Nuffnang

Sunday, May 26, 2019

Viral!!! Kecoh ‘kaki story’ tak sengaja rakam ‘cik ponti’ jam 4 pagi, “Ramai kata ada orang bela, bersepah kat sini”



Rata-rata netizen seram sejuk melihat penampakan entiti misteri di sebalik tiang di sebuah flat PPR.
KEBANYAKAN kita percaya syaitan mahupun mahkluk halus diikat sepanjang bulan Ramadan.
Namun begitu tular satu video penampakan, kononnya pontianak di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai dekat Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Perkongsian video Azizi Aziz berdurasi tujuh saat di Twitter memaparkan entiti misteri berambut panjang dengan wajah berwarna putih berdiri di sebalik tiang di luar koridor rumah penghuni flat terbabit.
Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila diulang kicau (retweet) lebih 23,000 kali dan mendapat kira-kira 14,000 tanda suka.
Azizi Aziz ketika dihubungi mStar memberitahu video tersebut sebenarnya diambil daripada seorang rakannya yang dikenali sebagai Jiqa.


Posting Azizi Aziz menjadi tular di Twitter.
Menurut Jiqa, video tersebut dirakam oleh seorang rakan baiknya pada 19 Mei lalu sewaktu pulang dari kerja sekitar pukul 4 pagi.
"Kawan saya ni memang kaki story. Tak kira masa suka buat story dekat WhatsApp. Video tu dia ambil secara spontan ketika pulang kerja Grab Food awal pagi.
"Dia ni jenis alert. Dia terkejut bila perasan ada sesuatu yang pelik. Tak lama lepas tu dia WhatsApp video tu dekat grup sekolah menengah kami untuk tanya kepastian kawan-kawan," katanya.
Jiqa yang duduk di kawasan flat yang sama dengan kawan baiknya itu turut tidak sedap hati melihat video tersebut.

Dekat sini banyak benda aneh berlaku. Dulu ada dua tiga orang pelajar Universiti Malaya (UM) pernah kena ganggu. Ada juga pernah terserempak pocong dekat lif.

JIQA.

Penghuni Flat PPR.

"Saya memang meremang bulu roma tengok video tu. Lepas tu ada kawan kami nama Alip cakap penampakan tu memang makhluk halus.
"Alip tu budak silat. Jadi dia kata benda-benda macam tu biasa. Jin dan benda-benda yang dibela tak diikat. Lagipun orang-orang flat pernah cakap ada yang membela," katanya.
Jelas gadis berusia 21 tahun itu, flat didiaminya bersama keluarga lebih 10 tahun itu memang dikenali sebagai kawasan keras.


Mesej perbualan kawan-kawan Jiqa mengenai penampakan entiti misteri itu dalam grup Whatsapp mereka.
"Dekat sini banyak benda aneh berlaku. Dulu ada dua tiga orang pelajar Universiti Malaya (UM) pernah kena ganggu. Ada juga pernah terserempak pocong dekat lif.
"Paling menyeramkan ada penghuni lepas solat Subuh pusing kawasan perumahan kemudian jumpa duit berciciran. Ini mereka syak angkara toyol," katanya.
Bagaimanapun penuntut di sebuah universiti swasta di Shah Alam itu menarik nafas lega kerana tidak pernah terserempak dengan entiti misteri setakat ini.
"Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah jumpa lagi. Minta-minta dijauhkan. Tapi tiga entiti misteri... pontianak, pocong dan toyol memang famous dekat sini.
"Ramai cakap ada orang bela benda tu. Itu yang bersepah dekat sini. Tapi saya tak pasti benda tu betul ke tak tapi ramai penduduk sini cakap macam tu," katanya.
Dalam pada itu, perkongsian video berkenaan turut menerima maklum balas berbeza dalam kalangan netizen.
Malah ada individu yang turut mempersoalkan kesahihan video tersebut.
"Macam prank je ni. Macam video kertas buaya tu. Itulah dia rakam tak habis nanti kantoi. Maybelah," tulis Yusof Arsad.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung