SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.
Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun.
Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.
Ranking tersebut menyaksikan Presiden Myanmar, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM18,716) sebulan.
Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan RM508,250 (RM6,099,005 setahun).
Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.
ARTIKEL BERKAITAN
- Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia
- Belum buat keputusan gaji amah
- Cadangan kenaikan gaji Indonesia terlalu tinggi
- Tambah anak: Kami nak makan apa?
- Gaji pokok baharu diumum hujung tahun ini
- 400,000 penjawat awam bergaji RM805 tak benar
- Gaji Ahli Dewan Negara paling rendah di dunia
- Ramai tak setuju naik gaji MP
- Kaji semula skim gaji pembantu tabika Kemas
- 587 syarikat tak laksana polisi bayar gaji minimum
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..