Wednesday, September 19, 2018

Pergggg !!!! Disindir isu ribut di Perlis: “Saya tak sentap, tapi nak beritahu masih ramai lagi orang macam ni...”




PETALING JAYA: Gara-gara memberi nasihat berkaitan bencana alam yang berlaku di Indonesia dan Filipina baru-baru ini, seorang pendakwah muda disindir di laman sosial.
“Hal ribut dekat Perlis ni, entah apa lah PU ** Amin nak goreng (cakap),” menurut status seorang pengguna Twitter pada pagi Selasa yang merujuk kepada Pencetus Ummah (PU) Amin.
Ia dipercayai susulan status PU Amin di Twitternya pada Isnin mengenai beberapa bencana alam, disifatkannya sebagai isyarat daripada Tuhan bagi memberi peringatan kepada manusia supaya menjauhi kemungkaran.

“Bulan lepas gempa bumi di Indonesia. Orang kita, taubat kejap lepas tu sambung buat maksiat. Bulan ni Taufan Mangkhut di Filipina, orang kita masih degil, masih leka, tak perasan Tuhan tegur bagi nasihat. Doa yang baik-baik agar Allah selamatkan kita, walaupun dosa kita lagi dahsyat,” tulisnya, Isnin.
PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, bencana alam dan fenomena yang berlaku sejak akhir-akhir ini diibaratkan sebagai satu isyarat menunjukkan peringatan daripada Allah SWT kepada umatNya.

Namun kata PU Amin, beliau dihujani dengan sindiran di atas nasihatnya itu, sekali gus menunjukkan segelintir mereka  tidak boleh menerima teguran dan nasihat.
“Bila saya muat naik tweet (sindiran) tu nak beritahu bahawa masih ramai orang macam ni dalam kalangan kita kalau berlaku lagi ribut dan bencana alam itu, mereka akan kata ‘kau dengarlah cakap-cakap ustaz, pendakwah ni yang kata ada kaitan dengan maksiat dan dosa’, nak takutkan orang dengan bencana alam.
“Bila saya bercakap mengenai sesuatu bencana dan malapetaka, bukan disebabkan maksiat atau kederhakaan yang dilakukan di kawasan berkenaan, kerana (bencana) tidak kira berlaku di mana... tidak kira Perlis ke Terengganu malah Kuala Lumpur pun dengan hujan lebat-lebat sejak akhir-akhir ini.
“Ini adalah antara ujian dan cabaran yang Allah SWT beri, bukan hanya kerana ramainya orang buat maksiat tetapi ramainya orang yang baik diam hanya melihat maksiat,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Malah kata PU Amin, masyarakat kini bukan sahaja berdepan dengan golongan yang membuat maksiat tetapi juga mereka yang berani meskipun ditunjukkan beberapa petanda dan isyarat daripada Yang Maha Esa.
“Mereka kata ‘ini bukan bencana alam tetapi fenomena biasa, di mana teruskan kehidupan kerana kubur masing-masing... tak ada kaitan dengan bencana alam.
“Sebenarnya tak ada istilah kubur masing-masing, sebab kalau jiran kita (di dalam kubur) dapat nikmat kubur (perkara ghaib) dan kita akan cemburu, atau bila mereka mendapat azab di kubur sebelah, kita yang mendapat nikmat akan kesian dengan dia, tak sanggup dengar dia menjerit dalam kubur. Nikmat dan azab kubur ini wajib kita percaya,” kata PU Amin yang juga memberi nasihat sebagai peringatan berdasarkan kejadian ribut pasir di Padang Arafah, dekat Makkah baru-baru ini.
Sehubungan itu PU Amin memberitahu, sebagai salah seorang pendakwah, beliau mempunyai tanggungjawab dalam berkongsi ilmu dan menyeru masyarakat melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

PU Amin. Foto instagram pencetusummah_amin
Beliau juga tidak tersinggung di atas setiap sindiran dan kata-kata cacian yang dilemparkan terutama dalam kalangan netizen di media sosial mengenai dakwahnya.
“Saya tak sentap, tak pernah sentap. Ini adalah perjuangan saya (sebagai pendakwah). Saya diamanahkan dengan ilmu untuk memberi teguran dan nasihat kepada masyarakat. Ini bukan sindiran yang pertama, dah memang banyak.
“Malah, ia (sindiran) memberikan saya semangat untuk terus berdakwah. Saya akan meneruskan perjuangan mengenai pelbagai perkara dan kalau mengenai bencana alam, di mana-mana ia berlaku pun akan saya sebutkan sebagai nasihat kepada masyarakat,” katanya.
Dilaporkan, sebanyak 56 rumah di beberapa kampung dan kawasan perumahan di Perlis mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Isnin.
Tiga individu maut turut dilaporkan dalam satu insiden melibatkan dua kereta di Padang Besar ketika kereta mereka bertembung dalam ribut.

Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung