Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, September 30, 2016

Alhamdulillah : Pelajar Malaysia hilang di Paris selamat

Nur Shakinah Naim
Nur Shakinah Naim dilaporkan tidak pulang sejak Jumaat lalu.
SUNGAI PETANI - Tiada apa yang mampu dikatakan ibu dan bapa Nur Shakinah Naim, 19,
selain mengucapkan 'syukur Alhamdulillah' apabila mendapat tahu anak yang hilang selama
hampir seminggu di Perancis, akhirnya pulang ke kediamannya dengan selamat hari ini.
Pelajar Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Normandy itu pulang ke kediamannya tengah
hari tadi sejak dilaporkan keluar pada Jumaat lalu oleh rakan sebiliknya.
"Alhamdulillah, Shakinah selamat," kata ibu pelajar itu dengan wajah yang cukup ceria.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada ibu
 bapa Nur Shakinah, Nur Halizah Ahmad ,43, dan Naim Awang, 46, yang berkunjung ke rumah
 mereka di Kampung Masjid, Tikam Batu, di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pelajar hilang akan ke Perancis]
"Mereka (JPA) dimaklumkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis berhubung perkara itu,"
 kata wanita itu kepada pemberita di rumahnya.
Tidak lama selepas itu, Nur Halizah berkata ibu angkat Nur Shakinah, Fairus Kholib,50 an, turut
datang ke rumah dan memberitahu bahawa rakan sebilik Nur Shakinah ada menelefonnya dan
memberitahu Nur Shakinah telah pulang.
"Tiada sebarang kecederaan padanya, anak saya dikatakan berada di balai polis untuk urusan
seterusnya," katanya dan menambah, beliau masih tidak mengetahui ke mana anaknya
menghilangkan diri kerana masih terlalu awal.   
Nur Halizah juga memberitahu, masih belum ada panggilan rasmi daripada Kedutaan Besar
Malaysia di Perancis berhubung khabar gembira itu.
Tepat 5.39 petang, Nur Halizah menerima satu panggilan singkat daripada anak keduanya itu.
"Saya dengar suara dia sebak. Saya tidak bertanya lanjut ke mana dia menghilang. Saya tahu
 dia perlukan masa. Saya cuma mahu dengar suara dia dan tahu dia betul-betul selamat,"
katanya sebak.
Sejurus selepas berita itu tersebar, rumah keluarga itu tidak putus-putus dikunjungi keluarga,
sahabat handai, saudara mara dan bekas guru Nur Shakinah, pelajar cemerlang Sekolah Menengah
 Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu yang mendapat 10A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2014.
Ditanya mengenai laporan media yang mengatakan bahawa mungkin Nur Shakinah tertekan
belajar di Perancis dan pergi menenangkan diri buat sementara, katanya agak sukar untuk
dipercayai kerana anaknya tidak menunjukkan yang dia tertekan.
Kali terakhir Nur Shakinah balik ke Malaysia pada Aidilfitri yang lalu, kata Nur Halizah.
"Malah dia kelihatan gembira, dia juga beli alat tulis berjumlah RM200 kerana katanya barangan
 tersebut agak mahal di sana," katanya.
Naim pula berkata mereka akan meneruskan rancangan untuk ke Perancis Sabtu ini untuk berjumpa
 sendiri dengan Nur Shakinah.
Tiket penerbangan mereka ditanggung sepenuhnya oleh UMNO Sungai Petani.
Beliau berkata, mereka berhasrat membawa Nur Shakinah menyambung pengajiannya dalam
 bidang kejuruteraan di tanah air memandangkan mereka cukup risau dengan apa yang berlaku.
"Bagaimanapun, kami akan bertanya pendapat dia terlebih dahulu," kata Naim dan menambah,
kenduri kesyukuran akan diadakan sekembalinya ke tanah air.
Naim berkata beliau sememangnya yakin anaknya akan selamat dan tidak melakukan sesuatu
di luar kawalan kerana Nur Shakinah menunjukkan minat yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran
ke Perancis."Beliau pernah tolak tawaran dalam bidang perguruan semata-mata ingin ke Perancis,"
 katanya.Ditanya bagaimana beliau dan isterinya cukup tenang sepanjang menghadapi situasi
 kehilangan  Nur Shakinah, beliau hanya menjawab, 'reda'."Akhirnya, kami boleh tidur dengan
aman malam ini," katanya.
Nur Halizah dan Naim turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat erusaha mencari anaknya, dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan
Nur Shakinah. - Bernama

Ride Kingdom Of Thailand : To Betong Best Juga Hang OOI ..


Betong Immegration Check Point


Dihadapan Masjid Betong


Rehat sarapan pagi di Kuala Ketil



Jangan Risau Makanan Islam




Betong Tunnel


Border Betong



Berhenti rehat


Di Tasek Betong..Yala



Pemandangan di Tasek Betong-Yala

Konologi Ride To Betong.

8.00 Pagi Dari Kulim
9.30 Tiba Di Pengkalan Ulu Boder
10.00 Tiba Di Betong Border
10.30 Round Ke Tasik Betong-Yala
12.30  Balik Ke Betong Makan Dan Solat
3.30 Pulang Ke Malaysia.

Kos Dalam 150 sahaja..


VIDEO EIMRACE 2016 dihentikan serta-merta susulan kejadian Dua Maut


Tiga beranak maut dirempoh go kart
Dua beranak maut selepas dirempuh kenderaan jenis 'Go Kart' yang hilang kawalan ketika dalam perlumbaan ketika kedua-duanya sedang menonton Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Kompleks Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) hari ini. - Foto  Bernama

Bernama  
Dua beranak maut selepas dirempuh kenderaan jenis 'Go Kart' yang hilang kawalan ketika dalam perlumbaan ketika kedua-duanya sedang menonton Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Kompleks Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN - Dua beranak maut selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis go-kart semasa menonton Perlumbaan Automatif Inovasi Pendidikan (EIMRACE) 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) Indera Mahkota di sini hari ini
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi selepas tiga kenderaan terbabit bergesel sesama sendiri dan salah sebuah kenderaan terbabas ke kanan jalan dan melanggar keluarga terbabit.

Mangsa Izwan Isa, 38, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Gebeng di sini dan anaknya Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Manakala anak lelakinya Muhammad Iz Danial, 7, mengalami kecederaan parah dan sudah stabil dan isterinya, Siti Suhaiza Seman, 38, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota (SKIM) hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Mohamad Noor Yusof memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan tiga buah kenderaan dan salah sebuah kenderaan telah bergesel sesama sendiri di litar tersebut.
Menurutnya, salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu berusia 25 tahun telah melanggar keluarga tersebut.

"Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di dalam litar lumba dan sebanyak 38 kart mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.
"Terdapat barrier (penghalang) dan tali amaran yang diletakkan di sepanjang jalan sebelah kanan jalan sebagai penghadang yang memisahkan antara, penonton dan litar lumba dan semasa kejadian cuaca baik," katanya.

Manakala ketiga-ketiga pemandu yang berusia 25,23 dan 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu yang terlibat kemalangan ini akan diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia dan siasatan akan diteruskan di bawah  Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.

Thursday, September 29, 2016

Gambar Kuda Lumba Di Jalan Raja Hilir Jadi Viral











IPOH: Satu klip video menunjukkan beberapa ekor kuda lumba terlepas daripada kandang lari di Jalan Raja Hilir menjadi viral pada Rabu.

Menerusi video berkenaan, sekurang-kurangnya empat ekor kuda dilihat berkeliaran di sekitar bandar.

Menurut saksi, haiwan itu juga dilihat melintas jalan di bawah jejambat berhampiran sebuah hospital swasta pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Kuda-kuda itu juga dilihat di sekitar kawasan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).

Sehingga berita ini ditulis, masih tidak diketahui siapa pemilik kuda-kuda berkenaan.

