Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, August 31, 2016

Dahsyatt : Wanita buru Pokemon sampai buta

Wanita buru Pokemon sampai buta
PADAH akibat buru Pokemon. Seorang wanita mengandung di Taiwan disahkan buta sementara,
 setelah mengikuti permainan itu untuk tempoh masa yang panjang.
Sebuah akhbar Taiwan melaporkan, pesakit wanita itu dipercayai mula minat memburu Pokemon
sejak ia mula diperkenalkan di Taiwan awal bulan ini.
Difahamkan, pesakit berkenaan sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital di Taipei. Bagi
mengelakkan kandungan bayinya terjejas, dia telah diberi sejenis ubat mata khas dan dibenarkan
pulang berehat di rumah.
Menurut seorang doktor mata, sejak permainan Pokemon Go mula menjadi kegilaan ramai,
beliau mendapati ramai orang datang ke kliniknya mengadu sakit mata.
"Jumlah pesakit yang datang ke klinik saya telah bertambah sekurang-kurangnya 20 peratus.
Kebanyakan pesakit mata ini terdiri daripada kalangan orang muda. Mereka mengadu mata mereka
agak letih dan kering.
"Inilah tanda-tanda akibat melihat skrin telefon bimbit dalam tempoh yang panjang tanpa berehat,"
katanya.Beliau memberi nasihat untuk mengelakkan masalah pada mata, tempoh paling berkesan untuk merehatkan mata ialah selama 10 minit setelah melihat skrin telefon bimbit lebih daripada 40 minit.
"Cara untuk merehatkan mata ialah memandang kawasan yang berada di luar lingkungan enam meter.
"Bagi yang mempunyai masalah mata kering, mereka perlulah menggunakan cecair ubat mata agar
bebola mata berada dalam keadaan selesa dan basah," jelasnya.
Sementara itu, seorang pakar refleksologi berpendapat, banyak keburukan akan berlaku pada tubuh
badan seseorang sekiranya memburu Pokemon untuk tempoh panjang tanpa berhenti.
"Leher akan rasa sakit sekiranya kerap tunduk melihat skrin telefon bimbit. Begitu juga pada lengan
tangan akan rasa sakit dan pergerakan akan terbatas.
"Jika berlaku keadaan begitu, seseorang itu perlu berehat selama tiga hari. Dan jika keadaan masih
 tidak berubah, dia perlu segera mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital," katanya

Tuesday, August 30, 2016

Subhanallah : 300 rusa mati serentak dipanah petir

300 rusa mati serentak dipanah petir
Bangkai rusa bergelimpangan di Hardangervidda, Norway selepas dipanah petir
OSLO - NORWAY. Lebih 300 ekor rusa ditemui mati bergelimpangan di kawasan pergunungan Hardangervidda, Jumaat lepas.
Menurut laporan Dailymail, kejadian dipercayai berlaku ketika ribut petir melanda kawasan tersebut.
Lima ekor rusa pula ditemui masih hidup tetapi cedera parah dan terpaksa dikorbankan.
Jurucakap agensi hidupan liar dan alam persekitaran Norway, Kjartan Knutsen berkata kematian haiwan akibat dipanah petir adalah sesuatu yang biasa.
"Tetapi kejadian Jumaat lepas merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana melibatkan jumlah yang sangat besar," kata Kjartan.
Kumpulan rusa tersebut dipercayai antara kumpulan haiwan yang bermigrasi merentasi kawasan pergunungan Hardangervidda akibat perubahan musim.
Pada tahun 2005, 68 ekor lembu terbunuh di sebuah ladang ternakan tenusu di Australia akibat dipanah petir.

Panassss : Eksklusif: Uqasha Senrose mengaku buka hijab ..Masyallah


UQASHA meminta gambarnya dirakamkan berselendang menampakkan rambut ketika ditemubual. KUALA LUMPUR: "Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.

" Begitulah luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab. Akui pelakon teater Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap. "Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. 


Semoga ada orang yang dapat membimbing beliau nanti

"Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi. "Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai," katanya ketika ditemui di sini, petang ini. Pada pertemuan itu, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali kepada penampilan asal. 

Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama. "Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," katanya. Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen. Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan. Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.

Monday, August 29, 2016

Tahniah : Bekas MB Selangor Dr. Khir Toyo kahwin lagi

khir toyo
Dr. Mohamad Khir Toyo melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, 
Christine Zanitrah Abdullah dalam satu majlis di ibu negara, hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas menteri besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan  perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah. Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan,39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.



"Perkahwinan kedua Dr. Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan  penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr. Mohamad Khir kepada Bernama. Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang  memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill. Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan seorang anak. Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat. - BERNAMA

Dahsyattt :: Kemalangan maut: Penduduk berang bakar lori

Kemalangan maut: Penduduk berang bakar lori
Waris mangsa yang sebak ketika hadir di lokasi kejadian.
SUNGAI BULOH - Sebuah lori dibakar penduduk yang berang selepas berlaku kemalangan maut di Puncak Alam, di sini, hari ini.
Dalam insiden itu, pembonceng motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Dr Abdul Aziz Awang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.30 malam.
"Sejurus itu, pegawai penyiasat menuju ke lokasi bersama pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Shah Alam dan dapati ia berlaku di kawasan tapak pembinaan Puncak Bestari 2.
"Difahamkan, penduduk kampung hadir dan membakar lori berkenaan serta memecahkan cermin lori yang berada kawasan berhampiran," katanya.
Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.

Sunday, August 28, 2016

Panassss: Lelaki 18 Tahun Nikah Ibu Tunggal Lima Anak




  
PETALING JAYA: Bukan semua lelaki mahu berkahwin dengan wanita yang umurnya dua kali ganda melebihi usianya dan paling penting, mendapat restu keluarga.

Tetapi inilah yang berlaku di pekan Kuala Penyu di Sabah, apabila Mohd Sufie Alin yang berusia 18 tahun berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak, Dayang Sopiah Gusti, 42.
Gambar Mohd Sufie menyarungkan cincin emas di jari Dayang Sopiah semasa majlis akad nikah mereka telah tersebar di laman Facebook pada Jumaat, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya pengantin lelaki ini lebih yakin dengan adanya restu keluarga terhadap hubungannya yang luar biasa ini.

"Mereka cukup matang untuk membuat keputusan mereka sendiri, termasuk berkahwin," kata bapanya Alin@Matalin Utam, 52, kepada Harian Metro.

Menurut bapanya, kedua-dua mereka berkahwin dalam satu majlis kecil di sebuah masjid di daerah Beaufort pada Selasa, dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

"Apa yang penting Sufie tidak ganggu isteri orang dan mereka ingin meneruskan hubungan mereka mengikut cara Islam.

"Oleh itu, saya tidak mempunyai masalah dan menerima Sopiah menjadi pasangan kepada Sufie, yang telah ditakdirkan oleh Allah," katanya.

Walaupun terkejut mendengar tentang pilihan anaknya beberapa hari sebelum perkahwinan, Alin berkata usia bukanlah satu penghalang.

"Saya sempat menasihati Sufie supaya menjadi suami yang bertanggungjawab kerana dia bukan sahaja perlu menjaga isteri tetapi juga lima anak tirinya," katanya.

Perghhh..Kalau saya ada Rm 300 juta Saya duduk D Rumah Sahaja

Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei
PEMAIN badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan laporan yang mendakwa beliau memiliki aset mencecah RM300 juta.
Menurut Chong Wei, sekiranya memiliki aset sedemikian, beliau tidak lagi perlu mengerah keringat untuk bermain badminton dan hanya perlu duduk di rumah sahaja.
“Jika ada RM300 juta, saya fikir saya sudah berhenti bermain badminton.
"Saya tidak perlu kerja dan hanya duduk di rumah," katanya menerusi video yang dimuat naik oleh The Star TV hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Aset Chong Wei cecah RM300 juta]
Semalam, Sinar Harian memetik portal thecelebritiesnetworth.com yang melaporkan aset Chong Wei bernilai RM300 juta berdasarkan hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai perkara itu, Chong Wei memaklumkan bahawa beliau tidak merasakan ahli sukan di negara ini mampu mendapat jumlah aset seperti itu.
“Sukan di negara ini adalah berbeza berbanding dengan bola sepak di negara-negara lain, begitu juga dengan golf dan tenis," katanya.
Mengulas lanjut mengenai laporan tersebut yang tersebar secara meluas, Chong Wei berkata ia adalah perkara biasa bagi pengguna laman Facebook dan Twitter.
Dalam temasya sukan Olimpik Rio baru-baru ini, Chong Wei berjaya menghadiahan pingat perak buat negara walaupun tewas kepada jaguh China, Chen Long.

Saturday, August 27, 2016

Dahsyatt : Maut dilanggar pemandu Lori Sedang main Pokemon Go

Maut dilanggar pemandu main Pokemon Go
Bunga diletakkan di tempat kejadian di Jepun.
TOKUSHIMA - JEPUN. Seorang wanita maut manakala seorang wanita cedera selepas dilanggar seorang pemandu lori yang bermain Pokemon Go ketika memandu, semalam.
Laporan Reuters mengatakan pemandu lori tersebut mengaku bermain permainan berkenaan selepas ditangkap.
"Dia masih lagi dalam tahanan polis. Tiada sebarang keputusan dibuat sama ada mahu mendakwanya atau tidak," kata jurucakap polis Tokushima.
Sementara itu, penerbit permainan Pokemon Go, Niantic mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
"Syarikat Pokemon dan Niantic cuba untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk orang ramai bermain permainan tersebut," kata jurucakap Niantic.
Setakat ini, Niantic menyertakan 'pop-up' amaran di dalam permainan berkenaan yang melarang pemainnya bermain ketika memandu.

Friday, August 26, 2016

Perghhh : Aset Chong Wei cecah RM300 juta

Aset Chong Wei cecah RM300 juta
ATAS kesungguhannya yang tidak mengenal erti kekalahan, kejayaan dalam dunia badminton
 akhirnya terbalas apabila membawa pelbagai kejuaraan dan hadiah wang lumayan kepada pemain
kesayangan negara ini.
Manakala di luar gelanggang, namanya kerap jadi sebutan. Beliau diminati oleh jutaan peminat di
dalam dan di luar negara. Bagi syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk
dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.
Itulah anugerah dan hasil usaha yang diraih oleh Lee Chong Wei. Biarpun sebagai pemain badminton,
 Chong Wei terbukti juga tidak kurang hebatnya dalam dunia korporat. Tidak mustahil suatu hari nanti,
 setelah meninggalkan lapangan badminton, beliau akan bergelar pula sebagai seorang tokoh korporat
yang berjaya di negara kita.
Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala
Lumpur. Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan s
ebagai Pengarah Eksekutif.
Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa
yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Bagi peminat badminton
di sekitar Lembah Klang, kompleks sukan ini memang sudah tidak asing lagi bagi mereka.
Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75
juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan
produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah  yang dimilikinya.
Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Wei pada 2011
ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.
Bagi kenalan rapat Chong Wei, mereka sudah lama mengetahui beliau cukup gemar membeli
kereta mewah sebagai koleksi peribadinya. Sehingga hari ini, antara jenis kereta mewah yang
 dimiliki Chong Wei ialah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe,Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8
 dan Bentley Continental GT1, dengan harga kesemua kereta ini bernilai jutaan ringgit setiap sebuah.
Selain itu, satu lagi barangan yang digemari Chong Wei ialah jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai
jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.
Akhbar Dongguan Shibao dari China sebelum ini pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki
oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pastinya ramai akan terperanjat
apabila melihat koleksi kereta yang disimpannya. 
Pelantikan Chong Wei sebagai duta produk merupakan satu lagi sumber pendapatan utamanya.
Bagi setiap produk, bayarannya yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.
Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya termasuk Yonex, Samsung,
KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

GAMBAR SUKA DUKA WAZI : JURNAL PERJALANAN #RIDETOHAJJ ..SUDAH 27 hARI




PERKEMBANGAN TERKINI #RIDETOHAJJ
Kami dalam perjalanan dari Dera Ghazi Khan ke Quetta, Pakistan yang mengambil masa selama 8jam sejauh 492km.
Merasa pengembaraan 'Gipsy' berada di atas lori.


JURNAL PERJALANAN #RIDETOHAJJ
Penduduk kampung Bhawalpur menyambut kedatangan kami dengan baik. Kami dilayan seperti saudara mereka sendiri disini.
Syukur Alhamdulillah!
Banyak pengalaman yang kami peroleh disini tambahan pula mewujudkan tali persahabatan baru bersama penduduk kampung Bhawalpur.
Mereka juga teruja melihat kecanggihan motorsikal #MODENAS GT128!


Thursday, August 25, 2016

Huhu Dahsyatt : Wanita dibayar gaji sebab Pokemon



LONDON - UNITED KINGDOM. Seorang wanita dari Singapura menjadi individu pertama di dunia
 ini mendapat pekerjaan sebagai ‘Pokemon Master’ yang menerima bayaran $1,000 (RM4,041),
 lapor Mirror Online.
Ivy Lim, 22, terpilih antara ribuan calon lain yang memohon pekerjaan itu, awal bulan ini.
Dia dibayar gaji sekurang-kurangnya untuk tiga bulan ini untuk menangkap Pokemon, melatih
 peserta lain serta berkongsi tips dan rahsia.
“Saya tidak tahu pekerjaan sebagai ‘Pokemon Master’ ini wujud. Saya selalu mahu untuk berlatih 
dengan rakan-rakan menangkap Pokemon dalam kehidupan sebenar macam dalam program.
“Saya ‘Trainer Level 23’ dan menangkap 121 karakter Pokemon setakat ini dan saya merancang untuk menambah bilangan itu dua kali ganda ketika bekerja ini,” katanya.
Funzing.com berkata idea untuk mewujudkan pekerjaan itu timbul selepas ramai pengguna yang 
meminta pakar Pokemon.
Aplikasi Pokemon digunakan lebih 45 juta pengguna setiap hari pada Julai namun angka itu menurun
 pada awal Ogos kepada 30 juta menurut data dikeluarkan Sensor Tower, SurveyMonkey dan Apptopia.

Info kemalangan.. : Terdapat sebuah kereta terbabas jatuh ke dalam Gaung Di Penang






Info kemalangan..
Jalan Paya Terubung ke Balik Pulau. Terdapat sebuah kereta terbabas jatuh ke dalam Gaung.
Keadaan mangsa tidak dapat dipastikan.

Wednesday, August 24, 2016

Perghh !!! Budak digigit unta dapat ganti rugi RM625,000



Budak digigit unta dapat ganti rugi RM625,000
Gambar hiasan
VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak yang digigit seekor unta pada pada
bahagian tangan di sebuah taman safari menerima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75).
Menurut laporan Inside Edition, Madison Holland, 11, terpaksa dirawat selama tiga hari selepas
digigit unta milik Taman Safari Viriginia pada Mei 2015.
Menurut peguam Madison, mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong ketika kejadian dan
tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit.
Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 dari taman safari berkenaan
apabila usia beliau menginjak 18 tahun.
Madison kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun.
Sebanyak AS$40,000 pula akan digunakan untuk menampung bil perubatan dan bayaran guaman.

Perghhh !!! Kontroversi Nama Kedai Kelentit Rindu ..huhu Kacau nih


Ahya Rosli tukar nama kedai shiha miliknya selepas kontroversi.
  (Ubah saiz teks)
Kontroversi Nama Kedai Kelentit Rindu  ( Ahya Rosli Tukar Nama ), Diserbu DBKL,









PETALING JAYA: Pelakon dan model Ahya Rosli memberitahu kedai shiha miliknya diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu yang digunakannya.

Ahya, 29, perkara itu juga membuatkan ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.

"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Ahya bersama ibunya Normah Damanhuri.
Ahya dihubungi bagi mengetahui perkembangan kedai shiha miliknya yang menjadi kontroversi selepas menggunakan nama merujuk kepada sejenis bunga namun ditafsirkan sebagai lucah.

Tambah Ahya, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa.

"Kedai saya masih buka, lagipun ketika serbuan DBKL itu saya tiada masalah dan mempunyai lesen perniagaan yang sah," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berhenti daripada memasuki pertandingan seni mempertahankan diri Muay Thai.

Katanya, Ia juga salah satu perkara yang tidak dibenarkan oleh ibunya.

"Saya memang yang ikut cakap mama, sekarang mama tidak benarkan saya masuk pertandingan Muay Thai, jadi saya terpaksalah berhenti. Dia tidak suka saya berlawan dan mengalami kecedraan," ujarnya.

Tuesday, August 23, 2016

Menggerunkan Ular Ditangkap Di Rumah Pangsapuri di Permatang pauh





Gempar ! Ular tedung selar cuba 'memanjat' di flat Taman Pauh Indah, Permatang Pauh namun berjaya ditangkap oleh orang awam sebentar tadi.

Jurulatih Atlet Gusti Mongolia Tanggal Pakaian Bantah Keputusan


Jurulatih atlet Mongolia dilihat menanggalkan pakaiannya sebagai tanda protes membantah keputusan penentuan pingat gangsa bagi acara gusti.
  (Ubah saiz teks)




HARI terakhir Olimpik Rio dikejutkan dengan kontroversi membabitkan acara gusti lelaki.
Atlet Mongolia, Ganzorigiin Mandakhnaran menentang Ikhtiyor Navruzov dari Uzbekistan dalam penentuan pingat gangsa bagi acara disiplin 65 kilogram.
Mandakhnaran tewas 1-3 dalam keputusan penuh kontroversi sehingga menimbulkan bantahan keras di kalangan kakitangan sokongannya.
Menurut wartawan yang membuat liputan bagi acara itu, jurulatih Mandakhnaran tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Jurulatih itu kemudiannya bertindak menanggalkan pakaian di Carioca Arena 2 sebagai protes membantah keputusan tersebut.
Adam Kilgore, wartawan Washington Post memberitahu, petugas kejohanan itu telah menghubungi polis Brazil untuk membawa keluar jurulatih tersebut bagi melancarkan majlis penutupan Sukan Olimpik Rio 2016.

Monday, August 22, 2016

Dahsyatt : Sanggup tinggalkan isteri, kahwini ibu mertua

Sanggup tinggalkan isteri, kahwini ibu mertua
Mohar (kanan) meninggalkan isteri dan mengahwini ibu mertua, Devi (kiri) yang 20 tahun lebih tua daripadanya.
BIHAR - INDIA. Seorang lelaki berusia 22 tahun sanggup meninggalkan isteri dan mengahwini
ibu mertua yang 20 tahun lebih tua daripadanya.
Gara-gara mabuk cinta, Suraj Mohar dan Asha Devi, 42, bukan sahaja sanggup meninggalkan
pasangan masing-masing untuk bersama, malah mereka sanggup berkahwin meskipun mendapat
tentangan keras daripada penduduk di kampung mereka.
Memetik laporan portal antarabangsa, Daily Mail.uk, pasangan itu dikatakan jatuh cinta sejak Mohar
yang sakit dijaga oleh Devi di rumah lelaki itu pada tahun lalu.
Apabila Devi pulang ke rumahnya sendiri, Mohar dikatakan sering berhubung dengan ibu mertuanya
 ibu menerusi telefon, selain turut datang ke rumah menjenguk wanita tersebut.
Hubungan terlarang mereka akhirnya diketahui isteri Mohar dan ayah mertuanya.
Isteri Mohar, Lalita dikatakan memberi amaran kepada ibunya untuk menjauhkan diri daripada Mohar, bagaimanapun kata-kata Lalita tidak diendahkan.
Meskipun menentang keras hubungan Mohar dan Devi, keduanya tidak dapat menghalang hubungan
 tersebut daripada diteruskan.
Mereka akhirnya berpisah dengan pasangan masing-masing dan dilaporkan kahwin lari setelah
mendapat tentangan daripada penduduk kampung itu.
Bagaimanapun, setelah dua bulan berkahwin, pasangan tersebut dilaporkan menyesal dengan hubungan tersebut dan mengakui kesilapan masing-masing.
Kata Mohar, setelah berkahwin dengan Devi, dia tidak boleh menganggap wanita itu sebagai isterinya, sebaliknya Devi hanya mampu dianggap sebagai ibu.
Kesilapan tersebut turut diakui oleh Devi yang juga hanya menganggapnya sebagai menantu.
“Saya anggap dia (Devi) sebagai ibu mertua, tidak boleh beranggapan dan melayannya sebagai isteri saya. Selepas ini saya akan memujuk kembali Lalita kembali ke pangkuan saya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Keduanya dilaporkan memfailkan perceraian mereka di mahkamah sebelum cuba kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Perghhh.. Lori Durian terbalik .jom Pi Tengokk




Lori Durian terbalik di Thailand. Jangan harap tokey nak kasi free ๐Ÿ˜‚

Sunday, August 21, 2016

DAHSYAT...Aksi lucah watak animasi popular?

Aksi lucah watak animasi popular?
Keratan klip video lucah yang dikongsi oleh wanita itu di Facebooknya.
SHAH ALAM - Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya menonton klip video lucah adaptasi daripada filem animasi popular di YouTube.
Posting luahan hati wanita tersebut turut menjadi viral.
Ibu muda itu mendakwa, dia meninggalkan anak perempuannya hanya lima minit dan mendapati kanak-kanak itu sedang menonton klip lucah berkenaan.
"Selalulah perhatikan apa yang ditonton oleh anak-anak di YouTube, lihat anak saya menonton klip ini," demikian luahnya dengan disertakan keratan klip animasi lucah berkenaan.
Sementara itu, tinjuan Sinar Online mendapati klip video lucah berkenaan masih boleh diakses, yang mana rata-rata komentar terkejut dengan klip itu kerana dikhuatiri dapat memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak.
"Hentikan," tulis Skullykitty.
Manakala menurut Alishan Zandi pula, dia juga terkejut dengan paparan klip video berkenaan.
"Apa ceritanya ni," tulisnya.
Dan menurut Nina, dia tidak boleh menerima apa yang dipaparkan dalam klip berkenaan.
"Apa ini, berdosa, akan pengaruhi kanak-kanak," tulisnya.
Filem animasi ini pernah menjadi fenomena di dunia sehinggakan lagu temanya dinyanyikan dalam pelbagai bahasa.

Saturday, August 20, 2016

Perghh!!! PENUMPANG TAK PAKAI SELUAR NAIK FLIGHT

Gempar penumpang tak pakai seluar
Foto yang viral di laman forum Reddit, pada Ahad.
FOTO seorang penumpang wanita yang tidak memakai seluar ketika sedang berurusan di kaunter syarikat penerbangan Virgin America mengejutkan orang ramai.
Pelayar laman forum Reddit, Deftones1 yang memuat naik foto tersebut pada Ahad menimbulkan persoalan sama ada sistem penghawa dingin di lapangan tersebut rosak dan menyebabkan penumpang kepanasan.
Pelayar lain juga menyedari beberapa kipas telah diletakkan menghala ke arah penjaga kaunter Virgin America.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah lapangan terbang di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Beberapa bulan lepas, kejadian hampir serupa berlaku apabila seorang guru wanita membuka skirtnya ketika pemeriksaan dijalankan anggota keselamatan di lapangan terbang di Stanstead, London.
Wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas dituduh membawa dadah.

Perghhh..Bahadi terjunan Ala Olimpik..Terus Ke Hospital



CHINA - Umum tahu China melahir ramai atlet terjun bertaraf dunia dan meraih banyak pingat emas di temasya Sukan Olimpik Rio di Brazil. 

Lapor Shanghaiist, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jiangxi menyangka dia mempunyai bakat untuk menjadi penerjun Olimpik, lalu membuat satu video untuk ditunjukkan kepada dunia. 


Dia memilih untuk terjun dari platform 'Jambatan Xinjiang' dengan ketinggian 25 meter, dua kali ganda dari ketinggian platform tertinggi Olimpik. 

Malangnya, ia tidak berakhir dengan kemenangan meraih pingat emas. Sebaliknya dia terpaksa dikejarkan ke hospital. 


Terjunan yang diakhiri dengan pendaratan yang tidak sempurna itu menyebabkan dia mengalami keretakan kecil di bahagian tulang belakang dan kecederaan di bahagian paru-paru. 

Friday, August 19, 2016

TMJ dedah hasil pertemuan dengan PM

TMJ dedah hasil pertemuan dengan PM
TMJ
Tunku Ismail
SHAH ALAM – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi politik negara secara keseluruhan khususnya melibatkan negeri Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menurut Tunku Ismail, selain melontarkan suara mengenai peluang generasi muda berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini, beliau turut bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai dasar dan prinsip diamalkan oleh kerajaan.
“Ini adalah antara isu-isu yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri selain daripada isu-isu semasa lain di negara ini.
“Datuk Seri Najib turut berkongsi pandangan dan pendapat beliau kepada saya malah saya turut menyuarakan bukan sahaja kebimbangan tetapi juga suara rakyat,”katanya menerusi wawancara khas yang dimuat naik ke dalam laman Facebook Johor Southern Tiger semalam.
Tunku Ismail berkata, apabila berdepan masalah, beliau lebih gemar berterus terang dan menangani kesulitan yang hadapi dengan seberapa segera.
Ujarnya, beliau tidak suka untuk menyembunyikan masalah seperti sesetengah pemimpin tertentu yang hanya mahu bercuti percuma atau melobi projek-projek tertentu.
“Apabila saya menghadapi masalah, kelebihan saya adalah mampu untuk berhadapan dan membincangkan masalah tersebut serta mengendalikannya secara 'gentlemen'.
“Saya tidak bersembunyi di sebalik komputer dan hanya menulis di laman Facebook kerana saya bukannya seorang pengecut, yang membaling batu sembunyikan tangan,”katanya.
Tambah Tunku Ismail, beliau melakukan semua ini atas satu tujuan untuk memastikan Malaysia mencapai sebuah negara maju di samping memperjelaskan lagi pendiriannya terhadap pendidikan dan gejala rasuah.
“Saya akan terus bersuara serta memberi pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara ini demi kepentingan rakyat.
“Selain itu, perbualan peribadi antara Datuk Seri Najib dan saya adalah antara kami sahaja. Bukan urusan orang lain,”katanya.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung