Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, July 31, 2016

Gambar gambar Wazi Mantan Juara Cup Prix Malaysia Ke Mekah .Naik Kap Chai









Ride to hajj ..Bersama Wazi n the group ke Tanah suci Mekah dengan mensiki motosikal kap chai, saya ucapkan tahniah dan selamat sampai ke destinasi selama 35 hari ke Sana aminn

Saturday, July 30, 2016

Gambar 3 Pelajar Tahfiz Dipukul Sampai Berbirat & Terkoyak Kulit Kepala Kerana Enggan Urut Guru


SUNGAI PETANI - Gambar dua pelajar tahfiz masing-masing berumur 10 tahun cedera
 di bahagian kepala dan badan berbirat akibat dirotan gurunya tersebar di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik oleh Shadam Zain pada Isnin lalu, mencetus pelbagai reaksi 
netizen yang menyelar tindakan guru berkenaan.




"Anak menakan sepupu kena pukul dengan ustaz asrama Mahat Tahfiz Sungai Petani.
 Masuk akal tak? Budak 10 tahun kot? keluar asrama dengan kawan-kawan sampai kena 
tibai dengan kayu besar saiz ibu jari orang dewasa.

"Kalau macam ini orang kata mengada-ngada, tak tahulah. Kalau kena rotan tak kisah
 lagi, ini dah macam ni, agak-agaknya apa yang perlu dibuat? Tiga orang kena tibai, 
seorang lagi kepala berdarah dan seorang lagi tak pasti. Adik ini sampai bahunya terkehel," katanya.


"Ini gambar kawan dia yang kena pukul sampai terkoyak kulit kepala sampai berjahit itu.
Hampir pengsan dibuatnya. Kalau tak kena pada adik atau anak sendiri bolehlah 
sembang lebih. Kanak-kanak umur 10 tahun, dirotan atau ditampar boleh terima lagi,
 ini sampai katok kepala, dibelasah macam penjenayah. Lagi trauma tak mau pergi 
sekolah mana-mana dah," sambungnya lagi.

Menurut Shadam, 3 pelajar tahfiz berkenaan bukan saja-saja keluar dari asrama. 
Mereka bertiga berbuat demikian kerana enggan menjadi budak suruhan mengurut 
guru terbabit selama berjam-jam lamanya.  

"Kalau hari-hari ustaz itu suruh urut dia berjam-jam, boleh tahan ke? Kuli ke? Macam ini cara
 mendidik? Kalau mendidik, cuba bagi orang pukul adik atau anak sendiri. Nanti fahamlah
 perasaan itu macam mana," PIXEL MEDIA

Friday, July 29, 2016

Dahsyat : 16 tahun hilang cincin, 16 Tahun Baru jumpe balik

16 tahun hilang cincin, jumpe balik 16 tahun lepas tu dengan carrot. Kalau dah rezeki, bertahun-tahun hilang pun jumpe balik. Dasyat.

Isteri pelakon ditahan polis? Siapa Dia ?

PDRM
SHAH ALAM - Pelayar laman sosial dikejutkan hari ini dengan dakwaan isteri seorang pelakon telah  ditahan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atas dakwaan terlibat dengan sindiket menyeludup warga asing ke Malaysia.
Laporan Media Hiburan yang memetik laporan Astro Gempak mengatakan wanita tersebut  antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan dalam sebuah operasi khas pada Selasa.
Kakitangan Imigresen yang terbabit didakwa memudahkan cara pengurusan dokumen untuk kemasukan warga asing di Malaysia.

Pelik Tapi Benar : Gadis Litar Muslimah Yang Anggun

COOL!!
Syabas + salute kat penaja team Braaap Racing di Malaysian Superbike Championship 2016 dengan umbrella girls berpakaian muslimah (menutup aurat). Di ‪#‎LLRKS‬ setiap kali King of 2T & event Track Day, ada bacaan doa sebelum acara, dilaungkan azan bila tiba waktu solat fardu, sama2 solat berjemaah & wat tazkirah kerohanian ringkas. #LLRKS & ‪#‎Kingof2T‬support Malaysian Superbike Championship.
sumber : @Red Ahmad & @Azuan Izadee





Thursday, July 28, 2016

Dahsyat , Gambar Gambar Lelaki Maut Ditembak Di Setapak Sentral















KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditembak 16 kali sehingga mati dalam satu insiden dekat Setapak Central pada petang Rabu.
Pada pukul 3.35 petang, seorang pemberi pinjaman wang berusia 43 tahun yang juga bapa kepada tiga orang anak sedang memandu bersendirian dekat sebuah pusat beli belah apabila didatangi empat lelaki yang menaiki motosikal.
"Mereka mendekati kereta mangsa dekat lampu isyarat. Seorang penembak pergi ke arah kiri kereta dan seorang lagi di sebelah kanan sebelum melepaskan beberapa das tembakan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur,  Senior Asisten Komisioner (SAC), Rusdi Mohd Isa pada sidang media di Balai Polis Setapak.
Beliau berkata penembak di sebelah kanan kereta mangsa melepaskan tiga hingga empat tembakan manakala 12 lagi tembakan dilepaskan seorang lagi suspek.
Kesemua suspek melarikan diri menggunakan motosikal selepas insiden itu.
Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kaki.
Difahamkan mangsa dalam perjalanan untuk bertemu saudara di kawasan berhampiran.
"Ahli keluarga mangsa mengesahkan identitinya," kata Rusdi.
Ketika ditanya sama ada tembakan itu berkaitan kumpulan tertentu, Rusdi berkata 'ada kemungkinan'.

Wednesday, July 27, 2016

Sempoiii : Hotel tanpa dinding dan bumbung

Hotel tanpa dinding dan bumbung
LAZIMNYA sebuah hotel dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan, termasuklah lengkap mempunyai bumbung dan dinding, namun tidak bagi hotel Null Stern di Switzerland, apabila hotel ini tidak menyediakan bumbung dan dinding sebaliknya hanya mempunyai kemudahan satu tempat tidur dengan dua buah lampu di dinding tilam.
Memetik laporan Insytle.com, hotel ini dibina dan direka oleh arkitek konseptual yang berasal dari negara itu, iaitu bernama Frank dan Patrik Rikin.
Ianya pada asalnya dibina bagi bertujuan untuk Festival Kesenian Art Safiental, namum kini dibuka kepada orang awam dan dijadikan sebuah hotel.
Walaupun tidak mempunyai dinding dan bumbung, hotel yang terletak di 6,463 kaki daripada permukaan laut di lereng Gunung Graubunden, Swiss ini menyediakan set pemandangan yang sangat menakjubkan.
Jika dikira jumlahnya, hotel ini menyediakan enam bilik tidur 'single' dan empat bilik tidur 'double' yang berada di sekitar Teufen, Swiss.
Jadi, sekiranya anda ingin berkunjung dan menginap di hotel ini, anda harus menyediakan duit sebanyak AS$255 (RM1037) satu malam.

Kemalangan Yang Akibatkan Jalan Sesak dan sehingga Jem 5KM di Sungai Dua Bworth









Info Kemalangan
Berlaku pagi ini di Sungai Dua SPU membabitkan 6 buah kenderaan berhampiran persimpangan lampu isyarat susur highway PLUS Sungai Dua.
Sebuah lori yg hilang kawalan melanggar kenderaan yang sedang berbaris menunggu lampu isyarat.
Hanya seorang lelaki dilaporkan cedera parah.

Tuesday, July 26, 2016

Perghh !!! Pelik Tembikai Warna Unggu..Betui Ka ?









ini yang benar saja...bukan cobaan tau..
pernah nampak?

Dahsyatt : Cium payudara patung: Pegawai berdepan tindakan

 Cium payudara patung: Pegawai berdepan tindakan
HA TINH - VIETNAM . Seorang pegawai jabatan tanah bakal dikenakan tindakan selepas didapati mencium patung wanita di sebuah kawasan pelancongan di Da Lat, dekat sini.
Gambar pegawai terbabit, Phan Tuan Anh yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu telah dimuat naikkan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan Ha Tinh, Tran Le ke dalam akaun Facebooknya.
Melalui gambar tersebut, kelihatan dua lelaki berdiri berhampiran patung batu berkenaan dengan salah seorang daripadanya sedang mencium bahagian dada patung wanita itu.
Selepas disiasat, lelaki terlibat akhirnya disahkan sebagai Tuan Anh, seorang pegawai muda daripada Jabatan Tanah Vu Quang, bahagian utara Ha Tinh.
Kerajaan Tempatan Ha Tinh telah mengesahkan menerima laporan tersebut dan dipercayai akan mengenakan tindakan terhadap pegawai tersebut.
Difahamkan, Tuan Anh bersama beberapa pegawai daripada jabatannya ketika itu sedang bercuti ke kawasan peranginan Da Lat dan kawasan puncak pergunungan Lang Biang.
Mengikut sejarah, nama Gunung Lang Biang adalah singkatan bagi sepasang kekasih yang dikenakan hukuman mati di situ setelah percintaan mereka dibantah oleh pihak keluarga.
Patung lelaki dan wanita itu pula diukir dan didirikan di kawasan pergunungan popular di situ bagi memperingati kesetiaan cinta mereka berdua

Monday, July 25, 2016

Perghhh.."DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!" Betui Juga Nu





"DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!"
.
Ramai up status fb arini,
"Menyusahkan orang je!"
.
Ok. Tu hal kau lah. Tapi diorang ni menyusahkan kau sekali je rasenye dalam seumur hidup kau. Yg paling penting, AT LEAST DIORANG IKUT UNDANG2 ATAS JALAN. Ada escort, ada guide semua.
.
Kau yg nak tukar lorong tak bagi signal, brek mengejut HARI-HARI tak pulak menyusahkan orang setiap hari?
.
Jangan nampak buruk orang lain. Sampai buruk kite tak nampak. Tolak ansur lah. DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH! lagi mahal roadtax die dari roadtax korang.


Gambar Nostalgia , Kenangan UAI Berguru dengan Tg HJ Salleh

Bila tengok gambar ni memang rasa kosong sangat ilmu yang kita ada ni. Hilang lagi cahaya di bumi ini. Di akhir zaman akan ditarik satu persatu ilmu dgn dimatikan para bijak pandai agama. Tenanglah dia dengan jutaan doa sedangkan kita masih tak tau tang mana. ๐Ÿ˜”

Sunday, July 24, 2016

Abang Long Fadhil cedera kemalangan

Abang Long Fadhil cedera kemalangan
Keadaan kenderaan yang dinaiki Abang Long Fadhil.
MELAKA - Bekas gengster Singapura, Abang Long Fadhil yang juga seorang penceramah bebas cedera di kepala dan di lengan kiri selepas terlibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berhampiran susur masuk tol Ayer Keroh di sini.
Beliau atau nama sebenarnya Muhamad Fadhil Husin, 29, dikatakan bersama- sama dua lagi rakannya menaiki Produa Myvi telah melanggar Proton Satria di hadapan.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, dia dalam perjalanan dari Rawang, Selangor ke Skudai Johor untuk menghadiri satu program keagamaan.

"Saya tengah tidur di sebelah pemandu dan hanya tersedar bila kereta dah terbalik serta bergerak ke kiri jalan dalam masa itu juga saya nampak percikan api.
"Bila kereta berhenti saya keluar melalui tingkap bersama dua lagi rakan sebelum dibantu pemandu kenderaan yang kami langgar," katanya yang ditemui di sebuah homestay di Sungai Udang di sini.
Dalam pada itu, selain ibunya yang tidak mahu mengikutnya ke Skudai, dia turut bersyukur kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa meskipun keadaan kenderaan yang dinaiki remuk teruk.
"Mujur mak saya tak ikut, dia nak stay rumah saudara di Rawang. Bagi saya, ini semuanya telah tertulis dan saya reda ketentuan Allah. Ada hikmah di sebalik kejadian.
"Hanya tiga kaca tertusuk di kepala saya dan Alhamdulillah juga muka tak ada apa-apa. Yang lain pun semuanya ok," katanya.

Gambar gambar Perjalanan Terakhir Tuan Guru Hj Salleh, Sik











Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung