Nuffnang

Friday, July 10, 2020

Tedia !!! Guru Besar sempoi daki bukit, ‘online meeting’ tengah hutan... Gadis terkejut bapa muncul dalam grup WhatsApp – “Dapat mesej hari sama ayah hantar kira bertuah”


Guru Besar sempoi daki bukit, ‘online meeting’ tengah hutan... Gadis terkejut bapa muncul dalam grup WhatsApp – “Dapat mesej hari sama ayah hantar kira bertuah”

Bapa Anis ketika 'online meeting' di tengah hutan di Ranau, Sabah. Foto Anis Hanani Rabdunieh

GAMBAR dan video yang dikongsikan oleh seorang bapa menerusi aplikasi grup WhatsApp keluarganya menjadi tanda-tanya.

Seorang lelaki kelihatan duduk di dalam hutan, dengan sebuah komputer riba yang diletakkan di atas sebuah kerusi plastik.

"Sedang bermesyuarat maya di dalam hutan pagi ini. Cari line," kata bapa seorang gadis, dan tangkapan skrin perbualan itu dikongsikan di laman Twitter.


Gadis berkenaan, Anis Hanani Rabdunieh berkata, perkongsian bapanya menerusi grup aplikasi WhatsApp sememangnya mengejutkan.



Perbualan bersama bapa Anis menerusi aplikasi grup WhatsApp familinya.

Ini kerana bapanya ketika itu bertugas di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman dekat Ranau, Sabah, dan mengalami masalah akses Internet.

"Ayah saya bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Nukakatan, di kawasan pedalaman dan sepanjang di sekolah, ayah memang jarang mesej sebab tak ada akses Internet.

"Kalau pagi ni ayah hantar mesej, esok baru kami dapat. Kalau dapat mesej pada hari sama ayah hantar tu kira nasib bertuah. Bila ayah hantar mesej dan terus kat grup WhatsApp famili memang terkejutlah kami," katanya kepada mStar.



Komputer riba di atas kerusi plastik di dalam hutan sebelum memulakan 'online meeting'.

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, bapanya, Rabdunieh Jalil, 58, menetap di kuaters dekat sekolah dan hanya pulang ke rumah di pekan Ranau sekali seminggu.

"Kebiasaannya kalau ayah ada mesyuarat di luar, dia akan pulang ke rumah atau terus ke pekan. Perjalanan sehala dengan menaiki kereta mengambil masa antara dua hingga tiga jam.


"Tapi disebabkan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dan sekolah akan dibuka semula, ayah tetap bertugas di sekolah dan dia perlu membuat online meeting dengan pihak PPD (pejabat pendidikan daerah).

"Disebabkan tak ada akses Internet di sekolahnya, ayah terpaksa masuk ke dalam hutan dan cari tanah tinggi untuk buat online meeting," katanya sambil menambah bahawa sekolah di tempat bapanya bertugas juga masih menggunakan tenaga solar untuk bekalan elektrik.



Bapa Anis, Rabdunieh Jalil, merupakan guru besar di SK Nukakatan, di pedalaman Ranau, Sabah.

Walaupun belum berpeluang berkunjung ke SK Nukakatan sejak bapanya bertugas sebagai guru besar di sekolah itu kira-kira tiga tahun lalu, Anis dimaklumkan bahawa perjalanan ke sekolah tersebut bukan semudah yang disangkakan.

"Memang kena guna kenderaan pacuan empat roda di kebanyakan kawasan pedalaman di Sabah. Malah ayah cakap, untuk ke sekolah tu perlu menyeberang sungai," katanya.



Perkongsian Anis mengenai bapanya di laman Twitter.

Mengimbas kembali satu kejadian, lepasan Kolej Matrikulasi Labuan itu memberitahu kenderaan yang dipandu bapanya seorang diri pernah tersangkut ketika menaiki tanah tinggi.

"Masa tu hujan lebat, mungkin tanah mendap dengan batu-batu membuatkan tayar kereta ayah tersangkut. Tak boleh nak bergerak. Ayah pula tak bawa payung ketika itu.

"Ayah terpaksa keluar dari kereta berjalan kaki selama kira-kira setengah jam dalam keadaan basah kuyup bagi mendapatkan bantuan orang kampung untuk tolak kereta dia," tambah anak kelima daripada enam beradik itu.



Anis (kanan) bersama bapa (tengah) dan ibunya.

Mengenai postingnya di Twitter, Anis menjelaskan bahawa dia mahu berkongsi pengalaman bapanya yang sanggup masuk ke dalam hutan dan naik bukit semata-mata untuk mendapatkan akses Internet bagi membolehkannya bermesyuarat secara dalam talian.

"Saya kagum dengan kesanggupan ayah saya untuk cari line. Dan saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil perhatian terhadap masalah akses Internet yang dihadapi mereka," katanya.

 mStar!



3 comments:

anakdenesor said...

gighnya seorang guru

AHAMAD FAUDZI ABD said...

Hai semua

Nama saya Ahamad Faudzi Abd dari MALAYSIA. Saya mengalami trauma kewangan kerana saya ditipu dan ditipu oleh banyak syarikat pinjaman dalam talian dan saya fikir bahawa tidak ada yang baik yang dapat keluar dari transaksi dalam talian tetapi semua keraguan saya segera ditenangkan dan hilang ketika rakan saya mula-mula memperkenalkan saya kepada syarikat ALL GLOBAL PEMBERIAN PINJAMAN, saya fikir ia masih akan menjadi permainan penipu yang sama, tetapi rakan saya meyakinkan saya, dan saya juga melihat kesaksian orang lain, saya terpaksa memaksa diri untuk mengikuti semua proses, yang paling mengejutkan setelah memenuhi semua syarat, saya mendapat pinjaman RM 5.000.000 di akaun bank MUAMALAT saya Semasa saya dimaklumkan di telefon saya, saya tidak pernah mempercayainya, nampaknya saya bergegas ke bank untuk memastikan bahawa ia benar dan nyata, dan pinjaman itu ada di sana akaun, saya menariknya tanpa komplikasi dan melaburkannya dalam perniagaan saya Venture.

Sekiranya anda mahukan pinjaman hari ini untuk perniagaan dan memulakan hidup, syarikat, dan kontrak besar, sila hubungi SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN PEMBERIAN GLOBAL di e-mel mereka di bawah.
E-mel ............. allglobalgrantloan@gmail.com

Dan jika anda mahukan maklumat yang tepat dari saya, maka anda boleh menghubungi saya melalui e-mel peribadi saya (aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com)

Saya adalah PEMANDU Lori biasa, tetapi sekarang saya memiliki Lori dan saya menjadi penyokong besar, saya memberi jaminan kepada anda semua bahawa anda akan mendapat pinjaman anda dari SYARIKAT yang baik ini.

SYARIKAT: SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN PEMBERIAN GLOBAL
E-mel: allglobalgrantloan@gmail.com
Tel ............. +1(304)997-4034
e_mail .......... [aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com]

SURYANTO SURYANTO said...

Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

 Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung