Wednesday, September 30, 2020

Mengejutkan! Wanita hilang sejak 2 tahun lalu ditemui terapung dalam laut

 

Mengejutkan! Wanita hilang sejak 2 tahun lalu ditemui terapung dalam laut

Angelica diselamatkan beberapa orang nelayan ketika ditemui di tengah lautan di Colombia. Foto: Newsflas

MENGEJUTKAN! Seorang wanita yang hilang sejak dua tahun lalu, ditemui terapung di tengah lautan di Colombia.

Wanita malang tersebut, Angelica Gaitan, 46, diselamatkan oleh beberapa orang nelayan.

Dalam video yang tular, Angelica kelihatan terbaring dalam keadaan telentang di dalam air sementara nelayan Rolando Visbal dan rakannya Gustavo cuba menghubungi kapal mereka.

Wanita itu mengalami hipotermia dan keadaannya sangat serius sehingga dia hampir tidak dapat bercakap.

Menurut laporan media tempatan, Angelica terapung di perairan pantai di Puerto Colombia selama kira-kira lapan jam sebelum dibawa ke sebuah hospital pada 26 September lalu.

Alejandra Castiblanco, anak perempuannya Angelica mengatakan dia dan ibunya terputus hubungan sejak dua tahun lalu, selepas tidak mengetahui keberadaan wanita tersebut.

Polis kini menyiasat apa yang berlaku ketika Angelica hilang.

Alejandra membuat spekulasi bahawa kemungkinan ibunya menghidap sakit mental atau menjadi mangsa penderaan hubungan. - Dailystar

Tuesday, September 29, 2020

Tudia Macam macam Hal !!! Pembantu guru kantoi hantar gambar lucah kepada budak 14 tahun,

 

Hakim Roger Webber dijangka menjatuhkan hukuman ke atas pembantu guru itu pada 30 Oktober depan.

SEORANG pembantu guru didakwa atas kesalahan menghantar gambar lucah kepada murid lelaki berusia 14 tahun.

Allyssa Gustafson, 24, mengaku melakukan perbuatan berkenaan beberapa kali sewaktu bertugas di Akademi Circle di Urbana, Illinois, Amerika Syarikat.

Menurut perbicaraan mahkamah, dia menghantar foto sedang mengenakan pakaian dalam kepada murid berkenaan.

Malah, dia juga pernah berkunjung ke rumah murid berkenaan.

Dalam pada itu, ibu murid berkenaan turut meluahkan rasa kurang senangnya atas tindakan tidak bermoral guru berkenaan.

"Banyak kali dia hantar mesej, video dan gambar.

"Saya tak pernah sangka dia berani jejak ek rumah saya dan ada niat tak baik terhadap anak saya yang masih bawah umur," ujar wanita berkenaan.

Hakim Roger Webber dijangka menjatuhkan hukuman ke atas pembantu guru itu pada 30 Oktober depan. - Daily Star.


Monday, September 28, 2020

Tudia !!! Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - “Aku jerit selama ni tak ada orang dengar”

 

Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - “Aku jerit selama ni tak ada orang dengar”

(kiri) Keadaan pintu yang diumpil. (kanan) Seorang gadis menggunakan mangkuk tandas sebagai tempat untuk tidur ketika terperangkap. Foto Twitter atieqahroslan80

MALANG tidak berbau.

Seorang gadis terpaksa melalui satu pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel sebaik pulang dari luar negara.

Hampir 24 jam terperangkap di dalam tandas di bilik hotel, itulah yang dialami seorang gadis ketika menjalani proses kuarantin pada Khamis malam.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, gadis tersebut memberitahu, kejadian berlaku sewaktu dia mahu mandi pada pukul 10 malam.



Posting seorang gadis yang terperangkap di dalam tandas hotel ketika menjalani kuarantin.

Difahamkan berlaku pada hari keempat kuarantin, katanya, pintu tandas itu sebenarnya bermasalah sejak hari pertama dia menginap di bilik tersebut.

"Masa nak keluar, tiba-tiba pemegang (pintu) dia macam longgar semasa je. Sendalnya tak bergerak. Lepas dah tolak pemegang atas bawah, dah rempuh pintu pun tak terbuka.

"Tak apalah, kita cari barang untuk umpil pintu. Jumpa bucu pencuci muka, lembut sangat, pinggan alas toiletries (kelengkapan mandian) hotel tak muat pula nak selit," tulisnya menerusi siri posting di bebenang di akaun Twitternya.

Tambah gadis itu, ketika kejadian dia tidak membawa telefon bimbit ketika mandi dan tiada alat komunikasi lain di dalam tandas.

Walaupun menemui 'senjata' untuk mengumpil pintu, gadis berkenaan nekad untuk mencari jalan lain bagi mengelakkan daripada membayar ganti rugi akibat kerosakan.



Keadaan pintu tandas di bilik hotel berkenaan.

"Pandang atas ada lubang kat siling. Tolak-tolak, tak jadilah gelap sangat. Takut pula ada hantu. Dah la malam Jumaat. Tunggu sianglah kita periksa balik.

"Dah la tandas tak ada tingkap atau lubang angin (ruang udara), panas. Berapa kali basuh muka sebab panas. Tak apalah, kita tunggu frontliner (petugas barisan hadapan) bawa sarapan esoklah, bunyi bising minta tolong.

"Jadi, tidur tandaslah malam semalam. Duduk atas mangkuk tandas, kepala letak atas pam tandas, alas kepala dengan tuala. Kejang kaki tengkuk semua," ujarnya tanpa mendedahkan lokasi hotel berkenaan.

Tidak dapat melelapkan mata, fikiran melayang mempersoalkan tentang insidennya terperangkap di dalam tandas sedangkan ujian swab berikutnya hanya pada hari ke-13.

"Sembilan hari lagi seperti ini? Walaupun mungkin mereka perasan makanan tak bersentuh, tapi boleh je fikir budak ni ada banyak makanan lain dalam bilik," katanya sambil menambah bahawa biliknya terletak di tingkat 14, dengan kedudukan paling hujung.



Antara alat yang dijumpai di dalam tandas untuk mengumpil pintu.

Namun, dia hampa apabila setelah terperangkap selama 12 jam, hanya pengumuman dibuat mengenai penghantaran makanan tanpa frontliner menekan loceng pintu.

"Perut lapar, angin dah macam-macam bunyi, mulut dah kering. Kita minum air paip jelah. Azan Zohor... dengar troli datang. Ready untuk loceng, tapi tak ada juga," katanya sambil menambah siling sudah diperiksa tetapi tidak menemui jalan keluar.


Sepanjang hampir 20 jam terperangkap di dalam tandas, telefon di bilik hotel semakin kerap berbunyi begitu juga bunyi loceng pintu tetapi masih tiada bantuan.

"Jadi, hanya satu pilihan yang saya ada vandalisme. Mula-mula saya tanggalkan rangka pintu kayu. Banyak paku kat kayu tu. Kemudian saya cuba buat lubang pada pintu.

"Ingat plywood (papan lapis), rupa-rupanya solid wood (papan tebal). Saya umpil dari dalam, sehingga saya capai pemegang kunci. Lepas tu dah tak larat, penat. Mungkin selepas 24 jam, baru dia cari kot," katanya.



Tangkapan skrin video menunjukkan sekumpulan frontliner melakukan pemeriksaan di bilik.

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya berlaku apabila pintu dibuka oleh sekumpulan frontliners pada kira-kira pukul 7 malam, hampir 24 jam sejak gadis itu terperangkap dalam tandas.

"Kita jerit-jerit dari tandas macam nak keluar anak tekak, mereka cakap suara saya dengar sayup-sayup je lepas masuk tadi. Bayangkan aku jerit selama ni tak ada orang dengar," katanya sambil menambah rupa-rupanya pintu tandas tersebut bermasalah apabila dibuka dari dalam selepas frontliners melakukan pemeriksaan.

Walaupun trauma dengan kejadian yang berlaku, namun dia bersyukur kerana 'jiran-jiran'nya di aras yang sama di hotel berkenaan bersikap prihatin.

"Mereka (fontliners) kata kami perasan dah macam ada sesuatu yang tak kena. Makanan sarapan, makan tengah hari, makan malam tak bersentuh.

"Kepada jiran-jiran satu tingkat, yang perasan saya tak ambil makanan. Terima kasih kerana bersikap prihatin," katanya.

Mstar

Saturday, September 26, 2020

Hero’ kecil! Berjaya kesan periuk api, tikus raksasa Afrika dianugerahkan pingat emas



Magawa dianugerahkan pingat emas di atas keberaniannya. Foto: PDSA

KELAZIMANNYA kita mendengar haiwan yang sering mendapat anugerah adalah merupakan anjing.

Namun kali ini, seekor tikus di Kemboja dianugerahkan pingat emas kerana keberaniannya.

Tikus itu dilatih oleh Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) melalui lebih dari 141,000 meter persegi tanah bagi mengesan periuk api.

Sebanyak empat hingga enam juta periuk api diletakkan di Kemboja antara tahun 1975 dan 1998 yang menyebabkan lebih dari 64,000 kematian. - Metro.co.uk


Friday, September 25, 2020

Kasihan panas terik beratur nak masuk bank, usahawan wanita 'payungkan' warga emas guna fail... bayangkan ibu bapanya dalam keadaan itu – “Saya baru sampai pun dah berpeluh”

 

Kasihan panas terik beratur nak masuk bank, usahawan wanita 'payungkan' warga emas guna fail... bayangkan ibu bapanya dalam keadaan itu – “Saya baru sampai pun dah berpeluh”

Kisah seorang wanita (kiri) memayungkan seorang warga emas ketika beratur untuk masuk ke bank menjadi perhatian. Foto Facebook Privitha Maimaran

NORMA baharu akibat pandemik Covid-19, semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, termasuklah penjarakkan fizikal.

Sekiranya mahu berurusan di kaunter bank, setiap pelanggan perlu beratur dari luar premis berikutan sejumlah pelanggan hanya dibenarkan berada di dalam premis pada satu-satu masa.

Menerusi sekeping gambar yang tular di media sosial, seorang pelanggan wanita warga emas berbangsa India sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam bank.

Turut kelihatan seorang wanita Melayu yang juga beratur di belakangnya, memayungkan warga emas itu daripada panas terik hanya menggunakan fail ditangannya.

Bercakap kepada mStar, cucu warga emas berkenaan, Privitha Maimaran berkata, foto tersebut dirakamkan di luar sebuah bank di Ipoh, Perak pada pagi Rabu.

Berusia 21 tahun, Privitha, berkata, foto tersebut dirakam oleh sepupunya yang menemani nenek mereka, Lachumi Arunasalam yang berusia 78 tahun.

"Sepupu saya menunggu di dalam kereta, bersama seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang dipangkunya serta seorang lagi anak lelakinya berumur dua tahun.

"Nenek pula beratur untuk berurusan berkaitan hal wang pencen dia. Cuaca masa tu memang panas terik, sepupu nampak wanita itu payungkan nenek," katanya kepada mStar.



Perkongsian Privitha mengenai neneknya dan seorang wanita menjadi tular.

Privitha yang merupakan jururawat berkata, tindakan wanita tersebut benar-benar menyentuh perasaan lebih-lebih lagi melihat nenek mereka dilindungi oleh seseorang yang tidak dikenali.

"Nenek saya kata ada seorang wanita beratur belakang dia sanggup payungkan dia. Masa tu agak lama juga nenek saya beratur dan dia juga menegur nenek.

"Tanpa mengira bangsa, wanita tersebut sudi menghulurkan bantuan dan menghormati nenek kami yang lebih berusia. Kami amat menghargainya," katanya.

Sementara itu, wanita Melayu yang disebut-sebut itu ketika dihubungi mStar tidak menyangka fotonya sedang menggunakan fail untuk memayungkan seorang nenek di luar bank menjadi tular.


Wanita berkenaan, Hasrina Hassan memberitahu, walaupun foto tersebut tidak memaparkan wajahnya, tetapi identitinya dikenal pasti berdasarkan pakaiannya pada Rabu.

"Saya tahu bila kawan-kawan rapat bertanya sama ada itu adalah saya, kerana secara kebetulan saya ada memuat naik foto dengan baju sama di laman sosial pada hari yang sama.

"Benar, masa tu cuaca agak panas, memang terik. Saya nampak aunty tu dalam keadaan berpeluh-peluh. Dengan cuaca panas dan faktor usia, mungkin dia cepat berpeluh.

"Saya tegur aunty tu, tanya dia datang dengan siapa dan dia tunjuk ke arah kereta yang saya nampak ada seorang wanita bersama anak kecil di dalamnya," katanya yang berusia 40 tahun.



Privitha (kiri) bersama neneknya, Lachumi. Foto ihsan Privitha Maimaran

Hasrina yang merupakan usahawan berkata, dia tidak sampai hati melihat wanita warga emas itu yang terpaksa beratur bersendirian sementara menunggu giliran masuk ke dalam bank.

"Saya sampai untuk beratur pukul 9.40 pagi dan bank dibuka pukul 9.30 pagi. Tapi saya tak pasti berapa lama aunty tu beratur di hadapan saya dan tak ada pula pihak bank datang tengok.

"Saya yang baru sampai pun dah berpeluh sebab cuaca panas. Tak sampai hati tengok dia dalam keadaan macam tu. Dengan fail yang ada di tangan, saya payungkan aunty tu.

"Masa tu terbayang mak ayah kita dalam keadaan begitu. Saya percaya kalau kita berbuat baik pasti Allah akan balas balik dalam pelbagai cara," katanya sambil menambah dia memayungkan warga emas itu selama kira-kira 10 minit sebelum wanita itu masuk ke dalam bank.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Thursday, September 24, 2020

Alhamdulillah !!! Kongsi kisah ‘ditendang’ dari universiti, doktor ini akui hidup atas berkat dan harapan ibu yang ada kemahuan, imaginasi juga impian – “10 tahun lepas tak terbayang dapat bantu pesakit”

 

Kongsi kisah ‘ditendang’ dari universiti, doktor ini akui hidup atas berkat dan harapan ibu yang ada kemahuan, imaginasi juga impian – “10 tahun lepas tak terbayang dapat bantu pesakit”

Dr Ahmad Samhan berkongsi di sebalik perjalanan beliau untuk bergelar doktor. Foto Facebook Ahmad Samhan

SIAPA tak kenal Dr Ahmad Samhan, seorang doktor viral yang sering berkongsi pengalaman mengenai dunia kedoktoran, perubatan dan kemasyarakatan.

Di sebalik kejayaan itu, tiada siapa yang boleh meneka dugaan dan pengorbanan yang beliau lalui.

Dr Ahmad Samhan mendedahkan bahawa beliau pernah 'ditendang' dari universiti sehingga merasakan putusnya sebuah harapan untuk bergelar doktor.

"Hilang minat. Lenyap cita-cita. Sungguh! Pensyarah-pensyarah pun tak mampu untuk menolong. Rayuan tak lagi diterima. Keputusan universiti adalah muktamad.

"Makin kelam. Gelap. Langsung dah tak nampak masa depan," tulisnya menerusi satu perkongsian di halaman Facebook beliau.



Dr Ahmad Samhan mempunyai pengalaman bertugas di HKL.

Mempunyai pengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan bagaimanapun berkata, fikiran ibunya terhadap beliau adalah sebaliknya.

"Ma (panggilan ibu) nampak dengan jelas anaknya ini akan jadi seorang doktor. Seorang yang berbakti pada masyarakat.

"Dia cari juga jalan apa cara sekalipun. Bulat dan tekad sebuah harapan untuk anaknya jadi doktor tercapai. Itulah ibu. Bermimpi yang tak pernah kaput.

"Pekakkan telinga, butakan mata. Pedulikan segala halangan yang datang. Dia mahukan yang terbaik buat anak," katanya.



Ibu merupakan pembakar semangat untuk beliau mengecapi kejayaan.

Menurut Dr Ahmad Samhan, di atas sebab beliau menjadi doktor hari ini, ramai pesakit dapat menerima rawatan.

"(Pesakit) kembali sihat, kembali senyum, kembali hilang kesengsaraan. Sihat Alhamdulillah. Begitu juga yang dapat manfaat atas penulisan saya dari ilmu kedoktoran yang saya pelajari.

"Saya kongsikan segala suka duka perjalanan hidup saya selama ini tanpa rasa malu. Semua pun bukan sebab usaha saya kerana ia bermula dari segunung harapan insan yang bergelar ibu.


"Dia berani untuk bermimpi dan berani untuk mewujudkan. Ibu saya mempunyai kemahuan, imaginasi dan impian.

"Dia mahu melihat anaknya jadi doktor. Terima kasih Ma... hidup atas berkat ibu," ujarnya yang merupakan ahli lembaga pengarah di sebuah klinik di Kuala Terengganu, Terengganu.



Perkongsian Dr Ahmad Samhan di Facebook.

Mengimbas kembali pengalaman sedekad lalu, Dr Ahmad Samhan berkata, apabila pesakit datang dengan kesakitan dan pulang dengan senyuman sememangnya sebuah perasaan yang sukar untuk diceritakan.

"10 tahun lepas tak terbayang akan dapat bantu pesakit seperti sekarang. Tiada dalam akal dan langsung tak pernah pula terlintas dalam fikiran untuk jadi seorang doktor," katanya.

"Terima kasih doktor," satu ungkapan penghargaan daripada seorang pesakit yang bagi Dr Ahmad Samhan, malah mana-mana doktor pastinya tersemat penuh kegembiraan dan rasa bersyukur kerana tanggungjawab berbakti kepada masyarakat dan negara dipemudahkanNya.kredit MSTAR


Wednesday, September 23, 2020

Tediaa !!! Didakwa menyerupai alat sulit lelaki, pihak berkuasa robohkan patung ikan kontroversi selepas desakan rakyat

 

Didakwa menyerupai alat sulit lelaki, pihak berkuasa robohkan patung ikan kontroversi selepas desakan rakyat

Pihak berkuasa tempatan merobohkan patung kontroversi itu Khamis minggu lalu. Foto: Facebook/Dailymail

PATUNG dua ekor ikan berwarna keemasan yang dibina di bulatan kawasan Mehdia, sebuah bandar di Morocco, kecoh diperkatakan pengguna media sosial di negara itu.

Ia gara-gara bentuknya yang didakwa menyerupai alat kelamin lelaki.

Netizen menyuarakan kemarahan kerana kesal dengan kerajaan yang didakwa memperuntukkan wang terhadap sesuatu perkara yang tidak berfaedah.

Desakan daripada warga maya menyebabkan pihak berkuasa tempatan merobohkan patung kontroversi tersebut pada Khamis minggu lalu.

"Penduduk menyuarakan kepada pihak berkuasa bahawa mereka mahukan pembaharuan di bandar. Namun pihak berkuasa membina pula patung ini," kata seorang netizen.

Segelintir penduduk Mehdia berpendapat patung kontroversi itu berkemungkinan merupakan idea daripada Presiden Majlis Perbandaran yang baharu dipilih, Abderrahim Bouras dari Parti Istiqlal.

Bouras dipilih pada bulan Ogos 2019. - Dailymail. co.uk


Tuesday, September 22, 2020

Lahir dalam pesawat ke London, bayi bertuah dapat tiket penerbangan percuma seumur hidup

 


Seorang bayi yang baru dilahirkan dalam pesawat. Foto EGYPTAIR/Twitter

SEORANG bayi bertuah dihadiahkan tiket penerbangan percuma seumur hidup, selepas dilahirkan tanpa dirancang di dalam pesawat pada ketinggian 2,000 kaki.

Seorang penumpang warga Yaman, Hiyam Nasr Naji Daaban tidak dapat menahan daripada bersalin, semasa dalam penerbangan EgyptAir MS777 dari Kaherah, Mesir ke London, United Kingdom.

Juruterbang bertindak pantas dengan melencongkan penerbangan dan cuba membuat pendaratan cemas di Munich, Jerman.

Bagaimanapun, bayi tersebut dilahirkan di awan biru sebelum pesawat itu mendarat di landasan.

Seorang penumpang yang merupakan doktor memastikan keselamatan bayi baru lahir itu sepanjang penerbangan.

Syarikat penerbangan itu kemudian menerusi akaun Twitternya memaklumkan bahawa bayi tersebut akan dihadiahkan tiket penerbangan percuma seumur hidup. - Daily Star

grup Telegram mStar


Monday, September 21, 2020

Uncle Kentang luah perasaan... puji Melayu sambil imbau kisah ayah diterima baik walau bergelar pendatang - “Biar aku notakan sebelum pulang ke kubur”

 


Uncle Kentang berkongsi cerita mengenai sikap orang Melayu yang menerima baik kedatangan bapanya ke tanah air berpuluh-puluh tahun lalu.

MESKIPUN dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina, namun Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tidak pernah 'pilih bulu' dalam menyalurkan bantuan.

Mana-mana individu atau keluarga yang kurang berkemampuan sama ada daripada bangsa Melayu, India mahupun bangsanya sendiri, Uncle Kentang antara individu yang terawal tampil. Jika disoroti perkongsiannya di laman Facebook, Uncle Kentang banyak membantu mempermudahkan urusan pengebumian orang Islam yang kurang berkemampuan, terutama urusan penghantaran pulang jenazah.

Rupa-rupanya, ada cerita mengapa lelaki ini begitu bersungguh-sungguh terlibat dalam aktiviti kebajikan, khususnya membabitkan masyarakat Melayu.

"Saya berterima kasih kepada Melayu, asalnya Melayu orang yang sangat mulia dan tiada niat jahat. Ini kisah benar. Ayah saya Kuan Mui Hong belayar dari negara China naik kapal berminggu baru sampai ke Nanyang (Malaysia). Beliau terus pilih Batu Pahat sebagai tempat landing kerana dekat dengan laut.

"Saya ingin perjelaskan keikhlasan Melayu menerima pendatang yang merantau ketika itu... saya sungguh terharu pasal bab ini. Ayah saya diterima baik.

"Saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memilih negara ini sebagai negara yang ayah saya yakin ada masa depan untuk anak beliau," tulisnya menerusi satu perkongsian terbaharu di laman Facebook.



Uncle Kentang tidak memilih bulu ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Tulis lelaki ini lagi, dia rasa terpanggil untuk berkongsi kisah berkenaan kerana mahu semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza fahaman politik.

"Saya buat nota ini dari hati saya kerana tak mau kita bergaduh dan salah sangka. Kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di Tanah Melayu ini.

"Jadi tiada perbalahan sebenarnya berlaku... hanya mereka yang kini suka berpolitik mencari pasal," tulisnya.

Tambah Uncle Kentang, dia sedar kebanyakan pihak tertanya-tanya tindakannya yang aktif menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa sungguhpun bukan bergelar ahli politik mahupun individu kenamaan.


"Ramai akan rasa saya pelik dan janggal. Tapi biarlah aku notakan kebaikan orang Melayu sebelum aku pulang ke kubur aku agar kita faham sejarah lampau... agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu, kini dan seterusnya.

"Melayu semua baik baik belaka.... India pun baik baik belaka buat railway, jalan dan bertungkus lumus buat estet dan lain lain. Terima kasih pada orang Melayu asal yang memberi peluang pada ayah saya.



Uncle Kentang sering turun padang membantu urusan penghantaran jenazah.

"Sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya... saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.

"Saya janji saya akan sumbangkan apa jua yang sama mampu untuk Malaysia," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 4,600 shares.

Tq MSTAR

Sunday, September 20, 2020

Pramugari ‘terduduk’ meleleh air mata kontrak tak disambung, bergelut sara keluarga sebelum jadi ejen jual kereta - “Pelanggan pertama beli, saya lompat gembira”

 


Dari bertugas di awan biru sebagai pramugari (kiri), Maliah kini merupakan ejel jualan kereta. Foto Maliah Md Noor

RINDU bertugas di awan biru, begitulah perasaan yang diterjemahkan oleh seorang gadis.

Pandemik Covid-19 ternyata memberi tamparan hebat buat gadis ini, dan segala-galanya yang dirancang berubah sama sekali.

–– ADVERTISEMENT ––
Bukan sekadar kerjayanya sebagai pramugari terjejas, malah memberi kesan terhadap rancangannya untuk berkahwin.


Gadis berkenaan, Maliah Md Noor berkata, dia mula bertugas sebagai pramugari pada Julai 2018 dan pandemik menjejaskan industri penerbangan, sehingga kontraknya selama dua tahun tidak diperbaharui semula.



Maliah berkhidmat sebagai pramugari selama dua tahun.

Wanita berusia 27 tahun itu mengakui pada mulanya sukar untuk menerima keadaan yang menimpanya secara mendadak, awal Jun lalu.

"Saya dapat panggilan mengenai berita mengejutkan itu daripada pihak syarikat pada Hari Raya, semasa di rumah di Subang, Selangor. Masa tu memang saya ‘terduduk’.

"Sudahlah tak dapat balik beraya di kampung di Johor kerana sekatan rentas negeri ketika itu, memang air mata saya dah meleleh menangis," katanya kepada mStar.

Walaupun dapat menjangkakan perkara tersebut bakal berlaku berdasarkan situasi semasa, namun dia tetap sedih apabila mengenangkan nasib keluarganya.



Mula berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan.

Maliah berkata, sebagai anak sulung daripada empat beradik, dia bertanggungjawab membantu menyara kehidupan keluarganya, dengan ibunya berniaga secara kecil-kecilan.

"Saya ada banyak tanggungan dengan adik-adik masih kecil dan bersekolah. Ibu pula adalah ibu tunggal. Jujurnya, saya terkilan sebab tak dapat tolong support keluarga saya ketika itu.

"Saya dan tunang sepatutnya berkahwin pada awal Ogos lalu, tetapi disebabkan masing-masing kehilangan kerja, maka rancangan itu terpaksa ditangguhkan dahulu," ujarnya.

Sepanjang tempoh Jun dan Julai lalu, gadis berasal dari Senai, Johor itu melakukan pelbagai pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga.



Menjual tauhu berdegil masakan sendiri.

"Saya bantu ibu jual sambal ikan bilis. Lepas tu saya berjinak-jinak buat tauhu bergedil dan menjualnya termasuk mengambil upah buat alteration baju.

"Kebetulan dulu masa belajar saya ada beli mesin jahit. Saya angkut mesin jahit tu dari Johor ke Subang, dan ambil upah menjahit," katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Reka Fesyen dan Tekstil di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).


Menurut Maliah, dia juga mencuba nasib dengan menghadiri temuduga tetapi tidak menyangka ditipu oleh tawaran pekerjaan yang dijanjikan.

"Dua temuduga yang saya pergi untuk kerja PA (pembantu peribadi), tapi sebenarnya tawar kerja lain yang saya tidak tahu seperti MLM (pemasaran pelbagai peringkat) dan forex (dagangan tukaran wang asing).

"Tempoh dua bulan tu sangat mencabar sehingga saya stres, mengalami keguguran rambut dan muka naik jerawat. Tapi saya percaya, rezeki ada di mana-mana," katanya.



Mempunyai pengalaman dalam bidang jahitan.

Dia bagaimanapun akhirnya diterima bekerja sebagai ejen jualan kereta pada Ogos lalu meskipun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang automotif.

"Memang tak jangka, dari fesyen dan tekstil, kemudian bidang penerbangan, berniaga kecil-kecilan terus lompat dalam bidang jualan kereta.

"Saya bersyukur, Tuhan dah rancang apa yang terbaik untuk kita. Dan saya perlu berusaha, dan bila dapat pelanggan pertama yang beli kereta bulan lepas, ya Allah bersyukurnya saya. Memang saya melompat sebab gembira sangat," katanya.