Monday, August 31, 2015

Biar Gambar Berbicara Tentang Spider-Man .


Sehebat mana pun Spiderman, sekuat mana pun Spiderman, pada Allah juga kita meminta pertolonganNya.


Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Perghhh.Kehadiran Tun M ..bersama Perserta Bersih Tidak D Senangi.

Bersih 4.0
Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau tetap menyayangi Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun bekas Perdana Menteri tersebut hadir ke perhimpunan Bersih 4.0, semalam.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

"Wahai TM (Tun Dr Mahathir Mohamad) sayang, bahawa kasih sayang pada Tun tidak berubah walau ribuan nista dilemparkan. Saya tahu Tun bukan hendak jatuhkan kerajaan," kata Shahidan dalam sebuah perkongsian di Facebook.
"Cuma saya terkilan kerana Tun hadir perjumpaan DAP yang anti negara Islam. Namun kasihku pada Tun tidak akan berubah.. I love U Tun.
"Permintaan saya sebagai pejuang kecil ini ialah, tolong jangan hadir lagi. Please Tun," kata Shahidan lagi.
Semalam, Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melawat Dataran Merdeka untuk tempoh singkat.

Bersih 4 : Gambar Gambar Pemimpin Yang Hadir Di Perhimpunan Bersih 4

mat sabu bersantai dalam kemah


Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Mat sabu bersama wanita GHB kut
Uztaz Azhar Idrus..pun mai
Mahfooz dan rakan rakan
Dato Rashid TKM. P Pinang
Perserta bersih beri bunga kepada anggota keselamatan.

Sunday, August 30, 2015

Terbaikkkk : BERSIH 4: Teruskan, kata Dr Mahathir



  
Keadaan yang perlahan-lahan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.
Keadaan sangat tidak terkawal apabila para petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar beliau.
Ketika tiba, beliau cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.
Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.
Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir pada hari ini, beliau hanya berkata: "Just to look around (saja nak melihat-lihat).
Sebelum Dr Mahathir memasuki keretanya, beliau sempat melambaikan tangannya dan meninggalkan kawasan berkenaan bersama Dr Siti Hasmah.

Perghh.MAK SAYA MALAS BASUH BAJU SEKOLAH'


Something for us especially parents to ponder.

I have a boy in my class who usually wears a dirty uniform since early morning. Even if its on Monday (first day of the week). I felt sorry for him and did question him yesterday about the uniform.

"Mak saya malas basuh."

I did not make any judgement of his mother, probably she is sick. "Mak awak sakit ke?"

"Tak. sihat je".

We chatted about how to dress properly in school. 

"Tak bolehlah macam ini. Cakap dengan mak elok elok. Suruh mak basuh juga baju. Kotor sangat ni. Awak nak belajar pun tak selesa. Pesan pada mak ye?"

And today I see him wearing quite a nice and clean shirt. I keep praising him that he looks better in that kind of shirt. He smiled. 

"Baju dah bersih tapi berkedut tak gosok ni"

"Saya tak pandai gosok baju. Ini pun semalam balik saya basuh sendiri baju. "

I tried not to believe. Probably he is making another story.

"Ye ke? Cakap dengan mak tak apa yang teacher pesan? Kalau awak basuh baju sendiri, macam mana awak cuci?"

"Dah bagitau, mak tak nak basuh. Ambil sabun, letak pada baju. Di rumah, guna sabun debu. Gosok, gosok dan gosok. Basuh dengan air. Jemur. Ini tak gosok terus pakai".

That sincere look he gave, I do not have guts to say anything further. Anything that can break his heart. Or anything that allow him to judge his mother. I keep avoiding words such 'mak awak ni pemalas betul, ade anak tak nak jaga,'. I won't hurt his pure heart.

I pat him on his shoulder. 

"Job well done. Bagus, pandai basuh sendiri. Janji awak datang sekolah".

Even my heart cried. He is just eight.

Please parents, fullfil their rights. Rights of not being insulted by others for dressing improperly. Rights of not being offended by others because they smell so wrong. Please.

Saturday, August 29, 2015

Pemimpin kerajaan jangan angkuh

Pemimpin kerajaan jangan angkuh
Perkongsian yang dimuatnaik oleh laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
SHAH ALAM - Ingatlah pepatah Melayu yang sering menyebut 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' titah Sultan Johor, hari ini.
Menurut sebuah perkongsian di laman web Facebook Johor Southern Tigers, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menasihatkan supaya ahli-ahli politik, antaranya Adun Kempas supaya jangan mencampuri urusan Istana Johor atau cuba membuat kenyataan yang mengaitkan pihak Istana.
"Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila, dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak 'whack' anakanda saya.
"Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati?" titah baginda.
"Saya akan terus memastikan nasib rakyat saya sentiasa terbela. Kerajaan mestilah bersikap telus dan berterus-terang kepada rakyat kerana dalam dunia moden hari ini, tidak ada apa yang boleh disembunyikan.
"Peribahasa Cina ada menyebut 'Guni tidak dapat sorok tukul, kertas tidak dapat balut api," akhiri baginda.

PEKERJA BANGLADESH INI BOLEH HIDUP DENGAN DUIT BELANJA RM35 SAHAJA SEBULAN


Dua hari lepas, saya pergi membasuh kereta. Selepas selesai, pekerja Bangladesh ini membuka pintu kabinet di tepi kedai. Saya ingatkan dia nak ambil sabun atau kain lap.

Tiba-tiba saya terhidu bau masakan. Rupa-rupanya pekerja Bangladesh tadi sedang memasak. 

PERGHH! Kagum beb!

Berbekalkan dapur gas portable, sayur kangkung, udang dan nasi putih, pekerja ini cuma memerlukan RM35 sebulan untuk makan tengah harinya. Ya, saya tanya pada beliau.

Gaji pekerja Bangladesh ini sebulan RM1,300. Penginapannya pula adalah percuma kerana asrama disediakan.  Bil elektrik dan air juga ditanggung oleh majikan.

Pada hujung minggu pula, paling jauh kalau berjalan, dia hanya ke Kuala Lumpur sahaja. 

Betullah, satu hari nanti mereka ini akan lebih kaya daripada penduduk Malaysia.

Mulai dari hari ini aku berazam akan bawa bekal setiap kali ke tempat kerja. Telur rebus, budu, cili api, nasi putih dan kicap.

Selain ingin berjuang menuntut perubahan, survivaliti juga adalah penting. - Arif Nasir

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Friday, August 28, 2015

Perghhh !! Curi motor, popular di internet

Curi motor, popular di internet

Perkongsian yang dimuatnaik, semalam.

TIGA orang pemuda 'popular' hari ini selepas didakwa mencuri sebuah motosikal di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Tinjauan Sinar Online mendapati foto ketiga-tiga lelaki berkenaan dimuatnaik oleh pemilik motosikal yang dicuri ke laman sosial Facebook.

"Assalamualaikum 3 orang pemuda ni adalah pencuri moto saya di NU Sentral Kuala Lumpur.. Motor saya telahpun hilang semalam .. Pada hari Rabu 26.08.2015.. Moto saya jenis honda EX5 warna biru K******.. Sesiapa yg mengenali mereka bertiga sila laporkan kepada balai polis berdekatan.. Tolong share please," rayu mangsa.

Foto berkenaan sudah dikongsikan hampir 4,000 pelayar yang lain.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari salah seorang rakan mangsa hari ini menunjukkan bahawa motorsikal yang dicuri telah dipulangkan kembali kepada pemilik asal.

Kejam, bapa rogol anak berkali-kali!

Kejam, bapa rogol anak berkali-kali!
Tertuduh ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Seorang penoreh getah dihukum penjara 17 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
Lelaki berusia 42 tahun itu didakwa pada tuduhan pertama merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong, Kuala Krai pada jam 1 pagi, September 2011. 
Kejadian berlaku berkali-kali sehingga terakhir pada 27 Mei 2014. 
Tertuduh juga mengaku salah didakwa pada tuduhan yang berlaku di sebuah rumah di daerah sama, pada jam 12 tengah malam. 
Hakim, Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan bagi kedua-dua tuduhan itu. 
Hukuman berkuatkuasa serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 17 Oktober 2014 menjadikan keseluruhan hukuman penjara 17 tahun dan 20 sebat. 
Tertuduh yang kematian isteri pada 2010 terbabit tidak berkahwin dan merogol anak keduanya dari lima beradik.

Thursday, August 27, 2015

Khidmat doktor 'selfie' mungkin ditamatkan


PUTRAJAYA - Doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor Bahru, berkemungkinan berhadapan tindakan ditamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Tindakan terhadap doktor yang berkhidmat kurang dari lima tahun itu, bagaimanapun akan bergantung kepada hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, yang antara lain juga, boleh digantung kerja atau dikenakan tindakan pentadbiran, katanya.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Mengulas tindakan doktor wanita yang merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit dalam posisi bersalin, Dr Subramaniam berkata ia perbuatan serius kerana melanggar etika sebagai pengamal perubatan.
"Bayangkan hendak menjadi doktor bukan senang kerana perlu mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja tinggi, tetapi kerana selfie dalam beberapa saat, masa depan bakal gelap," katanya kepada pemberita di kementeriannya di sini hari ini.
Perbuatan doktor itu mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut mengecam tindakan yang mengaibkan maruah pesakit itu berkata anggota keluarga atau suami pesakit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor berkenaan.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam memberi amaran keras kepada pegawai perubatan agar tidak mengulangi perbuatan sama serta mengingatkan bahawa mereka mempunyai etika kerja yang wajib dipatuhi.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Pergigian 1971 di Parlimen pada Oktober ini, bagi mewujudkan bidang kepakaran dalam profesion pergigian.
Beliau berkata tujuan diwujudkan bidang kepakaran pergigian bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara ini dan menangani penyalahgunaan gelaran pakar pergigian.
"Dengan pindaan akta ini, doktor gigi yang mempunyai kepakaran bidang tertentu seperti rawatan mulut dan gusi serta pembedahan tulang di muka perlu berdaftar di bawah pihak kementerian," katanya. - Bernama

Jangan bongkak, tuhan ambil balik sekejap saja

Jangan bongkak, tuhan ambil balik sekejap saja

Foto yang tersebar secara meluas di laman sosial Facebook.
BAGAIKAN sudah tiada bahan jenaka lain apabila seorang pelayar laman sosial menangkap foto pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah restoran makanan segera dan mentertawakannya kerana menggunakan motorsikal.
"Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia," kata pelayar tersebut dalam sebuah perkongsian yang dikongsi hampir 1,500 pelayar lain di Facebook.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
"Ini drive-thru bukan ride-thru," katanya lagi beserta foto pasangan lelaki dan wanita yang beratur untuk memesan makanan yang diambil dari dalam sebuah kereta.
Perkongian tersebut bagaimanapun disambut dengan kecaman pelayar lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan kritikannya terhadap penunggang motorsikal tersebut menggunakan servis berkenaan.
"Baru keluar gua ke perempuan ni?" kata Ahmad.
"Aku selalu je pergi (pandu-lalu) naik motorsikal," kata Shinju.
"Jangan bongkak, jangan sombong. Tuhan boleh ambil semuanya dengan sekejap aje," kata Greg.
"Jangan hina orang.. Kesenangan di dunia ni hanya pinjaman. Jangan bongkak dan angkuh. Hidup ni macam roda," kata Zuan.

Wednesday, August 26, 2015

Video: Singa Kaki Patah Dan Kurus, Dapat Perhatian Puteri Sultan Johor




Video: Singa Kaki Patah Dan Kurus, Dapat Perhatian Puteri Sultan Johor

Singa Kurus

Kuala Lumpur – Rakaman seokor singa yang kurus dan patah kakinya mendapat perhatian anakanda Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Tunku Aminah melalui akaun Instagramnya semalam mengarahkan pegawai yang bertugas segera memberikan rawatan yang sepatutnya kepada singa yang malang itu.


“Sila periksa dengan kakitangan Zoo Johor mengenai singa itu. Kenapa kakinya patah itu tidak dibalut dan mengapa (singa itu) terlalu kurus.

“Sila lakukan (kerana) ia sangat teruk. Saya mahu melihat ada perubahan pada singa itu esok pagi. Pastikan (kakinya yang patah itu) dibalut” arah Tunku Aminah berdasarkan ‘printscreen’ perbualaan dengan seorang individu yang tidak dinyatakan.

Terdahalu seorang pengguna Twitter memuatnaik sebuah video yang memaparkan keadaan singa di Zoo Johor sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna laman sosial berkenaan.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Rakaman yang berdurasi itu 0:30 saat itu kemudiannya menjadi viral.

Melalui klip video tersebut, singa itu dilihat hampir tidak mampu untuk berdiri menggunakan kaki sendiri.

“Kaki dia sakit la (cedera),” kata seorang wanita dalam rakaman video berkenaan.

Video ini telah mendapat perhatian pengguna Internet di seluruh dunia yang sama-sama prihatin serta bimbang mengenai keadaan singa berkenaan.

@charlee_davis melahirkan rasa kesal dan marah apabila melihat keadaan mengerikan raja rimba itu.

“@nardnazeer saya cukup marah dengan keadaan sebegini. Saya mahu membantunya.”

@theninthgirl berkata: “@nardnazeer, dia tidak sihat dan sangat tidak gembira. Ia betul-betul menyedihkan dan mengerikan!”

@kaminokosa_9012 menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke arah penjaga yang mengabaikan haiwan berkenaan.

“Ini sangat menjijikkan! Hakikat bahawa haiwan itu dikurung di dalam sangkar amat menyedihkan, tetapi untuk anda tidak menjaganya dengan baik adalah menjijikkan.”

Zoo Johor, yang ditubuhkan pada 1928 adalah salah satu zoo tertua di negara ini dan juga di Asia.

Peghhh : Terkejut Myvi dipandu melawan arus

Sedutan video yang dirakam Raymond Loh.

SEBUAH video yang dirakam oleh seorang pengguna lebuh raya mengejutkan pelayar laman sosial hari ini selepas menyaksikan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu melawan arus.

"Lebuhraya Utara-Selatan... peristiwa menakutkan terjadi," kata pengguna lebuh raya yang memuatnaik video tersebut ke laman Facebook, Raymond Loh.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Difahamkan, kejadian yang berlaku semalam menunjukkan pengguna berkenaan memandu di laluan kanan sebelum terpaksa mengelak sebuah Myvi yang datang dari arah depan.

Beberapa pengguna lebuh raya yang lain juga pantas mengelak Myvi berwarna kelabu tersebut.

Raymond yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semasa kejadian bagaimanapun tidak ditimpa sebarang masalah.

"Nasib baik tidak terjadi apa-apa," tulisnya.

Video tersebut kini sudah ditonton lebih 130,000 pelayar laman sosia

Pelajar Digantung Sekolah Buat Rakaman Di Tandas Guru Wanita






- Gambar hiasan
MELAKA: Dua budak lelaki berusia 14 tahun sanggup memanjat siling sebuah sekolah terbaik di sini dan menunggu selama berjam-jam untuk merakam video guru perempuan menggunakan tandas.

Dua pelajar Tingkatan 2 terbabit dipercayai mengambil lebih dari 10 gambar dan video guru-guru di sekolah mereka.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Mereka memanjat ke siling tandas pelajar sebelum berjalan di ruang atas untuk membuat rakaman di tandas wanita ketika waktu rehat persekolahan.

Walau bagaimanapun, mereka telah ditangkap pada 27 April lalu selepas seorang guru mendengar bunyi dari siling dan menjerit meminta bantuan.

Ketika ditanya oleh guru disiplin dan empat orang anggota kakitangan lain, mereka mengaku telah menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan lalu.

Mereka berdua telah digantung persekolahan dan ibu bapa mereka telah dimaklumkan mengenai tindakan tatatertib yang dikenakan pada hari yang sama.

Salah seorang guru, 51, juga membuat laporan polis, bimbang kemungkinan video dan gambar telah dimuat naik dalam talian.

"Guru-guru bimbang bahawa kes itu mungkin menjejaskan reputasi mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi  Datuk Wira Md Yunos Husin.

"Kita tidak boleh menyembunyikan perkara ini kerana ia melibatkan kakitangan di sebuah sekolah terkenal," katanya, menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Md Yunos juga memberi jaminan kepada guru-guru bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan tidak ada gambar atau video yang telah disebarkan dalam talian.

Polis Melaka Tengah berkata mereka akan merekodkan kenyataan daripada semua guru yang terlibat dan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah tidak lama lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata guru dan ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni.

"Kita mahu siasatan mendalam tentang kes ini," katanya.

Idris berkata, sekolah perlu menyediakan tandas yang berasingan untuk guru dan pelajar, yang jauh anatar satu sama lain.

Beliau juga menyeru agar pengawas ditempatkan untuk memantau keadaan berhampiran.mstar

Tuesday, August 25, 2015

Anak maut akibat ibu leka main telefon


ZHENGZHOU - CHINA. Gara-gara kecuaian seorang ibu yang leka bermain telefon, seorang kanak-kanak lelaki dua tahun maut dilanggar kereta di sebuah pusat membeli belah di sini, semalam.

Memetik laporan Tencent News, kanak-kanak tersebut maut dilanggar oleh sebuah kereta jenis SUV di tempat letak kereta pasaraya tersebut.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Menurut seorang saksi, kanak-kanak tersebut bermain di tepi jalan seorang diri sementera ibunya pula dilihat leka bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan anaknya itu.

Pemandu dilaporkan tidak sempat untuk mengelak kanak-kanak malang itu yang secara tiba-tiba berlari ke arah kereta tersebut.

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, pemandu kereta tersebut kini ditahan untuk soal siasat.

(5 Gambar) Kejutan LUAR BIASA Romie Sempena Hari Lahir Hanez Suraya Yang Pastinya Akan Dikenang Oleh Beliau Sampai Bila-Bila...

(5 Gambar) Kejutan LUAR BIASA Romie Sempena Hari Lahir Hanez Suraya Yang Pastinya Akan Dikenang Oleh Beliau Sampai Bila-Bila...

$%Semalam adalah hari lahir Hanez Suraya yang ke-30. Meniti hari-hari bakal bergelar ibu, Hanez semakin bahagia di dalam rumahtangga yang dibina.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Melalui foto yang dikongsikan oleh Hanez semalam, Romie ada menyampaikan ucapan hari lahir yang paling romantis untuk Hanez.



Monday, August 24, 2015

Jet terhempas ke kereta pengantin

Jet terhempas ke kereta pengantin
Sedutan video rakaman amatur menunjukkan jet pejuang Hawker Hunter terhempas ke lebuhraya A27 di England, semalam.

SHOREHAM - ENGLAND. Sebuah jet pejuang yang terlibat dalam sebuah pertunjukan terhempas ke sebuah lebuh raya, semalam.
Menurut Dailymail, tujuh orang awam terkorban selepas jet pejuang klasik Hawker Hunter terhempas ke lebuhraya A27 yang menghala ke sebuah lapangan terbang.
Juruterbang pesawat tersebut, Andy Hill bagaimanapun terselamat dan kini berada dalam keadaan kritikal.

 Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Kejadian jam 1.30 petang waktu tempatan itu juga mencederakan 14 yang lain.
Beberapa rakaman amatur yang telah dimuatnaik ke laman sosial hari ini menunjukkan pesawat tersebut terbang rendah, terhempas dan mencipta bebola api yang besar.
Difahamkan, Hill yang berumur 50-an juga merupakan juruterbang kepada British Airways dan sudah melepasi 12,000 jam penerbangan.
Jet pejuang tersebut digunakan oleh tentera udara pada 1955 juga mengakibatkan sebuah kereta limosin pengantin, Daimler yang sedang dalam perjalanan mengambil pengantin lelaki dan pengantin wanita.
Beberapa saksi mengatakan jet tersebut sedang melakukan sebuah aksi dan gagal menyempurnakan aksi tersebut sebelum berlanggar.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut
.

Apa Nak jadi Nih : Gigi dicabut, mata kucing dikorek

kucing
Foto yang disertakan dalam sebuah perkongsian oleh Kelab Pencinta Kucing Malaysia di Facebook.

TIDAK
 lama selepas kisah monyet yang viral akibat parah 'diberi makan' mercun, kini viral pula tentang seekor kucing yang dicungkil matanya.

Melalui sebuah laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, perkongsian mengenai kucing tersebut yang juga dicabut kesemua giginya mendapat perhatian pelayar.

"Allahuakbar... Doakan meow ni ... Dia dah buta orang cungkil mata dia... Layak ke manusia itu menjadi manusia.. Semoga mendapat hidayah segera..."

Perkongsian tersebut menyertakan sebuah gambar yang amat menyayat hati, dimana seekor kucing berbulu perang yang berdarah di bahagian kedua mata dan mulut akibat dizalimi.

Walaupun cerita sebenar disebalik foto berkenaan gagal diketahui, hampir 1,000 pelayar meluahkan rasa kecewa dan marah apabila haiwan comel diperlakukan sebegitu kejam.

"Bukan saja mata dicungkil tapi gigi pun habis dicabut..Ya Allah Kau tarik la nyawa kucing tu daripada dia terus terseksa kesakitan begitu dan kami yg melihat turut merasa sakitnya," luah seorang pelayar, Siti Nur Hidayah.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

"Tunggu la seksa api neraka di kala mata kau dibakar atau cungkil berulang kali!" demikian luah Jessie Jye.

Seorang pelayar bagaimanapun memberitahu bahawa kejadian yang menimpa kucing malang tersebut berlaku di Taiwan.

"Kalau tak silap saya, hal ni berlaku di Taiwan kah, 2 foreign worker pukul kucing ni sehingga seorang tu ambil kayu pukul itu dua orang sampai mereka lari. Dia mahu hantar kucing ni pergi doktor tapi sebab kucing ni dah parah dan sensitif, bila pegang nanti mengamuk. Dia ambil photo hantar bagi kawan minta sesiapa boleh datang tolong dia bawa kucing ni. Yang ending hal ini masih tidak ada berita," kata pelayar tersebut.

Perkongsian tersebut sudah dikongsi oleh hampir 3,000 pelayar dan disaksikan oleh lebih 4,000 pelayar lain
.

Doktor Bergambar Dengan Kemaluan Pesakit Terdedah, Dikecam Netizen


JOHOR BAHRU - Gambar seorang doktor 'junior' merakam gambar dirinya dengan isyarat 'peace' sehingga menampakkan kemaluan/aurat pesakit wanita di sebuah hospital kerajaan, tersebar di laman sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Kak Long, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit wanita itu juga terdedah kepada umum.

Menurut penyebar gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya.

"Saya terkejut dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula. 
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
"Tingkah laku dan sikap yang tidak bertimbang rasa ini sangat menyakitkan hati saya dan rakan. Paling tidak masuk akal, bahagian aurat si ibu juga terdedah dalam gambar tersebut. Secara jujurnya saya tidak melihat sebarang tanda kejayaan seperti isyarat 'peace' yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan.

"Mohon ambil perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Di zon-zon larangan seperti ini selalu melarang orang awam merakam sebarang gambar. Namun, apa yang peliknya, kakitangan mereka sendiri yang melanggar larangan tersebut.

Tidak hairanlah mengapa sesetengah wanita yang mengandung memilih untuk melakukan homebirth berbanding di hospital. Ini kerana bagi mereka, golongan perubatan ini tidak mementingkan aspek pentingnya aurat seseorang wanita.

Meskipun hanya untuk suka-suka di kalangan pegawai perubatan, apabila ada tangan yang gatal menyebarkan gambar itu ke tempat lain, si pelakunya mungkin perlu bersedia untuk menghadapi akibatnya akan datang. Berhati-hatilah semua. - THEHYPEMEDIA.COM

Sunday, August 23, 2015

Kerja Jururawat Bukan Hanya Untuk Lihat ' ANU ' Lelaki Sahaja.. Panas...!!!!


Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!
Salinan paparan perkongsian oleh Putry Al Wafa di Facebook

TINDAKAN 
beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.

"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.
Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'.
"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.
"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya.
"Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.
Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.
"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat.
"Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.
Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut.
"Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .
"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal
.

"Jemput breakfast, masak sendiri lebih sedap"..Dato Aliff


Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum pada beliau, meskipun sudah bergelar sebagai jutawan, beliau tetap memasak sarapan paginya sendiri dengan beberapa barangan dapur di dalam bilik hotel. 


"Jemput breakfast, masak sendiri lebih sedap"

Demikian kata pengasas D'Herbs, Dato' Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline "Terlajak Laris' mendapat perhatian netizen di media sosial, pagi ini.

Inilah satu-satunya usahawan yang tidak sombong dan sering berkongsikan kata-kata motivasi kepada orang ramai sama ada di laman sosial agar jangan pernah mengalah untuk berjaya dalam hidup.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini