Wednesday, November 20, 2019
wow !!! “Saya masih suka kentang goreng!” - Luna Maya hampir termuntah gara-gara sumbat 3 biji kentang dalam...
“Saya masih suka kentang goreng!” - Luna Maya hampir termuntah gara-gara sumbat 3 biji kentang dalam mulut
Luna akui hampir termuntah ketika tersedak kentang.
SELEBRITI terkenal Indonesia, Luna Maya mengakui hampir termuntah apabila dia tersedak kentang ketika cuba menjayakan salah satu babak dalam filem Rumah Kentang: The Biginning.
Memetik laporan Tribun News, Luna yang memegang watak Sofie terpaksa memasukkan tiga biji kentang sekaligus dalam mulutnya supaya dia berjaya memuntahkan kentang tersebut bagi menjayakan karakter yang dilakonkan.
Meskipun terpaksa melakukan adegan itu berulang kali, Luna, 36, berkata dia tidak mengalami sebarang trauma terhadap kentang.
"Tersedak kentang tu scene paling mencabar. Prosesnya apabila kentang tu dimasukkan ke dalam mulut, dan luahkan selepas menerima arahan.
Luna akui sukar lakukan adegan muntahkan kentang.
"Bayangkan tiga biji kentang bulat-bulat sekaligus. Rasa tersedak, pening kepala macam nak muntah sebab kentang tu dah dekat hujung tekak.
"Tapi, so far tak ada lagi trauma dengan kentang. Saya masih sukakan kentang goreng... suka sangat," katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Luna memberitahu bahawa faktor cuaca yang terlalu sejuk juga merupakan cabaran dalam menjayakan filem seram itu.
Filem Rumah Kentang: The Beginning bakal ditayangkan di pawagam pada 21 November 2019 gandingan Luna Maya dan Christian Sugiono.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Gambar polis wanita duduk atas remaja cetus kritikan netizen Sekeping gambar menunjukkan seorang polis wanita sedang duduk di atas badan ...
-
'Saya pakai coli lah!' KUALA LUMPUR: “Orang salah faham... Saya pakai coli ketika menggayakan baju itu, cuma ia bukan jenis bias...
-
Pikat anak dapat 300 ekor babi Zhang Zhiyuan masih belum memiliki pasangan kerana sibuk menguruskan ladang babi milik keluarganya di wila...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Lelaki penggal kepala, makan otak wanita ditahan Gambar Hiasan MINDANAO - Seorang lelaki di wilayah Misamis Oriental, Filipina ditahan ...
-
Tapak tangan terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur tersembunyi pada troli Tangan seorang ibu, Silver Taylor, terbelah gara-gara te...

No comments:
Post a Comment