Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, February 29, 2016

Wow Terasa Tersentuh .Masih ada Orang Yang Sayang Anda , Walaupun Berlainan Bangsa, Agama

Respek. Memang ada banyak cara untuk kita jadi baik kan?

Klik SINI untuk Dapatkan Berita x berapa Sempoii seTiap hari
.

Tahukah Anda ::: Baru Tahu Tugas Doktor dan Jururawat Macam Ini

Salute pada doktor dan jururawat yang berdedikasi tinggi. Janganlah kerana perangai seorang dua, kita buat tak nampak jasa ribuan yang lain.

Klik SINI untuk Dapatkan Berita Sempoii seTiap hari
.

Wow Hebat !!! Wanita Malaysia berhijab raih perhatian dunia

Wanita Malaysia berhijab raih perhatian dunia

Wanita Malaysia berhijab raih perhatian dunia
Gambar Saraswati - foto www.instagram.com/queenofluna

SARASWATI,
 seorang jurusolek wanita dari Malaysia meraih perhatian dunia apabila kreativiti beliau menggunakan hijab untuk membantu mengubah dirinya menjadi  watak-watak kartun Disney dan Superhero berjaya menarik tumpuan dunia.
Menerusi akaun Instagramnya (@QueenofLuna), telah berkongsi 'kehebatannya itu' sehinggakan beliau berjaya menarik 162 ribu pengikut dengan perkongsian lebih daripada 300 gambar.
Maka tidak hairanlah beberapa portal antarabangsa turut menyiarkan berita berkenaan kreativiti Saraswati, antaranya ialah Dailymail UK, dan Metro News Canada.
Ternyata, rata-rata komen yang diberikan netizen seluruh dunia adalah positif, malah menurut majoriti netizen mereka kagum dengan kreativiti Saraswati

Klik SINI untuk Dapatkan Berita Sempoii seTiap hari
.

Biar gambar Berbicara..Realiti kehidupan Masyarakat Malaysia


Inilah realiti dan ragam kehidupan rakyat malaysia sekarang.

Klik SINI untuk Dapatkan Berita Sempoii seTiap hari

Sunday, February 28, 2016

Remaja lakukan hubungan seks dengan ayah
Remaja lakukan hubungan seks dengan ayah
Tuduhan terhadap Denzel Murray dan Ethan Phillip (gambar) dan tiga yang lain digugurkan

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja yang mendakwa dirogol oleh lima remaja lelaki ketika bersiar bersama bapanya mengaku dia sebenarnya melakukan hubungan seks secara rela dengan bapanya, awal Januari lalu.
Gadis yang identitinya tidak didedahkan mendakwa dia bersama bapanya yang berusia 39 tahun berada di taman berkenaan untuk minum pada jam 9 malam pada 7 Januari apabila didatangai sekumpulan remaja berkenaan.
Dia berkata, kumpulan remaja berkenaan menyuruh bapanya meninggalkan mereka sebelum bertindak merogolnya.
Ekoran dakwaan itu, Denzel Murray, 14, Shaquell Cooper, Ethan Phillip, masing-masing berusia 15 tahun dan Onandi Brown serta Travis Beckford berusia 17 tahun didakwa.

[ARTIKEL BERKAITANDirogol ketika bersiar dengan bapa]
Dakwaan tersebut kini digugurkan selepas gadis tersebut  mengaku mengadakan hubungan seks secara rela dengan mereka dan bapanya.
Peguam daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, pengadu serta bapanya membuat kenyataan yang tidak konsisten kepada pasukan penyiasat.
"Pengadu telah menarik balik dakwaan serangan seksual dan penggunaan senjata api dan tidak akan meneruskan sebarang dakwaan jenayah terhadap mana-mana defendan," katanya dipetik Metro.uk
Pada mulanya, gadis berkenaan memberitahu penyiasat bahawa apabila bapanya kembali semula ke tempat kejadian dan melemparkan botol pada mereka, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengarahkan dia pergi.
Ketua Polis Robert Boyce berkata pada masa itu, gadis berkenaan memberi laporan yang sangat boleh dipercayai, sambil menambah dia mengalami kecederaan fizikal pada masa itu dan trauma.
Bapanya menahan dua pegawai polis yang berada disitu dan memberitahu dia takut anak perempuanya akan dibunuh dan 'histeria'.
Gadis itu turut mendakwa dia mempunyai gangguan bipolar dan gangguan tekanan serta trauma, tetapi tidak mengambil sebarang ubat.
Selepas suspek didakwa, dua daripada mereka memberitahu penyiasat mereka percaya perhubungan seksual adalah diatas persetujuan," kata polis
Mereka mendakwa gadis itu telah mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki itu yang ternyata adalah bapanya, di taman sebelum dia beredar dari tempat kejadian, meninggalkan anaknya bersendirian dengan kumpulan remaja berkenaan.
Salah seorang dari remaja berkenaan mendakwa meminta kebenaran bapa gadis berkenaan untuk melakukan hubungan seksual.
Sementara itu, Thompson berkata, dia kini berharap gadis itu akan 'mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk masa hadapan.

Perghhh..Bersalah Kerana Rantai Isteri yang leka main Whatsapp.


Rantai isteri akibat leka main WhatsApp
Mohd Hamdan Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp
KANGAR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp.
Mohd Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu.
Mengikut pertuduhan, Mohd Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.
Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan.
Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.
Mohd Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.
Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela.

Saturday, February 27, 2016

KERETA Pemain Bolasepak Kedah kena Pecah, Bonos 3 ribu lesap

Kereta pemain Kedah dipecah, bonus RM3,000 hilang
Keadaan kereta Liridon selepas dipecah penjenayah. - Foto Facebook LIRIDON
ALOR SETAR - Pemain import Kedah, Liridon Krasniqi terkejut apabila cermin kereta yang disewanya dipecah penjenayah selepas dia kembali dari kedai gunting rambut di Taman Anggerik, di sini, pagi tadi.
Pemain berusia 23 tahun tersebut memuatkan status di Facebooknya dan mengecam sikap pelaku penjenayah tersebut yang mencuri beg duit serta menyifatkannya satu perbuatan melampau.
Katanya, dia sangat kecewa dengan apa yang menimpanya dan bersedia untuk membantu jika pencuri tersebut meminta pertolongannya.
Difahamkan sebanyak RM3,000 duit bonus dan sebuah beg berjenama di dalam kereta tersebut hilang.
Sebelum ke kedai gunting rambut, Liridon baharu sahaja selesai latihan sesi pagi bersama pasukan Kedah di Stadium Mini Peremba untuk aksi perlawanan Liga Super 2016 menentang Perak di Ipoh, esok.
Setakat ini, Liridon masih belum membuat laporan polis.

Apa cerita kenyatan Anwar ni,,betui ka,

Apa cerita kenyatan Anwar  ni,,betui ka..dulu depa marah TG Hj Hadi baik dgn najib.. mungkin ada apa yg tersirat kut

Like

Friday, February 26, 2016

Bayi Lelaki Ditikam Lebih 12 Kali Masih Hidup


Kakitangan di Hospital Khon Kaen sedang memantau seorang bayi lelaki yang mengalami keadaan kritikal selepas ditemui dengan lebih 12 kesan tikaman dan ditinggalkan di dalam sebuah lubang.

BANGKOK: Polis Thailand sedang memburu pasangan kekasih kepada seorang bayi yang terselamat selepas ditikam beberapa kali dan ditanam hidup-hidup.






Bayi lelaki itu yang mempunyai lebih 12 kesan tikaman ditemui dalam sebuah lubang yang ditutupi dengan daun kering oleh seorang petani wanita di wilayah timur laut, Khon Kaen.
Wanita itu terdengar suara tangisan bayi tersebut semasa sedang memberi lembunya makan di sebuah ladang pada Selasa, lapor media tempatan.
"Kami mengerahkan polis untuk menjejaki suspek," kata pegawai polis, Nopporn Rithnual.
Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di wilayah tersebut.
Polis masih belum mengenal pasti motif insiden tersebut.
Namun difahamkan kes pengguguran haram adalah menjadi perkara biasa di Thailand, sebuah negara yang mempunyai kadar kehamilan luar nikah di kalangan remaja tertinggi di rantau ini.

Pelakon filem mengaku ketagih bahan lucah..Berhati hati ya


Pelakon filem mengaku ketagih bahan lucah
Terry Crews

PELAKON
 filem The Expandable, Terry Crews mengaku ketagihan bahan lucah hampir merosakkan perkahwinannya dengan penyanyi, Rebecca King Crews.
Terry membuat pengakuan tersebut dalam beberapa siri video dan memuatnaik ke laman sosial Facebook tentang keburukan ketagihan bahan lucah.
"Orang akan kata, tak ada masalah besar jika anda tonton bahan lucah," kata Terry dalam sebuah videonya.
"Tapi anda ada masalah besar jika anda tonton bahan lucah dari siang hingga malam, seperti saya pada satu ketika dahulu," jelasnya lagi.
Terry mengaku bahan lucah menyebabkan beliau menganggap manusia sebagai satu objek (untuk memuaskan nafsu) dan bukannya untuk disayangi.
Menurut CNN, Terry menyembunyikan tabiat buruknya tersebut dari Rebecca semenjak berkahwin pada tahun 1990.
"Isteri saya kata, dia sukar mengenali saya lagi. Saya berubah.
"Dan saya tahu saya harus berubah," kata aktor berotot pejal tersebut.
Untuk meredakan ketagihan dan sekaligus menghapuskan tabiatnya, Terry mendaftar masuk ke pusat pemulihan.
Perkongsian Terry tersebut juga mendapat pujian kerana 'ikhlas' berkongsi dan cuba mewujudkan persekitaran yang baik dalam hubungan suami isteri dan masyarakat.
"Saya tidak merokok, saya tidak minum arak, saya tidak menyalahgunakan dadah. Tapi saya sudah 'bergusti' dengan ketagihan bahan lucah saya selama bertahun-tahun.
"Saya bersyukur kerana saya sudah 'bersih' sekarang. Saya juga berusaha keras setiap hari untuk melawan ketagihan," jelas Terry lagi.
Terry juga menasihatkan mana-mana pasangan wanita yang mempunyai pasangan yang bermasalah yang sama supaya bersama-sama cuba menyelesaikan masalah berkenaan.
"Wanita, anda jangan takut. Anda berbincang dengan pasangan anda tentang masalah ini. Anda dan pasangan tidak perlukan sebarang bahan lucah dalam hidup (sebagai suami isteri)," akhiri Terry
.

Thursday, February 25, 2016

Perghh..Biar Gambar Berbicara.. Kecelakaan apakah Ini ?



Dakwaan Fitnah: Dr Mahathir Mahu Jawab Di Mahkamah .



  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Polis merakam percakapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya, CheDetpada 5 Feb lepas yang didakwa berunsur fitnah.

Sesi rakaman membabitkan tiga pegawai polis di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini selama setengah jam bermula 3 petang tadi.

Pagi tadi, Ketua Polis Negera Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis akan merakam keterangan Dr Mahathir untuk siasatan berikutan beberapa laporan polis terhadapnya.

Dr Mahathir semasa ditanya pemberita selepas percakapannya dirakamkan berkata beliau tidak menjawab secara spesifik soalan yang dikemukakan pegawai yang mengambil keterangan, khususnya berkenaan tulisan di blognya yang berjudul 'AG to AG' kerana mahu menjawabnya di mahkamah sekiranya beliau didakwa.

Beliau berkata pihak polis telah menyoalnya sebanyak 30 soalan dan "kebanyakannya berkenaan artikel tersebut tetapi saya hanya menjawab secara lengkap pertanyaan seperti bila saya mula menulis blog."

Dr Mahathir, yang ditemani lima orang peguam semasa rakaman percakapan itu berkata beliau dimaklumkan kes itu dibuka selepas seseorang dari Kelantan membuat laporan berkaitan artikel tersebut.

Katanya, polis juga tidak memberi indikasi sama ada beliau akan didakwa di mahkamah.

Wednesday, February 24, 2016

Perghhh Anak Dara Zaman Sekarang , Mahu Suami Gaji Yang Tebal saja


pergh...Bila beri tahu gaji 2000 kata tak cukup belanja, kemudian bila terus tunjuk pay slip gaji RM 4 ribu.. terus tanya bila hendak masuk meminang i..porahhh.. macam ni punya bakal calun isteri belambak...

Fuhhh Dahsyat ..Seorang Lelaki Parah Kena Samun Di Tepi Highway




Seorang lelaki cina dikatakan telah disamun dan cedera teruk di kepala. Kejadian berlaku di Highway E22 Desaru Senai. Berhati-hatilah kita sentiasa. Makin sehari makin tidak aman Negara kita.apalah kecelakaan yang menimpa nih..kena tanya tok guru..apa yang telah berlaku

Ikan paus tiba-tiba muncul dari lantai gimnasium sekolah

Ikan paus tiba-tiba muncul dari lantai gymnasium sekolah
Kemunculan seekor paus dari lantai gymnasium sekolah ketika pertunjukkan karya 7D Hologram dijalankan.


BAGAIMANA keadaanya jika seekor ikan paus muncul dan melompat dari lantai tempat anda berdiri, ia mungkin dilihat sesuatu yang mustahil tetapi sebenarnya situasi itu mampu diwujudkan dengan kepakaran teknologi terkini.
Situasi itu terjadi disebuah sekolah apabila pelajar-pelajarnya dikejutkan dengan kemunculan seekor paus dari lantai gimnasium sekolah mereka ketika pertunjukkan karya 7D Hologram dijalankan.
Memetik laporan Lostateminor, pertunjukan visual tersebut merupakan sebuah strategi pemasaran yang dilakukan oleh pakar teknologi Magic Leap.
Magic Leap dibangunkan oleh Rony Abovitz pada tahun 2011. Usaha mereka ialah ingin mengembangkan teknologi 7D hologram yang diyakini mampu untuk 'dunia luar' berinteraksi secara langsung dengan manusia.
Teknologi 7D Hologram merupakan sebuah penemuan teknologi untuk industri visual di masa depan. Dengan menggunakan citra 3D, gambar yang dijalankan dengan teknologi  'retina display' dapat menghasilkan objek kelihatan nyata dan seolah-olah wujud pada keadaan sebenar.

Tuesday, February 23, 2016

Sedih,,Tak Sempat Makan Ayam Goreng


Tak sempat jamah ayam gunting
Kemalangan meragut nyawa Muhammad Aqif Farhan.

TUMPAT - Seorang budak lelaki maut manakala adiknya parah selepas motosikal ditunggangi bapa mereka kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 8.5 Jalan Tumpat-Pengkalan Kubor dekat Kampung Telaga Lanas, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Muhammad Aqif Farhan Muhamad Shamsani, 7, pembonceng maut semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat. Adiknya, Alieysha Mysara, 5, koma akibat cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Bapa mereka, Shamsani Muhamad, 31, pekerja pelantar minyak cedera di kepala, patah paha dan betis kini dirawat di HUSM, Kubang Kerian.
Ibu saudara dua beradik itu, Normala Muhammad, 42, berkata, ketika kejadian, mereka tiga beranak ke kedai untuk membeli ayam goreng.
“Arwah yang beria-ia nak makan ayam gunting (ayam goreng), mereka tiga beranak naik motosikal ke kedai di seberang jalan hanya kira-kira 300 meter saja dari rumahnya di Kampung Ketil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, motosikal ditunggangi Shamsani terlibat nahas.
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Muhammad Aqif Farhan kerana ALLAH lebih menyayanginya.
“Sebelum itu (pada hari kejadian), arwah meragam bila ayahnya tak mahu pergi beli ayam gunting tu. Setelah berkali-kali minta dibawa ke kedai itu, ayahnya turutkan juga... arwah membonceng di belakang, manakala adiknya duduk di hadapan,” katanya.
Jenazah murid SK Pengkalan Kubor 1 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil kira-kira jam 1 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Vios dipandu wanita warganegara Thailand dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu dan motosikal ditunggang seorang lelaki bersama dua anaknya dari arah bertentangan.
“Tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit masuk ke laluan bertentangan. Disebabkan jarak terlalu dekat, berlaku perlanggaran walaupun kereta terbabit cuba mengelak,” katanya sambil memberitahu pemandu kereta tidak cedera
.

Gambar 2 Bandar Syria Dahulu Dan Sekarang , Amat Menyedihkan








Gambar Di atas merupakan zaman kegemilangan Syiria. 





Syiria selepas berperang saudara ..semoga Allah dapat membebaskan mereka dari rejim yang menghancurkan.


Monday, February 22, 2016

Video pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri, viral Di Media sosial


Video pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri viral
Rakaman video yang kini menjadi viral di seluruh negara termasuk Indonesia

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai pekerja warga Indonesia di pukul tanpa belas kasihan menggunakan seutas paip getah selepas didakwa mencuri wang syarikat dalam satu kejadian yang tidak diketahui lokasinya.
Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 10 saat itu, lelaki tersebut yang mengerang kesakitan dilihat berulang kali merayu sambil menangis agar dia tidak dipukul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana individu berkaitan kes berkenaan.
"Setakat ini, polis belum terima sebarang maklumat lagi," katanya.
Hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian, jelas lelaki itu dipukul teruk dan berikut antara dialog semasa kejadian dirakam menggunakan video amatur.

"Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang…aku minta tolong jangan pukul lagi..saya sumpah bukan saya yang lakukan,” katanya.
Bagaimanapun, segala rayuan itu langsung tidak diendahkan oleh lelaki yang dipercayai rakyat tempatan dalam video berkenaan.
“Cakap, kamu sudah curi company punya wang (duit syarikat),” kata lelaki tersebut sebelum menendang muka pekerja yang tidak melawan.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki berkenaan dan meminta PDRM mengambil tindakan tegas.
Video itu menjadi viral sehingga mencetuskan kemarahan rakyat negara jiran, Indonesia.
Selepas 24 jam dimuat naik di Facebook, sebanyak 16,115 pengguna menekan butang 'like' dan lebih 88,405 berkongsi rakaman video itu di wall masing-masing


Video kejadian : 

Portal dunia permotoran tempatan, Funtastiko, hari ini mendedahkan dua keping gambar yang dikatakan Proton Perdana 2016 yang telah terbocor.

caan
Hangat
Terkini
Viral


Laman Funtastiko Dedah Gambar Bocor Proton Perdana 2016.            


Portal dunia permotoran tempatan, Funtastiko, hari ini mendedahkan dua keping gambar yang dikatakan Proton Perdana 2016 yang telah terbocor.

Menurut portal terbabit, mereka yakin ia versi produksi Perdana 2016 kerana melihatkan kepada bentuk lampu belakang dan depan adalah sama dengan imej teaser yang pernah dikeluarkan.

Selain itu, portal tersebut sebelum ini turut mendedahkan spesifikasi Perdana 2016. -Siakapkeli.my




Sunday, February 21, 2016

Bukit Aman Akan Panggil Anak Bekas TP




  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri, Farhan Yassin yang dikatakan cuba menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya memberitahu, tindakan memanggil anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi memberi peluang kepadanya menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung tindakan mengubahsuai logo pasukan itu.
Gambar logo pasukan itu yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit dimuat naik di akaun Instagram milik Farhan, baru-baru ini.
"@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan apa yg dimaksudkan dgn tanda (wang) di Crest PDRM yg beliau siarkan di Instagramnya," katanya.
Sebelum itu, Farhan mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial apabila didakwa menghina PDRM dengan memuat naik gambar yang dianggap menghina pasukan keselamatan itu.

Bapa nafi anak perempuan, cucu mati ditembak


Bapa nafi anak perempuan, cucu mati ditembak
Bedah memeluk cucunya, Hafiy Hariz, yang kononnya ditembak ibu kandung. Gambar kanan: Juhari menunjukkan gambar viral melibatkan anak dan cucunya yang tersebar di WhatsApp dan Facebook.
JITRA - Gambar seorang wanita dan kanak-kanak yang maut akibat ditembak di Kampung Tok Jalai, mukim Bukit Tinggi Jitra, seperti yang viral di media sosial semalam adalah palsu.
Bapa kepada wanita yang kononnya mangsa kejadian, Juhari Othman, 62, berkata, gambar wanita dan kanak-kanak yang berlumuran darah itu bukan anak dan cucunya.
Juhari berkata, beliau hairan bagaimana Mykad anaknya, Nurulhuda, 33, boleh diviralkan bersama gambar kejadian berkenaan.
“Anak saya di tempat kerja dan cucu saya berada di rumah ketika saudara-mara menghubungi saya untuk kepastian mengenai gambar yang tersebar itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Jalai, Jitra, semalaDalam viral semalam, tersebar lima keping gambar menunjukkan gambar wanita dan kanak-kanak terbaring berlumuran darKeterangan gambar pula menyebut: "Seorang isteri menembak dirinya dan anak lelaki selepas bergaduh dgn (dengan) suami akibat terlalu mrh (marah) suami suke (suka) berfoya foya dgn (dengan) pmpn (perempuaSementara itu, Bedah Husin, 61, berkata, kanak-kanak dalam gambar tersebut jelas bukan cucunya berdasarkan ciri-ciri fizikal“Kanak-kanak lelaki itu turut memakai tali di tangan kanan yang jelas menunjukkan dia bukan beragama Islam,” katanya sambil memeluk cucunya, Hafiy Hariz Izwan, 6.
Bedah berkata, anaknya seorang kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berhasrat membuat laporan di balai polis berdekatan susulan penyalahgunaan kad pengenalan diri miliknya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, terdapat satu laporan penafian berhubung kes yang viral itu, oleh seorang lelaki berikutan didakwa berkahwin dan akibat tingkah lakunya, isterinya menembak anak mereka dan membunuh diri.
“Lelaki terbabit turut melaporkan bahawa gambar kad pengenalan dirinya turut dimuat naik di Facebook,” katanya.
Abd Rahim berkata, lelaki terbabit turut mengatakan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan wanita yang didakwa sebagai isterinya dalam viral itu dan berhasrat ingin membersihkan namanyaya.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung