Nuffnang

Wednesday, June 12, 2019

Wow !!! Panas “Sayalah individu bersama…” - Pemuda dikaitkan dalam video seks bersama lelaki didakwa mirip menteri buat pengakuan

“Sayalah individu bersama…” - Pemuda dikaitkan dalam video seks bersama lelaki didakwa mirip menteri buat pengakuan



Haziq menerusi video yang dimuat naik di media sosial membuat pengakuan bahawa dia merupakan individu bersama lelaki didakwa mirip menteri kabinet.


KECOH di media sosial pada awal pagi Rabu apabila seorang pemuda mengaku dirinya terlibat dalam video hubungan sejenis yang dikaitkan dengan lelaki yang didakwa menteri kabinet.
Individu itu adalah Haziq Abdullah Abdul Aziz  yang juga setiausaha sulit kanan seorang timbalan menteri.
Memetik pengakuan bersumpah di akaun Facebook miliknya, dakwa Haziq, video tersebut dirakam di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.
"Saya Haziq Aziz dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama.... (nama individu lain) di dalam video yang viral semalam.
"Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik hotel yang diinap individu tersebut," menurut pengakuannya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial pada awal pagi Rabu.


Tangkapan skrin video pengakuan bersumpah yang kini tular di media sosial, sejak awal pagi Rabu.
Haziq turut menyebut nama hotel di dalam video pengakuan itu.
Menerusi video yang sama, dia menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meyiasat individu tersebut yang didakwa terlibat dengan rasuah.
"Saya menggesa SPRM untuk menyiasat (nama inidvidu) atas tuduhan korupsi. Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin," ujarnya
Sejak awal pagi Selasa, tular mengenai beberapa video dua lelaki melakukan hubungan sejenis dan salah seorangnya didakwa sebagai menteri Kabinet.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau tidak tahu mengenai penyebaran video hubungan sejenis yang didakwa mirip seorang menteri Kabinetnya.
Jelas Dr Mahathir, beliau hanya tahu mengenai perkara itu selepas ditanya wartawan pada Selasa.
"Saya tidak tahu apa pun. Saya baru dengar.
"Saya kena baca dulu, kalau awak (wartawan) boleh bagi briefing. Boleh juga," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Selasa.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung