Friday, February 28, 2020

Viral !!! Ustazah ‘merangkak’ akhirnya bersuara, terima tawaran ke Osaka - “Ada baiknya saya lari sebentar tenangkan fikiran”


Ustazah ‘merangkak’ akhirnya bersuara, terima tawaran ke Osaka - “Ada baiknya saya lari sebentar tenangkan fikiran”

Guru agama yang viral gara-gara dipaksa merangkak baru-baru ini menyatakan persetujuan menerima pakej pelancongan ke Osaka yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan Razi. Foto: FB
“INI adalah antara hadiah yang Allah hantar kepada saya,” demikian kata guru di sebuah sekolah agama yang videonya dipaksa merangkak oleh seorang wanita menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.
Beliau yang enggan dikenali identitinya itu berkata demikian sebagai mengulas ganjaran berupa pakej pelancongan ke Osaka, Jepun, yang ditawarkan oleh seorang individu.

“Saya bersyukur sangat kerana ada insan yang nampak pengorbanan seorang pendidik.
“Di kala saya berdiam diri di atas kemelut yang berlaku baru-baru ini, Allah beri ganjaran kepada saya.
“Saya yakin dan reda bahawa apa yang berlaku baru-baru ini adalah ujian daripada Allah. Saya hadapinya dengan reda. Sekiranya kita reda, pasti ada kemanisannya kelak,” katanya kepada mStar.

Rakaman guru agama berkenaan yang dipaksa merangkak oleh seorang ibu, menjadi tular baru-baru ini.
Ketika ditanya sama ada mahu menyertai trip lawatan ke negara matahari terbit itu, guru agama berusia 39 tahun itu berkata beliau menerima tawaran tersebut dengan penuh rasa bersyukur, selain turut melahirkan rasa terharu di atas sokongan yang diberikan kepadanya.
“Saya terima tawaran tersebut dan menganggapnya sebagai satu penghargaan.
“InsyaAllah, saya pun sudah berbincang dengan keluarga dan mereka bersetuju memberi keizinan kepada saya untuk menyertainya.
“Saya juga sudah berbincang dengan penyelia sekolah, dan pada dasarnya sudah memaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah mengenai tawaran ini.
“Mungkin ada baiknya untuk saya lari sebentar dan tenangkan fikiran sebelum memikirkan perancangan seterusnya selepas ini,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau sudah menghubungi individu yang memberi tawaran pakej pelancongan tersebut.
Saya yakin dan reda bahawa apa yang berlaku baru-baru ini adalah ujian daripada Allah. Saya hadapinya dengan reda. Sekiranya kita reda, pasti ada kemanisannya kelak.
GURU AGAMA
mStar pada Khamis melaporkan hasrat seorang individu bernama Razi Jamit yang mahu menghadiahkan guru agama tersebut pakej pelancongan selama lima hari ke Osaka pada awal April depan.
Razi yang juga pengasas sebuah syarikat pelancongan berkata, tawaran itu adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan syarikatnya terhadap guru tersebut.
Dalam pada itu, guru agama tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada individu berkenaan kerana bermurah hati menaja pakej pelancongan tersebut secara percuma kepadanya.
Posting Razi di Facebook mengenai pakej pelancongan ke Osaka, Jepun yang mahu diberikan kepada guru agama berkenaan.
“Terima kasih kepada Encik Razi atas peluang ini. Saya tak mampu membalasnya melainkan ucapan terima kasih kepada beliau. Mudah-mudah niat ikhlasnya dibalas oleh Allah,” ujar guru yang sudah 13 tahun bergelar pendidik.
Enggan mengulas lanjut insiden yang menimpanya baru-baru ini, guru tersebut berkata apa yang penting, dia sangat bersyukur kerana dikelilingi insan-insan yang tidak henti-henti memberi sokongan kepadanya.
Razi sudah 10 tahun menubuhkan syarikat pelancongan.
“Saya bersyukur dikelilingi insan yang sangat hebat, antaranya ibu saya. Dialah yang menenangkan dan berada di samping saya ketika melalui perkara ini.
“Juga adik-beradik, dan sahabat- sahabat yang sentiasa berada teguh di belakang. Malah Whatsapp saya tak henti-henti dihujani kata-kata semangat. Alhamdulillah, sahabat-sahabat setia melindungi saya dengan tidak dedahkan Facebook, dan butiran tentang diri saya.
“Bila jadi macam ni, terdetik di hati kecil saya, sememangnya Allah itu Maha Mendengar. Apa pun, saya reda dengan ujian ini.
“Dan tidak lupa, kepada orang ramai yang tak henti-henti memberi sokongan dan mendoakan walaupun saling tidak mengenali, terima kasih saya ucapkan. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk semua,” katanya mengakhiri bicara.
Tags/Kata Kunci:merangkak , ustazah , guru agama , Osaka

Thursday, February 27, 2020

Perghh !!! Wartawan tak sengaja on ‘filter’ wajah ketika lapor keadaan cuaca secara langsung


Wartawan tak sengaja on ‘filter’ wajah ketika lapor keadaan cuaca secara langsung

Justin tidak menyedari filter pada wajahnya semasa bersiaran langsung ketika membuat laporan mengenai keadaan cuaca. Foto Facebook
SEORANG wartawan, Justin Hinton melengkapkan laporannya mengenai salji di North Carolina, Amerika Syarikat tanpa sebarang gangguan.
Bagaimanapun, sebaik kembali melihat kepada kamera, dia membaca komen-komen penonton mengenai wajahnya yang 'pelik'.
Ini kerana sebelum video penstriman secara langsung, Justin secara tidak sengaja menghidupkan aplikasi filter wajah di Facebook secara automatik.
Ia sekali gus menimbulkan keadaan yang begitu berbeza semasa menyampaikan laporan itu.

Ketika memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sekolah dan mengeluarkan amaran mengenai keadaan cuaca yang buruk, dia kelihatan dengan beberapa penampilan seperti topi keledar angkasa, kucing dan ahli sihir serta mata yang besar.
Video penuh yang dimuat naik ke halaman Facebook WLOS ABC 13 itu menunjukkan Justin kembali ke belakang kamera untuk bertanya kepada studio: "Misty, adakah saya mempunyai wajah yang pelik?"
Selepas diberitahu bahawa dia telah memasukkan kesan khas dalam laporannya, dia berkata: "Sekarang saya teruja untuk melihat kembali video ini dan melihat apa yang berlaku kepada wajah saya."
Justin bagaimanapun hanya ketawa melihat kesilapan yang tidak disengajakan menerusi media sosialnya sendiri. - Mirror

Wednesday, February 26, 2020

perghh !!!! Lelaki warga emas bermandi darah selepas bergaduh dengan isteri


Lelaki warga emas bermandi darah selepas bergaduh dengan isteri

Lelaki warga emas itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
SEORANG lelaki warga emas bermandi darah selepas bergaduh dengan isterinya menggunakan senjata tajam.
Lelaki warga Britain berusia 78 tahun itu dilaporkan bertekak dengan isterinya, 67, yang juga warga Thailand di kediaman mereka di Pattaya, Thailand.
Panik dengan situasi itu, jiran akhirnya menghubungi polis.
Sebaik polis tiba di kediaman pasangan itu, mereka menemui kesan darah di atas katil dan lantai manakala lelaki tersebut cedera di bahagian kepala.
Isterinya pula mengalami kesan kelar di tangannya.
Paramedik merawat pasangan itu sebelum mereka dikejarkan ke hospital berdekatan.
Wanita itu yang tidak didedahkan identitinya memberitahu polis bahawa mereka bergaduh sebelum suaminya mengacukan pisau ke arahnya.
"Kami menjerit kepada antara satu sama lain tetapi dia hilang sabar dan cuba menikam saya dengan pisau. Saya menggunakan tangan untuk menahan pisau itu.
"Dia berhenti menyerang saya kerana dia juga kesakitan. Kemudian saya bertenang dan menghubungi ambulans," kata wanita itu. - Dailystar.co.uk

Tuesday, February 25, 2020

Kami gagalkan konspirasi singkir PM di tengah penggal - Azmin


Kami gagalkan konspirasi singkir PM di tengah penggal - Azmin


Usaha pihak tertentu menyokong Dr Mahathir Mohamad sekarang membuktikan mereka kini sedar "kesalahan yang mereka lakukan," kata sekumpulan bekas pimpinan PKR yang diketuai Azmin Ali.
Dalam suatu kenyataan bersama, para anggota parlimen itu menjelaskan tindakan mereka bermaksud untuk menghalang konspirasi yang bertujuan menjadikan Dr Mahathir sebagai 'perdana menteri yang pincang' (lame duck) dengan memaksa peralihan kuasa pada pertengahan penggal mandat PRU.
"Justeru itu kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri di tengah-tengah penggal.
"Langkah yang kami lakukan adalah untuk menjamin keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan untuk meningkat tahap sosioekonomi rakyat seperti yang terkandung Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Iklan
"Justeru itu kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan perdana menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa perdana menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.
"Usaha kami terbukti benar bahawa pihak tersebut kini menyedar kesalahan yang mereka lakukan, lantaran itu kenyataan mereka menyokong Dr Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri hingga akhir penggal," jelas mereka.

Kenyataan terakhir ini merujuk kepada sokongan daripada Amanah dan DAP kepada Dr Mahathir untuk terus menjadi perdana menteri. Bagaimanapun, sokongan dua parti ini tidak menyebut sehingga Mahathir menghabiskan penggal mandat PH.
Kenyataan ini ditandatangani pimpinan dan bekas MP PKR Azmin, Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah, Baru Bian, Kamaruddin Jaafar, Mansor Othman, Rashid Hasnon, Edmund Santhara, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin.
Cubaan untuk mengambil alih pentadbiran negara gagal pada hari ini menyebabkan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu, dikatakan kerana tidak merestui gabungan politik baru yang sejajar dengan Azmin.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik beliau sebagai perdana menteri interim sehinggalah kerajaan baru mengangkat sumpah. Malaysiakini

Monday, February 24, 2020

Betul kah !!! Mahathir letak jawatan? PMO akan keluar kenyataan




Mahathir letak jawatan? PMO akan keluar kenyataan

Spekulasi bertiup kencang bahawa Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini menyemak kesahihan dakwaan itu melalui pelbagai sumber, termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO), hanya mendapat balasan “tunggu kenyataan media”.

Satu sumber mendakwa surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Istana Negara tetapi ia masih tidak dapat disahkan setakat ini.
Iklan
Malaysiakini difahamkan pemimpin-pemimpin kanan bersatu sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

[Baca berita sinar harian

Wow !!! Semua 131 ahli Parlimen tersenyum selepas makan malam



Semua 131 ahli Parlimen tersenyum selepas makan malam



Ahli Parlimen beredar dari Hotel Sheraton di Petaling Jaya, Ahad malam.

Ahli Parlimen beredar dari Hotel Sheraton di Petaling Jaya, Ahad malam.
MAKAN malam yang disertai 131 ahli parlimen bagi kedua-dua pihak tetapi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkhidmat satu penggal penuh, berakhir dengan senyuman.

Kira-kira seratus penyokong dari pelbagai parti turut berhimpun bagi menunjukkan sokongan mereka.

Sumber memberitahu, taklimat di dalam dewan mengalu-alukan mereka yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD), dengan suasana ceria dan gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: Warkah Mufti WP untuk Malaysia ketika desas-desus gabungan kerajaan baharu

Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dihadiri ahli Parlimen dari enam parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Warisan, Gabungan Parti Sarawak, Umno dan PAS.

Mereka dari PKR merupakan puak yang menyokong Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Sumber mengatakan bahawa tiada ucapan semasa majlis makan malam itu, tetapi presiden-presiden parti serta Azmin memberikan taklimat mengenai sokongan mereka terhadap kerjasama baharu antara parti-parti untuk membentuk kerajaan baharu.

"Ahli Parlimen duduk dalam kalangan parti mereka dan diberi taklimat oleh pelbagai pemimpin mereka, tidak ada ucapan. Ini bagi menunjukkan solidariti kerana ini adalah kali pertama mereka yang menandatangani SD berkumpul di satu tempat," kata sumber itu.

Azmin kemudian bertemu dengan para penyokongnya secara tertutup selepas makan malam. - The Star

Tags/Kat

Sunday, February 23, 2020

Wow!!!! Tebing batu ‘kepala kuda’ di Miri runtuh


Tebing batu ‘kepala kuda’ di Miri runtuh

Gambar sebelum runtuhan (kiri) dan gambar selepas struktur tebing batu 'kepala kuda' dekat Miri runtuh.
TEBING batu yang menyerupai kepala kuda runtuh di Miri, Sarawak pada Sabtu.
Dikenali sebagai Tusan Cliff, tebing bati setinggi 50 meter itu terletak kira-kira 60 kilometer dari Miri hancur berkecai apabila ia runtuh menghadap Laut China Selatan.
Kejadian itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pencinta alam sama ia berpunca daripada kerja-kerja pembinaan gerai makanan dan laluan pejalan kaki konkrit berdekatan.
Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Miri, Musa Musbah berkata, batu yang runtuh itu merupakan batu pasir.
"Pada kecerunan 45 darjah pada lereng bukit, struktur geologi batu pasir tidak kukuh. Jika mereka (pihak berkuasa pelancongan) terus membina bangunan di tebing, bangunan itu juga runtuh ke bawah tebing," katanya ketika dihubungi.
Projek bernilai RM3 juta itu meliputi gerai makanan dan laluan pejalan kaki yang dijalankan di kawasan itu oleh pihak berkuasa.
Para pelancong turut berkongsi keprihatinan mereka menerusi media sosial, dengan mengatakan kawasan geologi yang sensitif seperti itu seharusnya bebas daripada projek pembangunan.
Mereka menggesa pihak berkuasa negeri supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan di pantai itu, sambil berkata kawasan tersebut perlu dilindungi daripada sebarang pembangunan komersial. - The Star

Saturday, February 22, 2020

Perghhhh!!!! bu 3 anak lancar khidmat cuci rumah sambil bogel,

ibu 3 anak lancar khidmat cuci rumah sambil bogel, larang pelanggan rakam foto

Claire mengakui tidak malu melakukan kerja itu. FOTO: KMG / SWNS.
SETIAP orang yang membuat perniagaan ada cara tersendiri untuk mengumpul pelanggan.
Ibu tiga anak dari Britain ini misalnya, dia melancarkan khidmat cuci rumah sambil bogel.
Menurut Claire O'Connor dari Kent, dia berhenti kerja sebagai kakitangan hotel untuk menjalankan perniagaan itu.
Namun katanya, tuan rumah atau pelanggan tidak dibenarkan merakam foto atau bertindak melampau ke atasnya.
"Ia masih di peringat awal. Saya terfikir, kenapa tidak perkenal sesuatu yang berbeza? Saya rasa ramai yang akan suka.
"Saya jenis yang peramah dan suka bergaul. Saya tidak malu," katanya.
Ujar wanita itu lagi, dia pada mulanya berasa agak janggal namun kini sudah terbiasa.
Malah, dia juga menerima sokongan penuh suaminya untuk melakukan pekerjaan itu. - Daily Star.



Friday, February 21, 2020

Semoga Kes Keluarga Ali Putih Selesai Dengan Aman

Nasihatkan Ali Puteh, Sharnaaz Ahmad dituduh berlagak pandai soal agama - “Apa Ali buat fasal balu arwah itu salah tapi dia dah menyesal”

Sharnaaz hanya ingin beri nasihat kepada Ali berkenaan isu antaranya dengan Aliff dan Nor Hidayah.
TINDAKAN pelakon Sharnaaz Ahmad meninggalkan komen nasihat kepada pelawak Ali Puteh berkenaan isu panas antaranya dengan Datuk Aliff Syukri dan isteri Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah dikecam netizen.
Sharnaaz memberitahu dia tidak berniat untuk berlagak pandai dalam soal agama, sebaliknya hanya ingin memberi nasihat memandangkan Ali dan Allahyarham Abam Bocey merupakan antara rakannya dalam industri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Walapun seringgit, tetap kena faraid!” - Ali Puteh pelik kakak ipar serah dompet arwah tanpa wang tunai dan kad bank
Dia juga beranggapan tindakan Ali memuat naik status yang ditujukan kepada Aliff Syukri dan kakak iparnya, Nor Hidayah dibuat dalam keadaan marah.

Sharnaaz berharap netizen tidak terus membuat kesimpulan tanpa mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak.
"Sampai ada orang mesej aku cakap jangan buat pandai fasal agama. Aku nasihat saja sebab Ali kawan aku dan arwah Abam kawan aku satu industri.
"Cuba fikir kalau jadi pada keluarga anda tiba-tiba orang luar tanya soalan itu dan menyebabkan pecah belah keluarga. Itu bukan cara Islam bertanya.
"Bukan marah, bukannya tak suka dan benci. Zaman marah, tak puas hati dan balik meja dah lepas. Ali pun ada otak.
"Tapi dalam keadaan marah tambah hasutan syaitan, manusia sentiasa buat kesilapan," katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.
Apa Ali buat itu fasal balu arwah memang salah. Siapa kata tak salah tapi dia dalam keadaan marah dan terlepas cakap.

SHARNAAZ AHMAD
PELAKON
Menerusi komen yang ditinggalkan, Sharnaaz memberitahu Ali untuk bersabar dan menganggap apa yang terjadi sebagai satu ujian untuknya.
Bagaimanapun, segelintir netizen menganggap aktor itu seakan-akan mempertahankan perbuatan Ali memuat naik status kasar terhadap kakak iparnya dan Aliff Syukri.
Pada Rabu, Ali memuat naik status berbaur hinaan kepada balu abangnya itu tanpa berfikir panjang menimbulkan kemarahan netizen di laman sosial.
Ali tidak dapat menahan kemarahannya selepas melihat video temu bual Aliff Syukri di Facebook yang bertanyakan kepada Nor Hidayah mengenai harta peninggalan arwah.

Komen yang ditinggalkan Sharnaaz mengundang kecaman netizen.
Dalam pada itu, Sharnaaz meminta netizen untuk tidak sewenang-wenangnya melemparkan kecaman dan membuat kesimpulan tanpa mendengar penjelasan daripada semua pihak.
"Aku tengok ramai hentam dan cakap suka hati tanpa dengar penjelasan. Apa Ali buat itu, fasal balu arwah memang salah. Siapa kata tak salah tapi dia dalam keadaan marah dan terlepas cakap.
"Bagi aku, dia mesti menyesal dengan apa yang dia cakap. Tak tahu la kalau dia tak menyesal. Ikut logik aku tengok cara dia cakap memang menyesal.
"Sebelum kita jump to conclusion, dengar dulu apa orang nak cerita. Jangan pandai-pandai kata makan harta anak yatim. Fitnah orang itu.
"Betul ke dia makan? Anda tahu ke? Duduk satu rumah dengan dia? Tak tahu, jangan buat pandai, biar mereka selesaikan sendiri," ujarnya.

Monday, February 17, 2020

Perghhh !! Tudia !! Cedera kemalangan, gadis sanggup lelong dara untuk bayar bil rawatan hospital


Cedera kemalangan, gadis sanggup lelong dara untuk bayar bil rawatan hospital
Isnin, 17 Februari 2020 7:30 AM


Amanda melelong keperawanannya pada harga 50,000 pound sterling.
SEORANG gadis yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan kereta bertindak melelong keperawanannya untuk membayar kos bil perubatannya.
Kereta dinaiki Amanda ketika dia berusia 18 tahun rosak teruk selepas merempuh pagar sebelum jatuh ke dalam sungai.
Insiden berlaku di luar negara dan kos untuk membawa Amanda pulang ke rumahnya di Switzerland, kerosakan kenderaan dan bil perubatan menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak.
Kini gadis berusia 20 tahun itu berharap dapat membayar semula wang yang telah dikeluarkan keluarganya itu dengan melelong keperawanannya pada harga 50,000 pound sterling (RM270, 172).
"Saya tidak kisah hilang dara. Insiden itu menyedarkan saya bahawa kehidupan tidak boleh dirancang.
"Keperawanan sudah tidak lagi bermakna ketika ini. Ia jalan terbaik untuk saya," kata Amanda.
Kegiatan pelacuran dibenarkan di Switzerland tetapi trend gadis menawarkan keperawanan mereka demi wang amat membimbangkan. - Dailystar.co.uk







Friday, February 14, 2020

Masyallah !!! Empat anggota bomba cedera ditimpa dinding


Empat anggota bomba cedera ditimpa dinding
Empat anggota bomba tercedera ditimpa dinding bangunan ketika operasi memadam api di lima unit kedai dua tingkat (kelas A) di Lebuh Carnavon di sini malam tadi.
GEORGETOWN - Empat anggota bomba tercedera ditimpa dinding bangunan ketika operasi memadam api di lima unit kedai dua tingkat (kelas A) di Lebuh Carnavon di sini malam tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, kesemua mereka dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan pasukan bomba sukarela.

Menurutnya, kesemua empat anggota itu hanya mengalami kecederaan kecil dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

"Mereka mengalami kecederaan itu ketika melakukan semburan pada dinding bahagian tepi bangunan. Bangunan ini merupakan bangunan warisan (lama).

"Bagaimanapun, ia telah runtuh dan terkena anggota yang sedang bertugas, namun mereka tidak mengalami kecederaan serius. Mereka sedang dirawat dan keadaan stabil," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian malam tadi.

Dalam pada itu, seramai 73 warga emas yang tinggal di rumah orang tua berhampiran berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai.
Orang awam turut menyelamatkan warga emas yang tinggal berdekatan dengan bangunan terbakar.
Saadon berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.58 malam dan ketika sampai di lokasi, didapati api di bangunan dua tingkat sedang marak.

"Kedai di bahagian tengah terbakar dengan peratusan kebakaran 70 peratus manakala bangunan kiri, kanan dan belakang terbakar di bahagian tingkat atas dengan peratusan kebakaran 50 peratus setiap unit.

"Di bangunan sebelah pula, terdapat bangunan yang dijadikan rumah orang tua dengan jarak 6 meter dari bangunan yang terbakar. Semua 73 warga emas dibawa keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan terkawal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal daripada terus merebak pada jam 9.45 malam melibatkan lebih 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Jalan Perak, Paya Terubong dan Bagan Jermal.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang berada di lokasi kejadian turut mengucapkan terima kasih kepada semua terlibat dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa.

Menurutnya, semua warga emas tersebut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, Youth Centre dan Chew Kongsi di Lebuh Kimberly di sini.

Tuesday, February 11, 2020

Rasa sayu 2,000 tetamu iringi pengebumian Abam, selesai ketika Maghrib


Rasa sayu 2,000 tetamu iringi pengebumian Abam, selesai ketika Maghrib

Ramai yang datang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abam.
SUASANA sedih dan sayu mengiringi pengebumian jenazah Abam (Bocey) atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak petang Isnin.
Dianggarkan kira-kira 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang selesai disemadikan kira-kira pukul 7.30 malam.
Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara, kira-kira pukul 5.15 petang untuk disembahyangkan selepas melalui proses bedah siasat di Hospital Selayang.
Ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Abam.
Disebabkan pengebumian selesai ketika waktu Maghrib, tetamu yang terdiri daripada daripada ahli keluarga, rakan-rakan selebriti, penduduk setempat dan peminat turut menunaikan solat berkenaan secara berjemaah di tanah perkuburan tersebut.
Antara artis yang kelihatan ialah rakan sepasukan iaitu Achey, Black Hanifah, Fasha Sanda, Fizo Omar, Datuk AC Mizal, Zamani, Tomok, Hairul Azreen, Datuk Hattan, Mark Adam dan Mawi.
Salah seorang anggota Bocey iaitu Fad tidak kelihatan kerana berada di luar negara bersama keluarga.
Achey menjirus air di pusara Abam. Turut kelihatan ialah ibu Allahyarham (berkerusi roda).
Allahyarham Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.
Arwah meninggalkan seorang isteri Norhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lima bulan.
Tags/Kata Kunci:Abam Bocey , meninggal dunia

Viral !!! “Empat tahun menghabiskan duit suaminya, tapi tak pernah habis” - Lelaki ini kagum tak miskin tanggung keluarga selepas isteri resign


“Empat tahun menghabiskan duit suaminya, tapi tak pernah habis” - Lelaki ini kagum tak miskin tanggung keluarga selepas isteri resign
Firdaus berkata rezekinya bertambah sejak isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa empat tahun lalu.
BENARLAH kata orang rezeki suami memang berkait dengan orang rumahnya.
Begitulah kisah seorang pemuda yang berkongsi kisah mengenai rezekinya yang tidak pernah putus selepas isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja, empat tahun lalu.
Menurut Firdaus Shakirin, isterinya yang dulunya wanita berkerjaya memilih untuk berhenti kerja bagi menjaga tiga anak mereka.
"Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih baby tu, isteri ambil cuti untuk jaga sementara nak cari pengasuh baharu.
"Kami duduk berbincang, bersembang hati ke hati. Saya tak bersedia lagi untuk dia berhenti sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji dua orang.
"Tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan yang terbaik adalah berhenti kerja, duduk rumah, uruskan anak-anak sebab anak-anak dah nak start sekolah," katanya dalam satu posting di Facebook.
Firdaus berbincang dari hati ke hati mengenai keputusan isterinya untuk berhenti kerja. -Gambar hiasan
Namun Firdaus berkata timbul persoalan sama ada gajinya seorang cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka.
"Cukup ke gaji seorang saja ni? Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan.
"Komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah pula dengan yuran sekolah untuk setiap anak. Sepanjang empat tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya tak pernah habis.
"Ajaib kan aturan Allah? Semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami bagi tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah-curah. Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja. Bonus suami pun banyak," katanya.
Setiap bulan sentiasa je cukup. Allah SWT tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yg menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan.
FIRDAUS SHAKIRIN
Firdaus mengakui kehidupan mereka sekeluarga mewah ketika isterinya turut bekerja dahulu, tetapi timbul nafsu mahu menukar telefon bimbit baharu, sport rim dan mengubah suami kereta ketika itu.
"Dulu isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap... gaji bersihnya hampir RM3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja dari anak seorang sehinggalah lahir yang ketiga.
Firdaus mengakui rezekinya tidak putus-putus selepas reda dengan keputusan isterinya untuk berhenti kerja. -Gambar hiasan
"Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia.
"Then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya. Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri," katanya.
Sejak tindakan isterinya berhenti kerja itu, Firdaus berkata barulah dia menyedari bahawa rupa-rupanya suami tidak jatuh miskin jika menanggung isteri sepenuhnya.
"Tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri. Sepanjang empat tahun ni juga, Allah berikan kesihatan yang cukup-cukup baik kepada saya. Jarang sakit untuk keluar mencari rezeki untuk keluarga.
"Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga. Tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan duit tak cukup.
"Setiap bulan sentiasa je cukup. Allah SWT tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yang menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan," katanya.
Tags/Kata Kunci:rezeki , suami , isteri , berhenti kerja

Monday, February 10, 2020

Perghhh !!! Panjat bumbung kereta api, lelaki Taiwan melecur terkena renjatan eletrik


Panjat bumbung kereta api, lelaki Taiwan melecur terkena renjatan eletrik
Kejadian berlaku pada 3 Februari lalu. FOTO: AsiaWire.
TINDAKAN seorang lelaki Taiwan memanjat bumbung kereta api menerima padah apabila tangannya secara tidak sengaja menyentuh wayar eletrik atas landasan, menyebabkan dia mengalami kecederaan melecur akibat renjatan yang berlaku.
Kejadian melibatkan lelaki berusia 21 tahun itu berlaku di Taichung pada 3 Februari lalu.
Malah, rakaman kejadian turut tersebar secara meluas.
Sewaktu kejadian, kakitangan stesen kereta api dan orang awam turut membantu.
Dia yang dirawat ditempat kejadian disahkan mengalami kecederaan melecur 36 peratus pada badan.
Siasatan mendapati dia bertindak demikian kerana mahu menganggu penumpang dalam kereta api.
Dia turut dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut kes itu masih lagi sedang berjalan. - Daily Star.

Friday, February 7, 2020

Wow !!! Bertuahnya... teman wanita hadiahkan Ronaldo kereta mewah sempena hari lahir


Bertuahnya... teman wanita hadiahkan Ronaldo kereta mewah sempena hari lahir

Ronaldo menerima hadiah sebuah kereta mewah daripada teman wanitanya, Georgina Rodriguez sempena hari lahir yang ke-35 tahun. Foto: Instagram
BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mewah daripada teman wanitanya, Georgina Rodriguez sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Rodriguez, 26, menghadiahkan pemain antarabangsa Portugal itu sebuah kereta mewah Mercedez Benz yang dianggarkan bernilai £150k (RM801,620.25).

Detik kejutan tersebut dikongsikan wanita itu di dalam laman Instagram, dengan kehadiran rakan dan kenalan rapat mereka di Turin, Itali.

Video menunjukkan detik ketika Ronaldo dan Rodriguez sedang berjalan dan sekumpulan rakan mereka melaungkan 'Happy Birthday'.

Sejurus ucapan itu, sekumpulan tetamu yang bersembunyi di belakang kereta SUV Mercedes-Benz G-Class berwarna hitam yang diletakkan di seberang jalan, keluar menyambut Ronaldo.

Ronaldo memeluk Rodriguez dan menujukkan reaksi seolah-olah terkejut dengan kejutan yang dilakukan, namun dalam masa yang sama tidak dapat menyembunyikan senyumannya.

Ronaldo kemudian memeluk beberapa rakan yang mengucapkan tahniah sambil mereka menyanyikan lagu 'Happy Birthday' versi Bahasa Sepanyol. - Dailystar

Tags/Kata Kunci:
Cristiano

Thursday, February 6, 2020

Wow !!! Tayar terbuang beri pulangan lumayan


Tayar terbuang beri pulangan lumayan
NORJULIANA YAACOB | | 6 Februari 2020



Noor Azizi menunjukkan cara membuat kerusi menggunakan tayar terpakai.
Noor Azizi bergambar bersama tayar yang siap dipasang tali nelon
ARAU - Usaha pasangan suami isteri di Kampung Padang Siding di sini yang menjadikan tayar terbuang sebagai kerusi dan meja ternyata berbaloi kerana mampu menerima pulangan lumayan.
Noor Azizi Abu Bakar, 40, dan Siti Aida Ramli, 36, menjadikan media sosial sebagai sumber untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan set kerusi yang cantik dan menarik.
Noor Azizi berkata, penghasilan set kerusi itu adalah cetusan idea daripada seorang kenalan dari kedai tayar.
"Kenalan itu turut mengajar saya cara menebuk lubang dan menyulam tali. Saya juga banyak merujuk cara membuat kerusi daripada internet," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Noor Azizi menebuk lubang pada tayar bagi membolehkan tali dipasang
Bagaimanapun katanya, tidak mudah membuat kerusi berkenaan kerana dia mencuba hampir sepuluh kali sebelum benar-benar berpuas hati dengan hasilnya.
Peniaga itu juga nekad berusaha sehingga akhirnya mampu menghasilkan sebuah kerusi menggunakan tiga biji tayar kereta manakala penyandar dihasilkan menggunakan tayar motosikal yang dipotong mengikut kesesuaian.
"Pada tahun 2016 saya dan isteri mula menjual kerusi yang dihasilkan. Satu set mempunyai lima kerusi dan sebuah meja dijual pada harga RM400 dan sehingga kini lebih 50 set sudah terjual," katanya.
Noor Azizi berkata, pada permulaannya dia mengambil masa sehari untuk menyiapkan satu unit tayar sebelum benar-benar mahir.
"Saya hanya memerlukan masa tidak sampai tiga hingga empat jam untuk menyiapkan satu set kerusi meja yang ditempah oleh pelanggan," katanya.
kerusi yang siap dihasilkan
Berkongsi cara menghasilkan kerusi, kata Noor Azizi, dia perlu menebuk 32 lubang pada tayar dan menggunakan tali jenis nilon serta paku bagi memastikan keselesaan mereka yang duduk di kerusi berkenaan.
Seiring dengan perkembangan semasa, Noor Azizi turut mengolah tayar terpakai itu mengikut kehendak pelanggan.
Kata Azizi, set kerusi tayar hasil tangannya yang mendapat permintaan sehingga ke selatan banyak membantu dirinya menjana pendapatan keluarga.
Noor Azizi memasang tali nelon pada tayar sebagai tempat duduk

Wednesday, February 5, 2020

Tudiaa !! Lelaki tunai hasrat pasangan warga emas nazak mahu tengok salji buat kali terakhir


Lelaki tunai hasrat pasangan warga emas nazak mahu tengok salji buat kali terakhir

Pasangan ini memberitahu mahu melihat salji buat kali terakhir.
SEORANG bekas paramedik mendedahkan bagaimana dia menunaikan permintaan terakhir lebih 14,000 pesakit tenat termasuk pasangan warga emas yang mahu melihat salji buat kali terakhir.
Kees Veldboer, 60, membeli sebuah ambulans dan menggunakan kenderaan itu untuk menyempurnakan hasrat terakhir mereka.
Dia menggunakan ambulans berkenaan untuk memindahkan seorang pesakit ke sebuah hospital tetapi berlaku sedikit kelewatan, jadi Kees akan bertanya ke mana dia mahu pergi.
Lelaki itu memberitahu Rotterdam Harbour.
Kees bukan saja membawanya ke lokasi tersebut tetapi memenuhi permintannya untuk pergi berlayar buat kali terakhir.
Setahun kemudian Kees dan isterinya, Ineke, 61, menubuhkan Yayasan Sticthing Ambulace Wens.
“Seronok melihat orang gembira. Bagi kami ia sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi bagi mereka ia sesuatu yang istimewa.
“Kami berjaya membawa ramai pesakit ke beberapa tempat kegemaran mereka buat kali terakhir.
Dalam pada itu, Kees turut membantu dua penyokong bola sepak menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka, Ajax buat kali terakhir. - Metro.co.uk

Tuesday, February 4, 2020

Perghh !!!Pemandu tak bagi signal, penunggang motosikal kongsi dua kali jatuh ‘berjemaah’ atas jalan raya


Pemandu tak bagi signal, penunggang motosikal kongsi dua kali jatuh ‘berjemaah’ atas jalan raya
Arif mengalami luka dan bengkak di beberapa bahagian badan manakala motosikalnya juga rosak teruk gara-gara sikap seorang pemandu kereta yang tidak berhemah.
SEORANG penunggang motosikal sememangnya terdedah kepada risiko apabila berada di atas jalan raya.
Setiap daripadanya pasti pernah merasai pengalaman terbabit dalam kemalangan jalan raya, tidak kiralah sama ada ia berpunca daripada kesalahan sendiri mahupun orang lain.
Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini, dia baru sahaja ditimpa kemalangan gara-gara sikap pemandu kereta yang disifatkannya langsung tidak berhemah.
Menurut Arif Idris, kejadian malang itu berlaku pada minggu lalu ketika dia sedang menunggang motosikal ke tempat kerjanya yang terletak di Sungai Besi.
“Ketika itu sekitar pukul 8 pagi, saya baru sahaja menghantar isteri di tempat kerjanya yang terletak di Bangsar. Masa tu jalan agak licin dan basah sebab hujan gerimis.
Perkongsian Arif mengenai kemalangan yang menimpanya menjadi tular di Twitter.
“Sewaktu melalui Jalan Istana dan sedang menunggang di lorong kiri, tiba-tiba seorang penunggang motosikal yang berada di lorong tengah dihimpit sebuah kereta yang mahu menukar lorong tanpa memberi signal, menyebabkan dia terjatuh di lorong saya.
“Kejadian berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak daripada melanggar penunggang tersebut. Maka 'berjemaahlah' kami tersepai di atas jalan raya. Selepas itu, dua lagi penunggang motosikal turut terjatuh gara-gara tidak dapat mengelak,” katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Arif, akibat kemalangan tersebut, beberapa anggota badannya mengalami luka dan bengkak, manakala motosikalnya pula bercalar teruk.
Keadaan motosikal Arif selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Istana, baru-baru ini.
“Mujur saya pakai jaket khas ketika itu, sedikit sebanyak ia membantu meminimakan kecederaan. Saya rasa kalau tak pakai jaket tu, pasti cedera teruk.
“Saya belajar daripada pengalaman kerana lima tahun lalu, saya pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ia disebabkan keadaan jalan di laluan motosikal yang berlubang kerana tidak diselenggara dengan baik. Ketika itu, jatuh berjemaah juga, lebih kurang lapan penunggang motosikal.
“Masa itu saya cedera teruk, menerima jahitan di beberapa anggota badan. Selepas kejadian tu, saya pasti akan pakai jaket ketika menunggang motosikal,” ujarnya yang merupakan seorang penjawat awam.
Lima tahun lalu, saya pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ia disebabkan keadaan jalan di laluan motosikal yang berlubang kerana tidak diselenggara dengan baik.
Arif berkata, akibat kemalangan yang menimpanya baru-baru ini, dia diberikan cuti sakit selama lima hari memandangkan kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya.
“Tangan kanan saya bengkak, manakala luka-luka yang lain perlu dicuci. Walaupun cedera ringan, tapi lukanya agak dalam,” ujar lelaki berusia 35 tahun itu.
Tiga kali pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu menunggang motosikal membuatkan Arif benar-benar menitikberatkan soal pakaian perlindungan keselamatan.

Netizen bukan sahaja meluahkan rasa simpati malah turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Penunggang motosikal patut utamakan soal pakaian dan aksesori perlindungan seperti jaket dan gloves. Selain topi keledar, dua benda itu memang penting sebab ia boleh meminimakan kecederaan. Ya, kadang orang ambil remeh, konon leceh… ataupun sebab nak pergi tempat dekat, tapi tetap perlu pakai.
“Dalam pada itu, sebagai pengguna jalan raya baik penunggang motosikal mahupun pemandu kenderaan lain, amalkanlah sikap bertolak ansur. Masing-masing ada ragam tapi perlu saling memahami dan jangan pentingkan diri,” katanya lagi.

Saturday, February 1, 2020

Wow!!! Kadar Baru Tol Malaysia



Inilah kadar Baru Tol Malaysia setelah kerajaan mengumumkan kadar tol turun 18 %.Terima kasih gomen. Sbb Rakyat dah kurang duit. Cuma rumah masih mahal kami x mampu milik Tun PM.