Ride To Pak Bara ..Sempoii Habaq Hang




Berakur di Boder Wang Kelian.. Cop Pasport .. Cop Geran dan buat Bayaran


Sedang Menunggu Oder makanan 


Sedang Rilek di Tepi pantai


Berhenti buat penukaran Wang D Changlon


Rakan Rider Solat Di Masjid Pak bara


gambar kenangan di Di Masjid Pak bara


Di Masjid Pak bara







Sotong Goreng..Pergh Sempoi

Destinasi Pertama.
8.00 Pagi Dari Butterorth 
9.30 Pagi Tiba Di Changloon buat penukaran Wang yang cukup dalm 200 Ringgit ok 
10.30 Pagi tiba di wang Kelian  cop pasport
12.30 Tiba Di Pak bara , Thailand,
3.00  Petang Lepas Solat , makan kita pulang ikut hatyai atau wang kelian..pasti best.

Ok Happy riding..apa2 soalan..masage

Wednesday, September 28, 2016

Perhatian : Ibu rayu henti sebar video bogel anak

Ibu rayu henti sebar video bogel anak
Gambar mangsa yang menjadi viiral di laman sosial.
KOTA BHARU – Keluarga wanita yang dipukul dalam keadaan berbogel mohon penyebaran video dihentikan segera.
Ibunya yang berusia 49 tahun merayu semua pihak berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi melihat keaiban anaknya di jaja dan terus menjadi tatapan umum.
“Cukup-cukuplah. Saya dah tak sanggup (nak tanggung) lagi dah. Tak sanggup tengok gambar anak saya dalam keadaan (bogel) sedemikian.
“Ini maruah anak saya, maruah keluarga kami. Tolonglah kesian pada anak saya dan kami sekeluarga. Dia tidak bersalah, tolonglah padam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini.
Beliau berkata, dia juga sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan mengajukan soalan dan menunjukkan rakaman berkenaan kepadanya.
“Dia anak saya, dia anak yang tidak ada masalah. Cukuplah tu sebab sekarang dia dalam keadaan ketakutan, kurang bercakap dan tidak dapat makan kerana trauma dengan kejadian itu,” katanya.
Wanita berkenaan turut menggesa pihak polis supaya tindakan tegas diambil kepada pelaku yang berbuat demikian terhadap anaknya.
“Sejak kejadian itu, kami sekeluarga masih tidak dapat bertenang dan ada sahaja ugutan seolah-olah pihak yang menyerang itu masih tidak berpuas hati dengan perkara yang sudah dilakukan kepada anak saya.
“Jadi, saya mohon pihak polis supaya tangkap mereka semua dan tidak ganggu anak saya lagi,” katanya.

Foto Bapa Dakap Anak Diselamatkan Bomba Sentuh Perasaan




  
BEIJING: Kisah pengorbanan seorang bapa melindungi anaknya ketika rumah yang didiami runtuh akibat cuaca buruk di China baru-baru ini, ternyata menyentuh perasaan ramai pihak.
Kejadian itu sempat dirakamkan oleh anggota bomba yang melakukan operasi menyelamat di Zhaotong, wilayah Yunnan dekat barat laut negara ini pada 23 September lalu.
Menurut portal People's Daily Online, lelaki dan anak perempuannya berusia 20 bulan berjaya diselamatkan dari celahan runtuhan rumah yang diperbuat daripada lumpur dan kayu itu.


Lebih mengharukan, foto lelaki berkenaan sedang mendakap anaknya daripada terkena serpihan runtuhan ternyata mempamerkan kasih sayang sejati seorang ayah untuk melindungi anaknya dengan apa jua cara.
Ketika diselamatkan, lelaki itu sudah pengsan akibat kekurangan air dalam badan, manakala anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Kisah berani lelaki yang tidak dinamakan itu turut mendapat perhatian dalam laman sosial.
Rata-rata netizen memuji pengorbanan lelaki itu menyelamatkan anaknya.
"Itulah kuasa kasih sayang seorang ayah," kata seorang pengguna laman sosial Sina.

Tuesday, September 27, 2016

Perghhh !!! Lebih 1 Juta Tonton 'Jaga-Jaga' Kerana 'Abang Bomba I Love You'





Amira tidak menyanka muzik video terbaharunya, Jaga-Jaga berjaya mendapat sejuta tontontan hanya dalam masa 10 hari ia dimuat naik di Youtube. Foto Insan Instagram @amiraothman
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amira Othman tidak menyangka muzik video single terbaharunya berjudul Jaga-Jaga melepasi angka sejuta tontonan hanya selepas 10 hari dimuat naik di laman YouTube.

Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 23, berkata, kejayaan itu disifatkan memori manis buatnya kerana ia adalah hasil daripada kesabaran dan usaha mencipta nama dalam industri hiburan selepas berakhirnya program Akademi Fantasia 2013.

"Kejayaan itu juga adalah berkat doa ibu bapa yang tidak henti-henti menyokong walaupun pernah satu tahap saya rasa ingin mengundurkan diri daripada industri seni.

"Tetapi ini adalah hikmah berkat daripada kesabaran dan usaha yang pada akhirnya membuahkan hasil.

"Alhamdulillah peminat menerima Jaga-Jaga dengan baik dan angkat sejuta dalam tempoh 10 hari itu adalah usaha dan sokongan mereka," katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Isnin.

Jaga-Jaga 
hasil ciptaan Ezra Kong, Ayden Aki dan Faizul Sany turut dijadikan lagu tema (OST) drama bersiri Abang Bomba I Love You yang turut menampilkan Amira dan Hisyam Hamid.

Jaga-Jaga buah tangan terbaharu daripada Amira.
Manakala muzik video adalah hasil arahan Salahuddin Sharif yang menjalani penggambaran selama dua hari di Melaka.

Dalam pada itu, Amira turut mengakui penerimaan baik Jaga-Jaga adalah disebabkan pengaruh drama bersiri berkenaan yang ketika ini sedang ditayangkan di Astro Ria.

Kata Amira, ia secara tidak langsung mempromosikan lagu berkenaan sekali gus membuatkan peminat membuat carian di YouTube sehingga mendapat tontonan yang tinggi dalam tempoh singkat.

"Tidak dinafikan Abang Bomba I Love You memang banyak membantu dari segi promosi dan Alhamdulillah ia semakin mendapat tempat di hati pendengar.

"Penerimaan baik ini juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk tampil dengan lagu lain selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai bidang lakonan, Amira berkata, dia bersyukur penampilan sulungnya dalam drama bersiri berkenaan telah membuka lebih banyak ruang apabila mula mendapat beberapa tawaran lain.

Bagaimanapun kata Amira, selepas penggambaran Abang Bomba I Love You tamat, dia ingin berehat seketika bagi mempromosikan Jaga-Jaga dengan lebih meluas.

"Sehingga sekarang saya tidak sempat lagi buat promosi Jaga-Jaga dan Insya-Allah selepas ini saya akan fokus kepada single terbaharu saya.

"Tentang lakonan, Alhamdulillah ada beberapa tawaran lain walaupun saya sangat baharu dalam lakonan tetapi mungkin saya berehat sebentar untuk tumpu pada nyanyian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 6:00 AM

Sunday, September 25, 2016

Tersentuh Kalbu : Mohamad Ridzuan Tak Lupa Hadiah Sepasang Kasut





Mohamad Ridzuan Mohamad
  
KETIKA rakyat Malaysia meraikan kejayaan atlet paralimpik negara, pemenang pingat emas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tidak melupakan sepasang kasut yang pernah dihadiahkan oleh seorang pemandu lori di Perlis, Chuah Heng Oon , kepadanya beberapa tahun lalu.

Heng Oon, 57, kini gembira apabila Mohamad Ridzuan menang emas dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) di Paralimpik Rio 2016, lapor Sin Chew Daily.

Menurut laporan itu, Heng Oon telah membelikan Mohamad Ridzuan sepasang kasut apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membeli kasut baharu apabila dipilih menjadi atlet negara tujuh tahun lalu.

Semasa di Rio, Mohamad Ridzuan, 29, telah memberitahu media tentang penghargaannya kepada Heng Oon.

Jurulatih pertamanya, Affizam Amdan, 45, seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pada 18 September lalu telah pergi ke Gunung Medan Utan Aji di Kangar, tempat di mana Mohamad Ridzuan selalu berlatih untuk mengucapkan terima kasih kepada Heng Oon.

Heng Oon yang biasanya akan berjogging di situ, bagaimanapun tidak muncul tetapi Affizam berjaya mendapatkan nombor telefon beliau melalui seorang rakannya.

Ketika ditemui di rumahnya, Heng Oon memberitahu bahawa beliau telah lupa tentang kasut yang pernah dihadiahkannya kepada Mohamad Ridzuan sehinggalah beliau melihat perlawanan tersebut.

"Kemudian saya beritahu isteri saya, tetapi pada mulanya dia tidak percaya," kata Heng Oon.


Heng Oon (kiri) bersama isterinya Lu Mei Qi membaca berita mengenai kemenangan Mohamad Ridzuan.

Mengimbas kembali pertemuan dengan Mohamad Ridzuan, Heng Oon berkata beliau dan rakan-rakannya sering melihat Mohamad Ridzuan bersama atlet lain berlatih.

Mereka akan berbual dengan Mohamad Ridzuan dan kadang-kadang berlari dengannya pada jarak dekat.

"Satu hari, Affizam memberitahu saya bahawa dia sedang mencari seseorang untuk menaja sepasang kasut sukan bernilai kira-kira RM200 kerana Ridzuan tidak mampu membeli kasut baharu selepas kasut lamanya tidak boleh digunakan," imbas  Heng Oon.

Tidak lama selepas itu, Affizam memberitahunya bahawa anak muda muda itu telah dipilih untuk menjadi atlet negara.

David Teo Kenal Dalang Sebar Foto Bogel Mirip Atikah Suhaime







Atikah Suhaime nafi sebagai individu dalam gambar bogel yang tersebar.
  




PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberi amaran kepada dalang yang menyebar gambar-gambar bogel mirip pelakon Atikah Suhaime agar tidak lagi melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

David berkata, pihaknya mengetahui siapa individu berkenaan dan sudah pun mempunyai beberapa bukti yang boleh mendakwanya ke muka pengadilan.

"Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

"Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas," ujarnya kepada mStar Online.

[SILA KLIK] "Foto Bogel Itu Bukan Saya" - Atikah Suhaime

David berkata demikian ketika ditemui pada majlis previu filem Volkswagen Kuning, di sini, malam Selasa.


David Teo

Penerbit filem ini menjawab kontroversi tentang pelakon di bawah pengurusannya itu yang dikaitkan dalam gambar bogel  bersama seorang lagi pelakon iaitu Idris Khan.

Tambah David, aktres tersebut menjadi mangsa individu yang merancang untuk menjatuhkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, dia memohon agar masyarakat tidak terus menghukum Atikah dengan kontroversi yang tidak dilakukannya itu.

"Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.

"Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap," ujarnya.

Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanapun, Atikah bersama syarikat pengurusannya tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti.

Saturday, September 24, 2016

Perghh!!! Kuasa viral bantu selesai masalah Uncle David

Kuasa viral bantu selesai masalah Uncle David

Viral
SEJAK 15 tahun lalu, David Christopher atau lebih dikenali Uncle David menjual perhiasan dan mainan di sudut ibu kota Kuala Lumpur di luar sebuah bank setiap hari untuk menampung kehidupan.
Namun rutin jualannya berdepan situasi sukar gara-gara ditipu oleh seorang lelaki.
"Seorang lelaki menempah 250 mainan dengan saya.
"Saya memberitahu untuk datang sendiri dan mengambil tempahan itu, saya menyimpan tempahan itu namun dia tidak memunculkan diri," kata David dipetik BBC.
Kata David, susulan kejadian itu dia menghadapi masalah kerana terpaksa menjual kesemua mainan yang diambil dari pemborong itu sendiri, namun bernasib baik apabila seorang yang mengetahui masalah yang dihadapinya itu dan menghebahkannya di Facebook.
Melalui laman Facebook, Blogger Vivian Tok memuat naik status mengesa rakyat Malaysia membantu penjaja jalanan warga emas itu dengan membeli mainan-mainan yang dijualnya.
"Kepada sesiapa yang suka bermain Pokemon Go, jangan hanya buang masa dengan bermain permainan itu sahaja, ayuh bantu Uncle David.
"Seseorang telah menempah 250 mainan Pokemon daripadanya namun tidak memunculkan diri mengambil tempahan itu.
"Sekarang Uncle David terpaksa menjual kesemua mainan itu dan berdepan kesukaran menghabiskan stok berkenaan. Sila kongsi posting ini dan bantu dia," tulis Vivian.
Cerita kesukaran Uncle David menjadi viral dan mengundang simpati netizen.
Ramai berkongsi lokasi warga emas itu dan menggesa orang ramai untuk sama-sama membeli mainan dari lelaki itu.
"Sambutan yang hebat. Dalam tempoh dua jam, 190 mainan berjaya dijual," kata  David sambil menambah dia amat menghargai sokongan orang ramai.
"Jika orang mahu menipu, saya tidak boleh berbuat apa-apa Tetapi saya mengucapkan terima kasih kepada media sosial kerana ia membantu meningkatkan jualan saya dan saya berterima kasih kepada semua orang yang datang,"ujarnya

Friday, September 23, 2016

Individu Bercumbu Dalam Video Bukan Guru - Mahdzir








Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid.
  
KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.
Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Khamis.
Beliau berkata, rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.
"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau.

Perghh !! Cikgu ditikam 22 kali, orang awam tergamam

Cikgu ditikam 22 kali, orang awam tergamam
Rakaman CCTV menunjukkan seorang guru ditikam 22 kali
NEW DELHI - INDIA . Orang awam hanya mampu melihat apabila seorang wanita diserang dan ditikam sekurang-kurang 22 kali di tempat awam, kelmarin.
Menurut laporan Indian Express, Karuna yang bertugas sebagai guru telah ditikam menggunakan gunting oleh penyerangnya.
Siasatan awal polis menyebut penyerang adalah Aditya Malik iaitu lelaki yang tidak mahu dinikahi oleh Karuna sebelum ini.
Aditya juga didakwa sudah mengekori (stalking) Karuna selama 18 bulan sebelumserangan kelmarin dibuat.
"Tertuduh menyerang Karuna ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke sekolah Novel Reaches," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Utara, Madhur Verma.
Kata Madhur, mangsa maut selepas dihantar ke hospital Sushruta.
"Tertuduh telah ditangkap dan dibelasah oleh orang awam. Tertuduh kini dirawat di hospital Aruna Asaf Ali dan dikawal oleh polis.
"Tertuduh juga mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan Karuna," jelas Madhur.
Polis masih menyiasat kejadian tersebut.

Thursday, September 22, 2016

Foto Bogel Itu Bukan Saya" - Atikah Suhaime









PETALING JAYA: Ketika heboh penyebaran foto bogel dua orang  pelakon, seorang yang dikaitkan dalam foto berkenaan iaitu pelakon Atikah Suhaime tampil menafikan dia individu yang dimaksudkan selama ini.

Atikah, 25, yang berasal dari Singapura turut memberitahu dia tidak melihat gambar kontroversi itu yang turut mengaitkan pelakon Idris Khan.

"Itu bukan saya, saya langsung tidak lihat gambar tersebut. Hanya ibu saya sahaja yang lihat.

"Ibu menasihatkan saya agar bersabar sahaja," ujarnya ketika ditemui pada majlis previu filemVolkswagen Kuning, di sini, malam Selasa.

Salah satu foto yang dikatakan menyerupai Idris Khan dan Atikah Suhaime.

Atikah menjawab kontroversi gambar bogel yang tersebar di Internet sehari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Pelakon yang popular dengan filem Highland Tower itu juga kelihatan tenang sepanjang diajukan soalan daripada media berhubung perkara berkenaan.

Selain itu, Atikah berkata, dia menyerahkan urusan bagi membuat laporan polis kepada pihak pengurusannya MIG Talent  selain mereka mahu menyiasat dalang disebalik penyebaran gambar berkenaan.

"Saya tidak boleh cakap banyak cakap tentang perkara ini dan akan menyerahkan kepada syarikat pengurus untuk menyiasatnya," ujar Atikah.

Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanapun, Atikah tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti.

Wednesday, September 21, 2016

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung