Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, June 30, 2015

Perghhh : Gaduh sampai bawa keluar kerambit


  • Gaduh sampai bawa keluar kerambit


  • Sedutan video menunjukkan senjata yang didakwa sebuah kerambit (bulatan merah).

SHAH ALAM - Sebuah video yang dimuatnaik kurang 24 jam lepas menampilkan seorang lelaki berbaju belang menggertak dan memukul seorang pengguna jalan raya kini viral.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku di USJ 1, Subang Jaya semalam, lelaki berkenaan juga dilihat membawa keluar sebuah senjata, disyaki sebuah kerambit.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .

Keadaan tersebut berterusan dengan pergaduhan mulut, sebelum lelaki berbaju belang berkenaan memukul kepala mangsa.Seorang lagi lelaki yang berbaju merah kemudian dilihat cuba meleraikan pergaduhan dengan memegang lelaki berbaju belang terbabit.
Sementara itu, dua orang wanita juga keluar dari kereta yang dipandu lelaki berbaju belang berkenaan untuk membantu meleraikan pergaduhan.Punca kejadian tersebut bagaimanapun gagal dipastikan.
Video tersebut kini sudah ditonton lebih 30,000 pelayar dan rata-rata mengecam tindakan samseng lelaki berbaju belang berkenaan.

"Walau apapun punca kejadian, anda tidak berhak untuk memukul pengguna jalanraya yang lain!" kata Muammar.
"Dah boleh dituduh (atas) menghalang lalu lintas, dituduh memukul orang. Fuh boleh tidur (dalam) lokap ni. Ajarkan sikit dan maklum 1 Malaysia biar orang tahu undang-undang. Bukan suka hati je nak pukul orang," kata Ahmad.

"Kelakar apabila isteri (lelaki berbaju belang) keluar untuk bantu suaminya tapi tidak keluar untuk menghalang suaminya memegang kepala mangsa," kata Lee.

REZEKI KENA MAKI, DAPAT MAKAN STEAK RM4,678!

Posted by: My Media Hub 

Gambar dari Instagram Nur Azira

Wah! Rezeki di bulan ramadan. Siapa sangka, jawapan simple 'MENATE' itulah yang mendatangkan rezeki makanan yang bernilai RM4,678. Makanan orang kaya, mana mampu orang marhaen nak merasanya, ye tak? 

Semalam, mangsa kena maki Azwan Ali, Nur Azira, memuat naik beberapa gambarnya berbuka puasa di Me'nate Steak Hub bersama dengan keluarganya serta wakil pengendali laman Facebook popular, Oh! Media. 
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .

"Assalamualaikum. First of all, I nak berterima kasih kat Oh! Media because viralkan that case. Hehehe! Yeayyy! Dari situ laa we'oulss sekeluarga dapat special invitation from 5 star steak house bebbb for iftar!

"Secara jujurnya, tak mampu den nak membayor makan sampai RM4K (bills for iftar today). Biar la kita ni low profile sikit, jangan nak GAHH manjang. Soon HATERZZZ yang ramai hokey!" katanya yang dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali.

Dalam kenyataan Nur Azira di Instagram itu, dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pekerja restoran itu dan tidak lupa juga kepada pemiliknya yang sangat peramah ketika melayani mereka sekeluarga.

"Owner tersangatlah peramah melayan saya sekeluarga seperti VVIP sepanjang di sana. Steak yang disajikan untuk kami sangat sedap, soft dan terasa herbnya," 

Azira juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepadanya. 

Bagi mereka yang ingin merasa sendiri kesedapan steak restoran ini, bolehlah berkunjung ke cawangan yang berhampiran dengan anda. - THEHYPEMEDIA.COM

Monday, June 29, 2015

Gambar Lamborghini terbakar jadi viral

  • Gambar Lamborghini terbakar jadi viral


BEBERAPA keping gambar sebuah kereta mewah, Lamborghini yang bernilai 4 juta yuan (RM2.4 juta) hampir rentung sepenuhnya akibat melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh lori  di sebuah lebuh raya menjadi viral.

Memetik laporan sebuah portal antarabangsa, kejadian tersebut berlaku di Guangdong di China kira-kira jam 10 malam baru-baru ini.

Pemandu kereta mewah itu turut dilaporkan terkorban kerana terperangkap di dalam kereta sewaktu api mula merebak dan terbakar dengan pantas.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .
Pemandu kenderaan terbabit difahamkan tidak mempunyai lesen memandu.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian berkata, kereta tersebut dipandu lebih dari 160 km/j.

“Sebaik sahaja pelanggaran berlaku, beberapa letupan berlaku dan api mula menyala secara tiba-tiba. Dalam masa beberapa minit, kereta tersebut terbakar sehingga hangus.

Kemalangan tersebut mengundang komen dan kritikan dalam kalangan netizen.

Kebanyakan dari pengguna laman sosial berpendapat, mangsa kemalangan tersebut merupakan anak salah seorang pegawai kerajaan di negara tersebut.

Sebelum ini, sebuah kemalangan melibatkan kenderaan mewah dilaporkan berlaku di negara tersebut pada Mei lalu. 

Perghh Petua Sempoii Nak Beri Haruman Durian Hilang Dalam Kereta.


Inilah petua sempoi yang kita belum cuba. Dengan membelah dua tangkai durian dan selit ke lubang keluar air cond  .. Selamat mencuba ya..
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .

Sunday, June 28, 2015

Jemaah Masjid Risau, Melihat Imej meragukan di sejadah


Imej meragukan di sejadah
4
 1 / 3 
ROMPIN – Lakaran corak pada sejadah di beberapa masjid di sekitar Kuala Rompin, di sini, menimbulkan keraguan sehingga menyebabkan jemaah yang menunaikan sembahyang terganggu dan tidak khusyuk.

Corak yang dikatakan itu terletak di bahagian sujud pada sejadah iaitu tempat yang akan dipandang oleh jemaah ketika bersembahyang yang seakan menyerupai imej kepala kambing bertanduk namun tidak semua jemaah perasan mengenai imej tersebut.

Pengerusi Masjid At-Taqwa Sungai Puteri, Md Yunus Ramli, 55, berkata, sebelum ini beliau ada mendengar atau terbaca di laman sesawang mengenai terdapat sejadah yang menyerupai imej tertentu namun yang dikesan di masjid yang dipengerusikannya itu baharu sahaja ditemui.

“Mula-mula saya tak perasan gambar itu walaupun pernah sembahyang di sejadah itu tapi setelah seorang jemaah beritahu dan saya tengok semula, memang jelas ada imej yang menyerupai kepala binatang.

“Ada yang mengatakan ia seperti imej kepala kambing bertanduk tapi ia perlukan pengesahan pihak berwajib mengenainya. Pada saya ini isu besar sebab ia melibatkan ibadah solat yang dilaksanakan umat Islam seharian terutama di bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa bimbang mengenai penemuan tersebut kerana bimbang terdapat agenda pihak tertentu untuk mengenakan umat Islam dalam cara yang halus dan sukar dikesan kerana setiap corak itu tentu ada motif dalam proses melakarnya.

“Saya harap perlu ada kajian yang dilakukan pihak berwajib agar karpet sembahyang seperti ini tidak dijual sewenang-wenangnya di pasaran. Jika benar ia sengaja dicorakkan di atas sejadah maka perlu ada tindakan sewajarnya diambil.

“Mungkin perlu ada garis panduan pemilihan sejadah dikeluarkan supaya tidak timbul perkara berbangkit sehingga umat Islam was-was untuk melaksanakan ibadah solat,” katanya.



Guna hanya satu warna

Dalam pada itu, seorang penduduk Kuala Rompin, Amin Zahari Abd Razak, 29, meminta pihak berkenaan memandang serius perkara ini kerana tidak mahu umat Islam terus menggunakan sejadah yang meragukan.

“Pelbagai jenis sejadah dengan corak yang pelbagai terdapat di luar sana yang tidak diketahui pembuatnya dan diimport untuk dipasarkan dalam negara.

“Saya percaya sejadah memang biasa digunakan dan sejadah yang meragukan ini bukan sahaja terdapat di sini, tidak mustahil ia ada mana-mana masjid atau surau di seluruh negara,” katanya.

Dia turut mencadangkan supaya semua surau dan masjid tidak menggunakan sejadah yang bercorak berlebihan serta hanya menggunakan satu warna bagi mengelak atau menghindarkan timbulnya keraguan.



Pilih sejadah kosong

Sementara itu, kadi daerah Rompin, Adnan Mamat yang ditemui tidak menafikan bahawa sejadah yang kosong tanpa sebarang corak adalah yang terbaik digunakan kerana ia dapat menghindarkan sebarang keraguan seperti kain putih.

Menurutnya, sejadah yang didakwa mempunyai corak menyerupai imej tertentu itu boleh digunakan kerana ia bukan imej asal seperti gambar-gambar yang terdapat di baju yang dipakai jemaah ketika bersembahyang.

Katanya, jika ia berbentuk syiar agama lain dan memang dibuat dengan tujuan untuk menyebarkan agama berkenaan maka ia haram termasuk perkara haram lain seperti lambang arak, simbol-simbol kepercayaan yang membawa kepada syirik.

“Sembahyang yang ditunaikan memang dituntut memandang tepat di tempat sujud untuk mendatangkan khusyuk dalam hati dan disebabkan itu adalah lebih baik tempat sujud itu kosong serta tiada corak atau perkara yang boleh mengganggu tumpuan ketika bersembahyang.

“Bagi kes ini saya cadangkan mungkin pihak pengurusan masjid boleh melapik di bahagian atas sejadah yang meragukan itu dengan kain putih sebab kalau nak dibuang akan berlaku pembaziran pula,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Hebat Dan Tahniah..Skuad B-13 kita juara di Sepanyol


Skuad muda negara yang menggalas cabaran di Sepanyol muncul juara dalam kejohanan Ibercup 2015 sebentar tadi.

Anak buah Lim Teong Kim itu mencapai kejayaan membanggakan itu hasil ketangkasan mereka mengalahkan kelab dari Portugal, Sporting Lisbon U13, 2-1.



Kejayaan itu dikhabarkan telah mengejutkan ramai jurulatih akademik bola sepak ternama Eropah.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam akaun twitternya mengucapkan syukur atas kejayaan tersebut.

"Alhamdulillah, Tahniah. Wow," tulis Khairy.

Untuk berita lanjut, sila layari kolum sukan Malaysiakini.


PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung