Nuffnang

Tuesday, May 18, 2021

Kempen boikot disebar melalui WhatsApp, McDonald’s Malaysia lapor polis!

 

Pihak McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis terhadap individu- individu dan kumpulan-kumpulan yang membuat dakwaan palsu. Foto: IZZRAFIQ ALIAS/The Star.

SERANGAN demi serangan oleh rejim Zionis Israel ke atas Palestin cukup meruntun hati kita semua.

Dalam menzahirkan sokongan, masyarakat kita tampil dengan beberapa kempen boikot ke atas produk mahupun jenama yang dikaitkan dengan negara Israel.

Restoran makanan segera McDonald's Malaysia tidak terkecuali menjadi mangsa salah faham dan penyebaran maklumat tidak tepat.

McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa mengakui peka dengan kewujudan mesej tular yang memboikot jenama mereka.

"McDonald's Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp yang tular berkenaan pemboikotan jenama kami.

"Pihak McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan tentang jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah suatu pembohongan dan fitnah," ujar kenyataan itu.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) telah diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak tahun 2017, dimana ekuiti syarikat itu dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

"Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami ingin menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pihak McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis terhadap individu- individu dan kumpulan-kumpulan yang membuat dakwaan palsu dan menyebarkan mesej tidak berasas melalui platform media sosial.

Malah, perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

kredit MSTAR

3 comments:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Lihat IBU & 5 ANAK2 lelaki KECIL Bumiputera ISLAM Palestin, termsk. seorg. BAYI berumur 5 BULAN, di KEM PELARIAN di GAZA - yg. diBOM dgn. amat KEJAM oleh rejim PENGGANAS/PENJAJAH Zionis ISrael BINATANG BUAS ni - tapi SYUKUR bayi terselamat walau amat HIBA utk. IBU & ABANG2nya serta MANGSA2 lain, termsk. hampir 100 kanak2 & Wanita BUMIPUTERA Palestin yg. diBUNUH dlm. GENOSID ni!!

Di - https://www.astroawani.com/berita-dunia/serangan-udara-rejim-israel-bayi-ditemui-selamat-di-bawah-runtuhan-bangunan-298507

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Lihat juga DOKTOR2 terkemuka Bumiputera Arab ISLAM Palestin, bersama KELUARGA mereka - yg. SENGAJA diSASARkan utk. diBOM & diBUNUH dgn. amat KEJAM, dlm. GENOSID terbaru di GAZA ni, oleh rejim puak IBLIS, si PENGGANAS/PENJAJAH Zionis ISrael ini - yg. punya diSOKONG si rejim2 BARAT Zionis HIPOKRIT & PENGGANAS, iaitu US, JERMAN, PERANCHIS dsbnya!!

Di - https://www.aljazeera.com/news/2021/5/17/holdshockformedical-system-as-israeli-strikes-kill-gaza-doctors

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Dan rejim PENGGANAS Zionis ISrael - nak PERANGI Sistem Siber NEGARA ISLAM kita!! Pi MAMPOS!!

Di -
https://malaysiadateline.com/atm-beri-amaran-ancaman-siber-israel-ke-atas-rangkaian-malaysia/

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung