Nuffnang

Sunday, July 26, 2020

Hanya 2 hari! Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid-19 ke-2


Hanya 2 hari! Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid-19 ke-2


Seramai 2,897 individu yang dikuarantin wajib di rumah selepas pulang dari luar negara sehingga kini tidak melaksanakan ujian itu pada hari ke-13. Foto: Bernama

INDIVIDU yang gagal menjalani ujian saringan Covid-19 kedua dalam tempoh dua hari sehingga Ahad (esok) akan ditahan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ujarnya, individu yang berkenaan sekiranya masih gagal untuk berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, mereka akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, seramai 2,897 individu yang dikuarantin wajib di rumah dan hingga kini tidak melaksanakan ujian itu pada hari ke-13 tempoh itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia, warga asing pulang dari luar negara akan jalani kuarantin wajib mulai Jumaat ini

"Tiada lagi kompromi, amaran dan nasihat kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tangkap dan tahan mereka... tiada kompaun, charge (dakwa) di mahkamah terus," katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.

Ismail Sabri berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu.

"Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13 dan kita takut mereka potong sendiri wristband. Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka," tegasnya.

Beliau juga berkata secara keseluruhan, seramai 9,600 individu masih menjalani proses kuarantin wajib di rumah masing-masing.

"Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan semua yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Ismail Sabri berkata semua individu terbabit boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk melakukan ujian saringan Covid-19 kali kedua.

"Pihak KKM juga boleh datang ke rumah mereka untuk menjalankan ujian tersebut," tambahnya. - BERNAMA

Tq Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung