Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, December 31, 2015

Mantap !!! Ingat Lagi Tak Gadis Cantik Penebar Roti ??? Jom Baca Kisah Sebenar Kehidupan Beliau.... (4 Foto)




Chantal Vi0la, se0rang gadis berasal dari R0me,,, Italy mengejutkan ramai pelanggan di sebuah gerai r0ti canai di Kedah apabila dia dilihat bertudung dan mengambil pesanan makanan serta turut menebar r0ti canai...........

Chantal bukanlah pekerja sepenuh masa di gerai itu.... Chantal sebenarnya sedang mengikuti pr0gram pertukaran pelajar dan dia mengambil keputusan untuk membantu jirannya yang berniaga di gerai itu.................

"Dengan membantu di gerai r0ti canai ini, ia adalah cara cepat dan efektif untuk saya belajar bahasa Melayu dan bersama penduduk tempatan.... Saya juga suka memakai tudung untuk memudahkan berhubung dengan 0rang ramai" - kata Chantal Vi0la.




Kisah Zulkifli bunuh perompak jadi viral

Kisah Zulkifli bunuh perompak jadi viral


SEJAK
 semalam media sosial dibanjiri kisah mengenai seorang lelaki dikenali sebagai Zulkifli yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan gara-gara menikam seorang perompak sehingga mati di rumahnya, di Kerteh, Terengganu.
Kisah itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib bapa malang itu dan menuntut agar nasib beliau dibela.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan penahanan itu susulan Zulkifli didakwa mempertahankan keselamatan keluarganya daripada perompak yang menceroboh ke rumahnya.
Melalui perkongsian di page Facebook, Selamatkan Zulkifli, lelaki berusia 50 tahun itu dikatakan hadir ke mahkamah pada Ahad lalu untuk sebutan kesnya selepas dibebaskan dengan ikat jamin namun ditahan semula apabila kesnya disebut bawah Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini Zulkifli dikatakan telah membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 ketika didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.
Menurut Facebook Selamatkan Zulkifli itu juga, mahkamah dijadualkan bersidang 24 Januari ini di Terengganu dan difahamkan dia kini sedang ditahan sementara di Penjara Marang.
Laman Facebook Selamatkan Zulkifli yang dicipta sejak pagi semalam itu telah mendapat leih 36,000 likes setakat jam 7 malam ini
.

Gadis Diratah Lelaki Negro Di Tandas Stesen Minyak Selama 30 Minit..?..BERhati hati ya

Gadis Diratah Lelaki Negro Di Tandas Stesen Minyak Selama 30 Minit , Padah Berhenti Di Kawasan Rawat Dan Rehat Tidak Berteman !.Media SENSASI.






Kisah ini, mungkin ada yang sudah pernah baca. Walaupun begitu, wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas di luar sana.




Kepada semua wanita-wanita terutamanya yang selalu berhenti dan pergi ke tandas di mana-mana stesen petrol. Kejadian ini betul-betul berlaku pada seorang kenalan saya sendiri.


Seorang perempuan dan teman lelakinya (bakal suami yang mana akan berkahwin tak lama lagi) berhenti di sebuah stesen petrol atas sebab si perempuan ini nak pergi ke tandas.


Kalau kita perasan di stesen petrol contohnya Petronas, ada tandas yang di dalam kedai Mesra itu sendiri. Namun, ada juga tandas yang diluar sikit sebelah dengan kedai Mesra serta tandas di bahagian belakang, jauh sedikit dari kedai Mesra.


Si perempuan itu tadi pergi ke tandas yang berada di belakang itu berseorangan pada waktu malam. Sementara teman lelaki hanya menunggu di dalam kereta. 


Namun, selepas 30 minit berlalu, perempuan itu tadi masih tidak muncul menyebabkan lelaki itu nekad untuk pergi mencari kekasihnya yang menggunakan tandas di bahagian belakang tadi.


Alangkah terkejutnya dia apabila menemui gadis itu dalam keadaan pengsan dan tidak berpakaian yang dipercayai telah dir0g0l. Sedih, tetapi itulah yang terjadi.


Menurut gadis itu, ada seseorang yang telah menariknya ketika dia masuk ke tandas berkenaan. Suspek menutup mulutnya serta mengunci pintu tandas dan dir0gol secara ganas. 


Mangsa tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri suspek namun apa yang pasti suspek berkulit hitam dan dipercayai 'negro'. 


Kasihan sangat-sangat. Sudahlah mangsa bakal berkahwin tidak lama lagi dan kini berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan. 


Kepada kaum wanita yang membaca kisah ini, tolong jangan pergi ke tandas seorang-seorang terutamanya tandas di bahagian belakang walaupun siang atau malam. Kalau boleh, ajak kawan, suami, adik, untuk temankan sungguhpun rasa tak macho tunggu depan tandas tetapi keselamatan perlu diutamakan.


Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja tanpa mengira mangsa bertudung ke, free hair ke. Tetapi dalam kes ini, mangsa bertudung.


Wednesday, December 30, 2015

Perghhh..Menteri Kahwin Gadis Umur 28 Tahun.


Joseph Entulu Belaun

SIBU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 28 tahun, Jacklyne Anthony pada Sabtu lalu.

Memetik laporan portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan berkenaan berlangsung meriah dengan disertai keluarga terdekat, teman-teman serta rakan-rakan politiknya.
Majlis itu diadakan di Kingwood Resort Mukah, bertemakan warna putih dan merah jambu, itu bermula dengan Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum upacara pertukaran cincin antara pasangan terbabit sambil disaksikan hadirin yang hadir.
Pada sebelah  petang, pasangan itu berjalan ke dalam dewan diiringi oleh muzik 'bertaboh.
Sementara pada majlis  makan pula ia diwarnai, dengan persembahan daripada artis-artis Iban dan penari popular.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan), Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat, lapor Borneo Post Online
.

'Jamil Khir tak boleh saman kerana beliau seorang menteri'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, atas sifatnya sebagai anggota Kabinet tidak boleh memfailkan saman fitnah ke atas perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam.
Ini adalah asas pembelaan yang difailkan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Jamil terhadapnya.
Jamil menyaman Akmal kerana mendakwanya menyalahgunakan dana yang dimaksudkan untuk anak-anak yatim.
"Kelakuan, perangai dan perbuatan yang dilaksanakan oleh plaintif (Jamil Khir) adalah perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam yang melampau dan faedah mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan juga terbuka kepada kritikan dan penelitian yang mantap.
"Di samping itu, plaintif adalah ahli kerajaan BN yang melalui pelbagai wakil dan agensi mendukung prinsip perlunya ketelusan awam, kejujuran dan integriti pada semua peringkat kerajaan," kata peguam Akmal ketika mengemukakan hujah pembelaan mereka yang difailkan pada Selasa lalu.
Menurutnya, kerajaan yang sama mempromosikan keperluan bagi tadbir urus korporat yang baik dalam syarikat.
"Atas sebab itu, defendan (Akmal) menegaskan bahawa tindakan yang dibawa oleh plaintif dalam kapasiti rasminya sebagai Ahli Parlimen dan menteri kabinet, plaintif dihalang daripada menyaman defendan kerana
Akmal yang juga adalah Pengarah Strategi, Pemuda PKR disaman oleh Jamil selepas enggan memohon maaf kepada menteri itu.
Beliau mendakwa Jamil melawat Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 yang dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui dana anak syarikat yang dimaksudkan untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak miskin.
Akmal kemudian menuntut Jamil supaya meletak jawatan daripada Kabinet.
Jamil dalam writ samannya, juga menyatakan dirinya sebagai ahli Parlimen Jerai dan ketua Umno bahagian tercemar reputasi akibat pendedahan Akmal..malaysiakini

Tuesday, December 29, 2015

Perghhh..Sotong gergasi muncul di pelabuhan Jepun



Sotong gergasi muncul di pelabuhan Jepun
Sedutan video yang dirakam oleh Akinobu Kimura

TOKYO - JAPAN. Kemunculan tiba-tiba seekor sotong gergasi mengejutkan orang ramai di Toyama Bay, 25 Disember lepas.

Menurut laporan CNN, sotong tersebut didakwa berenang di bawah bot nelayan dan berada di lokasi tersebut selama beberapa jam sebelum berlalu pergi.
Seorang penyelam, Akinobu Kimura berjaya merakam gerak geri sotong tersebut selama beberapa minit.
"Sotong tersebut kelihatan sempurna, mengeluarkan dakwat dan cuba membelit saya menggunakan rungutnya," kata Akinobu.
Katanya, beliau kemudian memandu sotong tersebut ke tengah lautan dan sotong tersebut akhirnya hilang di laut dalam.
Sementara itu, penjaga akuarium Uozu, Yuki Ikushi memberitahu CNN terdapat 16 penampakan sotong gergasi pada musim menangkap ikan yang lepas.
"Kita mungkin akan nampak lagi (sotong gergasi) pada musim ini, tapi memang sangat jarang mereka berenang berdekatan bot milik nelayan," kata Yuki.
Difahamkan, sotong gergasi berkenaan berukuran kira-kira 13 meter (43 kaki) dan hanya terdapat di lautan dalam. 

Gurau Pesawat MH370 Ditemui, Pelakon Janna Nick Mohon Maaf..







Gurau Pesawat MH370 Ditemui, Pelakon Janna Nick Mohon Maaf

Janna Nick sedia terima teguran untuk memperbaiki diri. Foto diambil daripada Instagram milik Janna.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon baharu Janna Nick menyifatkan perbuatannya memuat naik status bertujuan untuk bergurau pada Sabtu lalu mengenai nahas pesawat MH 370 merupakan satu kesilapan besar dan memohon maaf mengenai perkara itu.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 20, berkata, dia tidak berniat untuk mengecilkan hati mana-mana pihak dan pada masa sama tidak sangka status berkenaan menjadi viral sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak.

"Asalnya saya sedang menonton filem Hindustan iaitu Dilwale. Kemudian saya mengambil gambar sebuah kapal terbang kosong menerusi salah satu babak filem tersebut dan terus memuat naik di Twitter kerana menganggap perkara itu lawak.

"Selepas selesai menonton, saya tengok semula Twitter, dan mendapat kritikan teruk daripada ramai orang. Dan saya terus memadamkan gambar tersebut.

Monday, December 28, 2015

Perempuan bertudung dan kanak-kanak antara punca VAPE haram di JOHOR....Sultan Johor Bertitah

Perempuan bertudung dan kanak-kanak antara punca VAPE haram di JOHOR....Sultan Johor bosan dengan kerajaan persekutuan yang tidak boleh buat keputusan dan mengheret isu ini....................


Johor - #Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda merasa terkejut dan kurang senang apabila melihat wanita bertudung & kanak-kanak menghembus asap vape.


#Baginda bertitah sedemikian ketika satu temubual ekslusif oleh The Star selama sejam bagi penutup tirai tahu ini.

#Selain itu, baginda juga turut bertitah bahawa baginda menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman selain menyifatkan vape adalah teknologi dadah yang berbahaya.

#Soalan : Mengenai masalah kesihatan, Tuanku telah mengarahkan pengharaman penjualan produk vape di seluruh negeri ini. Apa yang membuatkan Tuanku begitu tegas?

#Jawapan: Beta membuat kajian dan ini bukan adat kita. Begitu juga shisha. Beta terkejut dan berasa kurang senang apabila terlihat wanita bertudung dan juga kanak-kanak menghembuskan asap vape.

#Beta menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman dan perlu campur tangan secepat mungkin. Bagi beta, ini adalah teknologi dadah yang berbahaya. Tidak seperti dadah, ia sukar dikesan.

#Beta bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan yang masih tidak boleh membuat keputusan mengenai isu ini. Mereka mengheret isu ini dan beberapa ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa vape tidak harus diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas.

#Beta fikir apa yang baik dan beta tegas bahawa semua ini perlu dihentikan pada 1 Januari tahun depan.

#Buat masa ini, semua yang menentangnya demi perniagaan mereka. Adakah anda ambil berat tentang kesihatan orang ramai?

#Terdapat juga mereka yang menentang termasuk 'seorang pelawak' yang mengheretkan diri ke dalam isu ini untuk memberikan komen mereka.

(Aktivis Abdul Rani Kulup Abdullah atau Kipidap yang terkenal dengan penampilannya memakai beret merah, menjadi tajuk utama berita kerana membuat lebih 1,000 laporan polis terhadap ahli politik pembangkang dan pemimpin NGO).

#Baru-baru ini beliau menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dengan mengatakan Barisan Nasional bakal kehilangan satu juta undi pada pilihan raya umum akan datang jika pihak berkuasa terus mengenakan tindakan terhadap peniaga rokok elektronik atau vape.

#Ia adalah semata-mata isu kesihatan dan beberapa ahli politik tidak wajar bercakap mengenai politik dan bangsa, ia adalah luar biasa.

Media termasuk The Star, menyiarkan bagaimana kanak-kanak sekolah rendah membelanjakan wang saku mereka untuk produk vape.

Apa yang beta takutkan sudah terjadi. Polis kini menahan beberapa individu yang menjual cecair vape berperisa ganja.

Lebih membimbangkan sindiket ini beroperasi sejak Ogos lalu dan menjualnya menggunakan Internet dan menghantar produk mereka melalui kurier.

Ini merupakan perniagaan haram. Apa kesannya jika Johor membenarkan penjualan produk itu di pusat membeli-belah, rumah kedai dan pasar malam?

Beta boleh tunjukkan banyak e-mel dan surat yang diterima dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang menyatakan sokongan terhadap negeri ini yang mengharamkan produk tersebut.

Kini beberapa negeri lain turut mengikuti langkah ini dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan vape sebagai haram.

Bagi beta, pendidikan dan kesihatan tidak patut dipolitikkan.

Selain dari itu, wawancara berkenaan turut membincangkan beberapa perkara termasuklah kenyataan dari TMJ, peranan raja-raja dan juga kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil.

Aziz Desa Bekas Wartawan TV3 , Telsh meninggal pagi Tadi

Aziz Desa
SHAH ALAM - Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan pengacara TV3, Aziz Desa, 50, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi tadi, lapor BH Online.
Melalui laporan itu, berita tersebut disahkan sendiri adik kandungnya, Azri Desa.
Sebelum ini Allahyarham dilaporkan terlantar di hospital akibat menderita masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.
Al-Fatihah.

Sunday, December 27, 2015

Dj Radio Rasa Gementar Di Islamkan Najib


DJ Radio akui gementar diislamkan Najib

SEORANG
 juruhebah radio tidak pernah menyangka kehadirannya untuk bertemu dengan Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lebih setahun lalu untuk bertanyakan tentang Islam menjadi detik bersejarah dalam hidupnya.

Kehadiran Muhammad Aaron Samuel Mariyaras, seorang berketurunan Cina dan India pada mulanya mahu menemui Fathul Bari namun ia membawa kepada pengislamannya yang dilakukan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selepas mengucap dua kalimah syahadah pada 28 November tahun lepas, beliau mengakui agak gementar apabila dibantu sendiri oleh Perdana Menteri sendiri selepas menjadi mangsa birokrasi institusi agama Islam di negara ini.
“Hari itu, ketika dia (Fathul Bari) suruh saya datang, saya pergi sana, jumpa dia, saya mengadu dengan dia, saya sudah pergi ke sana, ke sini, kena tendang macam bola, kiri kanan, akhirnya tiada penghujungnya.
“Saya beritahu cabaran itu, Ustaz Fathul kata, dia akan cuba tolong, tiba-tiba dia cakap, Perdana Menteri ada di sini (PWTC) dan dia (PM) akan buat untuk saya. Detik itu tak boleh lupa, sebab saya pergi ke sana untuk berjumpa dengan Ustaz Fathul sebagai kawan,” katanya yang disiarkan dalam video di akaun YouTube Dr Fathul Bari, pada Khamis.
Sebelum ini, kisah seorang juruhebah radio yang diislamkan oleh Perdana Menteri menjadi heboh apabila pengislamannya didedahkan Fathul Bari dan menjadi perhatian netizen serta mengundang pelbagai reaksi.
Fathul Bari dilaporkan proses pengislaman seorang DJ Radio itu menjadi mudah kerana kebetulan ia diislamkan oleh Najib sendiri dan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau juga berkata, sebelum proses pengislamannya, Perdana Menteri sempat berborak-borak dengannya bertanyakan tentang latar belakang dan niatnya untuk memeluk Islam.
“Kita borak-borak kejap, Perdana Menteri tanya sama ada saya betul (memeluk Islam) dengan kerelaan dan keikhlasan sendiri dan bukan dipaksa, kemudian kita berjaya lakukan (pengislaman).
“Saya mengucap dua kalimah syahadah, dipandu oleh Perdana Menteri sendiri, sejak hari itu, saya secara rasmi adalah seorang Islam, Alhamdulillah,” ujarnya.
Sementara itu, di sebalik kepayahannya memeluk Islam, Muhammad Aaron Samuel sempat menegur institusi agama Islam di negara ini yang didakwa tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada bukan Islam yang mahu mendekatkan diri dengan ajaran Islam.
“Jabatan-jabatan Agama, Majlis Agama, kamu buat kerja yang terbaik, tapi untuk saudara baru atau mualaf, mungkin perlu diwujudkan cara yang lebih efektif untuk membantu saudara baru memeluk Islam, mempelajari Islam dan memahami Islam itu sendiri.
“Kalau kita menyusahkan mereka, apa bezanya kita dengan yang lain, jadi kita permudahkan mereka, baru mereka berminat untuk mempelajari Islam itu sendiri dan Insya-ALLAH memeluk Islam,” katanya lagi
.

Polis Akan Siasat Pemandu Kereta Myvi, Yang Menyebabkan Wanita INi maut




Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani



#Seorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di kilometer 74, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan hari ini.



#Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Mohd Zukir Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Noor Amalina Adlan, 21, yang duduk di bahagian penumpang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.



#Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dari arah Perlis ke Sungai Petani hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar pokok.




    #Mangsa yang berasal dari Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani maut di tempat kejadian manakala pemandu lelaki dikenali sebagai Muhammad Hariz Abdul Malek berumur 20 tahun hanya mengalami cedera ringan," katanya.




#Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 petang sebelum sampai kira-kira 20 minit kemudian. 

Saturday, December 26, 2015

Kek Berusia 46 Tahun Masih Elok Lagi..


Kek usia 46 tahun masih elok ditemui
Kek yang berusia 46 tahun dan masih boleh dimakan. - Foto Metro.uk
NOTINGHAM - BRITAIN. Walaupun telah disimpan 46 tahun lalu, namun sebiji kek yang dibuat pada tahun 1969 berada dalam keadaan masih elok.
Kek berkenaan ditemui masih dalam keadaan berbalut oleh keluarga seorang wanita ketika mengemas dapur selepas kematiannya di Nottingham.
Kek itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Mikrobiologi, Universiti Nottingham untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia masih boleh dimakan atau tidak.
Pakar mengukus kek tersebut terlebih dahulu selama lima jam untuk membunuh bakteria sebelum merasanya Profesor Christine Dodd berkata, kek berkenaan sedikit kering namun mempunyai rasa yang sedap.
"Ia dibalut secara tradisional dan kelihatan elok, rasanya sangat sedap.
"Kami berminat untuk melihat bagaimana kek berkenaan disimpan kerana ia masih elok sehingga hari ini," katanya dipetik Mirror.uk.
Kek berkenaan dibuat untuk sebuah majlis perkahwinan yang diadakan tahun 1969.
Penggunaan alkohol yang tinggi menyebabkan kek berkenaan masih elok sehingga hari ini.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung