Friday, July 20, 2018

Perghhh Sempoii !!! Ronaldo 'sedekah' RM95,000 untuk pekerja hotel


Namanya memang besar. Kedatangannya ke Turin, Itali untuk menjadi seorang daripada 'tentera pemusnah' Juventus membawa laba yang besar buat kelab berkenaan.
Kini Cristiano Ronaldo dilaporkan turut berkongsi tuah yang diraih.
Pemain kebangsaan Portugal itu dilaporkan cukup bermurah hati semasa berada di salah satu tempat percutian di Greece.
Menurut laporan The Sun, Ronaldo dengan selamba meninggalkan tip bernilai hampir RM94,200 untuk dinikmati kakitangan hotel tempat dia menginap.
Ia sebenarnya bukanlah masalah besar buat bintang yang turut dikenali dengan gelaran CR7 itu.
Untuk khidmatnya di Juventus, Ronaldo, 33, akan dibayar gaji £500,000 (RM2.6 juta) seminggu. Ia menjadi kenyataan selepas kelab dari Itali itu membayar £99 juta (RM522.4 juta) untuk membawa pemain terbabit dari Real Madrid ke Turin.
Selepas proses perpindahannya diselesaikan Ronaldo menuju ke Costa Navarino di wilayah Pelopnnese untuk berehat.
Pada saingan Piala Dunia 2018, Portugal gagal mara ke peringkat separuh akhir.
The Sun melaporkan Ronaldo menghadiahkan kakitangan hotel itu sebagai tanda puas terhadap layanan yang diterima. Dia kemudian berlepas ke Itali.
"Ronaldo meminta pengurusan mengagih-agihkan tip tersebut secara sama rata di kalangan pekerja hotel itu," kata sumber.
Sementara itu sejumlah gambar yang tersebar pula menunjukkan Ronaldo menghabiskan masa percutian itu dengan beberapa orang, termasuk teman wanitanya Georgina Rodriguez.
Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung