Nuffnang

Tuesday, August 20, 2019

Wow !!! Mengajar 5 bulan, cikgu dah dapat 15 surat cinta siap pick-up line!


Mengajar 5 bulan, cikgu dah dapat 15 surat cinta siap pick-up line! “Macam kurang sopan tapi mereka masih hormat saya”



Antara surat cinta yang diterima Cikgu Zulaikha daripada anak muridnya.


Mengajar 5 bulan, cikgu dah dapat 15 surat cinta siap pick-up line! “Macam kurang sopan tapi mereka masih hormat saya”

Antara surat cinta yang diterima Cikgu Zulaikha daripada anak muridnya.
PERUBAHAN zaman menyaksikan kemunculan guru-guru muda yang hebat bergaya hingga menarik perhatian ramai.
Malah ada dalam kalangan mereka diberi jolokkan cikgu popular yang memiliki ramai pengikut di media sosial.
Terbaharu kisah seorang guru jelita menerima surat cinta daripada pelajarnya menjadi tular di Twitter.
Perkongsian intipati 'surat cinta' yang diterima Zulaikha Zulkifle dengan kapsyen 'Ya Allah, bagilah aku ketabahan' mendapat 15,300 ulang kicau dan 14,200 tanda suka.


Tweet Zulaikha mendapat perhatian ramai.
Rata-rata netizen terhibur dengan ayat pickupline anak murid guru tersebut.
Zulaikha ketika dihubungi mStar mendedahkan dia sering kali menerima surat cinta daripada anak muridnya sejak menjalani latihan mengajar di dua sekolah rendah bermula Mac lalu.
"Ini bukan pertama kali dapat, kalau campur dua sekolah total 15 surat. Tapi setiap kali dapat surat cinta saya rasa kelakar dan terharu jugalah sebab murid-murid minat dan suka dengan saya.
Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.


ZULAIKHA ZULKIFLE.
GURU PELATIH
"Saya tak ambil serius pun sebab mereka masih budak-budak lagi dan tak tahu apa-apa. Walaupun ayat murid-murid tu macam kurang sopan tapi mereka masih lagi hormat saya sebagai guru," katanya.
Namun gadis berusia 20 tahun ini berkata dia amat kagum dengan keberanian salah seorang anak muridnya di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan.

Zulaikha merupakan penuntut di sebuah Institut Pendidikan Guru di ibu negara.
"Saya kagum sebab kecik-kecil lagi dah berani bagi saya surat dan pandai menulis pantun. Mula-mula tu terkejutlah tapi lepas baca surat tu saya tergelak non stop.
"Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.
"Jumaat 9 Julai adalah last day saya mengajar. Dia datang dan salam saya sebelum balik, lama dia lambai kat saya. Sedih pula nak berpisah dengan dia dan murid-murid lain," katanya.
Zulaikha yang mengajar mata pelajaran muzik dan seni visual berkata, dia tidak menduga perkongsiannya itu akan mendapat perhatian ramai.
"Saya tak sangka boleh viral. Niat saya sebenarnya nak tunjuk gelagat lucu anak murid saya. Dan sebenarnya mereka ada bakat dalam tulis pantun.

Antara surat cinta dan pickupline anak muridnya yang dikongsi Zulaikha turut membuat netizen terhibur.
"Saya pun terkejut bila ada je yang turut berkongsi pengalaman sama macam yang saya lalui dalam thread tersebut," katanya.
Walaupun berdepan pelbagai karenah anak muridnya, ia tidak melunturkan semangat gadis kelahiran Kajang, Selangor ini untuk menjadi seorang pendidik.
"Saya tak ambil hati. Biasalah budak-budak mereka tahu nak happy-happy dan main je. Lagipun saya memang minat nak jadi cikgu sebab sayang dan suka budak-budak.
"Mereka sebenarnya banyak mengajar seorang guru erti kesabaran. Masa dekat sekolah rendahlah kami sebagai guru boleh bentuk dan tahu potensi mereka," katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung