KUALA LUMPUR - TV3 semalam menjelaskan pihaknya tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan jenama kereta nasional, Proton dan menafikan laporan mengenai masalah pemandu Teksi berkaitan dengan perbalahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Editor Urusan Kumpulan (berita, isu semasa dan jaringan TV) Media Prima Bhd, Datuk Mohd Ashraf Abdullah berkata, laporan mengenai permasalahan pemandu teksi itu tidak ada kena mengena dengan keadaan poltik dan bukan cubaan untuk menyerang mana-mana individu.
“Hanya pihak yang baca banyak sangat laporan ini yang buat kesimpulan sebegini,” katanya yang juga menegaskan TV3 merupakan stesen yang sering mengetengahkan masalah rakyat dan ini termasuk aduan dari pemandu teksi. - THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..