Nuffnang

Monday, October 21, 2019

FuhTudiaa!!!Kunci tayar kereta parkir di petak OKU, pak guard ‘mandi darah’ dipukul dengan kayu golf!

Kunci tayar kereta parkir di petak OKU, pak guard ‘mandi darah’ dipukul dengan kayu golf!
Find Out More
DIA yang parkir di tempat Orang Kelainan Upaya (OKU), dia yang pukul orang!
Demikian komen netizen berhubung tindakan seorang lelaki yang memukul pengawal keselamatan warga Nepal selepas kereta dinaikinya dikunci tayar kerana diletakkan dalam petak OKU.
Menerusi kejadian di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada Ahad petang, suspek bersama seorang lagi rakannya dilihat sedang bergelut dengan pengawal warga asing berkenaan.
Malah, baju seragam putih yang dipakai pengawal itu turut dipenuhi dengan darah.
Rakaman yang tular di Twitter @My_CrimeWatch menunjukkan mangsa mengalami pendarahan yang agak banyak di bahagian telinga.
Memetik laporan Berita Harian, suspek membelasah mangsa menggunakan kayu golf.
Kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, mangsa membuat rondaan sebelum mendapati sebuah Honda Jazz diletakkan dalam petak OKU.
Mangsa mengunci tayar sebelum suspek dan rakannya datang setengah jam kemudian dan meminta agar ia dibuka.
Honda Jazz dinaiki suspek diletakkan di ruang tempat letak kereta OKU.
Tidak mempedulikan saranan agar membayar denda di pejabat pengurusan terlebih dahulu, suspek cuba merosakkan alat tersebut sebelum menumbuk muka mangsa.
Lebih parah, suspek mengambil kayu golf dalam but kereta dan memukul mangsa.
Suspek dari Jertih, Terengganu itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Mangsa yang mengalami kecederaan pada tangan dan telinga kanannya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, video kejadian sehingga kini menerima hampir 100,000 tontonan di Twitter.
Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan suspek berkenaan.
"Lain kali otak tu jangan berkarat macam rambut tu tak tau tu parking untuk OKU.
"Dah buat salah, tapi acah betul. Susah la orang perangai macam ni," tulis beberapa netizen.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung