Thursday, December 6, 2018

Harimau Malaya mara ke final, kata Safawi “Dah lama tak menang...


Safawi cuba merebut bola daripada pemain Thailand Pokklaw A-Nan pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok, Rabu malam. Foto:AP
PETALING JAYA: “Syukur dengan kemenangan ini selepas sekian lama tidak menang di padang Thailand, ” akui pemain muda negara Safawi Rasid.
Pemain Paling Bernilai (MPV) 2018 itu mengakui sangat teruja apabila pasukan negara mara ke pentas akhir, lebih-lebih lagi selepas berdepan dengan lawan sukar seperti Gajah Perang.
IKLAN
"Pasukan negara menunjukkan semangat yang sangat tinggi hari ini. Saya sangat gembira memandangkan kita sudah lama tidak menang di tempat lawan, lebih-lebih lagi bertemu Thailand.
"Terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya yang hadir ke sini (Bangkok) dan juga yang berada di tanah air," ujarnya kepada mStar Online sejurus selepas perlawanan.
Mengenai dirinya yang tidak bermain masa penuh, kata  Safawi, dia sedikit cedera di bahagian belakang ketika berebut bola dengan pemain lawan.
"Bahagian pinggang agak sakit sedikit. Harap dapat sembuh menjelang final nanti," tambahnya.
Pada aksi ‘hidup mati’ di Stadium Rajamangala itu menyaksikan skuad Tan Cheng Hoe terikat dengan keputusan seri 2-2, namun kelebihan beraksi di tempat lawan membolehkan Harimau Malaya mara ke final buat kali keempat sejak 1996.
Kali terakhir Malaysia mara ke final pada edisi 2014, namun tewas di tangan pasukan Gajah Perang ini.
Manakala aksi akhir tahun ini bakal menyaksikan trofi kedua buat Malaysia sekiranya menang ke atas lawan sama ada Vietnam atau Filipina.

Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung