Sunday, January 31, 2021

Wow!!!! Model kacak derita kaki lumpuh, tak sangka kini mampu berjalan semula

 


Biarpun doktor menyatakan dia ada harapan tipis untuk berjalan semu, Xander membuktikan sebaliknya. Foto: Jam Press/@xander.fit/@davidsantalucia.

SEORANG model yang lumpuh kedua-dua kakinya ternyata gembira apabila dia berupaya berjalan semula.

Kini, dia juga mampu menjana wang lumayan dengan menjual foto dan video seksinya menerusi platform dalam talian.

Xander Neff, 27, yang juga bekas tentera Amerika Syarikat (AS) dari Las Vegas berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan pulih dan boleh berjalan semula.

Dia lumpuh sewaktu berusia 19 tahun akibat cedera ketika membuat aktiviti lasak, menyebabkan dia koma selama enam hari.

Biarpun doktor menyatakan dia ada harapan tipis untuk berjalan semula, Xander membuktikan sebaliknya.

Secara berperingkat, dia menunjukkan perkembangan baik sehinggalah mampu untuk berdiri dan berjalan.

"Saya kehabisan wang, jadi saya kongsi gambar di Instagram. Kemudian saya terima tawaran dari sebuah syarikat.

"Saya rasa seperti bintang rock. Rasa seronok dapat penuhi fantasi wanita," ujarnya yang kini banyak menjana wang menggunakan aplikasi OnlyFans. - Daily Star.Telegram mStar!


Saturday, January 30, 2021

Tedia..!! Remaja hamilkan adik sendiri dipenjara 32 bulan.

 


Peristiwa itu menyebabkan mangsa mengalami penderaan emosi sehingga dia dewasa.

SEORANG lelaki dipenjara 32 bulan gara-gara menghamilkan adik perempuannya sendiri.

Menerusi pendedahan kes yang berlaku pada tahun 1990-an itu, lelaki berkenaan beberapa kali melakukan hubungan terlarang dengan adiknya yang masih remaja.

Selain hamil, peristiwa itu menyebabkan mangsa mengalami penderaan emosi sehingga dia dewasa.

ADVERTISING
Video Player is loading.
Remaining Time 11:48
Loaded1.59%
X

Pada waktu itu, pelaku berusia 20-an.

"Dia abang saya. Saya sayangkan dia. Kini saya mengasingkan diri dan tiada keluarga.

"Ia kekal dalam minda saya selamanya. Ia merosakkan hidup saya," kata mangsa sebagaimana disebut dalam laporan kes.

Imbas hakim, Hilary Manley, kes lama itu disifatkannya sesuatu yang cukup tragis.

Dedahnya lagi, kes itu berlaku di Manchester dan berlarutan dalam tempoh lama sehinggalah mangsa berani untuk membuka mulut. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Friday, January 29, 2021

Fuhh Tedia Aihhh.. China mula laksana swab dubur kesan Covid-19



 China mula laksana swab dubur kesan Covid-19



Pemerintah China telah mula menggunakan kaedah calitan dubur (anal swab) ke atas individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

A

A

BEIJING - Pemerintah China telah mula menggunakan kaedah calitan dubur (anal swab) ke atas individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.



Sebelum ini, pakar-pakar perubatan China bersetuju, kaedah itu adalah lebih tepat untuk mengesan kehadiran Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.



 

Penyiar rasmi CCTV berkata, pegawai kesihatan telah mula mengambil sampel daripada penduduk di zon merah di Beijing pada minggu lalu.


Penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin turut diarah menjalani prosedur sama.


Doktor kanan di Hospital Youan di Beijing, Li Tongzeng memberitahu CCTV bahawa kaedah calitan dubur dapat meningkatkan kadar pengesanan individu yang dijangkiti virus berkenaan.


Tambahnya, ini kerana kesan virus kekal lebih lama di dubur berbanding di saluran pernafasan.



 

"Kaedah ini juga membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu," katanya.



 

Bagaimanapun, menurut CCTV, kaedah swab dubur tidak akan dilaksanakan secara meluas seperti kaedah konvensional yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Sementara itu, warganet di China memberikan pelbagai reaksi susulan pelaksanaan calitan dubur berkenaan.


Ada yang mengkritik langkah itu dan tidak kurang ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka. - Agensi



Covid -19

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/121297/KHAS/Covid-19/China-mula-laksana-swab-dubur-kesan-Covid-19

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Datuk, Datuk Seri gaduh, helikopter di rumah ‘curi’ perhatian

 

Datuk, Datuk Seri gaduh, helikopter di rumah ‘curi’ perhatian

12.1kShares
facebook sharing button
twitter sharing button
whatsapp sharing button
email sharing button
Punca perbalahan mereka kurang jelas, tetapi yang menarik perhatian adalah helikopter yang diparkir di rumah Datuk Seri itu.

PETALING JAYA: Bukan setiap hari anda melihat helikopter diparkir di perkarangan rumah.

Apatah lagi diletakkan bersebelahan beberapa motosikal, seolah-olah ia perkara biasa.

Namun, itu hakikatnya di sebuah taman perumahan di Puchong.

Helikopter itu disebut menjadi punca pertelingkahan dua jiran.

Perbalahan mereka tular menerusi klip video yang turut memaparkan helikopter itu diparkir di sebuah rumah mewah.

Helikopter itu dikatakan milik seorang bergelar Datuk Seri manakala jiran yang berkelahi dengannya seorang Datuk.

Punca perbalahan mereka kurang jelas, tetapi yang menarik perhatian adalah helikopter yang diparkir di rumah Datuk Seri itu.

Ketua Polis Serdang Razali Abu Samah berkata, Datuk Seri itu tidak melakukan kesalahan undang-undang dengan meletakkan helikopter milik beliau di rumahnya.

“Semua ok. Mereka berdua sahabat dan apa yang berlaku adalah hanya perselisihan pendapat. Tidak ada sebarang kesalahan undang-undang,” kata beliau.

Thursday, January 28, 2021

Sempoii!! Tak perlu terkinja-kinja menari, wanita berhijab ini ‘masyuk’ hanya dengan buat ‘finger dance.. Jer

 

Tak perlu terkinja-kinja menari, wanita berhijab ini ‘masyuk’ hanya dengan buat ‘finger dance’ di TikTok - “Jari, kaki sama-sama lenguh”

Antara video tarian jari oleh Zie yang tular di TikTok.

AKSI bersahaja seorang wanita yang membuat tarian jari (finger dance) membolehkan dia meraih lebih 277,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Menurut Wan Aishatun Wazifa Wan Ismail, 28, dia sekadar meniru aksi seorang pengguna TikTok luar negara yang dikenali sebagai Cindy dan sama sekali tidak menyangka namanya kini menjadi sebutan ramai.

Selain meraih pengikut tempatan, video tariannya juga pernah tular sehingga ke Turki dan Indonesia.


Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zie mendedahkan tidak mudah sebenarnya untuk melakukan aksi tarian itu.

"Saya tengok seorang pengguna TikTok buat dan cuba ikut. Saya bermula pada awal tahun 2019. Sampai sekarang saya dah hasilkan dua koreografi sendiri.

"Selebihnya saya copy koreografi orang lain. Awal-awal dulu susah juga. Jari tak terbiasa, sakit jari-jari ni dulu.

Zie memiliki lebih 200,000 pengikut di TikTok.

"Tapi sekarang macam dah fleksibel sikit. Nak hafal koreografi tu bergantung kepada step juga. Kalau ada step yang susah nak ikut, saya ubah je ikut kreativiti sendiri.

"Jari dan kaki sama-sama lenguh. Sebab kena rakam banyak kali nak bagi nampak kemas, tu yang susah dan lambat," ujarnya.

Manis berhijab, Zie berkata dia gembira apabila sering menerima komen positif di aplikasi itu.

Sekarang saya buat paid review di TikTok je. Bila PKP, bisnes tak on, dengan hujan lagi.

ZIE

"Alhamdulillah setakat ni banyak yang positif. Ada yang kata, baguslah main ni tapi masih tutup aurat.

"Lebih kurang macam tu lah semua komen. Tapi ada juga yang negatif. Tapi sikitlah. Kalau 1,000 komen, dua je yang negatif," ujarnya yang kerap membuat video tarian sambil memakai pelitup muka.

Tambah Zie yang menetap di Terengganu, penghasilan video TikTok secara suka-suka turut membuka pintu rezeki buatnya.

Dedah Zie, TikTok mampu membawa pulangan tatkala perniagaannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Antara video di TikTok wanita itu.

"Saya ada buat bisnes bagi kejutan dengan dekorasi hadiah, tapi sebab PKP, kena berhenti operasi.

"Sekarang saya buat paid review di TikTok je. Bila PKP, bisnes tak on, dengan hujan lagi... memang terjejas.

"Awalnya main TikTok suka-suka, lepas tu saya melawak kata boleh mesej saya untuk buat paid review.

Video Zie juga pernah tular sehingga ke luar negara.

"Tiba-tiba ada orang mesej betul-betul tanya maklumat semua. Dari situ saya realitikan benda tu. Saya review dengan buat video.

"Saya terima semua produk kecuali produk kecantikan wajah. Sebab setiap yang saya review saya pakai. Kulit saya agak sensitif untuk cuba skincare baharu.

"Saya tak nak review tanpa tahu produk tu bagus atau tidak. Saya kena pastikan review tu bagus untuk followers saya," jelasnya panjang lebar.

Tambah Zie, TikTok juga dimanfaatkan sebaiknya pasti boleh memberi kebaikan kepada kita semua.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Wednesday, January 27, 2021

Tudia!!!,Aih!!! Tak hirau cuaca sejuk, lelaki bogel selamba ‘catwalk’ di kota London

 


Berlaku pada Ahad, polis sehingga kini masih lagi memburu identiti lelaki berkenaan.

LAIN manusia, lain ragamnya.

Begitulah juga dengan seorang lelaki tidak dikenali ini apabila tindakannya mencetuskan kekecohan di London, baru-baru ini.

Menerusi posting tular, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan bogel selamba berjalan di kawasan awam di kota popular itu.

Malah, dia juga tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan perbuatannya itu.

Berlaku pada Ahad, polis sehingga kini masih lagi memburu identiti lelaki berkenaan.

Dia sehingga kini gagal ditemui selepas melarikan diri sejurus ketibaan pihak berkuasa di lokasi kejadian. - Daily Star.

Telegram mStar!


Tuesday, January 26, 2021

Fuh.. Tedia!! Pemuda positif Covid-19 bikin kecoh... Selepas dakwa bebas keluar rumah sebar virus


Pemuda positif Covid-19 bikin kecoh... Selepas dakwa bebas keluar rumah sebar virus, ada pula peguam jelaskan semuanya prank nak ‘jentik’ KKM

Seorang pemuda disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian RTK di sebuah klinik swasta. -gambar hiasan / foto ART CHEN/The Star

KECOH di media sosial mengenai seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19 tetapi mendakwa dirinya keluar ke tempat awam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh individu berkenaan di laman Facebook miliknya memaklumkan menerima keputusan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dibuat di sebuah klinik swasta di Ampang, Selangor pada 20 Januari 2021.

Sehingga hari ketiga disahkan positif Covid-19, lelaki terbabit mendakwa tiada sebarang maklumat atau panggilan telefon daripada pejabat kesihatan daerah (PKD).


"Nak beritahu juga sepanjang tiga hari ni abam bebas keluar masuk rumah membeli makanan, shopping dan menyebarkan virus ini kepada orang ramai," katanya.



Posting yang mencetuskan kemarahan netizen.

Pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan netizen kerana sifat tidak bertanggungjawabnya terutama negara kini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19.

Seorang peguam di laman Facebook berasingan kemudian tampil menjelaskan bahawa dia akan bertindak mewakili rakannya yang digelarnya sebagai Encik F, sekiranya pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan kekecohan yang ditimbulkan lelaki itu.

Peguam wanita itu berkata, Encik F mengadu mengalami beberapa gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, hilang selera makan dan hilang deria bau.

Jelasnya, status yang dimuat naik oleh Encik F di Facebook bertarikh 22 Januari 2021 ditulis semata-mata untuk mendapatkan perhatian segera pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebaik sahaja disahkan positif Covid-19 oleh sebuah klinik swasta pada 20 Januari 2021, Encik F tidak keluar ke mana-mana dan menjalankan kuarantin di rumah.

"Netizen kena prank. Saya tidak setuju dengan prank sebegini. Tapi tidak dinafikan, ia telah mewujudkan kesedaran kepada kita semua," katanya.



Ujian RTK yang dijalankan oleh Encik F menunjukkan keputusan positif.

Menurut peguam berkenaan, Encik F berkali-kali menghubungi PKD sejak 20 Januari dan menunggu diambil oleh ambulans untuk dibawa ke mana-mana pusat kuarantin.

Ini katanya disebabkan beberapa faktor iaitu rumah sewa Encik F sangat kecil dan tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri selain mempunyai lima rakan serumah yang semuanya negatif Covid-19.

"Encik F ialah seorang bujang dan tidak mempunyai ahli keluarga berhampiran yang boleh menghantar makanan sepanjang tempoh kuarantin. Kawasan tempat tinggal Encik F adalah sempit dan sesak.

Bagaimana agaknya reaksi semua orang jika menyedari ada manusia yang positif Covid-19 sedang berlegar di sekeliling mereka?

PEGUAM

"Encik F sepanjang masa bersiap sedia untuk dihantar ke mana-mana pusat kuarantin, agar beliau tidak menjangkiti orang lain di sekelilingnya. Malangnya pihak KKM begitu lambat untuk bertindak.

"Kerana itulah Encik F 'jentik' KKM melalui status Facebook tersebut. Bagaimana agaknya reaksi semua orang jika menyedari ada manusia yang positif Covid-19 sedang berlegar di sekeliling mereka?" soalnya.



Penjelasan seorang peguam yang mendakwa rakan kepada Encik F.

Walaupun tidak keluar ke tempat awam dan menjalani kuarantin kendiri, peguam tersebut turut dimaklumkan bahawa Encik F sedaya-upaya mengurung diri dalam bilik.

"Namun tetap terpaksa keluar bilik bila nak ke dapur atau ke tandas. Bagaimana nasib rakan-rakan serumahnya?" kata peguam terbabit.

Terkini, Encik F menerusi postingnya pada Isnin memaklumkan bahawa PKD Hulu Langat memintanya datang membuat ujian Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) untuk pengesahan Covid-19.

"PKD Hulu Langat call suruh datang buat PCR. Tiba hari ni bila abam dah sampai kat tempat PKD ni, yang bertugas ni kata kat sini tak buat PCR, hanya keluarkan surat pelepasan saja," dakwa Encik F bagaimanapun tidak mengetahui apakah surat pelepasan yang dimaksudkan.

Setakat berita ini ditulis, usaha mStar untuk mendapatkan komen PKD Hulu Langat berhubung isu tersebut belum berhasil.



cTelegram mStar!