SUNGAI PETANI - Tiada apa yang mampu dikatakan ibu dan bapa Nur Shakinah Naim, 19,
selain mengucapkan 'syukur Alhamdulillah' apabila mendapat tahu anak yang hilang selama
hampir seminggu di Perancis, akhirnya pulang ke kediamannya dengan selamat hari ini.
Pelajar Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Normandy itu pulang ke kediamannya tengah
hari tadi sejak dilaporkan keluar pada Jumaat lalu oleh rakan sebiliknya.
"Alhamdulillah, Shakinah selamat," kata ibu pelajar itu dengan wajah yang cukup ceria.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada ibu
bapa Nur Shakinah, Nur Halizah Ahmad ,43, dan Naim Awang, 46, yang berkunjung ke rumah
mereka di Kampung Masjid, Tikam Batu, di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pelajar hilang akan ke Perancis]
"Mereka (JPA) dimaklumkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis berhubung perkara itu,"
kata wanita itu kepada pemberita di rumahnya.
Tidak lama selepas itu, Nur Halizah berkata ibu angkat Nur Shakinah, Fairus Kholib,50 an, turut
datang ke rumah dan memberitahu bahawa rakan sebilik Nur Shakinah ada menelefonnya dan
memberitahu Nur Shakinah telah pulang.
"Tiada sebarang kecederaan padanya, anak saya dikatakan berada di balai polis untuk urusan
seterusnya," katanya dan menambah, beliau masih tidak mengetahui ke mana anaknya
menghilangkan diri kerana masih terlalu awal.
Nur Halizah juga memberitahu, masih belum ada panggilan rasmi daripada Kedutaan Besar
Malaysia di Perancis berhubung khabar gembira itu.
Tepat 5.39 petang, Nur Halizah menerima satu panggilan singkat daripada anak keduanya itu.
"Saya dengar suara dia sebak. Saya tidak bertanya lanjut ke mana dia menghilang. Saya tahu
dia perlukan masa. Saya cuma mahu dengar suara dia dan tahu dia betul-betul selamat,"
katanya sebak.
Sejurus selepas berita itu tersebar, rumah keluarga itu tidak putus-putus dikunjungi keluarga,
sahabat handai, saudara mara dan bekas guru Nur Shakinah, pelajar cemerlang Sekolah Menengah
Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu yang mendapat 10A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2014.
Ditanya mengenai laporan media yang mengatakan bahawa mungkin Nur Shakinah tertekan
belajar di Perancis dan pergi menenangkan diri buat sementara, katanya agak sukar untuk
dipercayai kerana anaknya tidak menunjukkan yang dia tertekan.
Kali terakhir Nur Shakinah balik ke Malaysia pada Aidilfitri yang lalu, kata Nur Halizah.
"Malah dia kelihatan gembira, dia juga beli alat tulis berjumlah RM200 kerana katanya barangan
tersebut agak mahal di sana," katanya.
Naim pula berkata mereka akan meneruskan rancangan untuk ke Perancis Sabtu ini untuk berjumpa
sendiri dengan Nur Shakinah.
Tiket penerbangan mereka ditanggung sepenuhnya oleh UMNO Sungai Petani.
Beliau berkata, mereka berhasrat membawa Nur Shakinah menyambung pengajiannya dalam
bidang kejuruteraan di tanah air memandangkan mereka cukup risau dengan apa yang berlaku.
"Bagaimanapun, kami akan bertanya pendapat dia terlebih dahulu," kata Naim dan menambah,
kenduri kesyukuran akan diadakan sekembalinya ke tanah air.
Naim berkata beliau sememangnya yakin anaknya akan selamat dan tidak melakukan sesuatu
di luar kawalan kerana Nur Shakinah menunjukkan minat yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran
ke Perancis."Beliau pernah tolak tawaran dalam bidang perguruan semata-mata ingin ke Perancis,"
katanya.Ditanya bagaimana beliau dan isterinya cukup tenang sepanjang menghadapi situasi
kehilangan Nur Shakinah, beliau hanya menjawab, 'reda'."Akhirnya, kami boleh tidur dengan
aman malam ini," katanya.
Nur Halizah dan Naim turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat erusaha mencari anaknya, dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan
Nur Shakinah. - Bernama