Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, January 31, 2017

Perghhh !!! Trafik Perlahan Gara-Gara 'Dab Pose' Atas Jambatan P.Pinang



Trafik Perlahan Gara-Gara 'Dab Pose' Atas Jambatan P.Pinang


GEORGE TOWN: Trafik di sepanjang Jambatan Pulau Pinang bergerak perlahan apabila orang ramai mula bergerak pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Tahun Baru Cina.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila pemilik kenderaan memperlahankan kereta masing-masing untuk melihat aksi dua penunggang motosikal yang bergambar di tembok jambatan menghala ke pulau itu.

Salah seorang daripada mereka berdiri di atas tembok manakala seorang lagi berdiri di atas jambatan, sambil bergambar dengan gaya 'dab' (dab pose).

'Dab pose' merupakan satu gerak tarian di mana penari akan menundukkan kepala dan mengangkat lengan dan siku dalam keadaan menyerong.

Ia telah menjadi satu 'pose' popular untuk orang ramai bergambar sejak kebelakangan ini.

"Saya fikir orang ramai memandu perlahan untuk melihat apa yang mereka (penunggang motosikal) lakukan," kata seorang pemandu yang turut melihat aksi penunggang motosikal itu kira-kira pukul 2 petang Isnin.
Jurucakap Plus Malaysia berkata, orang ramai tidak dibenarkan berhenti di sepanjang jambatan untuk mengambil gambar.

"Jika pasukan peronda mengenal pasti kegiatan itu, kita biasanya akan memberitahu mereka supaya meneruskan perjalanan.

"Bagi kes ini, pasukan peronda mungkin terlepas daripada melihat kumpulan itu kerana mereka mungkin mengambil gambar dan kemudian berlalu pergi," katanya, sambil menambah tiada aduan rasmi dibuat.

Perghhh !!! Dari pemandu bas kilang bergelar jutawan

Dari pemandu bas kilang bergelar jutawan
BAGI seorang wanita, tahun 2009 boleh dikatakan sebagai zaman kejatuhannya dan tahun itu tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.
Tidak mudah untuk Ernayanee Nur Julaimi mengharungi kehidupan sedemikian.
Beliau terpaksa lari daripada keluarga. Tinggal sendirian di Bangi dek kerana hutang keliling pinggang.
Ketika itu tiada siapa mengetahui kesusahannya termasuk rakan rumah sewa yang baharu dikenalinya.
Bagi meneruskan kehidupan, Ernayanee terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk melangsaikan semua hutangnya.
“Orang tidak tahu saya susah. Saya kerja bawa bas kilang di Kuala Lumpur. Saya juga menjadi penyanyi dangdut. Tapi bukan artis. Saya nyanyi bersama kugiran di majlis perkahwinan,” katanya.
Bercerita mengapa hutangnya keliling pinggang, Ernayanee menjelaskan semuanya kerana minatnya terhadap perniagaan online.
“Saya bermula pada 2006. Saya jual pelbagai barang. Saya gunakan semua duit yang ada untuk membeli barangan.
“Bagaimanapun, kesilapan saya hanya satu. Saya tidak tahu bagaimana untuk melakukan pemasaran. Sebab itu pada tahun 2009 saya tersungkur,” katanya.
Bagaimanapun katanya, kejatuhan itu sedikitpun tidak mematahkan minat mendalamnya terhadap bidang perniagaan.
Ernayanee menjelaskan, setahun selepas itu,  dia kembali bangkit dan mendalami ilmu perniagaan online daripada beberapa individu ternama seperti Sifu Jamal.
Sehinggalah pada tahun 2013, Ernayanee mengambil keputusan untuk memberi fokus terhadap perniagaan minyak wangi.
Selang dua tahun, pada Mac 2015, Ernayanee mencipta kejayaan sendiri dengan menghasilkan produk minyak wangi sendiri yang dikenali De’Xandra.
“Selama dua tahun meniaga minyak wangi, saya dapat membaca apa yang pengguna mahukan. Ada lima faktor iaitu murah, tahan lama, original, senang dibawa dan mesra solat.
“Atas faktor itu, saya mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri, De’Xandra,” katanya yang menjelaskan syarikatnya merekodkan jualan bulanan sebanyak 400,000 botol tahun lalu.
Ernayanee berkata, pada usia 31 tahun ini, beliau bersyukur kerana apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil.
“Bayangkan kalau saya berputus asa. Mesti saya tidak dapat apa yang saya rasai hari ini,” katanya yang menyasarkan jualan sebanyak sejuta botol sebulan untuk tahun ini.
Sementara itu, ibu kepada seorang anak itu menjelaskan, beliau sedang berusaha untuk memasuki pasaran Indonesia, Vietnam, Singapura, Brunei, Perancis dan Jepun.
“Saya mempunyai visi tersendiri iaitu untuk menjadi yang pertama di dunia. Saya percaya ia akan tercapai kerana saya diperkuatkan dengan bantuan daripada ahli keluarga yang kini bersama-sama saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ernayanee turut menasihati kepada mana-mana individu yang mahu menjalankan perniagaan online supaya mencari ilmu secukupnya dan tidak mudah berputus asa.
“Banyak cabaran dalam dunia perniagaan online ini. Gunakan sepenuhnya manfaat FB kerana ia memberi kebaikan kepada semua. Dalam bisnes, modal tidak penting tetapi strategik lebih penting,” katanya.

Perghh..Gara-gara terlanggar bahu



mayat
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditikam dalam pergaduhan di pusat hiburan di Mount Kiara, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa datang ke pusat hiburan itu bersama tiga rakannya.
Semasa sedang menari dan berhibur, mangsa berusia 22 tahun telah terlanggar bahu seorang lelaki yang berada di meja sebelahnya.
Berang dengan insiden itu, mangsa dan rakannya telah dibelasah oleh kira-kira 20 lelaki di lokasi kejadian.
Menurut sumber, akibat daripada pergaduhan itu, mangsa telah ditikam di bahagian dada.
”Mangsa yang berlumuran darah kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 9.30 malam, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada kanan,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, setakat ini seramai empat individu berusia lingkungan 21 hingga 22 tahun telah ditahan sejak semalam bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Monday, January 30, 2017

Pergh. Video kes Myvi halang laluan ambulans jadi Tular...Amik Kau

Polis siasat kes Myvi halang laluan ambulans
Polis siasat kes Myvi halang laluan ambulans
Rakaman yang mula menjadi tular baru-baru ini menunjukkan sebuah Perodua Myvi yang menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Persekutuan.
RAKAMAN video yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini memaparkan Perodua Myvi yang menghalang laluan sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan dipandang serius pihak berkuasa.
Menerusi rakaman berdurasi 2 minit 5 saat itu, pemandu Myvi itu dilihat berdegil menggunakan lorong kecemasan walaupun siren ambulans telah dipasang.
Kejadian itu juga turut menunjukkan pemandu Myvi tersebut tidak memberi isyarat ketika ingin menukar lorong.
Insiden itu hampir menyebabkan berlakunya perlanggaran di antara Myvi tersebut dengan ambulans.
Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat yang mengulas tentang insiden itu berkata, siasatan sedang dijalankan pihaknya.
“Diminta pemandu kereta terbabit tampil secara sukarela bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat memberitahu, sehingga kini tiada laporan polis dibuat dari mana-mana pihak berkaitan insiden itu.

Saturday, January 28, 2017

Dahsyatt Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu



Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu
Lokasi kejadian di rumah mangsa di Kampung Parit Pak Intan Parit Sikom.
PONTIAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di leher dan bahu serta tikaman di perut  akibat diserang beberapa individu di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, di sini, tengah hari tadi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Jaiman Sapar, 53 duda anak empat dipercayai diserang menggunakan senjata tajam iaitu parang.
Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada pukul 12.38 tengahari.
“Selepas ditetak mangsa sempat menghubungi adiknya Siti Pujinah Sapar, 53 yang tinggal hanya kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa.
“Mangsa ditemui berlumuran darah dan terbaring di kawasan semak samun di hadapan rumahnya. Mangsa dibawa segera ke Hospital Pontian bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,”katanya.
Jelasnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan si pelaku merupakan penagih dadah.
“Serbuan dan pemeriksaan akan dilakukan di beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi “port penagih dadah” di daerah ini.
“Polis sedang menyiasat kesemua bukti-bukti berkaitan di lokasi kejadian. Unit forensik dan anjing pengesan turut digunakan dalam siasatan kes,”katanya.
Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri  telah  diserang sebaik sahaja dia tiba di rumahnya selepas melawat adiknya Siti Pujinah.
“Polis percaya rumah mangsa telah dipecah masuk ketika mangsa tiada di rumah. Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, mangsa telah ditetak oleh beberapa individu dengan parang.
“Terdapat kesan umpilan pada pintu belakang rumah dan televisyen LCD milik mangsa hilang dipercayai telah dicuri,”katanya.
Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat

Huh Dahsyat Bini Dia Nih : Isteri bawa 12 lelaki belasah & tetak suami


KLANG - Seorang lelaki cedera parah ditetak di bahagian kepala selepas diserang oleh 16 individu termasuk isterinya, lapor Sinar Harian
Dalam kejadian jam 10.40 pagi Rabu, wanita berusia 19 tahun itu datang membawa tiga ahli keluarganya dan 12 lelaki ke rumah mentuanya di Jalan Istana untuk mengambil anak perempuannya berusia dua tahun. 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kejadian itu disedari oleh jiran mangsa lalu menghubungi salah seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa rumah mereka dimasuki orang. 
Terkejut menerima panggilan itu, dia terus bergegas pulang ke rumah. Bila tiba di rumah, dia mendapati mangsa berusia 28 tahun, suami kepada kakak iparnya itu berlumuran darah dan tidak sedarkan diri selepas cedera ditetak di kepala. 
Turut cedera dalam kejadian itu, bapa mangsa, adik lelaki dan rakan mangsa yang berada di rumah tersebut. 
"Kesemua mangsa dicederakan menggunakan batang besi, pengunci stereng, topi keledar dan parang. Akibat kecederaan tersebut, kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan kini dilaporkan stabil. 
"Dalam insiden itu juga, rumah mangsa dan barangan elektrik turut dirosakkan, selain telefon bimbit serta wang tunai kira-kira RM4,000 turut dilarikan," katanya. 
Siasatan awal mendapati, mangsa sebelum ini tinggal bersama isterinya di Kampung Subang, namun berlaku perselisihan faham menyebabkan mangsa bersama anak perempuannya nekad keluar dari rumah pada 9 Januari lalu dan tinggal di rumah keluarganya. 
Susulan kejadian itu, seramai tiga lelaki dan dua wanita termasuk isteri mangsa ditahan pada jam 9 malam, hari yang sama selepas tampil menyerah diri di balai polis. 
"Semakan mendapati dua individu memiliki rekod jenayah lampau kerana bergaduh. Tiga lelaki itu telah direman selama enam hari, manakala dua wanita tersebut direman sehari bagi membantu siasatan," katanya.

Friday, January 27, 2017

Huh Dahsyatt : Ratusan ikan jerung penuhi pantai Israel

Ratusan ikan jerung penuhi pantai Israel
Ratusan ikan jerung penuhi pantai Israel
Antara jerung yang dikesan di pantai Israel. - Foto AFP
TEL AVIV - ISRAEL. Sekitar 100 ekor ikan jerung dikesan berhampiran pantai di utara Israel dan menarik peminat, penyelam dan jurugambar ke pantai Meditteranean timur untuk melihat spesis itu.
"Jerung yang boleh mencapai panjang tiga meter (10 kaki) dikesan di kawasan air panas yang keluar dari tubin stesen kuasa Orot Rabin berdekatan bandar pantai Hadera.
"Anda boleh berdiri di pantai dan menonton jerung di dalam air. Kita tidak tahu jika ada mana-mana tempat seperti ini, pasti tidak di Mediterranean.
"Kita masih belum mengetahui mengapa jerung tersebut datang ke sini. Mungkin kerana air panas, mungkin kerana ada banyak makanan dan mungkin untuk mengawan, kita tidak tahu lagi," katanya dipetik Reuters.
Sementara itu, pihak berkuasa Taman dan Alam sekitar serta pihak berkuasa menyelam Israel mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk menjauhi jerung berkenaan bagi tujuan keselamatan dan melindungi spesis itu.

TAHNIAH : Balasan untuk pemandu teksi berhati mulia


Balasan untuk pemandu teksi berhati mulia
Trent Shields (kiri) bersama Reggie Cabututan (tengah) - Foto Facebook Trent Shields 
MANILA - FILIPINA. Tindakan seorang pemandu teksi di Filipina mengembalikan semula barangan berharga seorang ahli perniagaan yang tertinggal di dalam teksinya menerima ganjaran yang merubah hidup dan keluarganya.
Reggie Cabutatan, 30, dari Baguio ditawarkan menyambung pelajaran serta bekerja di syarikat Australia milik ahli perniagaan tersebut.
"Apa yang saya lakukan hanyalah mengembalikan barangan itu setelah menyedari ia tertinggal di dalam teksi," katanya kepada media tempatan.
Kejujuran itu bukan sahaja menarik perhatian di negaranya itu tetapi di seluruh dunia.
Ahli perniagaan Australia, Trent Shields berkata, Reggie mengembalikan semula komputer riba, pasport dan fon kepala yang bernilai ribuan dolar ketika dia lupa mengambilnya kerana tidak sihat semasa menaiki teksi lelaki itu.
"Reggie tidak mengetahui nilai barangan tersebut, beg pakaian tersebut dikunci dan pastinya dia tidak kisah jika ia mengandungi jutaan dolar atau ianya kosong.
"Ia menunjukkan integiritnya," tulis Trent dalam laman Facebooknya.
Kebaikan lelaki itu turut diceritakan rakan kongsi Trent, Ace Estranda di laman Facebooknya dimana ia turut menjadi perhatian dan digambarkan sebagai simbol maruah terhadap negara.
Reggie dan keluarganya akan ke Australia  untuk melengkapkan kursus pembangunan perisian selama enam bulan yang dijalankan oleh salah satu syarikat milik Trent.
"Selepas Reggie menamatkan kursus tersebut, dia akan ditawarkan untuk menjalankan latihan amali dengan syarikat milik lelaki itu, mendapat perkerjaan dan pastinya akan dibayar gaji yang lumayan," tulis Estrada di laman Facebooknya.
Selain itu, Reggie turut menerima anugerah di atas kejujurannya oleh kerajaan tempata Baguio, lapor Rappler.

Thursday, January 26, 2017

Fuh Dahsyattt : Adegan rogol disiar secara langsung di Facebook

Adegan rogol disiar secara langsung di Facebook
Adegan rogol disiar secara langsung di Facebook
Gambar hiasan - AFP
STOCKHOLM - SWEDEN. Tiga lelaki ditahan di Sweden disyaki merogol seorang wanita dan menyiarkan secara langsung melalui Facebook Live.
Insiden menggemparkan negara itu dilaporkan berlaku di Uppsala, kira-kira setengah jam dari utara ibu negara, Stockholm.
"Adegan rogol berkenaan disiarkan secara langsung dalam satu kumpulan Facebook," kata polis dalam satu kenyataan.
Beberapa penonton yang menyaksikan video berkenaan telah membuat laporan kepada polis.
Polis menyerbu apartmen di bandar berkenaan dan menahan tiga lelaki yang lahir di antara tahun 1992 dan 1998 dan turut menemui seorang wanita berusia 31 tahun.
Media tempatan melaporkan, video berkenaan telah dibuang dari Facebook dan polis merayu sesiapa yang mempunyai salinan video berkenaan tampil menyerahkannya kepada polis.
Facebook Live membolehkan sesiapa sahaja menyiarkan video secara langsung dari telefon pintar mereka.

Wednesday, January 25, 2017

Tular: Video Menyentuh Hati Imam Masjidil Haram Peluk Kanak-Kanak Istimewa











Tular: Video Menyentuh Hati Imam Masjidil Haram Peluk Kanak-Kanak Istimewa 

 

AKSI seorang kanak-kanak cacat anggota menunaikan ibadah di tanah suci Makkah, bukan sahaja menyentuh hati netizen yang menontonnya, tetapi juga tokoh agama terkemuka di Masjidil Haram.
Video berdurasi seminit 57 saat yang tersebar dalam laman sosial sejak beberapa hari lepas turut menunjukkan aksi mulia Imam Masjidil Haram, Sheikh Maahir al-Muaqily yang sanggup berhenti bagi memberi laluan kepada kanak-kanak istimewa itu menunaikan solat.
Lebih mengharukan, Sheikh Maahir terus memeluk kanak-kanak terbabit sebaik sahaja insan istimewa itu selesai menunaikan solat.
Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter, @AbooMuslim semalam dan mula menjadi perhatian umat Islam di seluruh dunia.
"Imam Masjid al-Haram tunggu kanak-kanak ini selesai menunaikan solat supaya dia dapat memeluknya. Pada mulanya saya tidak sedar, tetapi selepas itu..." tulis AbooMuslim.
Insan istimewa bernama Ghanim Mohammed al Muftahitu hanya mempunyai anggota dari kepala ke pinggang sahaja.
Selain video terbabit, satu lagi rakaman turut dimuat naik yang memaparkan bagaimana polis membantu mengosongkan laluan untuk kanak-kanak yang bergerak menggunakan tangan itu.

Tuesday, January 24, 2017

Fuf Dahsyat : Pelakon ditembak mati ketika penggambaran


Pelakon ditembak mati ketika penggambaran
Kenderaan polis yang dapat dilihat di tempat kejadian. - Foto Shaun Urquhart / Twitter)
SYDNEY - AUSTRALIA. "Seorang pelakon ditembak mati pada Isnin ketika penggambaran video muzik yang menggunakan senjata api di sebuah bar di Brisbane," kata polis.
Lelaki berusia 20an ditembak di bahagian dada dipercayai secara tidak sengaja namun polis akan membuka siasatan jenayah terhadap insiden itu.
"Pelakon berkenaan menggunakan beberapa senjata api di lokasi kejadian," kata Inspektor Detektif Tom Armitt kepada pemberita.
"Mangsa yang maut adalah pelakon dan babak berkenaan," katanya.
"Krew filem melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa," kata Armitt sambil menambah lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan nama pelakon atau kumpulan penyanyi yang terlibat.
Brisbane Times melaporkan kumpulan hip hop Australia, Bliss n Eso sedang menjalankan pengambaran video klip berkenaan di Brooklyn Standard, bar bawah tanah di pusat bandar. - AFP

Fuh Dahsyatt : 39 Lelaki 'Bogel' Di Pusat Peranginan Ditahan











PETALING JAYA: Sekumpulan 39 lelaki ditahan selepas didapati berbogel semasa menyertai kem motivasi anjuran sebuah syarikat di padang permainan sebuah pusat peranginan di Bentong.
Lelaki berusia antara 19 dan 23 tahun itu dilaporkan menanggalkan pakaian mereka semasa aktiviti kumpulan yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira pukul 6 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mereka menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti itu di pusat peranginan terbabit kira-kira pukul 6.12 petang.
Katanya, polis dikejarkan ke pusat peranginan itu dan mengintip aktiviti kumpulan berkenaan dan menahan sekumpulan lelaki pada tengah malam.
Turut ditahan sembilan wakil termasuk dua fasilitator wanita dari syarikat tersebut.
Mohamad Mansor berkata sekumpulan lelaki itu mengambil bahagian dalam permainan yang dipanggil "All Out" di mana mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk membentuk satu garisan menggunakan objek yang ditampal pada badan mereka.
Program tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari itu membabitkan 48 peserta.
Polis sedang menyiasat kumpulan tersebut kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Monday, January 23, 2017

Dahsyatt : Tolak Hubungan Seks, Isteri Maut Ditikam Suami




(Ubah saiz teks)
SEMPORNA: Seorang wanita berusia 38 tahun maut selepas ditikam suaminya menggunakan sebilah pedang samurai kerana menolak untuk mengadakan hubungan seks.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi Ahad itu, mangsa dikenali sebagai Norminah Bollok, 38, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Semporna akibat kecederaan parah di bahagian rusuk dan pergelangan tangan.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, berkata suami mangsa melarikan diri selepas insiden itu.
"Kami sedang memburu suspek yang melarikan diri bersama beg yang mengandungi pelbagai dokumen milik anak-anaknya," kata Umbuas.
Beliau berkata mereka menjumpai sebilah pedang samurai yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
Berdasarkan siasatan awal polis, beliau berkata suspek bangun pada awal pagi lalu pergi ke bilik isterinya untuk melakukan hubungan seks.
Namun, hasratnya itu telah ditolak oleh mangsa menyebabkan suspek berang lalu menikam isterinya.
Dia kemudiannya melarikan diri manakala anak-anak mangsa membawa ibu mereka ke hospital.
Umbuas berkata pasangan itu dikurniakan lapan anak, empat lelaki dan empat perempuan berusia antara 13 dan 22 tahun.

Perghh !!! Terkejut gambar kawal lalu lintas jadi viral



Terkejut gambar kawal lau lintas jadi viral
Muhammad Syameel ketika ‘bertugas’ menyuraikan kesesakan lalu lintas di Persimpangan Jalan Peserai dan Jalan Bakau Chondong dan ianya menjadi viral di laman sosial. Gambar kecil: Muhammad Syameel
BATU PAHAT - “Terkejut saya…apabila gambar saya yang cuba membantu meleraikan kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Peserai dan Jalan Bakau Chondong, di sini menjadi viral,” kata seorang pelajar tingkatan empat.
Gelagat pelajar berkenaan, Muhammad Syameel Mad Daud, 16, yang berdiri di tengah-tengah persimpangan jalan, seolah-olah polis trafik yang bertugas ‘mengawal’ kesesakan jalan raya akibat lampu isyarat terputus bekalan elektrik itu terus menjadi bualan.
Kata Muhammad Syameel yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Onn di sini, menyatakan ketika kejadian berkenaan berlaku di dalam perjalanan pulang ke rumahnya, di Kampung Parit Lapis.
Menurutnya, dia yang tertanya-tanya pada mulanya mencari punca sebenar kesesakan luar biasa itu, akhirnya menemui jawapannya apabila lampu isyarat simpang empat itu tidak berfungsi.
“Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang daripada aktiviti kokurikulum, dengan menunggang motosikal, namun motosikal saya tidak bergerak dalam tempoh yang lama tetapi bila sampai di sini, rupanya lampu isyarat rosak.
“Tanpa berlengah lagi setelah turun daripada motosikal, saya terus ke tengah jalan membantu menyuraikan kesesakan ini, saya tidak mempunyai niat lain hanya untuk membantu pengguna jalan raya yang lain.
"Saya tak sangka gambar saya cuba membantu menyelesaikan kesesakan jalan raya di persimpangan jalan akibat lampu isyarat terputus bekalan elektrik itu menjadi tular di media sosial terutamanya di laman Facebook,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurut Syameel, pada mulanya dia berasa amat gementar untuk turun daripada motosikal tetapi dia kuatkan semangat, walaupun ada rasa risau termasuklah keselamatannya di tengah jalan raya terbabit.
Katanya, namun setelah 15 minit ‘bertugas’ di tengah-tengah pusat bandar Batu Pahat ini dia didatangi oleh polis trafik yang terus membantu menyelesaikan kesesakan yang berlaku itu.
"Selepas pihak polis trafik sampai ke tempat kejadian, mereka turut memberi amaran kepada saya kerana perbuatan begini amat bahaya dan mengancam keselamatan saya, tetapi saya sudah memohon maaf kepada polis trafik dan menerima nasihat mereka agar tidak melakukannya lagi.
"Walaupun tindakan saya ketika sangat bahaya, tetapi saya rasa amat berpuas hati kerana dapat membantu orang ramai yang menggunakan jalan raya berkenaan daripada menghadapi kesesakan jalan raya,” katanya.

    Sunday, January 22, 2017

    Perghh !!! Akibat Laporan palsu: Bekas pemain sepak takraw dipenjara



     Laporan palsu: Bekas pemain sepak takraw dipenjara
    Mohd Firdaus antara orang kena saman (OKS) yang mengaku salah atas pertuduhan membuat laporan palsu berhubung kejadian ragut. - Foto Sinar Harian
    MELAKA TENGAH - Padah memberikan maklumat tidak benar berhubung kes ragut, lima individu termasuk seorang bekas pemain sepak takraw negara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat laporan palsu.
    Bekas skuad sepak takraw kebangsaan, Mohd Firdaus Abd Ghani, 39; Siti Nor Adilah Abdul Rauff, 23 dan Goh Siew Chin, 45; dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM1,000 sementara KM Serivan, 22 dan Shazuwan Husin, 21, didenda RM1,000.
    Hukuman terhadap tiga pesalah itu diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh sementara dua daripadanya dijatuhi hukuman oleh Majistret Norina Maludin.
    Berdasarkan pertuduhan, Mohd Firdaus didapati membuat laporan palsu berkenaan disamun di Balai Polis Tanjung Minyak kira-kira jam 1.30 pagi pada 30 Disember 2016.
    Siti Nor Adilah didapati membuat kesalahan sama membabitkan kerugian RM100 di Balai Polis Tengkera, pada 2.30 petang, 15 Disember lalu sementara Siew Chin melibatkan wang tunai RM480, di Pejabat Pegawai Penyiasat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah jam 5 petang, 1 Januari lalu.
    Sementara di mahkamah berasingan, Shazuan pula didapati memberikan laporan palsu membabitkan kerugian RM50 di Balai Polis Kandang, jam 11.45 malam pada 12 Disember tahun lalu.
    Serivan melakukan kesalahan sama di Pejabat Risikan Jenayah (D4), Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah jam 3 petang 17 hari kemudian.
    Kesemua tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Saturday, January 21, 2017

    huhu Dahsyat : SPRM Kedah Rampas RM1.1 Juta Wang Tunai Di Rumah Penolong Jurutera Kanan









    ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah merampas wang tunai berjumlah RM1.1 juta dari rumah seorang penolong jurutera kanan yang ditahan sepada Rabu bersabit rasuah. 

    Pengarahnya Datuk Mohd Fouzi Muhammad berkata, wang terbabit ditemukan tersorok di dalam dinding bilik tidur utama dalam serbuan oleh sepasukan 10 pegawai SPRM di rumah suspek, di Kampung Sungai Daun, Guar Cempedak, 3 petang Khamis.

    "Kita percaya ada lagi wang yang belum kita temukan dan jumlahnya boleh mencecah sehingga RM3 juta," katanya dalam sidang media di sini.

    Suspek berusia 56 tahun itu diberkas di rumahnya pada 11.30 pagi Rabu kerana dipercayai menerima rasuah daripada kontraktor, melibatkan 30 projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di daerah Sik sejak 2012.

    Mohd Fouzi berkata ketika serbuan, pasukan SPRM mendapati dinding kayu bilik tidur utama di rumah itu telah diubah suai dan apabila diperiksa menemukan wang tunai yang diletak di dalam bekas coklat serta bekas plastik.

    Beliau berkata rampasan itu adalah yang terbesar bagi SPRM Kedah untuk tahun ini.

    Suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

    Mohd Fouzi berkata setakat ini sebanyak 20 saksi telah diambil keterangan berhubung kes itu. -Bernama

    Friday, January 20, 2017

    Pergghh Tiba-tiba dapat RM780 juta dalam bank


    Tiba-tiba dapat RM780 juta dalam bank
    Liu menunjukkan wang 'ang pau' sebanyak 200 Yuan sebagai sagu hati yang diberikan pihak bank.
    HUNAN - CHINA. Lelaki ini tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan. Tetapi bagaimana kalau wang sebanyak RM780 juta secara tiba-tiba masuk ke dalam akaun simpanan. Apakah dia akan menyerahkan semula kepada bank ataupun terus membelanjakan sehingga habis?
    Inilah 'durian runtuh' yang diterima oleh lelaki ini dikenali sebagai Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan, pada jam 3 petang, Ahad lalu.
    Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.
    Kira-kira 6 petang, Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.
    Rupa-rupanya 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.
    Liu mengakui walaupun hanya tiga jam, tetapi tempoh tersebut sukar dilupakannya kerana inilah kali pertama dia menjadi 'jutawan' sepanjang hayatnya.
    Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan 'ang pau' sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.
    Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.

    Thursday, January 19, 2017

    Dahsyatt !!! Murid OKU kritikal dirogol guru besar, tiga guru lain

    Murid OKU kritikal dirogol guru besar, tiga guru lain
    Murid OKU kritikal dirogol guru besar, tiga guru lain
    Keadaan murid itu yang kritikal, Foto DailyMail.
    BIHAR - INDIA. Seorang murid perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 tahun,
    berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru besar dan tiga guru lain.
    Memetik laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di bandar Kako,
    di timur Bihar, India itu sekali gus membangkitkan kemarahan penduduk setempat.
    Jurucakap polis Jehanabad Kusum Bharati berkata: "Kami telah membuka satu siasatan
    kes rogol terhadap guru besar, Aju Ahmed dan guru Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan
     A Rahman sepertimana yang diadukan oleh ibu mangsa."
    Mangsa kini telah dibawa ke Kolej Perubatan Patna untuk rawatan.
    Sementara ibunya, yang sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa anaknya itu berikrar
     akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keadilan berpihak kepada anaknya.
    Dia juga berkata akan membuat aduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
    "Saya berharap anak saya pulih, dan akan melakukan sehabis kemampuan saya untuk anak saya,
    " ujar wanita berkenaan yang tidak dinamakan

    Wednesday, January 18, 2017

    DAHSYATTT !!! Perompak tertanggal topeng muka tetak mangsa

    Perompak tertanggal topeng muka tetak mangsa
    Rakaman CCTV menunjukkan perompak yang masuk melalui pintu depan kedai runcit terbabit.
    KOTA BHARU – Seorang lelaki berketurunan Pakistan juga tauke sebuah kedai runcit di Pasir Tumbuh, di sini, hampir putus jari kelingking selepas ditetak perompak yang tertanggal topeng muka ketika merompak kedainya, awal pagi tadi.
    Arshad Ali, 34, turut mengalami kecederaan di belakang badan akibat kejadian pada jam 5 pagi tersebut.
    Pekerjanya, ibu tunggal, Isniaida Abdul Wahab, 39, berkata, mereka didatangi tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan kapak serta pedang, secara tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam kedai serta merompak mereka.
    Katanya, seorang suspek yang memegang kapak meluru ke arah Arshad, manakala dua lagi suspek yang bersenjatakan pedang panjang mengacukan senjata itu ke arahnya yang berada di kaunter serta memaksa dia menyerahkan wang tunai.
    “Dalam kekalutan, majikan saya bertindak mencapai kayu dan bergelut dengan suspek yang memegang kapak, bagaimanapun topeng muka suspek tertanggal menyebabkan raup wajahnya terlihat dengan jelas.
     “Saya sempat berpaling ke arah dia dan terkejut kerana mengecamnya sebagai pelanggan tetap yang kerap ke kedai ini. Suspek yang turut tersentak dengan keadaan itu meluru sambil mengayun kapak berkali-kali ke kepala saya, tetapi dihalang Arshad dengan tubuhnya sebagai perisai,” katanya.
    Akibatnya, Arshad yang cedera terkena tetakan dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk rawatan. Mangsa menganggarkan kerugian mereka bernilai RM6,000 daripada wang tunai, kad tambah nilai serta rokok jenama Dunhill yang larikan kumpulan perompak terbabit.

    Perghh Sempoi Ride Mai Pulau Bunting, Yan Kedah..Tapi Apa Sudah Jadi Dengan Pulau Ni ?




    Penulis sempat merakamkan gambar di sini

      penulis bersama teman se rider




    Pulau Bunting yang cantik

    Jambatan yang cantik dan mahal tiada harga lagi


    View yang cantik dari udara


    Sayang seribu kali sayang pulau yang cantik tiada manfaatnya setelah hampir 10 tahun lamanya dibiarkan begitu sahaja.. huhu.

    Tuesday, January 17, 2017

    Perghhh !!! Penyokong Pulau Pinang boikot jersi 2017? Tak Sempoii Ka ?


    Penyokong Pulau Pinang boikot jersi 2017?
    Zairil berpendapat jersi itu akan lebih menarik selepas dihiasi logo-logo penaja. Foto Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang. 
    GEORGETOWN - Satu petisyen telah dilancarkan oleh penyokong Pulau Pinang kerana tidak berpuas hati dengan rekaan jersi terbaharu pasukan bagi musim 2017 kerana dikatakan terlalu ringkas dan tidak menonjolkan identiti pasukan.
    Muhamad Muzakkir Mohd Nor, penyokong yang melancarkan petisyen tersebut yang bertajuk 'Tukar Design Jersi Penang FA 2017' sejak beberapa hari lalu kini telah menerima lebih 1,000 tandatangan yang meminta Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mempertimbangkan kembali rekaan jersi lain.
    Menurutnya, beliau percaya majoriti penyokong Harimau Kumbang kecewa dengan corak jersi dan beliau percaya mereka akan memboikot pembelian jersi tersebut sehingga corak jersi yang baharu dikeluarkan.
    "Alasan yang diberikan pihak persatuan kononnya corak ini dipilih adalah disebabkan kebocoran corak terdahulu oleh pihak tidak bertanggungjawab sukar diterima kerana corak terbaru adalah terlalu ringkas dan akan menyebabkan lebih mudah bagi cetak rompak jersi akan berlaku," katanya kepada Sinar Harian.
    Sementara itu,  Pengurus pasukan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari ketika dihubungi berkata, beliau berpendapat jersi itu menarik, bercorak vintage dan selepas dihiasi logo-logo penaja akan menjadi lebih menarik.
    Menurutnya, citarasa seseorang itu relatif dan ada yang tidak suka namun beliau mendapati ramai juga yang menyukainya.
    "Nak puaskan hati semua memang mustahil. Ada juga yang pertikai dan kata tak bangga nak pakai, nak boikot dan sebagainya. Bagi saya, seorang peminat tulen itu akan bangga memakai logo dan bukannya baju.

    Rumah Rehat Muslim

    Rumah Rehat Muslim

    Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung