Tabung Haji tidak mendedahkan butiran mengenai pihak yang didakwa berminat membeli tanah yang dibeli secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.
Namun, berdasarkan kenyataan dibuat hari ini, ada kemungkinan tanah berkenaan akan djual kepada pembeli bukan Islam.
Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, agensi itu "menghormati kerisauan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (pendeposit)".
Kata Ahli Parlimen Baling itu, Tabung Haji bersetuju untuk mencari tanah lain.
"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam," katanya.
Menurut Abdul Azeez (gambar), Tabung Haji sedang menilai tawaran yang diterima sebelum membuat keputusan mengenainya minggu depan.
Abdul Azeez juga berkata, keputusan Tabung Haji melepaskan tanah yang dibeli itu membuktikan ia tidak sukar untuk dijual.
Namun, katanya, Tabung Haji akan mencari pihak atau syarikat yang mampu memberi keuntungan terbaik untuk tanah berkenaan.
"Selepas jual kita akan minta Ketua Pegawai Kewangan Tabung Haji buat sidang media," katanya.
Berdasarkan kenyataan Tabung Haji, tanah seluas setengah hektar itu dibeli pada harga diskaun RM188.5 juta atau kira-kira RM2,779 setiap kaki persegi.
1MDB pula membeli tanah di kawasan sama daripada kerajaan pada harga RM74.20 sekaki persegi.

1 comment:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu helah, yang mana pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.
Pengkhianat akan diberi memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap ialah golongan RUWAIBIDHAH”.
Ada sahabat bertanya: “Apakah dia RUWAIBIDHAH itu?” Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: “Orang bodoh yang memegang urusan orang ramai”.
(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim, kata beliau: Sahih sanadnya)
Post a Comment