Nuffnang

Thursday, August 15, 2019

Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit

Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit
Tindakan Abu Fathiyyaturahma yang menyelamatkan kucing di dalam longkang menerima pujian ramai.
DALAM keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (OKU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati netizen.
Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.
Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Sabtu sehingga kini menerima lebih 160,000 tontonan.
"Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.
"Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik," tulisnya di Facebook sehingga menerima 2,500 tanda suka.
Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
NETIZEN
Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang OKU.
"Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu.
"Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu," katanya lagi.
Paparan skrin video tular berkenaan.
Selain dikongsi lebih 1,200 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.
Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.
"Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun OKU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.
"Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
"Terbaik... Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan," tulis beberapa netizen.

1 comment:

Khairul said...

Kalau ada video dia lebih sempoi post ni bos...
Syabas untuk 2 OKU tu.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung