Thursday, October 18, 2018

Perghhh Sempoiii !!! Macam ombak betul! "Aku pun tak sangka boleh lukis laut dan ombak ni"

Macam ombak betul! "Aku pun tak sangka boleh lukis laut dan ombak ni"


PETALING JAYA: Bakat melukis yang dimiliki oleh wanita muda ini berjaya mencuri tumpuan netizen selepas karyanya dimuat naik di Twitter pada Ahad.
Karya Nornasha Shafiqa Anuar, 21, bertemakan laut dalam dan ombak itu turut menarik minat pengguna Twitter untuk membeli lukisan-lukisan yang dihasilkannya.
Kata artis tiga dimensi (3D) itu, dia menerima banyak permintaan daripada pengguna media sosial sejak posting tersebut tular.
"Lebih 50 orang yang hantar DM (pesanan terus) dan tanya tentang lukisan tu kerana berminat nak beli.
"Setakat ini, saya sudah jual tiga daripada sembilan lukisan ombak dan laut dalam," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Nornasha Shafiqa mendapat inspirasi lukisan laut dalam dan ombak daripada lagu The Beach.
Harga bagi setiap lukisan adalah bergantung kepada saiz, bahan-bahan yang digunakan dan masa yang diluangkan untuk menyiapkannya.
Setakat ini, bebenang yang dimuat naik oleh Nornasha Shafiqa di Twitter itu menerima 12,289 tanda suka (likes) dan 9,331 ulang kicau (retweets).
Tambah lulusan diploma animasi 3D dari Akademi KRU itu, dia menghasilkan karya dengan tema tersebut kerana keinginan untuk bersiar-siar di kawasan pantai.
Jelasnya, lukisan-lukisan tersebut dinamakan 'bawa aku ke pantai' selepas mendapat inspirasi daripada lagu dendangan Bil Musa yang berjudul The Beach.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/17/lukisan-ombak-viral/~/media/8f58eead76984d83821309e2e4dfc8c4.ashx?la=en
Ruang kerja Nornasha Shafiqa.
"Dalam lirik lagu tu ada baris 'bawa aku ke pantai' dan saya cuba terjemahkan ke dalam lukisan.
"Saya ni seorang yang pemalu dan pendiam. Jadi, saya banyak luangkan masa dengan melukis," ujarnya sambil menambah aktiviti itu dilakukan pada setiap hujung minggu.
Karya yang dihasilkan Nornasha Shafiqa kelihatan seperti lukisan ombak sebenar yang kadang kala diinspirasikan daripada filem dan gambar di internet.
Bagi wanita itu, dia tidak terlintas untuk meraih pendapatan sampingan daripada lukisan-lukisannya kerana pada awalnya menganggap ia sekadar satu hobi.
"Bagi saya, siapa yang ada kelebihan tu beruntung sebab mungkin daripada hobi boleh jadi sumber pendapatan sampingan," ujarnya.

Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung