Nuffnang

Saturday, April 30, 2016

Siswazah perubatan didakwa rosakkan patung kuil



Siswazah perubatan didakwa rosakkan patung kuil
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merosakkan patung berhala di kuil Sree Muneeswaran Amman Kovil di Jalan Hospital Ipoh dan memiliki senjata berbahaya pada 24 April lalu.
IPOH - Seorang graduan perubatan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dua pertuduhan merosakkan patung berhala di kuil Sree Muneeswaran Amman Kovil di Jalan Hospital Ipoh dan memiliki senjata berbahaya pada 24 April lalu.
Tertuduh, Fathi Munzir Nadzri, 29, didakwa telah merosakkan patung berhala di dalam kuil tersebut yang merupakan objek suci bagi penganut agama Hindu yang menganggap perbuatan itu sebagai satu penghinaan kepada agama mereka.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut pada jam 5 petang, 24 April lalu.
Berikutan itu, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki sebilah parang pada waktu dan tempat yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan.
Pertuduhan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili peguambela Mohamad Hafiz Jalaludin dan Mior Fadhli Mior Shaifuddin.
Pihak peguambela kemudian meminta mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan bukan pertuduhan yang tidak boleh dijamin.
Yusaini Amer kemudian meminta mahkamah supaya membenarkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Ikmal Hishan membenarkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan kesihatan selama sebulan dan juga memberikan jaminan RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Mei ini bagi mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh.
Terdahulu, tertuduh tiba di mahkamah diiringi tiga kereta peronda polis pada jam 3.18 petang dan perkarangan mahkamah turut dikawal rapi bagi mengelakkan insiden tidak diingini daripada berlaku. Keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah kira-kira empat minit sebelum itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang, 24 April lalu, tertuduh didakwa menyerang dan memusnahkan sembilan patung dewa di kuil berkenaan di sini pada 24 April lalu.
Tertuduh berjaya diberkas polis di Jalan Ghazali Jawi kerana memandu kereta jenis Proton Iriz secara melawan arus sebelum terbabas melanggar hentian bas

Perghhh..Pegawai Imegration Kasari PATI di Tukarkan Serta Merta


PUTRAJAYA - Susulan viralnya video seorang Pegawai Imigresen (wanita) menyerang PATI, pegawai terbabit telah ditukarkan serta merta dari Unit Penguatkuasaan ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan. 
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, petukaran itu hanyalah untuk sementara sahaja dan pihaknya masih menunggu hasil siasatan penuh berhubung kes itu. 

"Jika hasil siasatan mendapati pegawai itu terbukti bersalah, melanggar peraturan sebagai penjawat awam, Jabatan ini tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadapnya," katanya. 

Video tersebut viral di media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen. 

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pegawai tersebut, namun ada segelintir yang bersetuju serta berpendapat bahawa ada mungkin mangsa yang diserang itu telah berkata  sesuatu yang tidak elok pada pegawai berkenaan. - 

Friday, April 29, 2016

Berita Bergambar Kembara Musafir Ke Tanah Suci . Day 7


KMU 2016: Day 04: Chiang Mai (0km). Alhamdullilah aku sampai di Chiang Mai pada pukul 7.15pagi. Sekarang aku sudah berada lebih kurang 2,100km dari Malaysia. Dgn perlahan aku menuju ke Hotel Lisa atau dahulunya dikenali sbgai Al-Farook Hotel. Siap2 basuh2 baju, mereka semua pun sampai dari Pai. Menurut mereka cuaca di Pai pun panas skrg ni. Kami makan tengahari di Mat'am Ikhwan.
Seterus aku ke workshop utk membeli spare part utk dibawa sepanjang perjalanan.
Sebelah petang pun kami ke BMW Motorrad Chiang Mai (Barcelona) utk melihat motor Hj Jihad yg direpair disana. Aku rasa mgkn disebabkan fuel pump ataupun fuel kotor kot.
Kami bersolat maghrib di Masjid Hedayatul Islam.
Selepas isyak, kami bersama membantu Hj Amin utk memasang gps holder pada motor beliau


Bersama-sama Badruzzaman Ishak...mereka baru pulang dari Pai sambil menunggu ketibaan ku. Sekarang semua ahli KMU 2016 sudah berada di Chiang Mai — with Badruzzaman Ishak at Al Farooq Hotel,Chiang Mai.


Posing dihadapan station keretapi Chiang Mai. 2 hari dalam keretapi, dah terlebih rehat. Bila boleh bawak motor..mmg happy. — at Al Farooq Hotel,Chiang Mai.


Bergambar di Masjid Hedayatul Islam sambil menunggu solat maghrib — with Aminnudin Bin Marjani and RememberMe Itsstillme at Al Farooq Hotel,Chiang Mai.


Bersama mechanic motor...yg membantuku buat wiring GPS...cable yg Tok TW Wann bagi hilang entah kena..puas dicari merata tempat.. — at Al Farooq Hotel,Chiang Ma


Disini terdapat barang secondhand seperti helmet, riding jacket. Haji Amin membeli GPS holder. Wei, penjual tersebut terkejut mendengar mengenai pengembaraan kami.. — with RememberMe Itsstillme and Aminnudin Bin Marjani at Al Farooq Hotel,Chiang Mai



Apa Cerita Nih : Rekaan baju raya tanpa baju,

Rekaan baju raya tanpa baju, ini jawapan pereka





SHAH ALAM - Pereka fesyen, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi rekaan baju rayanya yang teruk dikritik netizen di media sosial.Fesyen baju raya 'shirtless' dikritik netizen

Antara rekaan yang dilancarkan semalam. - Foto viral
Menurut Anuar, tujuan peraga pakaian tersebut tidak memakai berbaju dan hanya memakai samping atau berseluar adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas.
Menurut Anuar, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.
"Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.
"Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.
"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengkritik majlis 'An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men' yang berlangsung malam tadi apabila ada peraga pakaian tersebut hanya berseluar atau bersampin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen baju raya 'shirtless' dikritik netizen]
Mengulas lanjut, beliau akui menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.
"Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.
"Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan  dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa," katanya.

Perghhh' ..Kerana Abang Jujur, Boss Saya Bagi RM5,000 Cash!'

Ok

Jolo Ko Mung, memuat naik gambar sejumlah wang kertas yang ditemuinya dalam beg yang dipercayai tercicir secara tidak sengaja. 

Gambar itu dimuat naik di laman Facebook group Warga Kuantan. 

"Jumpa beg jatuh di Jalan Berserah. Mungkin penunggang motosikal yang punya ini sebab tali beg ini terputus. Wallet tak ada, cuma yang ada duit sahaja. Macam mana nak cari? Kalau rasa dia punya, PM saya, nyatakan jumlah dan ciri-ciri beg serta jenama beg. Kalau tak ada juga, saya pakai duit ini," katanya. 

Tidak beberapa lama kemudian, tampil seorang lelaki bernama Azmin Abas, menuntut semula beg dan wang tersebut. 

Bimbang ditipu individu terbabit, Jolo Ko Mung memberikan beberapa soalan untuk kepastian yang lebih mendalam. 


"Minta jasa baik abang bantu saya. Bos saya paksa, suruh cari juga duit itu sampai dapat. Gaji saya setahun pun belum tentu ada banyak itu," kata Azmin. 



Oleh kerana sikapnya yang jujur itu, majikan Azmin Abas mahu memberikan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Jolo Ko Mung. 

"Bos saya ada cakap tadi, kalau sesiapa yang jumpa, dia akan bagi ganjaran RM5,000. Rezeki abang. Dia cakap, susah nak jumpa orang sejujur abang," kata Azmin.


Zaman sekarang ini, sukar untuk jumpa individu yang jujur. Pantang tengok duit berkepok, licin habis dikebasnya. Mujurlah duit itu ditemui oleh manusia yang jujur.

Thursday, April 28, 2016

Gambar Gambar Terkini Kembara Musafir Ke Tanah Suci ( Kembara Musafir Day 5 & 6 )





    Hari ke 6 KMU
    Chiang Mai - Pai
    130km
    Setiap kembara pasti ada ujian masing2. Begitu jg dgn KMU 2016 ini. Entry permit ke Myanmar masih belum kami dpt. Ejen kata mungkin pd 1 Mei. Kami minta utk di segerakan krn ia akan menyebabkan kami rushing utk catch up time yg dah delayed.
    Hj Aswade jg tak sempat nak naik train pagi dr Bangkok ke Chiang Mai. Terpaksa ambil train mlm & akan hanya sampai Chiang Mai keesokan paginya
    Berdasarkan faktor di atas..kami decide utk ride ke Pai dgn harapan sejuk sikit sbb Pai kawasan pergunungan.
    Walaupun Pai kawasan pergunungan..tp cuaca tetap sama. Sepanjang perjalanan ..cuaca amat2 panas. Byk hutan2 yg terbakar sepanjang jln. Tiba di Pai..kami terus ke Masjid Israa yg di sebelahnya ada Ma'had Tahfiz utk solat Dzhur & jamak Asar.Di sbbkan cuaca yg amat panas..sy mengalami sedikit dehidration. Cuba munum air sebyk mgkin tp lambat pulih sepenuhnya.
    Kami decide utk bermlm.di Muslim Place House. 1 bilik 3 katil 500 Baht.
    Ujian seterusnya muncul bila motor Hj Jihad kembali semput & akhirnya sukar nak start. Tindakan segera diambil dgn menghantar motor tersebut kembali ke BMW Barcaleno Chiang Mai dgn menggunakan khidmat pickup Muslim Place. Motor dijangka sampai mlm & diharap dpt dibaiki segera keesokan harinya.
    Kami akan bergerak balik ke Chiang Mai utk mrnyambut Hj Aswade yg akan tiba di Chiang Mai.
    Semoga Hj Aswade tiba dgn selamat, semoga kami dpt entry permit Myanmar dgn segera, semoga motor Hj Jihad baik sepenuhnya, semoga semua peserta sihat tubuh badan bg meneruskan perjalanan & semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya
    Mohon maaf sbb lambat update hari ke 6 KMU sbb badan tak brp sihat. Alhamdulillah skrg dah sihat sikit. Setakat itu saja catitan utk kali ini. Wassalam.
    Motor EX-5 selamat sampai di Kota Bangkok selepas menaiki train sejauh -/+ 1100km merentasi South ke Central Thailand

    Upacara penyerahan Sticker Rasmi kepada Datuk Bandar Bangkok..


    Berselfie dgn Rons Aly di rumah beliau. Beliau mmg tidak asing bagi rider Malaysia yg berkunjung di Kota Bangkok ini. Bagi ku beliau macam Duta Malaysia kat Bangkok.


     Dihadapan Majid PAi

     Rumah rehat Di Pai

    Di hadapan Masjid PAI , Chengmai



Perghh !!! Letak air kencing dalam jus majikan



Perilaku wanita tersebut yang berjaya dirakam.
KUWAIT CITY - KUWAIT. Seorang wanita dipercayai pembantu rumah bertindak meletakkan air kencing dalam segelas jus majikannya, lapor Mirror.uk
Video menjijikan berdurasi 53 saat itu dirakam melalui kamera yang disembunyikan dan  dimuat naik dalam laman perkongsian LiveLeak dua hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang memakai pakaian seragam berwarna biru menyediakan segelas minuman dan diletakkan di atas kabinet dapur.
Selepas wanita itu meninggalkan dapur berkenaan, seorang wanita lain yang berpakaian warna hijau dan berselendang mengambil sebuah bekas lain dan kemudian memasukkannya di dalam pakaiannya.

Wanita berkenaan kemudian dilihat menuang cecair di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing ke dalam minuman tersebut.
Sementara itu, memetik Metro.UK, perlakuan wanita berkenaan dirakam oleh majikannya warga Kuwait yang ragu-ragu dengan wanita itu ketika menyediakan sarapan pagi kepadanya.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kejadian itu tidak dapat dipastikan, namun perbuatan wanita itu mengundang kritikan netizan yang rata-rata menganggap ia perbuatan yang menjijikkan.

Wednesday, April 27, 2016

Perghhh .. Presiden (Pemimpin ) Paling Humble di Dunia.

Dengan gaji lebih 12k sebulan, 90% gajinya diberikan kepada fakir miskin di negaranya. Rilek je dengan kereta lama dia ke mana-mana. Itulah dia Presiden Uruguay, Jose Mujica juga dikenali sebagai pemimpin paling humble di dunia.
MasyaAllah! Tak jauh bezanya dengan sikap terpuji Perdana Menteri Malaysia. Takbir!
kredit : oh!media

Gambar Gambar Sempoi Perjalanan Kembara Musafir Hj Aswadee Ke Mekah . Day 2


Perjalanan Ke Sempadan


Aku terharu apabila disambut oleh ahli kariah surau Al-Muhajirin. Kami mengaminkan doa yg dibaca oleh Cikgu Zaidi.


Bersama legend, Along Aimpro Samudra yg tidak lokek, berkongsi ilmu touring. Aku masih lagi baru dlm bidang ini —


Pak Eid Sidek, tidak sah kalau tak berjumpa dgn Sifu ni kalau cross border. Beliau sanggup tinggalkan sekejap kerja beliau utk menyambut kedatanganku. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki beliau. — with Eid Sidek.

Berselfie..dgn Pak Eid dan Along di Warung Roti Canai Changlun. — with Eid Sidek and Aimpro Samudra.



Bertemu dgn Baba, geng offroadku dari Singapore. Kami pernah sama2 Ride and Camp di Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan 2 bulan lepas.


Di kastam Thailand utk cop Carnet De Passages (CDP)


Bersama teman2 baru di Changlun


Aku sempat bergambar dengan Angah dan Isteri yg dalam perjalanan ke Mekah dgn berbasikal. Harini sudah masuk hari ke-19 beliau dijalanan. Sungguh kuat semangat mereka. Semoga Allah permudahkan perjalanan beliau


KMU 2016: Day02 (Changlun - Bangkok) Alhamdullilah selamat sampai di Changlun pukul 6.30 pagi. Bersolat subuh di Surau Al-Muhajirin. Bersarapan dengan Pak Eid Sidek , Aimpro Samudra dan ahli keluarga beliau yg dalam perjalanan pulang dari Cambodia. Bertemu dgn Angah serta isteri yg dlm berbasikal ke Mekah. Urusan di Immigration dan Custom Malaysia dan Thailand berjalan lancar. Alhamdullilah saudara Saiful membantuku di border Thailand. Aku meneruskan perjalanan menuju ke Hatyai Junction (Station Keretapi). Alhamdullilah Allah permudahkan, aku dpt ticket utk motor menuju ke Bangkok.
Aku bertemu Baba Lau, teman offroadku dari Singapore (SOAR) di station keretapi.
Terima kasih buat Ahli KMU 2016 yg lain (Hj Jihad -RememberMe Itsstillme, Hj Badruzzaman Ishak dan Hj Aminnudin Bin Marjani) yg sanggup setia menungguku di Chiang Mai. Hanya Allah sahajalah yg boleh membalas jasa baik mereka.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung