. Bila balik pada Allah. Dia sentiasa menerima dan memaafkan kita semua..itulah jalannya.

Allah maha pengampun dan penyayang. Kasihan ramai lagi anak muda di luar sana yang sedang hidup begini. Membelakangkan agama dan keluarga. Larilah ke mana pun bahagia hanya dalam taat pada perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

Ya Allah selamatkanlah semua anak muda kami dari banjir maksiat yang melanda ini. Berilah bilion manusia yang masih tenggelam dalam lautan kelalaian dunia ini. Mabuk dunia. Segera sedar dari mabuk itu. Ini semua salah saya

Saturday, November 29, 2014

Bapa Mia Sara Bengang Apabila Anaknya Di Tuduh Hipokrit..



Bapa pelakon kanak-kanak Mia Sara, iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, mengakui dirinya terkejut dengan laporan gosip di sebuah ruangan pojok tulisan Cik Pang di Harian Metro mengenai sikap anak itu yang hipokrit. Dia berkata yang dia tidak menyangka Mia akan digosipkan sama seperti selebriti dewasa walaupun hanya berusia sembilan tahun.



Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.
Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti.
 photo MiaSara.jpg
Gosip ini dikatakan timbul apabila Cik Pang menceritakan yang temannya pernah melihat bagaimana Mia melayani Puteri Balqis yang memenangi Anugerah Skrin 2014 sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi. Waktu itu, Balqis hanya pelakon tambahan. Mia dikatakan langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis walaupun sudah lazim bagi kanak-kanak untuk bersikap mesra antara satu sama lain. Malahan, ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis tetapi ditolak dengan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.
Ridhuan memberitahu mStar Online bahawa dia sememangnya mendidik Mia untuk mengurangkan bercakap di lokasi penggambaran:
Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.
Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.
Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya.
Sukar sebenarnya mahu bercakap mengenai perkara ini memandangkan perkara ini melibatkan kanak-kanak. Hal budak-budak, kata orang. Bagaimanapun, Mia Sara sedang membesar dan persekitaran akan mempengaruhi sahsiahnya. Mungkin sikap Mia Sara yang kurang bercakap itu disalah erti oleh sesetengah pihak. Mungkin jua Mia Sara boleh menunjukkan raut wajah mesra dan senyuman untuk tidak menyinggung mana-mana pihak selepas ini.

Safee Sali Mengamuk Di Instagram Kerana Peminat ‘Sound’ Prestasi Menurun

Safee Sali Mengamuk Di Instagram Kerana Peminat ‘Sound’ Prestasi Menurun

Minat rakyat negara ini terhadap prestasi sukan bola sepak tempatan yang semakin memuncak pada tahun kebelakangan ini adalah satu perkembangan menarik.

Begitu pun sudah jadi adat dalam dunia sukan, caci nista adalah lumrah bermain di bibir penyokong.

Ramai yang mempunyai sikap bila menang bukan main lagi pasukan dan pemain kegemaran disanjung tapi bila kalah, dihina tak cukup tanah!

Antara pemain bola sepak kebangsaan yang menjadi mangsa mentalitili sebegini adalah Safee Sali yang pernah dinobatkan sebagai penyarung ‘golden boot’ pada Piala AFF 2010.

Namun kini apabila prestasi Safee dikatakan semakin menurun maka banyaklah kritikan diberikan. Sesetengahnya mungkin masih boleh dihadapi oleh pemain ini dengan sabar namun bila ada yang menegur terlalu keras sampai tahap memalukan, pemain bola pun manusia biasa yang tahu marah kan?

Contohnya pendapat negatif yang diutarakan peminat bola sepak tempatan di ruangan komen Instagram baru-baru ini, benar-benar membuatkan Safee hangin.

Ia bermula daripada sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram teammsia memaparkan Safee sedang berusaha melepasi pertahanan Thailand ketika perlawanan Piala AFF lalu bertanyakan komen peminat tentang prestasi Safee pada malam tersebut.

Maka banyaklah yang memberi komen termasuk yang agak keterlaluan ayatnya.





Safee terus memberikan jawapan balas:





“Yang komen kat sini pernah ke main bola kat international level.. kalau tak pernah better shut up.. jangan nak perlekehkan usaha orang menjaga maruah negara.. IF YOU SHAME TO SUPPORT HARIMAU MALAYA BETTER YOU CHANGE ANOTHER FLAG..”

Komen ini turut ditandakan Safee dengan nama peminat bola yang telah melemparkan kata-kata negatif kepadanya di ruangan komen gambar tersebut.

Kepada peminat bola sepak tanah air, kami sendiri berpendapat tidak salah untuk menegur pemain kebangsaan yang dilihat semakin meleweh prestasinya, tapi gunakanlah kata-kata berhemah.

Lagi pun tak ada siapa mahu kalah apatah lagi bila ia membabitkan imej negara. Teruskan sokongan kepada Harimau Malaya, mudah-mudahan satu hari nanti Malaysia akan muncul sebagai pasukan yang digeruni lawan.

Friday, November 28, 2014

Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai..


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.

Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.

Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.


Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.

Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.

Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP

Mayat Disangka Sampah..mayat seorang Budak Lelaki


  • Mayat kanak-kanak diusung untuk dibawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.Mayat kanak-kanak diusung untuk dibawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.
 1 / 2 
KUALA TERENGGANU - “Pada mulanya pakcik ingat sampah, tetapi pakcik tak tahu kenapa hati rasa tak sedap. Jadi, pakcik terus tenung objek tu dan terkejut apabila ternampak dua belah kaki manusia.”

Demikian kata Mustafa Ngah, 61, yang berasal dari Kampung Pantai, Kuala Ibai, di sini.

Dia merupakan individu pertama yang terjumpa mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun yang terdampar di pesisir pantai, dipercayai lemas di Pantai Kuala Ibai, di sini, petang semalam.

Menurutnya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain ke pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang untuk mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut boleh didapati di pantai tersebut.

“Semasa sampai di situ, kami anak-beranak terus berjalan di pesisir pantai sambil mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut terdapat di sini sejak belakangan ini.

“Ketika itu, dari jauh pakcik ternampak satu objek yang agak pelik sedang bergolek-golek di pesisir pantai akibat dihempas ombak.

"Mulanya pakcik fikir ia hanyalah sampah, tetapi hati mula rasa tak sedap," katanya.

Keinginan untuk tahu lebih lanjut, Mustafa mengamati objek itu agak lama sehingga dia ternampak dua kaki manusia.

"Pakcik sangat terkejut apabila mendapati objek bergolek itu manusia setelah melihat dua belah kakinya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Jelasnya lagi, yakin objek yang disangka sampah itu adalah mayat manusia, dia terus menjerit memanggil ahli keluarga lain bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat tersebut.


Kembang menangis tengok mayat


Sementara itu, Kembang Ismail, 69, yang turut berada bersama Mustafa semasa mayat tersebut ditemui berkata, ketika Mustafa yang juga sepupunya itu terjumpa mayat berkenaan, dia berada tidak berapa jauh dari lokasi kejadian.

“Makcik memang ada ternampak dia (Mustafa) mengangkat sesuatu objek dan menyangka dia telah terjumpa seekor ikan besar, bagaimanapun selepas terdengar Mustafa menjerit bagi tahu jumpa mayat, makcik terus cepat-cepat hampirinya.

“Sebaik lihat mayat itu, makcik menangis kerana terbayangkan anak makcik, hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan makcik ketika itu,” katanya.

Seorang Wanita Maut Apabila Kereta Merempuh Tembok Letak Kereta Bertingkat dan Terjatuh


18.00 p.m. accident car parking West 6th floor The Mall bangkapi shopping mall The driver is a woman died instantly in the incident.  Bangkok Thailand

Thursday, November 27, 2014

Azmin: Inkuiri awam pada staf Khalid, silakan . Ekoran Pampasan Lebih 2 juta

azmin ali m
LAPORAN audit berhubung pampasan kontroversi lebih RM2 juta kepada kakitangan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menteri Besar Azmin Ali berkata, ia akan disahkan oleh mesyuarat exco esok dan dibentangkan kepada DUN untuk tindakan lanjut pada minggu depan.
Katanya, terpulang kepada DUN sama ada mahu mengadakan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dalam isu itu.
“Soal tindakan, termasuk sekiranya ada cadangan supaya pendengaran awam, itu saya serahkan pada speaker dan jawatankuasa Dewan dan jawatankuasa Selcat sekiranya bercadang mengadakan pendengaran awam.
“Kerajaan negeri tidak halang,” katanya lagi sambil menegaskan tidak akan kompromi dalam “soal yang tak menepati garis panduan dan peraturan”.
Sebelum ini, Khalid berkata beliau mengikut prosedur dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin dan bekas setiausaha akhbar Arfa’eza Aziz.
Mengulas laporan audit itu, beliau berkata beberapa terma kontrak dan garis panduan tidak dipenuhi.
“Ada juga pegawai yang berkhidmat tempoh singkat, tetapi diberikan ganjaran berlipat kali ganda,”kata Azmin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berhubung pemberian pampasan itu.

Sampai Hati : Seorang Penganggur Sanggup Pukul Ibu Sendiri

  • Assuadi (tengah) keluar dari mahkamah selepas mengaku salah, semalam.Assuadi (tengah) keluar dari mahkamah selepas mengaku salah, semalam.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku bersalah atas tuduhan memukul ibunya dengan botol minyak wangi di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Assuadi Awang, 37, bagaimanapun memberitahu mahkamah dia tidak sengaja bertindak demikian terhadap ibunya, Mek Embong.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Chekok Panji, di sini, jam 8.15 malam, 21 Ogos lalu.

Dakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri yang menawarkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Majistret, Nik Habri Muhamad yang mendengar kes itu menangguhkan perbicaraan bagi mendapatkan keterangan impak pengadu.

“Saya percaya seorang ibu tidak akan sewenang-wenangnya membuat laporan polis terhadap anaknya melainkan mempunyai sebab kukuh. Jika tindakan tidak disengajakan, kamu sepatutnya meminta maaf daripada ibu kamu dan dia pula memaafkan kamu,” katanya.

Kes akan didengar semula 28 Disember depan. Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan syarat jaminan dilakukan oleh ibu tertuduh sahaja

PM diramal umum tak jadi hapus akta hasutan..Setelah Mendapat Asakan dari Dalam parti

PM diramal umum tak jadi hapus akta hasutan


Zainuddin (bawah) yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat esok.

“Bagaimanapun Najib tidak akan mengembalikan ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dihapuskannya, yang disifatkan oleh mantan ketua hakim negara Tun Abd Hamid Mohamad sebagai perbuatan bodoh,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin berkata, Najib membuat keputusan itu berikutan bantahan dan tekanan yang semakin kuat dan keras daripada dalam Umno menjelang perhimpunan agung parti itu esok.

Ia, katanya, dibuat dengan mengambil kira hasrat Umno bahagian-bahagian di seluruh negara yang kini nekad untuk menentang hasrat itu.

Malah, tambahnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapannya kepada perwakilan Pemuda memberi amaran Malaysia akan hancur tanpa akta itu dan ia disokong kuat Wanita Umno. 

malaysiakini

Terjahan Azmin Di Tempat Strategik..Seperti Lokasi Tempat Turun Padang Bakal Penigkan Kepala BN

TERJAHAN AZMIN BAKAL MENYAKSIKAN BN HILANG BANYAK KERUSI KATA DAP 




'Terjah' Azmin akan saksikan BN hilang kerusi, kata DAP     Ng Suee Lin (DAP - Sekinchan) berkata kejayaan pendekatan Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali yang kerap 'terjah' atau melakukan lawatan mengejut akan dapat disaksikan apabila semakin ramai calon BN yang bakal tewas pada pilhan raya umum akan datang.

 Oleh itu, katanya, beliau berharap usaha Azmin itu akan berterusan dan disertai oleh exco dan juga ADUN yang perlu kerap turun ke padang dan meninjau masalah rakyat.

Wednesday, November 26, 2014

Kisah Sedih Tukang Masak Adolf Hitler..

Semasa era perang dunia ke-2 banyak kisah-kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan perang. Ada yang dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga yang menceritakan untuk perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini juga berlaku kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.


Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.


Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.
“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.


Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.


“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung..








Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.




Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung