Monday, October 31, 2016

Huh Dahsyatt !! Mungkin kepala dibungkus plastik sebelum kena tikam

mayat
KOTA BHARU - Empat mayat yang dijumpai siang tadi dipercayai dibunuh dengan kepala ditutupi
plastik serta terdapat beberapa kesan tikaman di badan sebelum dicampak dalam semak di sini
Kampung Tanjung Hilir, Bekelam dekat sini.
Kesemua mangsa dianggarkan berusia antara 20 hingga 30 tahun itu lengkap berpakaian.
Dipercayai ke semua mangsa dibunuh sekitar tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah
membengkak.‎
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mayat berkenaan dioercayai dibunuh
 dengan kejam di tempat lain sebelum dicampak ke dalam semak di sini selain tidak menolak kemungkinan dilakukan kumpulan dengan lebih daripada seorang suspek.
Mayat terbabit ditemui seorang penduduk yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan kepada
anggota polis Bachok kira-kira jam 6.45 petang.
Kita percaya empat mayat dibunuh dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu diikat
kepala dengan plastik dan setiap mayat mempunyai dua tikaman di bahagian perut dan dada selain
ada beberapa calar dipercayai akibat pergelutan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung
Tanjung Hilir,di sini, hari ini.
Abd Rahman berkata setakat ini identiti, jantina dan warganegara ke empat suspek belum dapat
 dipastikan namun salah seorang daripada mangsa mempunyai tatu di bahagian lengan sebelah kanan.
Beliau tidak menolak kemungkinan kes  itu pernah dilaporkan sebelum ini bermotifkan dendam.
Kesemua mayat berkenaan diperiksa anggota Polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK)
Kota Bharu sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.
Beliau meminga orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai
 polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Usaha memburu suspek akan dijalankan secepat mungkin dan menurutnya, kes disiasat di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh

Gambar gambar Mangsa Kemalangan Bot Pantai Merdeka





Terkini ...bot dari Tanjung Dawai kePantai Merdeka terbalik..
11 orang setakat la ni, 3 d jumpai.2 lemas sorang selamat


Sunday, October 30, 2016

RM25,000 Setiap Pemain, Isnin Cuti Bagi Kedah



Ahmad Bashah Md Hanipah.

PETALING JAYA: Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam Ahad.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008.
"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam Sabtu.
Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan sehingga mara ke final Piala Malaysia
Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951.
"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari tersebut, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.
"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah. - BERNAMA

Saturday, October 29, 2016

Perghhh !!! Roket Milik Syiah di Pintas Arab saudi , 65 Km Dari Mekah

Inilah Roket milik Milisi Hutsiy (Syiah), yang di lancarkan dari so'dah(Yaman) menuju Makkah Al mukaramah, yang berjaya dilumpuhkan oleh tentera Saudi Arabia sekitar 65 km dari Kota Mekkah (kota jazzan).
Kafir syiah majusi ingin mencetuskan peperangan dunia ke (III).

LikeShow more reactio

Anggota SPRM Dipercayai Pukul Isteri Ditahan




Paparan skrin posting oleh seorang wanita yang mendakwa suaminya, seorang pegawai SPRM telah menderanya dan melakukan keganasan rumah tangga dan menjadi viral di media sosial.
  
JOHOR BARU: Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai mendera isterinya, ditahan polis di Batu Berendam, Melaka pada Jumaat malam.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 37 tahun yang ditahan kira-kira 8 malam itu, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat pada Sabtu untuk permohonan reman.

Suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat itu juga didapati tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar pada tahun lepas, kata beliau dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata dua laporan polis dibuat dan dua kertas siasatan dibuka, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kes itu turut disiasat mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Dua laporan polis itu berhubung kes tersebut yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga.

Tragiss Mayat Seorang Lelaki yang Lemas , dijumpai.Dengan Beberapa ketul Bata





Mayat seorang lelaki yang dipercayai milik mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut dari atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhampiran Batu Maung telah dijumpai.

Mayat lelaki berkenaan telah dijumpai oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba.

Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat











Dari gambar yang kami perolehi, kelihatan gambar mangsa telah timbul dengan beberapa ketul bata dijumpai bersama mayat dipercayai untuk menenggelamkannya.

Rabu lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang  menunggang motosikal dari arah Batu Kawan dipercayai berhenti di kilometer (km) 11.3 jambatan berkenaan sebelum hilang kira-kira jam 8.30 pagi.

Kehilangannya itu disedari apabila motosikal miliknya ditemukan anggota peronda di atas jambatan berkenaan. - Siakapkeli.my

Friday, October 28, 2016

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Pada Tiang Cetus Kemarahan Netizen



   
PETALING JAYA: Gambar seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah yang kakinya dirantai pada sebatang tiang di sebuah blok apartmen di sini menjadi viral di media sosial.
Gambar itu yang disebarkan di laman Facebook sejak petang Rabu menunjukkan kaki kanannya dirantai manakala beg dan botol airnya berada di atas lantai.
Namun tidak dapat dipastikan jika dia ditinggalkan oleh ibu bapa atau penjaganya.
Berdasarkan gambar itu, insiden tersebut berlaku di tempat letak kereta blok kediaman dengan seorang pengguna Facebook mendakwa ia berlaku di sekitar Sunway.
Netizen mengkritik tindakan itu dengan kebanyakan mereka menyalahkan ibu bapa budak perempuan tersebut kerana mengambil pendekatan seperti itu untuk menghukum anak mereka.
Malah, ada segelintir netizen turut berkongsi gambar budak perempuan itu dan menggesa laporan polis dibuat agar tindakan segera diambil.

Cristiano Ronaldo Dikecam Bergambar Dengan Patung Buddha





Cristiano Ronaldo dikecam netizen kerana tidak sensitif.
  
BINTANG bola sepak Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo dikecam apabila memuat naik gambar bersama patung Buddha di laman sosial Instagram peribadinya.

Gaya Ronaldo yang meletakkan kaki di sisi patung Buddha itu dikatakan sebagai tidak sensitif dengan agama tersebut.

Foto yang dimuat naik enam hari lalu dengan kapsyen 'Bom dia' atau membawa maksud 'Selamat Pagi' itu menerima dua juta tanda suka dan  mencecah 30,000 komen.

Rata-rata netizen meminta agar bintang bola sepak itu memadam gambar tersebut agar tidak terus mencetuskan kontroversi.

Bagaimanapun, Ronaldo tidak mengambil peduli tentang kontroversi tersebut.
Tags / Kata Kunci:

Thursday, October 27, 2016

Waduh Dahsyatt : Lagi Kes Lelaki Melayu Muslim Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang






Mohon baca wahai sahabat!!!
Coretan ini sy kongsikan bkn utk membenarkan perbuatan membunuh diri tersebut.
Kejadian ini baru berlaku tadi di Penang...
Terjun jambatan kerana tekanan KE  ZALIMAN
asalamualaikum teman dan sahabat....dan terutama buat istiriku ank ank dan keluarga tersayang...ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yg kulakukan ini tak pernah terlintas utk ku lakukan...diharap jgn la orang ramai kecam dan hina isteri ank ank dan keluaga ku...ku amat tertekan dgn kerajaan yg zalim....kerana kes rokok yg nilai rampasannya hanya 160 aku akan dipennjarakan...ini kesalah pertama aku pada tahun 2012 ...br sekarang naik makamah....tarikh naik court kelmarin tp di.. tunda hari inii.....bulan 8 yg lepas aku dah kena kes yg sama iaitu juai rokok murah...yg nilai nya 200 ..hampir di reman semingu dan mujurla ada surat kematian ank ku yg ketiga... ku dikenakan jaminan 3 k.....kena bulan 2 naik court bulan 8 dan di hukum 4k atau 4 bulan penjara....ku setle 4 k dan duit pun jenuh hutang kawan.......ya aku mengaku salah perkara itu salah....tp hukumannyaaa tak setimpal....yg pengarah tibai berjutaa boleh lpasss pulak dgn duit jaminan..

Ini statusnya terakhir d FB

Wednesday, October 26, 2016

Perghhh !!! Pengunjung Pusat Beli-Belah Cemas Eskalator 'Meletup'




  
KUALA LUMPUR: Beberapa pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah di sini terkejut dan cemas apabila terdengar bunyi 'letupan' daripada sebuah eskalator di kompleks itu tengah hari Selasa.

Difahamkan bunyi kuat seperti letupan itu berpunca daripada kerosakan teknikal pada satu daripada eskalator di aras bawah pusat beli-belah itu yang menuju ke tingkat satu.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 1 tengah hari dan pihak pengurusan kompleks segera bertindak memanggil pasukan teknikalnya untuk membaiki kerosakan.



"Kerja-kerja membaiki kerosakan siap tak sampai setengah jam kemudian," menurut satu sumber kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua berlaku di situ sejak Julai lepas.
Berita mengenai kejadian itu turut menjadi viral di Internet apabila gambar eskalator yang rosak itu dimuat naik netizen di laman Facebook petang tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihak pengurusan pusat beli-belah itu difahamkan tidak membuat laporan polis.

ENAM MAUT Apabila Hospital Sutanah Aminah, Terbakar







Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU 25 Okt. - Polis mengesahkan seorang lagi pesakit maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kepada enam orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru the Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, kesemua enam mangsa terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki.

Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan seorang lagi pesakit melecur 80 peratus manakala tiga jururawat sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

"Kesemua mangsa ditemukan rentung di dalam wad unit rawatan rapi (ICU) zon selatan hospital. Mangsa yang yang terselamat dan ketiga-tiga jururawat berkenan telah diberika rawatan di bangunan lain.

"Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada lintas pintas daripada wad berkenaan," katanya ditemukan di lokasi berkenaan.

Sulaiman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ketika kejadian terdapat tujuh pesakit dan lapan jururawat. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, October 25, 2016

Perghh|| Peniaga Laksa nyaris Tertipu Wang Kertas Palsu RM 100

Duit Palsu RM100
Seorang pelanggan terakhir wanita 40an bersama seorang ank kecil,oder laksa 9 bungkus,sambil tunggu tu belanjalah sirap satu..harga laksa RM22.00 selepas diskaun 50sen..dia buat bayaran RM102.00 bila saya hendak bagi baki pemulangan RM80..rasa duit tu agak tebal kasar kertasnya..warna terang..kecil skit..bila nak imbas di tempat cerah...terus dia katakan..ni ni ada duit kecil dan bg RM50..saya pun pulanglah balik RM100 tu..(dalam hati mcm nk koyak ja duit tu)
Agak2 la akak woii nak menipu pun..Saya tak nak bising sahaja tadi!!,Saya tau tu duit palsu..
Saya cam kereta akak..Wira Sedan Putih PDP XXXX.,selamat kedai saya tak ada CCTV kalau tak saya viral dah muka akak ala2 indon tu..
Syukur Alhamdulillah,Allah lindung..berkat belanja sirap dan diskaun 50sen kot..kalau tidak laksa
9 bungkus rugi..RM80 pun melayang. Berhati2 buat semua peniaga bila berurusan dengan duit besar.
*Apa-apapun jom pi pekena laksa kedai ni. Sempoii..

Bangla Oh Bangla Semua Boleh..huhu Hanya Gambar boleh Berbicara

Abang Bangla memang serba boleh. Suruh apa kerja pun dia boleh buat. Tapi jangan marah kalau caca-marba. Apa yang penting dia cuba. Hahaha!



Ayam apa yang diorang ni jual sebenarnya? Seram pulak. Huhuhu.


Monday, October 24, 2016

Perghhh !!! Gadis berpurdah tebar roti canai tarik perhatian



Gadis berpurdah tebar roti canai tarik perhatian
BALING - Viral dua gadis berpurdah membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Kedai Makan
 Masjid Parit Panjang menjadi perhatian ramai malah turut mengundang pelanggan dari negeri lain
termasuk dari pantai timur.
Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menikmati roti canai tetapi dengan hajat mahu merisik kedua
-dua gadis yang masih belajar di universiti ini.
Ibu dua beradik itu, Rohana Md Rejab, 50, berkata, dua anak gadisnya, Siti Nadwa Abdul Aziz, 24
dan Siti Nur Fatin Abdul Aziz, 22, sering kali dirisik oleh pelanggan sejak mula membantu ayah
mereka di kedai pada tahun 2010 hingga kini.
"Sebelum viral hingga sekarang, ada yang datang dari Kelantan, Pulau Langkawi dan Perlis untuk
 merisik Siti Nadwa dan Siti Nur Fatin.
"Ada juga yang datang membawa ibu mereka ke sini untuk lamar anak kami,"katanya ketika ditemui
di kedainya di sini, hari ini.
Rohana berkata, ada pelanggan memarahinya kerana  tidak melepaskan Siti Nadwa dan Siti Fatin
untuk berumah tangga.
"Ada yang marah kak sebab tidak lepaskan anak, sebenarnya anak belum fikir ke arah itu, mereka
masih  mahu tamatkan pelajaran.
"Namun untuk jodoh terpulang kepada mereka, sebagai ibu dan ayah kami akan pantau dan berikan
 terbaik,"kata ibu kepada anak ketiga dan keempat itu.
Sementara itu menurut ayah dua beradik itu, Abdul Aziz Ishak, 53, Siti Nadwa yang menuntut dalam
 jurusan Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( Upsi) dan Siti Nur Fatin dalam
 bidang Ijazah Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah ( Kuin) mempelajari membuat roti canai sejak
 belasan tahun.
Menurutnya, kedua puterinya itu sering membantunya di kedai setiap kali cuti semester .
"Mereka mungkin minat sebab selalu tengok saya tebar roti canai sejak kecil, bila belasan tahun
mereka belajar untuk tebar dan masak kerana mahu membantu ayah sendiri.
"Sampai sekarang jika cuti semester mereka akan bantu saya di kedai, Siti Nur Fatin pula sering
bantu setiap minggu, Kuin dengan Parit Panjang dekat sahaja,"katanya .

Perghhh klasik : Bilionair Britain Masih Guna Nokia 6310






  
LONDON: Beliau merupakan seorang bilionair dengan dianggarkan memiliki kekayakan kira-kira AS$5.3 bilion (RM21.2 bilion).

Namun status itu tidak bermakna buat ahli perniagaan Britain tersebut, Sir Philip Green akan mengikut perkembangan teknologi semasa termasuk penggunaan gajet canggih.

Beliau didapati masih menggunakan telefon bimbit model lama iaitu Nokia 6310 sedangkan zaman kini ramai orang telah beralih kepada telefon pintar.

Malah Green juga masih membawa buku cek berbanding menggunakan kad kredit atau perbankan Internet untuk melakukan sebarang pembayaran.



Malah ramai netizen mengganggap Green sebagai ketinggalan kerana masih menggunakan teknologi 90-an walaupun beliau merupakan seorang yang sangat kaya.

Bagaimanapun Green memberi penjelasan bahawa beliau gemar memakai telefon klasik itu kerana lebih mudah untuk berurusan secara langsung dan tidak gemar berhubung menggunakan emel.

Beliau juga mendedahkan memiliki dua buah telefon Nokia iaitu satu untuk panggilan masuk dan satu lagi bagi membuat panggilan keluar.

Sunday, October 23, 2016

Dahsyatttt !!!! KESAS Jawab Kes Viral Gambar Sabotaj Laluan Motosikal


  
PETALING JAYA: Penunggang motosikal dibenarkan menggunakan laluan utama Lebuh Raya Shah Alam (LSA) selepas pukul 11 malam sehingga 6 pagi selepas pihak keselamatan KESAS menggagalkan cubaan sabotaj pada Jumaat.
KESAS dalam kenyataannya berkata, perbuatan khianat itu berlaku di lorong motosikal LSA yang dikesan oleh pasukan KESAS Ronda kira-kira pukul 5 pagi pada 21 Oktober lalu ketika melakukan rondaan rutin.
Pasukan ronda tersebut menemukan seutas dawai yang dipasang secara melintang di terowong motosikal, dipercayai bertujuan untuk menyamun penunggang motosikal.
"Tindakan pantas pihak KESAS Ronda berjaya menggagalkan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab.
"KESAS juga telah membuat satu laporan polis untuk tindakan lanjut," tambah kenyatan itu.
Sejak Jumaat, netizen yang menggunakan laluan motosikal menyuarakan kebimbangan susulan penyebaran gambar dipercayai dawai yang dipasang secara melintang di laluan motosikal yang dikaitkan dengan taktik samun terbaharu.
Berdasarkan maklumat di laman Facebook, gambar itu dipercayai diambil di laluan terowong motosikal Lebuh Raya KESAS dengan kapsyen bertulis "Cubaan samun rentang dawai sebelum tunnel (terowong)".
Susulan penyebaran gambar tersebut, ramai netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Rogol: Mahkamah kekal hukuman mati 'Rambo Bentong'

Rogol: Mahkamah kekal hukuman mati 'Rambo Bentong'

Rambo Bentong
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap perogol bersiri digelar "Rambo Bentong" bagi sabitan membunuh remaja perempuan 17 tahun, tujuh tahun lepas.
Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan terakhir Rabidin Satir terhadap sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Ketari Bentong, Pahang, antara 10.30 malam 7 Mac dan 1.50 tengah hari pada 8 Mac, 2009.
Hakim Zulkefli berkata bukti DNA dan forensik dikemukakan pihak pendakwaan mencukupi untuk membuktikan kes itu tidak melampaui keraguan munasabah dan sabitan Rabidin adalah kukuh.
Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Lelaki berumur 46 tahun itu yang mendakwa dia datang ke Malaysia dari Limbang Tambunan, Indonesia, didapati bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 6 Ogos, 2014. Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Okt tahun lepas.
Rabidin juga dituduh merogol remaja itu tetapi Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan itu kerana mahkamah tidak dapat memastikan sama ada gadis itu dirogol semasa dia masih bernyawa atau selepas kematiannya.
Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap keputusan itu.
Menurut fakta kes, remaja perempuan itu menggunakan komputernya pada malam sebelumnya dan ditemukan mati di dalam bilik oleh adik perempuannya pada keesokkannya dalam keadaan tubuhnya ditutup selimut dan ada kesan darah pada tilam.
Pakar patologi menemukan 12 kesan kecederaan dan lebam pada tubuh remaja itu dan kesan luka kelaran pada lehernya, yang menjadi punca kematiannya. Laporan forensik mendapati profil DNA Rabidin sepadan dengan DNA dalam air mani yang dijumpai pada seluar pendek remaja itu.
Rabidin ditahan pada 14 November, 2012 di sebuah bukit di Taman Sahbandar, Bentong dan polis menemukan tiga beg sandang mengandungi satu topeng, sepasang sarung tangan, selaras senapang buatan sendiri, sebilah pisau dan tuil besi.
Rabidin digelar Rambo Bentong kerana dia tinggal di dalam hutan seorang diri dan menggunakan pisau 'rambo' untuk mengugut dan menyerang mangsanya. Dia juga disabitkan bagi beberapa kesalahan rogol lain, melakukan seks di luar tabii dan mencederakan seorang anggota polis.
Dia diwakili peguam Mohd Kamarulzaman A. Wahab manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi. - Bernama

Friday, October 21, 2016

Perghhh !! Penjual Teh Kacak Jadi Model Selepas Gambar Viral






Gambar Arshad Khan yang dimuat naik di akaun instagram Jiah Ali.
  
SEORANG penjual teh warga Pakistan menjadi popular sekelip mata selepas mendapat kontrak sebagai model apabila gambar wajah kacaknya dikongsikan sehingga viral.
Jurugambar Jiah Ali yang berpangkalan di Islamabad merakamkan gambar Arshad Khan semasa jejaka berusia 18 tahun itu sedang bekerja di sebuah bazar di ibu negara Pakistan.
Dia kemudiannya memuat naik gambar lelaki bermata biru itu di akaun Instagramnya menerusi kapsyen dengan nada gurauan, "Hot-tea" (Teh panas).
Gambar remaja itu mendapat lebih 12,000 tanda suka (like) dan komen daripada ribuan pengikut yang meminatinya.


Dua lagi gambar Arshad Khan yang dimuat naik oleh Jiah Ali di akaun instagramnya.
Ia kemudiannya menjadi 'trending' ke seluruh dunia, dari India ke London.
Sebuah syarikat dalam talian fitin.pk telah pun menandatangani kontrak Khan untuk menjadikan lelaki itu sebagai model.
Remaja berkenaan memberitahu dia turut berminat dalam lakonan.
Bercakap kepada Samaaa TV, seramai 40 sehingga 50 gadis datang berjumpa dengannya dalam tempoh beberapa jam, susulan gambarnya yang kini menjadi viral. - telegraph.co.uk