Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, November 30, 2016

Dahsyat!!! Lelaki Tertusuk Dua Anak Panah Diselamatkan Doktor




DUA batang anak panah masih tertusuk di dada lelaki berusia 53 tahun ketika dibawa ke                 sebuah hospital di Rusia, baru-baru ini. - Ihsan Mail Online
  
MOSCOW: Sekumpulan pakar bedah di Rusia terpaksa mengalihkan jantung seorang                   lelaki buat sementara selepas pesakit itu cuba membunuh diri dengan melepaskan dua                  anak panah ke dadanya sendiri.
Kumpulan pakar terbabit terpaksa berbuat demikian untuk menjahit semula bahagian               dalaman lelaki itu yang cedera teruk sebelum memasukkan semula jantung.
Dalam kejadian berkenaan, lelaki berusia 53 tahun yang tidak dinamakan itu, dikejarkan                     ke hospital di Saint Petersburg dengan dua anak panah masih tertusuk di dadanya.
Dia masih sedar ketika dibawa ke hospital dan mengaku cuba membunuh diri kerana tidak              mahu lagi meneruskan hidup.
Malah katanya, dia melepaskan anak panah kedua selepas anak panah pertama gagal membunuhnya.
Kedua-dua anak panah itu sangat panjang sehingga memaksa doktor memotong bahagian         hujung panah tersebut untuk proses imbasan x-ray.
Pada awalnya, lelaki itu dibawa ke Hospital GBUZ Elizabethan tetapi kemudiannya                 dipindahkan ke Pusat Kajian Perubatan Federal Almazov North-West ekoran kelengkapan              yang tidak mencukupi.
Doktor menyifatkan keadaan pesakit itu stabil tetapi masih lagi berada dalam keadaan                         serius.Dia dipercayai melakukan cubaan membunuh diri di rumannya di daerah Primorsky.

Al Fatihah : Mayat Ditemui Sah Syed Redzuan - Ketua Ekspedisi










Syed Redzuan. Foto hmetro.com.my
  KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Damavand, Iran pada Isnin dikenal pasti sebagai Syed Redzuan Syed Salim Shatri. 
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata, rakannya Mohd Khafiz Bachok yang terlibat dalam operasi SAR mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan, 50.
Beliau berkata, mayat itu ditemukan di Yakhar Glacier, dalam keadaan berpakaian jaket merah, seluar hitam serta but mendaki.
Pada masa ini, mayat sedang dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan Mohd Khafiz telah secara positif mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan.
"Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp.
Rozaimi berkata, operasi SAR akan diteruskan pada Selasa bagi mengesan seorang lagi pendaki iaitu Ramli Abd Majid, 44.
Syed Redzuan dan Ramli disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November lepas setelah mereka terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.
Sementara itu, isteri Syed Redzuan, Yuszahanim Yusoff berkata, beliau sedang berusaha bersama-sama dengan pihak kedutaan Malaysia di Iran untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.
Beliau berkata, jasad suaminya telah ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand setelah enam hari operasi pencarian.
"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya.
Sementara itu, menurut Mizan News, Iran, Kementerian Hal Ehwal Luar mengesahkan bahawa satu mayat dijumpai oleh pasukan SAR ketika mencari dua pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damarvand, Iran.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, mayat akan dibawa turun dari gunung dan kemudian dikenal pasti, sebelum sebarang pengesahan lanjut boleh dibuat.
Kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Iran sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu dalam proses mengenal pasti dan akan memberi maklumat terkini dengan sewajarnya, menurut kenyataan itu. 
Dalam pada itu, Rozaimi berkata, operasi untuk mencari Ramli diperluas hingga ke Lembah Yakhar yang mana dua pasukan dilengkapi peralatan teknikal dihantar ke kawasan berkenaan.
"Hari ini, sepasukan enam penyelamat telah dihantar dan kemudian satu pasukan lagi terdiri daripada lima penyelamat akan dihantar ke sana. Kawasan yang menjadi fokus ialah Lembah Yakhar," katanya.
"Kami sentiasa berhubung rapat dengan pasukan penyelamat dan pasukan kedutaan," katanya. - Bernama

Tuesday, November 29, 2016

DAHSYAT !!! Nak Pergi Kenduri Kahwin, Dapat Hadiah Penumbuk Dari 'Abang Kawasan

Nak Pergi Kenduri Kahwin, Dapat Hadiah Penumbuk Dari 'Abang Kawasan'







MASAI, JOHOR - Hanya kerana pelanggaran yang dipercayai tidak serius, seorang lelaki ditumbuk 
dan dipijak oleh seorang 'Abang Kawasan', Sabtu lalu. 

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.15 petang di Jalan Nenas Taman Kota Masai itu, mangsa yang 
dalam perjalanan untuk menghadiri kenduri kahwin, namun dihalang oleh sebuah kereta Proton Saga
 JDH1128 (putih). 
"Lelaki telah menghalang laluan kereta saya dengan sengaja sebelum datang dalam keadaan marah 
dan memaklumkan bahawa saya telah melanggar keretanya semasa berada di persimpangan lampu isyarat. 
"Dia menyuruh saya keluar, namun saya tidak mahu melayannya menyebabkan dia tiba-tiba menendang 
pintu kereta dan terus menumbuk muka saya sehingga terjatuh sebelum dipijak," kata mangsa. 

Mujur orang awam yang berada di kawasan kejadian datang membantu mangsa dan apabila orang 
semakin ramai, lelaki tersebut segera melarikan diri. 

"Dia beritahu saya, dia orang besar di kawasan ini," kata mangsa lagi. 

Ekoran kejadian itu, mangsa cedera di bahagia kelopak mata dan cedera di bahagian dalaman perut.
 Mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, anak mangsa, Aien Naz, telah memuat naik gambar kereta dan lelaki berkenaan serta 
meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil membantu. - The Reporter

Monday, November 28, 2016

Hukuman Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan -Peguam Negara




Hukuman Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan -Peguam Negara

  
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman                   mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa              wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ini kerana ia berpandangan  hukuman             ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.  

Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat                 lalu, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal       hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan     kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya.

Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan   kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Perbuatan sedemikian, katanya, merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga             dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap                           Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan                    Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara               kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman           sosial.  -Bernama

Peghhh !!! Ibu Bapa Bantah Tandas Uniseks Di Sekolah









Gambar hiasan. Foto rt.c
IBU BAPA pelajar di sebuah sekolah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila tandas uniseks diperkenalkan di bangunan baharu sekolah itu.
Bangunan bernilai £12 juta (RM66.58 juta) di Sekolah Buxton di Leytonstone, timur London itu dilengkapi dengan tandas yang digunakan untuk pelajar lelaki dan perempuan berusia lapan tahun ke atas.
Pengetus sekolah, Kath Wheeler mengalu-alukan pengenalan kubikel untuk kedua-dua jantina, manakala kanak-kanak di bawah usia lapan tahun perlu menggunakan tandas berdekatan dengan kelas mereka.
Sekolah tersebut mempunyai pelajar berumur antara tiga dan 16 tahun.
Wheeler berkata, tandas untuk kedua-dua jantina diwujudkan dengan ruang selamat bagi membolehkan para pelajar menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain.
Beliau turut memberitahu bahawa pembinaan tandas mematuhi peraturan Jabatan Pendidikan dan Majlis Waltham Forest.
Bagaimanapun, tandas berkenaan mendapat bantahan di kalangan ibu bapa pelajar dengan mewujudkan petisyen bagi mendesak supaya kemudahan itu ditutup dalam tempoh 24 jam.
Petisyen yang mengandungi 500 tandatangan turut disertakan dengan rasa tidak puas hati ibu bapa yang mendakwa tandas seumpama itu akan mempengaruhi tingkah laku seks dan membawa kepada serangan seksual.
Seorang ibu Shaila Hussain berkata: "Konsep tandas bercampur ini bukan sahaja kanak-kanak berasa berbeza tetapi malu untuk menggunakan tandas.
"Ini akan mempengaruhi tindakan seksual. Adalah lebih selamat jika ia diasingkan untuk lelaki dan perempuan," katanya.
Hannah Cuthbertson berkata, tandas uniseks boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk terlibat dengan seks pada peringkat lebih awal.
Tambahnya, lebih banyak masalah dan serangan seksual boleh berlaku terutama kanak-kanak merupakan golongan yang terlalu muda untuk memahami mengenai implikasinya.
Sementara itu, Firuza Beg percaya penggunaan tandas seumpama itu boleh meningkatkan risiko penderaan kanak-kanak.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang menerima pembinaan tandas itu sebagai langkah yang tepat.
Menurut Jade Slaughter, tandas uniseks adalah lebih mudah buat golongan pelajar tertentu, terutama yang bersifat binari.
Caroline Emma Burns berkata, semua pihak sepatutnya boleh menggunakan tandas dengan aman sama ada tandas uniseks atau tandas untuk jantina yang sama.
"Saya amat berharap kanak-kanak akan dididik supaya menghormati antara satu sama lain, sama ada di tandas atau tidak," katanya. - Mail Online

Sunday, November 27, 2016

Allhu akhbar..Tanah Jerlus..Beberapa Kenderaan Tertimbus





Tanah Runtuh Serendah: 'Satu Persatu Kereta Ditelan Bumi' - Saksi
10:45 AM  Semasa


HULU SELANGOR - "Saya baru saja menutup gerai sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat. Terkejut saya menyaksikan kereta jatuh satu persatu bagi ditelan bumi," kata Normah Ninggal, 48, yang menjadi saksi kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, awal pagi tadi.

Ketika kejadian jam 1 pagi, Normah baru saja selesai berniaga dan sedang mengemas di hadapan rumah yang terletak bersebelahan gerainya itu.

"Saya panggil anak-anak yang berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah untuk masuk. Tak sampai seminit, tanah di belakang rumah runtuh, pokok bergoyang dan kereta berpusing," katanya.

Kejadian itu amat menakutkan kerana tiada tanda-tanda jalan atau tanah di kawasan itu retak, katanya.

Lapor Harian Metro, dalam kejadian itu, seorang penunggang motosikal, Mohd Fareez, 21, dilaporkan patah kaki dan tangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mangsa tertimbus dalam runtuhan berkenaan, namun berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden itu.

Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi 16 minit kemudian.

Saturday, November 26, 2016

Perghhh Palestin Malukan Israel, Hantar Bomba Padam Kebakaran






Palestin Malukan Israel, Hantar Bomba Padam Kebakaran



Jentera bomba Palestin (merah) tiba di lokasi kebakaran untuk membantu Israel memadamkan kebakaran pada 24 November 2016.
  (Ubah saiz teks)
RAMALLAH: Israel terus dimalukan apabila pasukan bomba Palestin menghantar bantuan untuk memadamkan kebakaran yang semakin tidak terkawal di wilayah jajahan rejim Zionis itu.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mejar Jeneral Yousef Nassar berkata, sebanyak empat buah jentera bomba dikerah untuk memberi bantuan kepada rejim penceroboh itu.
Jelas beliau seperti dilaporkan agensi berita Wafa, sejumlah krew bomba membuat persediaan sebelum menyertai Israel dan pasukan bomba dari beberapa negara lain untuk memadamkan kebakaran.
Setakat ini, sebanyak tujuh buah negara menghantar pesawat, sebuah helikopter untuk memadamkan api yang mula merebak sejak Selasa.
Seramai 350 anggota bomba menggunakan jentera pemadam dikerah untuk mengawal kebakaran di kawasan Haifa pada Khamis.
"Kami masih memerlukan bantuan antarabangsa," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada pemberita.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Rusia, Itali, Greece, Croatia, Cyprus dan Turki kerana menghulurkan bantuan.
"Sebanyak 10 lagi pesawat akan tiba sebelum tengah malam untuk memadamkan kebakaran termasuk dua pesawat besar yang dihantar oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin," katanya.
Meskipun Israel sentiasa menindas penduduk dan menceroboh wilayah Palestin, tetapi PA mengenepikan soal dendam untuk menghulurkan bantuan atas dasar kemanusiaan.
Pada 2010, seramai 19 anggota bomba Palestin menyertai operasi memadamkan kebakaran di hutan Carmel walaupun pada mulanya Israel dengan angkuh menolak tawaran bantuan itu.
Rejim Zionis memberi alasan mereka tidak mempunyai askar untuk memantau pergerakan ahli bomba terbabit.
Bagaimanapun Israel menukar fikiran pada hari ketiga kebakaran dan menerima bantuan Palestin.

Friday, November 25, 2016

Subhanallah Gambar gambar ..Israel Di Jilat Api








TEL AVIV: Rejim Israel terpaksa menebal muka untuk meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.
Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan tentang rejim Zionis meminta Greece, Croatia, Cyprus serta Turki untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.
Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.

Thursday, November 24, 2016

Dahsyatt..Mayat Kanak-Kanak Mangsa Dera Ditemukan Dalam Tong




  
SUNGAI PETANI: Aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu dekat sini, awal Khamis, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong yang berada di dalam bilik di rumah terbabit.
"Polis menerima aduan menerusi panggilan telefon pada 1.25 pagi tadi memaklumkan mengenai berlakunya pergaduhan di flat berkenaan dan tiba di lokasi, seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia empat tahun dipukul teman lelakinya.
"Kanak-kanak perempuan terbabit yang mengalami cedera parah, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan," katanya menerusi kenyataan di sini.
Katanya ibu mangsa turut memaklumkan bahawa seorang lagi anak lelakinya berusia dua tahun turut dipukul sehingga mati oleh individu sama dan meninggal dunia sejak 9 Nov lalu.
Md Zukir berkata pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki dibalut dengan toto dan disorokkan di dalam tong..
"Siasatan awal mendapati ibu mangsa dan teman lelakinya mendera mangsa dan si mati.
"Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah amphetamine," katanya.
Susulan itu polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan ibu mangsa berusia 26 tahun di flat terbabit pada 6 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Kes disiasat berasingan iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendera.

Perghh..Gol Gila ,Orang luar pun undi Faiz Subri!

Orang luar pun undi Faiz Subri!

Faiz Subki
Jaringan Faiz dalam YouTube yang disiarkan oleh FIFATV.
"GOL Faiz Subri terbaik. Hello dari Costa Rica," kata Francisco.
Begitu komen-komen pelayar laman sosial, Facebook dan laman video, YouTube apabila menonton aksi gol 'ajaib' yang dilakukan oleh Mohd Faiz Subri.
Ada juga membandingkan gol Faiz tersebut dengan 'gol gila' yang dilakukan oleh Roberto Carlos pada 1998.
"Roberto Carlos buat gol gila pertama pada 1998. Ini gol kedua gila. Tunggu 18 tahun baru dapat lihat ini (gol Faiz)," tulis Bobo.
Tinjauan Sinar Online mendapati pelayar dari Malaysia sangat gembira apabila gol milik Faiz dicalonkan gol terbaik, sebaris dengan pemain antarabangsa, Lionel Messi dan Neymar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jaringan Mohd Faiz tersenarai 10 terbaik oleh Fifa]
Selain itu, terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan Faiz kini mendahului jauh calon-calon gol cantik yang lain.
Faiz menjaringkan gol berkenaan melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari lepas.

Perghhh : Yuna Kesal Gigitan Labah-Labah Di Salah Ertikan Nitizen , Seperti LPVEBITE

Mata orang Malaysia ni memang hebat kalau bab-bab cari salah. Habis depa pi scan. Kesian Yuna selalu jadi mangsa ada jer yang tak kena. Kesan lebam kena gigit labah-labah depa duk kata lovebite.
"Bayangkan saya terpaksa membuat persembahan dalam keadaan sakit kerana muka dan leher bengkak. Saya diserang labah-labah sewaktu tidur dan gigitan itu menjadi bengkak seperti bisul" - Yuna

Wednesday, November 23, 2016

Di Cadangankan Gesa Harimau Malaysia tarik diri dari Myanmar



Gesa Harimau Malaysia tarik diri
KULIM - Pas Kulim-Bandar Baharu menggesa pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia
menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF di Myanmar sebagai solidariti membantah
kekejaman rejim Junta terhadap orang Islam di sana.
Naib Yang Dipertuanya, Mohd Khairi Salleh berkata, rejim Junta bertindak kejam dan melampaui
 norma kehidupan apabila mencabuli hak etnik Rohingya yang beragama Islam, termasuk membunuh.
"Junta terlalu melampau, sepatutnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi mengutamakan hak
semua termasuk etnik Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam juga sepatutnya
menggunakan saluran Asean untuk menekan pentadbiran Yangoon secara politik.
“Langkah menarik diri daripada terlibat dalam sukan berprestij itu adalah pengajaran buat Myanmar
yang menindas etnik Rohingya,” katanya.
Mengikut laporan media, beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, yang berdekatan dengan
 sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa
kekejaman yang dikatakan melibatkan pasukan keselamatan Myanmar.

Kuasa Alllah : Wanita Mengandung Ditembak Tiga Kali Selamat Lahirkan Anak




Wanita Mengandung Ditembak Tiga Kali Selamat Lahirkan Anak



Susheela (kanan) selamat melahirkan anaknya walaupun terkena tiga das tembakan. - Ihsan MAIL ONLINE
  
NEW DELHI: Seorang wanita yang sarat mengandung ditembak sebanyak tiga das ketika sedang tidur dalam kes cubaan membunuh, tetapi dia terselamat dan berjaya melahirkan anak walaupun beberapa peluru masih berada dalam tubuhnya.
Menurut portal Mail Online, mangsa dikenali sebagai Susheela Kumar dari Mahavir Colony di Haryana, India dan suaminya, Pradip diserang sekumpulan lelaki bersenjata ketika mereka sedang tidur di rumah.
Pradip, 27, dan ibu bapanya meninggal dunia dalam serangan yang berlaku pada Jumaat lalu.
Namun Susheela, yang sarat mengandung sembilan bulan, terselamat walaupun terkena tiga das tembakan di bahagian tangan, mulut dan perut.
Apabila kumpulan penyerang itu melarikan diri, jiran mangsa kemudiannya mendapatkan bantuan dan wanita berusia 27 tahun tersebut dibawa ke hospital berhampiran.
Susheela berjaya diselamatkan dan melahirkan anak menerusi pembedahan.
Serangan itu dikaitkan dengan 'pembunuhan bermaruah' selepas Susheela yang berasal dari keluarga kasta yang lebih tinggi mengahwini Pradip kira-kira empat tahun lalu walaupun hubungan mereka tidak mendapat restu keluarga wanita tersebut.
Pegawai polis yang menyiasat kes itu, Karambir Singh berkata, pihaknya percaya keluarga Susheela terlibat dalam pembunuhan tiga beranak tersebut dan siasatan masih lagi dijalankan.

Tuesday, November 22, 2016

Gol Faiz Subri Disenarai 10 Terbaik Dunia. !!! Sila Undi Ya.DiSINI.







PETALING JAYA: Gol sepakan percuma knuckleball pemain tengah skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.
Perkara itu kongsikan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang menerusi laman Facebooknya, FA Penang pada malam Isnin.
"Sah!. Gol jaringan Faiz Subri telah tersenarai bersama sembilan lagi jaringan terbaik dunia untuk Anugerah Puskas Fifa 2016. Tahniah," tulis pasukan itu.
Pasukan tersebut turut memuat naik pautan untuk mengundi calon tunggal dari Malaysia itu. (http://m.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html)
Faiz Subri akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.

Mohd Faiz Subri.
Beliau turut dicabar Mario Gaspar (Sepanyol), Hlompho Kekana (Afrika Selatan), Marlone (Brazil), Saul Nigue (Sepanyol), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela), Simon Skrabb (Finlad).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini telah menghantar surat untuk mencadangkan kepada Fifa agar gol unik pemain berusia 29 tahun itu yang dijaringkan menerusi sepakan bebas dari jarak 32 meter pada minit ke-62 perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang disenaraikan sebagai salah satu calon dalam Anugerah Puskas 2016.
Pada 17 Mac lalu,  FAM memaklumkan bahawa mereka menerima surat maklum balas daripada Fifa berhubung cadangan gol Mohd Faiz dicalonkan bagi anugerah tersebut.
Fenomena sepakan ajaib Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.
Malahan ada yang mendakwa sepakan lencong Faiz Subri itu lebih hebat berbanding pemain lagenda, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.
Sila Buat Undian Anda KLIK Di SINI

SEDIH : 'Pakcik Beli Ikan Berbau Ini Bukan Untuk Kucing, Tetapi Untuk Keluarga'








Petang itu, Azhar, isteri dan anaknya pergi ke pasar ikan. Si isteri minta udang segar, Azhar
belikan udang 2 kilogram, RM70. 
Di tepi mereka, ada seorang pakcik itu mengambil ikan yang agak berbau, ikan baja dan bayar RM2. 

"Pakcik nak bagi makan kucing ke? Ikan itu tak berapa elok, anjing di kebun ayah pun tak
nak makan, berbau" kata Iqram, anak Azhar. 

Pakcik itu terus gosok kepala Iqram sambil berkata, "Anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli 
udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak menoreh getah lagi, tak larat. Ikan ini 
bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing tetapi untuk keluarga pakcik."

Azhar tergamam, lalu meminta maaf berkali-kali dengan pakcik itu. Orang-orang di pasar ikan semua 
terdiam. Iqram terus menangis, meminta maaf pada ayah. Iqram ingat pakcik itu hendak beri kucing 
makan ikan yang dibeli. 
Terus Azhar beli ketam dan udang pada pakcik itu. Berat juga pakcik itu mahu mengambil tetapi bila
melihat Iqram menangis, dia gosok kepala Iqram dan ucap terima kasih. 

Malam itu, bila isteri hidangkan ikan masak stim dan udang goreng, terus air mata Azhar berderai. 

"Emak makan apa di kampung, malam ini?" soalnya. 

Sewaktu kecil dulu, Azhar juga melalui perkara yang sama. Mak kutip ikan yang tidak sesuai buat
keropok di dalam tong ikan, untuk lauk nasi kami sekeluarga. 

Hari ini, Allah swt mengingatkan Azhar lagi dari mana Azhar datang. Sebenarnya kesusahan itu
nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezekiNya.
 Di atas rezeki itu kita ada hak untuk mereka. 

Ya Allah ya Rabbku, tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmahMu. Jauhkanlah kami dari bangga
diri ya Allah.

Monday, November 21, 2016

Tedia.!!! Mangsa rogol ditahan polis selepas buat laporan


rogol
- Gambar hiasan
DUBAI - EMERIAH ARAB BERSATU . Seorang pelancong warga Britain ditahan polis atas
dakwaan melakukan hubungan seks luar nikah selepas beliau membuat laporan dirogol.
Laporan CNN mengatakan wanita terbabit melaporkan dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan warga
 Britain lain ketika berada di Dubai.
Mangsa bagaimanapun dilepaskan tetapi pasportnya dirampas.
Kumpulan NGO, Detained In Dubai yang mendedahkan perkara tersebut mengecam penangkapan
 wanita berkenaan.
"Polis Dubai selalu gagal membezakan hubungan seks dengan izin dengan kejadian rogol," kata
 pengasas dan pengarah Detained In Dubai, Radha Stirling.
"Mangsa pergi berjumpa polis untuk menuntut keadilan, tetapi mereka pula yang didakwa. Mereka

 bukan sahaja menafikan hak sebagai mangsa, tetapi menghukum mereka," tanpa Radha lagi.
Sementara itu, kerajaan Dubai gagal memberikan sebarang komen ketika dihubungi pihak CNN
Sabtu lepas.Jurucakap polis Dubai pula tidak mahu memberi sebarang komen kerana kes
 tersebut belum dibicarakan di mahkamah.

Saturday, November 19, 2016

Polis nafi viral lelaki menyamar Sebsgai Anggotanya



Polis nafi viral lelaki menyamar
Viral iral dalam aplikasi whatsApp berkenaan seorang lelaki menyamar polis untuk menipu.
SERI ISKANDAR - Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah menafikan dakwaan konon pegawai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Bukit Aman dihantar ke kawasan Seri Iskandar bagi membuat siasatan terhadap satu kes jenayah. 
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Aziz Hasan, perkara itu sengaja diviralkan dalam aplikasi Whatsapp bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
“Kita juga tidak mendapat sebarang laporan berkenaan kes penipuan menyamar anggota polis setakat ini. 

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung