Monday, July 29, 2024

Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

 


Gambar menunjukkan anggota pasukan keselamatan berada di lokasi kejadian. -- THAI PBS WORLD

BANGKOK – Seorang lelaki ditembak mati dan trak pikapnya dibakar oleh dua suspek pemisah di daerah Panareh dalam wilayah Pattani hari ini.

Laman berita Thai PBS World melaporkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai ‘Nafee’ dan isterinya dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak-anak mereka ke sekolah di mukim Por Ming apabila sebuah motosikal tiba-tiba menghampiri di sebelah pemandu.

Pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Nafee yang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.

Ads by Kiosked

Ketika sedang nazak, Nafee terus memandu pikapnya sebelum ia berhenti di tengah jalan.

Lelaki bersenjata itu menghampiri kenderaan mangsa dan memaksa isteri beredar.

Penyerang kemudian mencurahkan minyak tanah dan membakar trak itu bersama mangsa di dalamnya.

Motif pembunuhan masih disiasat. – AGENSI

Monday, July 22, 2024

Datuk 80 tahun kahwini anak dara 18 tahun

 

Share on linkedi
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin itu mengenakan pakaian berwarna putih semasa acara akad nikah. - TikTok @muzaha.ibh

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 18 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Perbezaan usia kira-kira 62 tahun itu tidak menghalang pasangan dari Indonesia tersebut untuk mendirikan rumah tangga. 

Menerusi klip video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muzaha.ibh, pasangan pengantin dilihat sedang duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah. 

Ads by Kiosked

Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah (RM14,462) dan beberapa hantaran berjumlah 200 juta rupiah (RM57,850) secara keseluruhan. 

Antaranya, tiga ekor lembu dan sebuah motosikal. 

“Saya terima nikahnya Ayu Wulandira (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah,” kata warga emas itu.

Bagaimanapun, pengantin wanita tidak menunjukkan sebarang reaksi malah hanya diam, seolah-olah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. – AGENSI 

Remaja lembam lahirkan ‘bayi’ bapa

 


Gambar hiasan.

DUNGUN – Rahsia seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam berusia 13 tahun dipercayai diperkosa bapa kandung terbongkar apabila dia melahirkan bayi di sebuah klinik kesihatan di daerah ini semalam.

Mangsa melahirkan bayi perempuan di klinik kesihatan berkenaan pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, remaja perempuan berkenaan dihantar ke klinik kesihatan terbabit setelah mengadu sakit perut.

“Begitupun pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil. Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba mengadu sakit sebelum bersalin di klinik kesihatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, remaja perempuan OKU itu dan bayinya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun di sini untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, susulan itu, bapa mangsa berusia 45 tahun telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal percaya buruh itu telah memperkosa anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun. Dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Saturday, July 20, 2024

Tuah terserempak ikan lumba-lumba di Tioman

 

Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan ikan lumba-lumba yang dilihat berenang sekitar Pulau Tioman.

PETALING JAYA – Sebuah bot yang dipenuhi pelancong di bahagian hadapannya dikejutkan dengan ‘kemunculan istimewa’ ikan lumba-lumba sekitar perairan Pulau Tioman.

Menerusi video yang dimuat naik @zaeim1307 di akaun TikToknya, sekumpulan ikan lumba-lumba yang terdiri daripada kira-kira lapan ekor itu kelihatan berenang betul-betul menghampiri bot pelancong.

Video itu juga memaparkan para pelancong di tiga buah bot itu teruja sambil mengeluarkan telefon masing-masing untuk merakamkan pengalaman yang jarang-jarang boleh didapati.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 53,600 tanda suka, 2,225 dan 234 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati pengguna media sosial juga teruja dapat menyaksikan perkongsian video tersebut kerana penampakkan spesies mamalia itu dianggap begitu istimewa.

“Wow bestnya dapat tengok depan mata,” komen Sara.

“Kenangan terindah untuk semua,” komen Aiman.

“Dekatnya ikan lumba-lumba tu berenang dengan bot pelancong. Tak sangak Tioman pun ada mamalia ni,” komen pengguna yang lain pula.

Untuk rekod, kemunculan ikan lumba-lumba di perairan Pulau Tioman khususnya di Kampung Juara bukanlah perkara pelik malah pernah dilihat para pelancong sebelum ini.

Mamalia itu seolah begitu jinak dan ingin berkawan dengan pelancong yang menaiki bot dan kemunculannya juga untuk menangkap sotong yang banyak di perairan Pulau Tioman.

Sebelum ini terdapat pelancong berpeluang melihat kira-kira 20 ikan lumba-lumba dalam satu kumpulan mengekori bot mereka sambil melakukan pelbagai aksi yang menarik dan menghiburkan.

Daripada 21 spesies lumba-lumba yang dikesan di negara ini, hanya satu spesies boleh mendiami sungai khususnya di Sabah iaitu ikan lumba-lumba Irrawaddy atau dikenali empesut. – KOSMO! ONLINE

Thursday, July 18, 2024

Suami ‘ragut nyawa’ isteri, 2 anak atas arahan kekasih

 


KES seorang suami dituduh membunuh isteri dan dua anak mereka berlaku di bandar Hyderabad. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang suami di bandar Hyderabad, India didakwa membunuh isteri dan dua anaknya yang masih kecil atas permintaan kekasih gelapnya, lapor laman berita Wion News semalam.

Suspek yang merupakan ahli fisioterapi, bekerja di hospital sama dengan kekasihnya, seorang jururawat. 

Pada 28 Mei lalu, dia memberi suntikan bius dos tinggi kepada isterinya sebelum melemaskan dua anak perempuannya di dalam kereta dengan menutup hidung serta mulut mereka.

Suspek mengatur rancangan untuk menjadikan pembunuhan itu kelihatan seperti kemalangan jalan raya, di mana dia cedera ringan dalam kejadian tersebut. 

Selepas meneliti beberapa bukti termasuk menemui kesan suntikan pada badan isterinya dan penemuan picagari kosong, polis berasa curiga.

 Suspek yang hidup bebas bersama teman wanitanya akhirnya ditangkap 48 hari selepas pembunuhan itu. – AGENSI

Sunday, July 14, 2024

Peniaga bergaduh baling durian,Pakat Pakat Baling Durian

 


Ketiga-tiga lelaki tersebut bergaduh di hadapan gerai durian. – Stomp

SINGAPURA –  Seorang lelaki melempar durian ke arah seorang peniaga ketika mereka terlibat dalam pergaduhan di sebuah gerai buah di Jurong, Singapura, lapor laman berita Stomp semalam.

Kejadian berlaku pada Khamis lalu di Jurong West Street 91.

Berdasarkan sebuah video rakaman, insiden bermula apabila seorang lelaki tidak berbaju bertengkar dengan dua lelaki lain, masing-masing memakai baju berwarna oren dan putih.

Ads by Kiosked

Lelaki berbaju oren kemudian menolak individu tidak berbaju, menyebabkan dia terjatuh sebelum ketiga-tiga mereka mula bertumbuk.

Lelaki berbaju oren tiba-tiba mengambil sebiji durian dari bakul jualan lalu melempar ke arah kepala lelaki tidak berbaju.

Beberapa individu yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan mereka sebelum lelaki tidak berbaju dilihat berjalan ke arah lain dan mengambil parang.

Dia bagaimanapun dihalang oleh beberapa lelaki lain sebelum sempat menyerang sesiapa menggunakan senjata tersebut.

Sementara itu, menurut polis, dua daripada mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum ketiga-tiganya ditahan.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, pergaduhan bermula disebabkan lelaki tidak berbaju yang mempunyai gerai buah, tidak berpuas hati melihat barisan panjang gerai durian yang mengganggu laluan ke kedainya.

Ads by Kiosked

Siasatan berhubung kes itu masih berjalan. – AGENSI