Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, March 31, 2015

Perghhh !!! GST Punya Hal , Habis Barang Di Borong Oleh Pengguna Di Pasaraya..



Dahsyatt GST punya pukulan


Ini Pekerja Psaraya susun barang atau sedang beratur untuk membuat bayaran di kaunter.
nampak macam depan Juruwang sahaja..hihi

Maklumlah, GST sudah dekat... Rasanya ramai yang tak tahu selepas GST, banyak barang yang makin murah..Pembelian panik ini telah menyebabkan kehabisan stok barangan dibeberapa  pasaraya besar.

Keadaan ini seolah olah macam GST berjalan hanya sehari dua sahaja. Sikap tamak ini  menyebabkan pembeli yang hadir lewat kecewa dengan kehabisan barang keperluan. 

Badak sumbu mengamuk, seorang maut, enam cedera

  • Badak sumbu mengamuk, seorang maut, enam cedera
  • Sedutan video rakaman amatur yang dimuatnaik ke laman sosial.

HETAUDA - NEPAL. Seekor badak sumbu liar mengamuk di bandar Hetauda, menyebabkan seorang wanita maut dan enam orang lagi cedera dan mengejar orang ramai di pasar dan hospital, hari ini.

Menurut The Guardian, orang ramai cuba menghalau badak sumbu berkenaan dengan membunyikan hon dan memukul deram, namun tidak berjaya.

Pegawai kerajaan, Ram Prasad Thapaliya memberitahu, satu pasukan bersama ubat pelali (tranquilizer) sedang cuba menangkap haiwan tersebut.

"Badak sumbu ini gemparkan penduduk. Ia juga masuk ke dalam hospital dan membuatkan orang ramai melarikan diri dan lompat dari pagar," kata Ram Prasad.

Polis, SKMM serbu portal, tiga editor ditangkap, Ekoran Berita Palsu



Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis lewat petang ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.

Tiga editor kanan portal berita itu ditangkap untuk siasatan bawah Seksyen 4 Akta Hasutan and Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Editor urusan Lionel Morais, editor berita edisi Melayu Amin Iskandar dan editor rencana Zulkifli Sulong ditahan di lokap balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur malam ini.

Polis juga merampas komputer dan telefon tangan milik mereka, Amin memberitahu Malaysiakini.

Polis sahkan penahanan itu untuk siasatan berhubung laporan berita palsu mengenai Majlis Raja-Raja Melayu yang menolak hudud, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Minggu lalu, selepas aduan polis, Majlis Raja-Raja Melayu berkata ia tidak pernah menolak hudud seperti dilaporkan portal itu.

Malah, mereka tidak pernah membangkitkan isu enakmen syariah itu dalam mesyuarat mereka baru-baru ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.


Wang Kertas RM100 Dengan Nombor Siri AA8888888 Dijual


KUALA LUMPUR - Sehelai wang kertas yang bernilai RM100 dicetak dengan nombor siri istimewa terjual dengan harga bidaan tertinggi RM76,000 semalam sekali gus mencatatkan jualan lelongan tertinggi.

Wang kertas yang memiliki nombor siri AA8888888 antara 178 keping wang kertas yang mempunyai nombor siri yang unik dilelong dalam satu jualan lelong yang dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd, jurulelong yang telah dilantik oleh Bank Negara Malaysia.

Bidaan lelongan itu adalah yang tertinggi sehingga kini selepas jualan lelongan pertama yang diadakan pada September tahun lalu memperlihatkan harga tertinggi dicatatkan bagi sekeping wang kertas mencecah RM20,000.

Dalam jualan lelong itu, semua wang kertas tempatan daripada RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 dijual kepada umum dengan harga permulaan berdasarkan kepada kombinasi nombor siri yang tercatat pada wang kertas berkenaan.

Harga permulaan bagi RM1 bermula pada harga RM20 hingga RM200, RM5 (RM100 hingga RM1,000), RM10 (RM150 hingga RM1,050), RM20 (RM300 hingga RM1,100), RM50 (RM500 hingga RM1,500) dan RM100 (RM550 hingga RM1,000)

Pengarah Urusan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd Stephen Soon berkata, wang kertas itu bukan saja menjadi rebutan puluhan pengumpul wang kertas tempatan, malah ia turut menarik perhatian pengumpul barangan unik dari Singapura.

“Bagi saya, bidaan ini mungkin yang tertinggi dalam sejarah negara. RM76,000 untuk sekeping wang kertas RM100 adalah yang tertinggi setakat ini kerana memiliki kombinasi tujuh angka unik.

“Pada jualan lelongan September tahun lalu, terdapat wang kertas yang mencecah nilai RM20,000 daripada pembida dan situasinya hampir sama iaitu memiliki kombinasi nombor siri unik,” katanya ketika ditemui di Auditorium, Sasana Kijang, BNM, di sini, semalam.

Katanya, maklum balas yang diterima adalah amat baik dan pengumpul wang kertas ini sememangnya menantikan jualan lelong seumpama ini untuk memiliki wang kertas edisi terhad.

“Ini adalah platform terbuka untuk masyarakat umum memiliki wang kertas bernombor siri unik kerana sebelum ini, ia tidak dipaparkan kepada umum.

“Kebiasaannya, harga permulaan akan meningkatkan 11 kali ganda hasil daripada bidaan pembida. Ini berdasarkan rekod terdahulu yang kami pernah adakan pada September tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, rata-rata pembida yang hadir dalam jualan lelongan ingin memiliki wang kertas edisi terhad ini kerana ia tiada di pasaran. - Harian Metro

Monday, March 30, 2015

Pelik tapi benar. Seorang Jutawan Brazil Menanam Kereta Bentley Continental Flying Spur miliknya beharga USD1




Pelik tapi benar.
Chiquinho Scarpa, seorang jutawan Brazil menanam kereta Bentley Continental Flying Spur miliknya beharga USD1 juta pada September 2013 lalu untuk "bekalannya" selepas mati...tujuan lainnya untuk menggalakkan orang ramai menderma organ.
Kita Sebagai orang Islam Lebih Baik Jual kereta Tersebut . ambil Wang dan buat wakaf dan sedekar kepada mereka yang yang memerlukan..adalah lebih baikk.

Pengacara Awal Ashaari kemalangan di Melaka..Keretanya Teruk Juga

  • Awal Ashaari kemalangan jalanraya di MelakaKeadaan kereta Awal yang terlibat dengan kemalangan.
 1 / 2 
[DIKEMASKINI] PENGACARA terkenal, Awal Ashaari dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus ketika dalam perjalanan ke siaran langsung Melodi di Melaka, hari ini.
Berita itu dimaklumkan wartawan Melodi, Zuan Azmi melalui akaun Instagram miliknya, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pengacara Melodi, Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Plus berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah selatan.

“Awal ditemani Izuan Mokhtar dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi dari Jom Heboh Stadium Ayer Keroh,” tulisnya.

Zuan turut berkongsi gambar keadaan kereta Awal yang remuk teruk.

Menurutnya lagi, Awal telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

“Awal sudah dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans dan saya masih berada di lokasi kemalangan menunggu pegawai penyiasat dan ‘towing’. Dalam pemerhatian saya, Awal tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sama-sama kita doakan untuk Awal,” katanya lagi.

Sementara itu, isterinya, Scha Al Yahya ketika ditemui di hospital berkenaan berkata, Awal hanya mengalami cedera ringan di bahagian mulut dipercayai akibat terhentak ketika kemalangan itu.

Dalam pada itu, Zuan berkata, tempat Awal sebagai pengacara Melodi digantikan oleh penerbit Micheal dan Liza Hot Fm.

Perghhh.Cikgu sekolah memandu minta nyawa ..Pelajar bawa Kereta Gila Gila.


  • Cikgu sekolah memandu minta nyawaSedutan video yang dimuatnaik
 1 / 1 
BEBERAPA tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan dan 'minta nyawa' selepas seorang pelajar membawa mereka pergi 'pusing-pusing'.
Dalam sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Mac lepas, pemandu rali, Leona Chin menyamar sebagai pelajar 'skema' dan berlakon lurus bendul.
Selepas membawa kereta 'abangnya' ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan dengan beberapa pengajar mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu dalam sesi berlainan.
"Saya fikir anda perlu berlatih (memandu) lebih kerap," kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum.
Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi 'spin tyre' dan mula memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai 'donut'.
Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang kaledar.
Dua lagi tenaga pengajar warga asing, langsung keluar dari kereta selepas aksi 'donut' daripada Chin tamat.
"Anda hampir bunuh saya!," kata seorang pengajar lelaki yang segak berbaju kemeja biru. Beliau juga kelihatan memegang kepala dan tidak percaya apa yang telah dialami.
Senario yang terjadi merupakan aksi 'prank' yang diselia oleh maxman.tv, dimana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.
Sehingga kini, video prank tersebut menarik lebih empat juta perhatian pelayar dan dikongsi di laman-laman sosial.

Sunday, March 29, 2015

Dahsyat Pemuda Rela mati bini tak cantik

Rela mati bini tak cantil

Menurut pegawai Hou Kunshan yang menemui lelaki terbabit, dia mengesyaki
 sesuatu tidak kena apabila melihat seorang lelaki terapung dengan muka mengadap 
ke bawah air.
“Apabila mendekati lelaki terbabit, barulah kami menyedari dia cuba membunuh diri,”
katanya.Selepas keadaan lelaki terbabit reda, polis menyoal mengapa dia sanggup
berbuat demikian.Lelaki itu menjawab: “Saya tidak gembira dengan perkahwinan
 yang dirancang oleh keluarga kerana wajah wanita itu hodoh, dan sebab itulah
 saya membuat keputusan untuk membunuh diri.” - Agensi 


Tujuh Maut Dibunuh Boko Haram






Tujuh Maut Dibunuh Boko Haram

Rakyat Nigeria sedang beratur untuk mengundi pada pemilihan presiden negara itu pada Sabtu. Foto EPA
  (Ubah saiz teks)
ABUJA: Sekurang-kurangnya tujuh maut di pusat mengundi semasa pemilihan presiden Nigeria pada Sabtu, dipercayai diserang oleh kumpulan militan, Boko Haram.
Serangan pertama berlaku di perkampungan di Birin Bolawa dan Birin Fulani di daerah Nafa, Gombe yang sering menjadi sasaran kumpulan militan itu.
Menurut seorang pegawai pilihan raya yang enggan dikenali: "Kami dapat mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan lelaki bersenjata.
"Tidakkah kita sudah memberi amaran anda (militan) supaya jangan ganggu hari mengundi?"
Rakyat Nigeria ketika ini sedang mengundi untuk pertandingan jawatan presiden antara penyandangnya, Goodluck Jonathan dan bekas ketua tentera Nigeria. 
Pegawai pilihan raya itu berkata, sekumpulan lelaki bertopeng yang membawa senjata tiba di Birin Bolawa dengan menaiki trak pada waktu pagi, sejurus selepas hari mengundi presiden secara rasmi bermula pada Sabtu.
Seorang pengundi ditembak mati dan yang lain melarikan diri dalam keadaan panik.
"Mereka melepaskan tembakan kepada semua bahan-bahan mengundi yang ditinggalkan kami yang juga menyelamatkan diri," tambahnya.
Seorang penduduk Birin Fulani, Karim Jauro berkata, serangan kedua mengakibat seorang lelaki maut.
"Mereka membakar bahan-bahan pilihan raya. Kita percaya mereka adalah Boko Haram yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai hari mengundi."
Kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya melakukan serangan di bandar Dukku dengan melepaskan tembakan secara rambang ketika para pengundi sedang beratur di pusat mengundi.
"Mereka menembak tiga orang dan mencederakan dua yang lain," kata Ibrahim Ahmad, sambil menambah penyerang itu kemudiannya membunuh seorang ahli dewan undangan negeri dan ketua tempatan dekay kampung Tilen. - AFP

AWAS! SINDIKET PENIPUAN DI DEPAN BANGUNAN TABUNG HAJI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mewakili ibubapa saya ingin berkongsi mengenai satu kejadian yang terjadi pada kedua ibubapa saya pada 25 Mac 2015 di Pejabat TH yang terletak di Batu Caves Selangor. Kejadian ini berlaku di hadapan pejabat TH, sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Perlu diingatkan disini, tujuan perkongsian ini bukanlah untuk memburukkan nama Tabung Haji. Kejadian seperti ini juga boleh berlaku dimana-mana institusi kewangan di Negara kita. 

Kronologi kisah adalah seperti berikut:

1) Ibubapa saya telah disapa oleh seorang wanita berketurunan India bernama Jessica. Beliau telah menawarkan satu kertas. Ibubapa saya menolak pada mulanya kerana menyangkakan itu adalah skim gores dan menang tetapi wanita india itu meyakinkan ibubapa saya yang tiada wang dikenakan dan sekadar tawaran biasa.

2) Ibu saya kononnya telah memenangi wang tunai berjumlah RM1300 dan perlu diambil di sebuah pejabat yang terletak di Kepong

3) Ibubapa saya bersama Jessica pergi ke pejabat berkenaan dan berjumpa dengan seorang wanita melayu bernama Siti.

4) Siti kemudiaanya mengeluarkan sebuah fail dan menunjukkan bahawa ibu saya bukan sahaja memenangi wang tunai tetapi juga turut berpeluang memenangi pakej umrah untuk 2 orang dan 2 buah kereta – Toyota Camry dan Perodua Viva – kesemuanya adalah percuma.

5) Tetapi untuk mendapatkan kesemua barangan diatas, mereka perlu membayar cas perkhidmatan fotografi sebanyak Rm21,000.

6) Sewaktu menunjukkan pakej yang dimenangi tersebut, ayah saya telah mendapati bahawa salah seorang Ustaz yang kononnya akan mengikuti rombongan umrah tersebut pernah terlibat dengan skim penipuan umrah dikalangan kejiranan kami.

7) Ayah saya mula berasa tidak selesa dan cuba untuk menghubungi rakannya tetapi dihalang oleh mereka yang berada didalam pejabat berkenaan kerana terdapat CCTV. Ayah saya minta untuk keluar dari pejabat tersebut dan membuat panggilan pada seorang teman. Dalam waktu yang sama, ibu saya telah menyerahkan kad pengenalan dan buku tabung haji beliau atas tujuan untuk semakan pekerja terbabit tetapi ianya dipulang kembali selepas itu.

8) Ayah saya kembali ke dalam pejabat dan memanggil ibu saya untuk keluar dari pejabat berkenaan dan mereka selamat keluar dari pejabat itu tanpa memberi wang kepada pihak berkenaan.

Tetapi untuk makluman tuan / puan, perkara diatas bukanlah kali pertama yang berlaku dikalangan kenalan saya sendiri kerana ibu mertua rakan sekerja saya juga turut mengalami modus operandi yang sama (ditegur dan dipelawa untuk mendapatkan hadiah pakej umrah didepan pejabat TH) pada tahun 2014 dan kes tersebut juga berlaku di lokasi pejabat TH di Batu Caves.

Saturday, March 28, 2015

Video Kastam 'promosi' GST jadi viral ..Apa Sudah Jai ni..


  • Video Kastam 'promosi' GST jadi viralSedutan video yang 


SEBUAH video klip nyanyian yang didakwa dihasilkan oleh Jabatan Kastam menarik perhatian pelayar laman sosial Facebook dan Youtube sejak ia mula tersebar, semalam.

Tinjauan Sinar Online mendapati klip berdurasi tiga minit tersebut menampilkan beberapa kakitangan Kastam dengan pakaian seragam 'mempromosi' Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Video tersebut yang dimuatnaik ke laman Youtube menarik perhatian pelayar yang menzahirkan pelbagai komen.

Ramai di antaranya melahirkan perasaan 'kurang senang' dengan video tersebut.

GST akan mula dilaksanakan 1 April ini pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Mat Sabu ditahan Polis.


  • Mohamad SabuMohamad Sabu
 1 / 1 

PULAU PINANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis sekitar jam 12.20 tengah malam tadi setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas, Salleh Man Mat Aji untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.

Sebelum itu beliau baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Negeri di Markaz Tarbiyah Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Pagi tadi beliau hadir ke Mahkamah Seksyen Butterworth pembicaraan kes Mat Indera.

Pembicaraan bersambung hari ini dengan saksi pendakwa ke 10 membabitkan Pakar Sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim.

Menurut Penolong Setiausaha Pas Negeri, Zahar Zainul, Mohamad belum sempat minum bersama mereka, pihak polis terus membawanya ke Balai Polis Seberang Jaya.

"Saya agak polis mengekori beliau dari Markaz Pas Negeri Di Pongsu Seribu lagi. Turun saja kereta Ustaz Saleh Man polis terus bertindak menahannya, " katanya.

Penahanan terbabit berkemungkinan melibatkan kes demonstrasi di Kuala Lumpur hari ini.

Petang semalam Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga ditahan di bawah Akta Hasutan apabila menyeru ahli parti hadir ke 'demontrasi #KitaLawan' yang bakal diadakan hari ini di Kuala Lumpur.

Perghh :Sempoi Gambar Pasangan Bahagia Dan Kreatif ...


Eh eh comelnya pelamin dia. Kan dah cakap orang Malaysia semakin kreatif. Unik dan rare..Biarlah gambar berbicara ya.. hihi

Friday, March 27, 2015

Seorang bayi Melecur Teruk dipercayai diberi minum susu panas oleh pengasuh taska.


Seorang bayi perempuan berusia enam bulan melecur teruk di bibir dan pipi selepas dipercayai diberi minum susu panas oleh pengasuh taska.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkat, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 8.49 malam tadi di Balai Polis Rawang di sini.

Menurutnya, mangsa sebelum itu dihantar ibunya ke taska terletak di Rawang di sini, pagi semalam.

"Ibu mangsa bagaimanapun mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi pengusaha taska melalui telefon.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian melecur itu berlaku pada jam 4 petang semalam. Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran oleh pengusaha taska sebelum dirujuk ke Hospital Selayang," katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dalam keadaan stabil dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian yang menyebabkan bibir dan pipi kiri mangsa melecur.

"Mangsa masih dirawat di Hospital Selayang dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis akan melakukan siasatan terperinci sama ada kejadian itu disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Susulan itu pihak polis akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Dahsyatt Dan Kejam : Kanak-kanak 5 tahun dirogol ketika beli ais

  • Rogol kanak-kanak

  • Grafik Sinar Online

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menempuh saat tragis dalam hidupnya apabila dirogol seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar membeli ais di kedai tidak jauh dari rumah, di Kampung Pauh 2, Banggu, di sini.
Kejadian Selasa lalu itu disedari pengadu iaitu sepupu mangsa yang berusia 22 tahun ketika dia berada di rumah dan mangsa pulang dalam keadaan menangis serta mengadu kesakitan, pada jam 1.30 petang.
Pengadu melihat terdapat kesan darah pada kain mangsa dan ibu saudara pengadu kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melihat kemaluannya berdarah.
Apabila ditanyakan kepada sepupunya itu, mangsa memberitahu, semasa dia pergi ke kedai untuk membeli ais, tiba-tiba datang seorang lelaki mengajaknya pulang dan dia menaiki motosikal bersama lelaki tersebut. Suspek kemudian membawa dia ke dalam hutan dan merogolnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan meminta bantuan daripada masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mengesan suspek.
“Kami amat-amat memerlukan bantuan orang awam kerana suspek masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
“Saya juga menasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan anak-anak kecil tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelak sebarang perlakuan jenayah seperti ini berlaku,” katanya. Sianr

Germanwings: Juruterbang Terkunci Dari Luar Kokpit


Berdasarkan rakaman suara pesawat Germanwings yang dilaporkan terhempas dan berkecai di Banjaran Alps itu, salah seorang juruterbang terkunci dari luar kokpit sebelum kejadian yang meragut nyawa 150 orang penumpang termasuk anak kapal, kelmarin.

Lapor The New York Times yang memetik kenyataan seorang penyiasat berkata, rakaman audio yang diperolehi menunjukkan sebaik saja pesawat memulakan penerbangan, salah seorang daripada juruterbang telah meninggalkan kokpit. Bagaimanapun tidak dapat memasuki kokpit semula.

Difahamkan, juruterbang berkenaan pada mula cuba mengetuk dengan pelahan pintu kokpit sebelum mengetuk beberapa kali dengan ketukan yang lebih kuat.

"Ia berlarutan dan anda boleh mendengar juruterbang itu cuba memecahkan pintu kokpit, namun pintu tetap tidak dapat dibuka," katanya.

Pengarah Agensi Siasatan Penerbangan Perancis, Remi Jouty berkata, walaupun terdapat suara dan bunyi di kokpit, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. 

Data yang diambil daripada perakam suara pesawat Germanwings itu tidak dapat memberikan apa-apa petunjuk yang kukuh.

Thursday, March 26, 2015

Perghhh , Malaysia Kaya Tetapi Rakyatnya Tinggal dalam Van Untuk terus Hidup.. sedih


amatlah malang sekali bila kita lihat sebegini, Malaysia sebuah negara yang kaya malah boleh beli Jet ratusan juta , tetapi rakyatnya merempet dalam duduk dalam van untuk meneruskan kehidupan seharian. Tolong lihat dan fikir fikirkan lah nasib anak bangsa..

Perghhh ::: Penggali kubur pengsan keranda tiba-tiba terbuka

  • KerandaGambar Hiasan
 1 / 1 
GELSENKIRCHEN - JERMAN. Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda tiba-tiba terbuka dan kemudiannya mendengar 'mayat' bertanyakan di manakah dia berada.

'Mayat' wanita warga emas yang berusia 92 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.

Anehnya, dia 'hidup semula' sebelum dikebumikan dan membuatkan penggali kuburnya pengsan.

Pengurus rumah pengebumian kemudiannya menemui wanita tua tersebut berbaring dalam keranda dengan kedua-dua mata terbuka sebelum membawanya ke hospital.

Dia turut memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati dia masih hidup.

Memetik laporan Mirror.uk, polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang mengesahkan kematian wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di tempat tidur di rumah orang-orang tua oleh penjaga, dan dia menyangka wanita tersebut sudah tidak bernafas.

Seorang doktor telah dipanggil dan kemudiannya mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

Sementara itu, pengurus rumah orang-orang tua tersebut, Lother Burger berkata ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan sukar untuk diterangkan

FOTO "Kisah SEBENAR Disebalik Bayi Yang Dilahirkan Di Johor Seperti Ikan Duyung



Terlebih dahulu kita harus bersyukur kerana dilahirkan dengan cukup sifat serta boleh berfikir secara waras. Namun sebalik akal yang waras kita tidak dapat menggunakannya ke arah kebaikan sebaliknya kita menggunakannya untuk menyakiti insan yang lain...

Adakalanya manusia yang tidak cukup sifat mempunyai iman yang tinggi berbanding kita yang cukup sifat. Berbalik kepada tajuk diatas sekeping gambar bayi menjadi viral dilaman sosial kerana didakwa dilahirkan seperti ikan duyung...

Bayi tersebut dikatakan telah dilahirkan di Pontian Johor bharu. Namun tidak pasti samada benar atau sebaliknya jadi anda lihat sendiri gambar dibawah....



SUMBER

Wednesday, March 25, 2015

Pelajar Sekolah Rendah Masuk ICU dilanggar jereta : Siapa yang bertanggungjawab..





Allah hu akhbar..semoga Allah meringankan bebannya..wahai pemandu yang budiman ..berhati hatilah dalam memandu ni..kasihanilah dirianda , keluarga anda dan orang lain..biar memandu secara berhemah. laju tak kemana kan. menyusahkan orang lain pula.

Tips 4 Hari Perjalanan Ke Tempat Menarik Di Danau Toba, Medan Indonesia


Assalamualaikum.. bulan mac 2015 saya serta ahli keluarga telah melawat ke Medan selama 4 hari 3 malam. bermula dari Lapangan Terbang Bayan Lepas  ke Kualamanu, Medan dengan Floght Air Asia. Tambang Murah katakan.perjalanan hanya memakan masa 45 minit sahaja.


Hari Pertama ..Penulis bersama anak dan Isteri dihadapan Istana Lama Sultan Di Medan. Disini telah memaparkan salsilah kesultanan Sultan  , Indonesia yang memerintah pada waktu dan ketika itu.


Subhanallah pemandangan yang sunggoh menakjubkan


Buah Buahan yang yang dijual di Berastagi


Hari ..Kedua Penulis Berlatar belakang kan gunung di Danau Toba 


Berlatar belakang Danau Toba


Air Terjun Supipiso Yang Terkenal di Sini..kalau datang sini sila hubungi Pak Indara +6281361321589 atau Pak Syamsir +62813-7612-2267 mereka boleh menolong anda..dalam melawat ke kawasan ini. dan lain lain tempat di Medan


GAMBAR ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH WPKL PAGI INI.

KOLEKSI GAMBAR ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH WPKL PAGI INI.

ada berita lagi...

Tuesday, March 24, 2015

Contoh Gambar Jet Kerajaan membelanjakan RM28 juta lagi untuk mengubahsuai jet peribadi PM







Gambar Hiasan / Contoh , sebab Blogger tak Masuk Pun Dalam Kapalterbang Tersebut. ..Dari blog Oh Media

Kerajaan membelanjakan RM28 juta lagi untuk mengubahsuai jet peribadi yang didakwa dibelikan khas untuk kegunaan perdana menteri, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Kos menghias dan menaiktaraf kabin di dalam pesawat itu dimasukkan dalam harga jual-beli, yang didakwa berjumlah RM465 juta, tambah ahli parlimen Pandan.

Jet tersebut, model ACJ 320, sudah cantik dan selesa, tambah Rafizi, dan mempertikaikan keperluan menghabiskan lagi RM28 juta untuk hiasan kabin yang kelihatan "lobi sebuah hotel."

"Kami ingin mengetahui tujuan sebenarnya sejumlah RM28juta itu digunakan," katanya.

Rafizi turut mendedahkan bahawa jet itu sebelum ini dimikiki oleh Air Luther AG, dengan Comlux Aviation menguruskan jet itu untuk tujuan pajakan.

Mahfuz Dan Kita Pun Hairan : Kenapa Umno diam pada Gerakan?

Mahfuz: Kenapa Umno diam pada Gerakan?



PAS kesal dengan tindakan Umno yang didakwanya berdiam diri terhadap tindakan Gerakan mencabar pindaan enakmen hudud yang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Rabu lalu.

“Rakan Umno dalam BN telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi memohon deklarasi pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

“Apa yang dikesalkan ialah Umno masih berdiam diri dan tidak pula menegur parti rakan komponennya itu,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata tindakan itu dilihat seperti Umno merestui perbuatannya.

“Hal ini akan membuatkan sokongan yang diberikan oleh 12 orang ADUN Umno di dalam Sidang DUN Kelantan itu bersifat politik kerana Umno takut akan terus ditolak oleh rakyat Kelantan jika mereka menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II tersebut,” katanya.

Sebelum ini Gerakan memfailkan saman pemula mencabar pindaan enakmen hudud yang dibentangkan di DUN Kelantan kerana menganggap sebagai bercanggah dengan perlembagaan.

Manakala pemimpin MCA, Gan Peng Sieu berkata mereka mestimemutuskan hubungan dengan Umno jika parti itu menyokong langkah Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Bagaimanapun, minggu lalu ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menasihati MCA dan Gerakan supaya tidak mencampuri urusan agama Islam yang menurutnya tiada kaitan dengan mereka.

Apa Yang Wanita Ini Temui Pada Telefon Bimbit Suaminya Begitu MENGEJUTKAN !!!

Apa Yang Wanita Ini Temui Pada Telefon Bimbit Suaminya Begitu MENGEJUTKAN


“Suami saya memang kaki judi mesin, namun hampir empat bulan dia sudah tidak lagi bermain berikutan kedai judi sudah tutup dan sejak itu kami langsung tidak mempunyai masalah duit seperti sebelum ini. “Bagaimanapun, sejak sebulan lalu saya pelik melihat telatahnya asyik dengan telefon bimbit hampir 24 jam dan dia mula berubah apabila tidak lagi memberikan wang kepada saya menyebabkan saya mula mengesyaki sesuatu,” kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Rina…

Rina, 33, berkata, berikutan tidak tahan lagi dengan perubahan perangai suaminya itu menyebabkannya bertindak memeriksa telefon bimbit milik suaminya sebelum menemui satu aplikasi bertulis ‘Live Games’. Katanya, pada mulanya dia menyangka aplikasi itu hanya permainan video seperti biasa, namun apabila aplikasi itu dibuka ia jelas menunjukkan ia adalah perjudian seperti mana yang pernah dimain suami saya sebelum ini…
“Saya pernah pergi ke kedai judi tempat dia berjudi sebelum ini untuk memintanya pulang selepas seharian berada di situ dan disebabkan itu saya tahu mengenai permainan itu…. KREDIT KAKIONLINE

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung