Nuffnang

Thursday, May 13, 2021

Wow !!! Sayu lihat warga emas usung ‘bakul raya’ di sempadan Kedah-Perlis,

 

Sayu lihat warga emas usung ‘bakul raya’ di sempadan Kedah-Perlis, bakal menantu akui makan sambil menangis - “Mak memang masak untuk saya dan tunang”


Aziera tidak dapat menahan sebak melihat bakal mentuanya menghantar makanan di Kodiang, sempadan Kedah dan Perlis.

APABILA kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara mulai 12 Mei lalu, ramai yang kecewa kerana berharap dapat menyambut Syawal bersama keluarga.

Bukan sahaja tidak dapat merentas negeri, malah kita semua tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan ziarah raya.

Disebabkan arahan ini juga, Nurazierah Azizy, 25, terpaksa mengambil 'bakul Adilfitri' daripada bakal ibu mentuanya, Aminah Abdullah, 63 di Kodiang yang merupakan sempadan Kedah dan Perlis.

Wanita berusia 25 tahun itu merakamkan detik warga emas itu berjalan perlahan sambil mengendong bakul dan memuat naik video itu di aplikasi TikTok sebagai kenang-kenangan.

Tanpa disangka-sangka rakaman yang menyentuh hati itu berjaya meraih sebanyak 700,000 tontonan.


Lebih mesra disapa Aziera, dia mengakui sedikit sedih apabila terpaksa mengambil makanan yang dibekalkan Aminah walaupun tahu ibu kepada tunangnya itu amat berharap mereka dapat makan dan beraya bersama pada tahun ini.

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, dia amat tersentuh hati apabila melihat di dalam bakul tersebut ada beberapa juadah berbuka seperti ikan kembung bakar, sayur rebung, sotong dan sedikit kuih raya serta ketupat.


Antara juadah yang dibekalkan oleh Aminah untuk Aziera.

“Kami baru saja bercadang nak beraya sama-sama, sebab Kodiang bersebelahan Perlis, jadi tak jauh mana pun.

“Mak memang dah masak ketupat dengan kuih raya semata-mata untuk saya dan tunang balik beraya.

“Dia memang mengharapkan kami berdua dapat beraya bersamanya sebab anak-anak yang lain semua tinggal jauh, yang ada berdekatan cuma tunang saya je,” katanya yang menetap di Kangar, Perlis.

Aziera memberitahu ketika waktu berbuka, dia tidak dapat menahan sebak apabila menikmati juadah yang diberikan kepadanya dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.

Jelasnya, dia tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila segala persiapan raya sudah tersedia untuk anak tetapi tiada seorang pun yang dapat pulang ke kampung untuk beraya.

Adam merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik.

“Memanglah seronok ada orang bagi makanan tapi saya terkenangkan perasaan mak sebab dia dah siapkan semua benda untuk kami.

“Waktu saya makan tu memang bergenang air mata sebab terlalu sebak memikirkan mak beraya berdua je dengan ayah nanti.

“Ada yang suruh langkah je penghadang tu, tapi sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya harus ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, ” ujarnya kepada mStar.

Nasib baik sempat belikan dia baju raya, sekurang-kurangnya dapat lah mak pakai baju baru hari raya pertama nanti

NURAZIERAH AZIZY

Menurut Aziera, tunangnya Muhammad Adam Hassan, 29, juga menetap dan bekerja di Kangar tetapi sebelum PKP sering meluangkan masa bersama keluarganya yang menetap di Kampung Hutan Palas, Kodiang.

Aziera juga mengakui mempunyai hubungan yang baik dengan bakal ibu mentuanya sehingga dia memanggil Aminah dengan panggilan 'mak'.

Jelasnya, dia ibarat menumpang kasih keluarga tunangnya selepas nenek yang membesarkannya sejak usia 2 tahun selepas ibu bapanya berpisah meninggal dunia 3 tahun lalu.

Aziera mempunyai hubungan baik dengan ibu kepada Adam.

“Biasanya sebulan dalam tiga kali kami akan bawa mak keluar pergi beli barang keperluan atau makan-makan.

“Nasib baik sempat belikan dia baju raya, sekurang-kurangnya dapatlah mak pakai baju baru hari raya pertama nanti, ” katanya yang menjual barang kosmetik secara dalam talian.

Tambah Aziera, jika tiada aral melintang mereka akan bernikah pada hujung tahun ini.

Aziera turut berpesan kepada mereka di luar sana yang masih berpeluang beraya dengan ibu bapa untuk menghargai masa yang ada dengan keluarga sebelum terlambat. kredit msatr



5 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PENYEBAR2 UTAMA dr. pekerja2 ASING/PATI2 dr. INDUSTRI2 Perkilangan/Pembinaan GERGASI akibat MAJIKAN2/TOKEY2/SYARIKAT Tempatan/Asing KAYA RAYA yg. TAMAK & hanya diDENDA ~$7,000 bawah AKTA 446 Kementerian Sumber Manusia PARIAH PENIPU, yg. berjaya MENIPU akan Denda/Hukuman ORDINAN DARURAT Covid-19 yg. sepatutnya dikenakan kpd. MAJIKAN2/TOKEY2/SYARIKAT Tempatan/Asing Gergasi KAYA RAYA - bawah UNDG2 HUTAN rejim2 NAZI DAP Parasit/BERSATU Perompak - tapi RAKYAT miskin/sederhana kita, yg. terus diSALAHkan & skrg. nak diSERBU @ diDENDA oleh POLIS sewenangnya, sbnyk. $5,000-$25,000 kalau nak MENZIARAHI Keluarga @ buat Rumah Terbuka HARI RAYA kita, kononnya!!

Dahlah tu, program VAKSIN punya LEMBAP yg. amat ZALIM utk. RAKYAT, termsk. WARGA2 EMAS kita dlm. FASA ke-2 yg. ramai masih belum diVAKSINkan walau dah MENDAFTAR- tapi boleh pula nak diSEGERAkan program VAKSIN, yg. PERCUMA pula tu utk. hampir 10 JUTA Warga2 ASING/PATI2 termsk. SETIAP Ahli keluarga pegawai2 KEDUTAAN ASING di FASA ke-3 bulan MEI ini!!

Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/05/12/kerajaan-pnipuzalim-dan-tidak-punya-hati-perut/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat Adik Peniaga Kecil ORANG ASAL Islam/Melayu kita yg. menjual masakan COLEK Kelantan - masih TRAUMA diDENDA $50,000 oleh POLIS - bawah UNDG2 HUTAN rejim DIKTATOR muhyiddin-si nama PALSU (sampai PENGEDAR DADAH Sabah diBEBASkan sbb. nama PALSU ni) & parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI ni!!

Di - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/705307/peniaga-colek-masih-trauma-dikompaun

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Ini pula berita GEMBIRA utk. BUKAN ISLAM di HARI RAYA di NEGARA ISLAM kita ni, bawah rejim PEROMPAK Nazi BERSATU yg. amat ANTI-ISLAM/UMATnya - sdgkan punya banyak MASJID2/SURAU2/KUBUR2 ISLAM punya BURUK & SEMPIT/KECIL, cthnya di PUCHONG, yg. bnyk. GEREJA2 & KUIL2 HINDU punya BESAQ & INDAH!!

Di -
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/05/12/non-muslim-houses-of-worship-can-apply-for-funds-to-carry-out-repairs-and-upgrades

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Pi BERAMBOSlah lu POLIS CINA amat RASIS & FASIS - pd. HARI RAYA kita!!

Di - https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/13/fireworks-thrown-at-police-after-crowd-told-to-disperse/1973986

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

NOTA2: Bukan main lagi KETUA POLIS CINA Parasit ni nak dakwa UMAT ISLAM kita bawah kes2 JENAYAH (sdgkan KELAB2 MALAM/ARAK/KAROAKE HARAM diDENDA Covid-19 punya RINGAN oleh POLIS & MAJLIS2 PERBANDARAN PENIPU) - hanya kerana main MERCUN pd. HARI RAYA! Lu ingat umat ISLAM si KULI lu aaahhh, KETUA POLIS CINA Parasit?!!!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung