Nuffnang

Monday, March 8, 2021

Video melaram raih hampir 5 juta tontonan, si manis 17 tak pernah menyesal berhenti sekolah

 

Video melaram raih hampir 5 juta tontonan, si manis 17 tak pernah menyesal berhenti sekolah... rezeki masing-masing - “Ada cakap style saya macam sampah”

Video bersahaja Yuyu yang meraih hampir 5 juta tontonan di TikTok.

SERING tampil menarik setiap kali muncul di TikTok, fesyen yang digayakan gadis ini ternyata mencuri tumpuan ramai.

Biarpun video yang dihasilkan kelihatan bersahaja dan effortless, ia menerima jutaan tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Terbaharu, video Wan Nor Ridayu Wan Mohd Sukri, 17, dalam busana putih dan ungu meraih hampir lima juta tontonan di aplikasi TikTok.


Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Yuyu mengakui kebanyakan content yang dikongsi berkaitan dengan fesyen dan tips penggayaan khususnya untuk kaum hawa.

"Saya banyak buat perkongsian video mengenai outfit, bagi tips untuk penggayaan pakaian.

"Memang saya suka fesyen sejak kecil lagi. Keluarga juga suka berfesyen. Suka pakai baju lain daripada orang lain.

Kata Yuyu, dia sememangnya suka berfesyen sejak masih kecil lagi.

ADVERTISING
X

"Saya tak ada sesiapa yang menjadi rujukan. Kebanyakannya saya mix and match sendiri dan rujuk YouTube," ujarnya yang menetap di Terengganu.

Tambah Yuyu, apa yang penting, setiap individu haruslah yakin dan selesa dengan apa sahaja yang digayakan mereka.

Menurut model sambilan itu, dia juga tidak terlepas menerima kecaman setiap kali berkongsi video baharu buat pengikutnya di TikTok.

Mereka kata saya akan jadi bodoh dan tak boleh berjaya. Ada yang kata saya tak akan ke mana kalau tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

YUYU

Namun kata Yuyu, setiap individu haruslah menjaga adab dan tutur kata setiap kali menulis agar tidak mengguris hati orang lain.

"Kecaman terlalu banyak. Ada orang cakap style saya macam sampah. Ada juga yang tegur pasal aurat.

"Kalau nak ikutkan, memang terasa hati. Tapi saya ambil positif. Ada juga yang maki-maki. saya tak letak dalam hati.

Dedah Yuyu, dia sudah berhenti sekolah sejak berusia 14 tahun.

"Kalau mereka ada adab, boleh tegur secara personal. Kalau di ruangan komen pun, janganlah sampai menghina. Boleh pesan elok-elok.

"Kita pun tak tahu orang struggle macam mana. Setiap kita ada dugaan masing-masing," kata anak kelima daripada tujuh beradik itu.

Bercerita mengenai dirinya, Yuyu yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok dan 43,000 pengikut di Instagram mengakui sudah berhenti sekolah sejak berusia 14 tahun.

Gadis ini enggan melatah dengan komen kecaman yang diterimanya.

Tidak menggalakkan anak muda lain untuk mengikut jejak sama, Yuyu bagaimanapun tidak pernah menyesali keputusan itu dan dia kini fokus membantu bisnes keluarga.

"Keluarga saya buat bisnes. Macam kakak ada keluarkan kosmetik. Saya banyak tolong dia. Banyak modelling untuk jenama kakak juga.

"Ramai pertikai termasuk kawan sendiri. Mereka kata saya akan jadi bodoh dan tak boleh berjaya. Ada yang kata saya tak akan ke mana kalau tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Yuyu tidak pernah menyesali keputusannya berhenti sekolah.

"Saya tak kisah, sebab ada rezeki masing-masing, perjalanan masing-masing. Saya berhenti pun keputusan sendiri. Saya rasa lagi suka buat bisnes.

"Keluarga pun beri sokongan. Mereka tahu apa yang saya nak buat. Saya tak pernah menyesal. Dah berhenti sekolah tak bermakna saya dah tak belajar langsung. Saya banyak belajar sendiri," jelasnya lagi.

Menurut Yuyu, dia juga sedang merancang untuk mengeluarkan produk fesyen jenama sendiri tidak lama lagi.


2 comments:

Anonymous said...

bodoh tak boleh ajar. muda lagi cakap macam tu la.karma dia akan tiba bagi orang bongkak ni. Tuhan tu adil.

ibu salmah said...

Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (0066) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.Dukun Pelet Sakti
7.Dukun Santet Ganas
8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
«082-313-336-747»  
..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung