Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, October 31, 2015

Pelayar FB dikecam Kerana Kutik Bayi yg Sikit Sumbing

Pelayar FB biadab kutuk bayi dikecam
Salinan paparan yang dimuatnaik oleh mangsa di laman Facebook. Gambar bayi hanyalah gambar hiasan.
TINDAKAN seorang pelayar yang melemparkan cacian terhadap seorang bayi yang menderita penyakit sumbing (cleft) dikecam sebagai biadab.
Perkara tersebut didedahkan oleh ibu bayi tersebut di laman Facebook menerusi beberapa salinan paparan perbualan yang berlaku di antara dia dan pelayar berkenaan.
"Patutlah sebelum ni you tak upload gambar anak you, rupa-rupanya anak you cacat. Kesian," tulis pelayar tersebut.
Tak cukup dengan itu, pelayar berkenan menuduh pula bayi tersebut terkena badi.
"You tak malu ke ada anak cacat?," tambah pelayar berkenaan.
Perkongsian berkenaan mendapat perhatian lebih 2,000 pelayar yang mengecam tindakan biadab tersebut.
"Takpa, mulut manusia, bukan boleh tutup.. depa ni ibarat kuman je," kata Mariana.
"Kurang ajar punya orang, biadab! Mempersenda anugerah dari ALLAH SWT," tulis Ain pula.

Perghhh..Lori Telur Kemalangan. Ramai Tolong Kutip Telur. Bangu Tuan Lori.


Ramai bantu kutip telur bertaburan atas jalan
Orang ramai yang membantu mengutip telur.
SHANDONG - CHINA . Tindakan orang ramai yang berada di lokasi kejadian kemalangan sebuah lori yang mengakibatkan ribuan biji telur bertaburan di atas jalan raya mendapat pujian netizen.

Sebuah lori yang membawa muatan telur terbabas di persimpangan di Tai'an, wilayah Shandong menyebabkan ribuan biji telur ayam yang dibawanya turut bertaburan di atas jalan raya pada Ahad.

Namun apa yang mengejutkan, orang ramai yang berada di kawasan kemalangan turut sama-sama membantu mengutip telur yang jatuh tanpa mengambil kesempatan ke atas insiden tetsebut.

Bukan sahaja orang ramai membantu pemandu lori tersebut mengutip dan mengasingkan telur yang tidak pecah, malah beberapa pemilik kedai makan di kawasan sekitar juga membantu dengan membeli telur ayam yang retak sekali gus dapat meringgankan kerugian lebih 10,000 yuan yang terpaksa ditanggung pemandu berkenaan.

Beberapa foto yang bertebaran di media sosial meraih perhatian netizen di China.

Netizen memuji tindakan orang ramai yang tidak mencuri telur-telur berkenaan sebaliknya membantu pemandu lori itu.

"Dengan mengutip telur mereka juga menunjukkan akhlak mereka. Ini adalah sesuatu yang sepatutnya semua orang lakukan,” komen netizen dipetik CCTV News.

Baru Ada Akai,, Lain Kali Cari Tempat Parking yang Sempoii.



'Terpaksa pecah!'
Difahamkan seorang lelaki terpaksa memecahkan tingkap kereta MYVI ini kerana sudah menunggu terlalu lama, 2 jam dengan anak kecil dan isteri. Kejadian berlaku di HTAR, Klang.
Jangan parking camni eh kalau tak nak kena pecah.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Friday, October 30, 2015

'Tahniah saudara, kau tidak malu suap ibumu'

'Tahniah saudara, kau tidak malu suap ibumu'
Paparan skrin yang menunjukkan seorang lelaki menyuapkan makanan ibunya

PERILAKU
 seorang anak muda menyuap makanan ke mulut ibunya di sebuah medan selera menarik perhatian netizen hari ini.

Foto yang dimuatnaik oleh pelayar Facebook menggunakan nama Mahfuzah Mahadzir itu menunjukkan seorang pemuda menyuapkan nasi ke mulut seorang wanita yang sudah berusia.

Tulis Mahfuzah pada kapsyen gambar yang dimuatnaik, "syurga di bawah kaki ibu! Kasih seorang anak terhadap ibunya! Menyuap nasi, menyapu sisa makanan yang terlekat di pipi dan mulut."

Malah tulis Mahfuzah, kelihatan juga lelaki itu membetulkan anak rambut wanita yang didakwa ibu pemuda tersebut yang membuatkan dia sebak dan menitiskan air mata.

Sementara itu, rata-rata netizen tersentuh dan memuji tindakan pemuda itu yang tidak segan silu menyuapkan makanan kepada ibunya di tempat awam.

Irwanmustafa Pånjank menulis, "bukan semua anak-anak yang boleh lakukan macam ni, tanpa rasa malu atau menyusahkan."

"Tahniah saudara, kau tidak malu untuk menyuap ibumu, sedangkan di luar sana banyak lagi anak-anak, yang maki ibu depan khalayak ramai," tulis Arenas Nasri pula


Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Penampakkan dua matahari di Amerika Utara? Apakah ini Ilusi








SHAH ALAM - "Itu hanya ilusi optik," demikian penjelasan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad ketika ditanya mengenai kesahihan beberapa keping gambar yang viral di media sosial berkenaan penampakan dua matahari yang kononya berlaku di Amerika Utara.

Beberapa hari lalu, tersebar di WhatsApp, beberapa keping gambar yang menunjukkan seoalah-olah terdapat dua matahari timbul, yang mana ada sesetengah pihak berkata fenomena itu berlaku di Kanada dan ada juga yang mengatakan bahawa ia berlaku di Manhattan dan New York.

Noordin berkata dalam isu ini, ramai pihak yang cuba mengaitkan ia dengan fenomena angkasa dengan aspek fantasi dan misteri, namun ujarnya sebagai manusia yang diberi akal fikiran,  kita perlu mendapatkan bukti yang sahih, dengan cara merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar.

"Ada juga yang ingin meletakkan fenomena sebegini seiring dengan hadith dan tanda kiamat. Ilmu Islam itu menyokong sains jadi fenomena yang berlaku perlu dikaji dengan fakta dan secara menyeluruh dan bukan sekadar agakan pemikiran.

"Dalam pada itu, telah ada banyak fenomena angkasa pelik yang tersebar sebelum ini seperti bumi bergelap, cuaca angkasa yang ganggu telefon bimbit dan matahari makin dekat dengan bumi. Elok masyarakat menghubungi Angkasa agar tidak mudah menyebarkan berita palsu yang boleh membuat negara gelisah," katanya


Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Huhu Dahsyat..'Kau Sekolah Pun Tak Habis, Kerja Mencuri, Jangan Harap Kau Berjaya, Sekarang Hebat


"Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak tak guna!"

Aku nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka berangan bernama Zukermi. Pertama, aku bukan nak buka aib sendiri, aku kongsikan ni sebagai inspirasi dan pengajaran untuk semua. Aku share supaya lebih ramai yang sedang 'down' tu, akan terinspirasi. InsyaAllah.

Ya, dulu aku bukan budak baik, mencuri adalah kerja sambilan aku. Sekolah sampai tingkatan 2 saja. 
Saat orang semua tidur, Bukit Bintang jadi taman permainan aku masa remaja dulu. Aku tak bangga dengan apa yang aku buat dulu sebab aku banyak menyusahkan mak ayah aku.

Tapi dalam jahat aku dulu, aku ada pasang impian. Jangan ingat remaja tak habis sekolah, suka mencuri, nakal itu tiada impian. Mereka semua ada impian. Bezanya, impian itu biasanya hanya kami simpan sendiri-sendiri. Sesuatu yang kami malu nak kongsikan dengan orang lain. Sebab apa? Sebab orang akan gelakkan impian kami. 

"Budak bodoh jahat macam kau nak kaya dan berjaya? Boleh mimpi!"

Dalam mereka gelak, mungkin atas inilah monolog mereka ketika itu.

Tak lama lepas tu, di saat aku rasa aku dah jauh sangat sesat dalam dunia aku, aku rasa aku kena buat sesuatu. Seperti 'dirasuk' dengan satu semangat, aku akhirnya buat sesuatu untuk capai impian karut aku! Aku tak peduli apa orang nak kata. Aku tak fikir pun sama ada aku akan berjaya ke tak. Aku tak fikir pun kemampuan aku masa tu. Aku tak pandang ke belakang dah. Aku mula langkah pertama aku dengan berniaga online.

Bermula dari saat tu, aku macam satu keretapi yang tak boleh berhenti. Kejayaan kecil demi kejayaan kecil, seolah menolak aku untuk terus cuba dan mencuba. Ketika tu aku sedar satu perkara, Budak jahat, budak tak habis sekolah, budak tak guna, juga mampu untuk buat sesuatu untuk capai impian dia! Rasa seperti kisah dongeng!

Dipendekkan cerita, dari jual produk orang tanpa modal, hari ni, budak tak guna ni dah mempunyai syarikat yang dah keluarkan produk kecantikan sendiri. Dari pernah meminta sedekah untuk beli rokok, budak tak guna ni dah berjaya capai jualan jutaan Ringgit. Dari mula menjual online di Cyber Cafe, budak tak guna ni dah ada office sendiri dengan staffnya sendiri. Dari hanya berjalan kaki dan menaiki bas, budak tak guna ni dah ada dua kereta impiannya sendiri. Dari tidur di surau stesen bas, budak tak guna ni dah ada hampir 9 buah rumahnya sendiri. (1 duduk, 8 lagi sewakan) Dari hanya mengecewakan ibu bapanya, budak tak guna ni dah berjaya gembirakan ibu bapanya. Dari hidup tak tentu arah seorang diri, budak tak guna ni dah ada seorang isteri yang terbaik. Dari hanya mencuri, budak tak guna ni berpeluang untuk memberi pula pada orang lain.

Alhamdulillah. Semua ni takkan terjadi tanpa bantuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah.

Apa yang aku cuba sampaikan, jangan biarkan kisah gelap kita halang kita berimpian! Jangan biarkan kebodohan terdahulu buat kita rasa kita bodoh selamanya! Jangan biarkan pandangan jijik orang pada kita buat kita lemah! Jangan malu nak berimpian walaupun tiada segulung ijazah! Jangan sesekali rasa nasib kita sentiasa di bawah.

Allah swt dah susun sehabis cantik perjalanan hidup kita. Di saat Allah swt ingin curahkan rezekinya pada kita, kita pasti akan rasakan semua itu seperti bermimpi. Semalam poket kita kosong, esoknya boleh jadi sepenuh-penuhnya, mencurah-curah. Hari ni orang hina kita, esoknya boleh jadi orang pandang tinggi pada kita. Hari ni kita rasa sedih, esok kita boleh jadi gembira tak terhingga.

Percayalah, sesiapa saja layak berimpian untuk berjaya. Baik dia itu bekas penjenayah, baik dia itu pengemis, baik dia sesiapa pun. Jangan sesekali bunuh impian orang lain. Lagi-lagi orang yang bermasalah, macam aku dulu. Sebab hakikatnya, impianlah akan jadi pendorong untuk orang seperti ini berubah. Jika impian mereka ditertawakan, tiada lagi impian dan mereka akan kekal jadi sebegitu. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt. Dan ingat, impian adalah sia-sia tanpa tindakan.

Mulakan sesuatu hari ini. Kejarlah ilmu, belajarlah, usahalah. Jika orang jahat, budak bodoh tak habis sekolah, tak guna seperti aku boleh, kenapa tidak anda?  


Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Muhammad Zukermi Bin Edi
Universiti Jalanan 
24 tahun

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung