Nuffnang

Monday, February 11, 2019

Perghh !! Gadis dedah cikgu ‘gatal’ curi gambar, perkenal dirinya sebagai pelacur di grup porno


Serena terkejut gambarnya dimuatnaik dalam kumpulan sembang pornografi. Foto ihsan Serena Ngu.


TERKEJUT dan marah. Itulah reaksi seorang gadis apabila beberapa keping gambarnya yang dimuat naik di media sosial 'dicuri', kemudian disebarkan oleh seorang lelaki di dalam kumpulan sembang pornografi di aplikasi Telegram.
Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut yang didakwa berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur turut memperkenalkan mangsa sebagai pelacur kepada ahli kumpulan sembang tersebut.
Mangsa, yang dikenali sebagai Serena Ngu Qian Xing berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh seorang rakan lelakinya yang turut mengikuti kumpulan sembang itu yang dikenali sebagai Matscandal.
"Kawan saya tiba-tiba mesej beritahu dia nampak gambar saya dekat group tersebut. Lelaki itu mendakwa saya sebagai pelacur berbayar.
"Saya terkejut dan marah. Saya segera minta link group itu daripada kawan saya. Saya join kemudian tengok memang betul gambar saya ada di dalamnya.
"Saya terus maki dalam group tersebut. Lelaki tersebut block saya serta merta tapi admin group itu DM saya dan beritahu dia dah buang semua gambar saya," katanya ketika dihubungi mStar Online.


Posting Serena menjadi tular di Twitter pada 5 Februari lalu.
Berang dengan perkara itu, Serena bertindak memuat naik paparan skrin posting guru terbabit dalam kumpulan sembang tersebut di laman Twitternya.
"Saya tak fikir tweet itu akan dapat perhatian ramai sebab saya hanya mahu lepaskan geram dan marah. Tapi tak sangka tiba-tiba saya dapat DM daripada pelajar dan bekas pelajar cikgu tersebut.
"Mereka beritahu cikgu itu memang gatal. Ada yang mendakwa mereka pernah diajak keluar dan disentuh cikgu itu dengan sengaja.
"Malah ada pelajar tingkatan dua yang baharu berpindah ke sekolah itu mengadu cikgu tersebut mahu berkenalan dengannya," kata gadis yang bekerja sebagai jurusolek di Johor Bahru itu.
Menurut Serena, dia tidak mengenali lelaki tersebut tetapi pernah menerima mesej daripadanya beberapa kali di Twitter sebelum ini.
"Saya tak kenal dia tapi dia ada DM saya di Twitter beberapa kali tapi saya tak reply.
"Saya pun tak perasaan bila dia follow saya dekat Instagram memandangkan akaun saya tak private sebelum ini.


Mesej yang diterima Serena daripada mangsa yang pernah diganggu guru tersebut.
"Tapi saya difahamkan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia juga guru mata pelajaran Pendidikan Seni dan juga jurulatih bola sepak di sekolahnya," kata gadis berketurunan Cina-Iban itu.
Jelas Serena, dia pernah menghubungi guru tersebut menerusi mesej di Instagram untuk bertanyakan mengenai perbuatannya itu.
"Memandangkan dia block saya di Twitter, jadi saya DM (dia) guna Instagram. Saya tegur dia 'eh masih follow saya lagi ke'? Terus dia minta maaf dan ajak saya untuk berbincang.
"Saya tak nak dan terus block dia. Kawan saya juga sengaja tanya dia dalam group sembang tersebut konon nak tengok gambar saya. Rupa-rupanya bukan satu gambar dia curi tapi banyak lagi.
"Bila kawan saya tanya mana dia dapat gambar tu, lelaki tu pura-pura beritahu dia lupa dapat dari mana," katanya.
Susulan itu, Serena membuat laporan polis demi keselamatan dirinya pada 7 Februari lalu.


Serena sudah membuat laporan polis pada 7 Februari lalu. - Foto ihsan Serena Ngu
"Saya dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung perkara itu agar tindakan dapat diambil ke atas guru berkenaan.
"Saya turut dimaklumkan bahawa guru tersebut sedang dalam perhatian. Saya berharap tindakan sewajarnya diambil agar insiden sama tidak berulang," katanya.
Malah, Serena turut menasihatkan gadis yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual supaya tampil mempertahankan diri.
"Kalau ada apa-apa terjadi dekat sekolah atau di mana sahaja jangan hanya berdiam diri. Tampil pertahankan diri anda.
"Kita ada hak nak pakai baju macam mana dan kita juga ada hak untuk post gambar sebab akaun (media sosial) itu atas nama kita.
"Kalau anda ghairah tengok foto saya, tolong kawal nafsu anda. Segalanya bermula dengan pemikiran anda," katanya. Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung