Nuffnang

Sunday, September 22, 2019

Luahan hati tak dilayan gadis idaman, kawan lelaki tak nak kalah... terus telefon emak! - “Mereka sembang lama, tau-tau dah sejam”



Luahan hati tak dilayan gadis idaman, kawan lelaki tak nak kalah... terus telefon emak! - “Mereka sembang lama, tau-tau dah sejam”
fiq dan Nadia selamat disatukan sebagai suami-isteri pada 24 Ogos lalu.
DULU benci sekarang sayang. Begitulah kisah cinta pasangan yang berkawan sejak enam tahun lalu sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Noor Shahidatun Nadia Mohd Zuki, dia memuatnaik foto berbaju pengantin bersama suaminya Arfiqanie Ahmad Anshori, 23, atau Afiq yang dikenali sejak 2013.
Posting tersebut mendapat 3,300 ulang kicau dan 4,900 tanda suka.
Noor Shahidatun Nadia atau lebih mesra disapa Nadia ketika dihubungi mStar tidak menduga bertemu jodoh dengan pemuda yang tiada ciri-ciri lelaki idamannya.
"Kami kenal 2013 masa Kem Palapes Kebangsaan dan Palapes Serantau untuk sekolah-sekolah sukan di Malaysia dekat Pahang. Sejak dari tu kami kawan macam biasa.

Pasangan ini sudah berkawan lama sejak 2013.
"Saya sebenarnya tak ada hati pun dekat dia. Saya juga tak pernah terfikir akan kahwin dengan dia. Kiranya dia tak ada dalam list lelaki pilihan pun," kata wanita berusia 23 tahun itu.
Namun hubungan sekadar kawan itu bertukar kepada rasa sayang pada hujung tahun 2018.
"Sebelum tu kami lost contact tapi bila dia tahu saya kembali single dia mesej saya direct minta nombor telefon mak ayah saya. Saya pun bagi je lah sebab sebelum ni ada je lelaki minta tapi mereka tak call pun.
"Tiba-tiba mak call tanya, 'Nadia siapa Afiq ni? Saya sendiri terkejut. Mak cakap mereka sembang lama... tau-tau dah sejam. Start dari situ mak mula berkenan dekat dia," katanya yang tidak mengendahkan luahan hati suaminya itu sebelum ini.
Nadia turut mendedahkan dia juga terkejut dengan tindakan suaminya yang mahu mengikat hubungan mereka dengan segera selepas mereka kembali berhubung.
"Lepas dia jumpa mak abah saya beberapa bulan kemudian dia terus nak 'ikat' saya. Dia beritahu abah 'pakcik kalau boleh saya nak ambil anak pakcik dengan cara elok.'

Nadia dan Afiq merupakan bekas pelajar sekolah sukan.
"Abah saya pun kata OK terus setuju tak tunggu lama sebab Afiq pernah kata 'aku dah tunggu enam tahun sekali aku dapat peluang aku takkan lepaskan kau," katanya.
Jelas atlet lompat jauh negara ini, dia terpaut hati melihat usaha keras suaminya untuk menambat hatinya sejak enam tahun lalu.
"Perasaan sayang tu timbul selepas tengok effort dia. Sebelum ni saya bercinta dengan lelaki lain tapi mereka tak tunjuk pun effort berani nak jumpa family. Ada pun jumpa abang saja.
Namun kita juga harus sentiasa percaya Allah akan beri kebahagiaan kepada orang yang berusaha untuk menghalalkan orang yang kita sayang.
ARFIQANIE AHMAD ANSHORI
"Bila dia minta nombor phone mak ayah tu dalam hati saya kata 'eh dia ni betul-betul serius ni'. Itu yang buat saya terpikat. Time saya putus tu saya ambil masa sekejap je untuk move on.
"Saya rasa gembira sebab kakak, abang, ayah dan mak memang berkenaan dekat suami. Kiranya semua family pun suka. Mereka siap puji 'pandai hang cari calon suami'," kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.
Mengenai posting di Twitternya, Nadia berkata dia sekadar mahu berkongsi kisah percintaannya itu untuk suka- suka.


Nadia terpikat selepas melihat usaha keras Afiq yang tidak pernah berputus-asa memikat hatinya.
"Saya tak expect pun tweet tu akan blow up. Saya just tweet untuk share dengan kawan-kawan. Terkejut juga bila ramai beri respons.
"Apa pun saya nak nasihatkan wanita supaya jangan tak suka seseorang. Benda yang tak suka tu nanti akan terbalik jadi suka. Macam pengalaman saya sendiri," katanya.
Sementara itu Afiq turut menasihati mana-mana lelaki supaya tidak berputus-asa sekiranya cinta mereka ditolak.
"Kalau sayang jangan terlalu memaksa, kalau cinta kena reda. Kalau dah reda tu Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan. Kalau kita jadi diri kita Insya-Allah kita akan diterima keluarganya.
"Namun kita juga harus sentiasa percaya Allah akan beri kebahagiaan kepada orang yang berusaha untuk menghalalkan orang yang kita sayang," kata pemuda yang berkhidmat bersama pasukan khas udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung